Home Novel Cinta AKU SUKA BILA KAU BENCI AKU
AKU SUKA BILA KAU BENCI AKU
Laila Qaisara
6/12/2012 13:30:40
47,225
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 13

“Macam mana dia boleh selamat?”

“Maaf, bos. Saya memang cuba langgar dia tapi tiba-tiba ada orang yang selamatkan dia pula,”

“Siapa yang baik hati sangat nak selamatkan dia tu?”

Diam.

“Aku tanya siapa!!!!!”

“Mana la saya tahu siapa, bos. Masa tu kan gelap. Mana nak nampak orang tu siapa….,”

“Takkan kau tak kenal pun siapa?”

Lelaki itu menggerutu. Nak aku ulang seratus lapan belas kali ke yang aku tak nampak masa tu sebab gelap?

“Aku tak kira. Aku nak Laila mati. Kalau dia tak mati, macam mana aku nak bolot semua harta mak dia tu? Dah la harta tu semua atas nama dia,”

“Maknanya saya kena bunuh Laila walau apa jua yang berlaku? Macam tu?”

“Tak. Aku nak bunuh kau dulu. Lagi mahu tanya!” dahi lelaki itu ditunjalnya.

“Aku tanya je, bos,”

“Jangan tanya soalan yang kau memang dah tahu jawapannya, bodoh!”

“Baik, Datuk Mukhriz,” lelaki itu tunduk.

“Lagi satu, jangan babitkan aku dalam soal ni. Aku dengan kau tak ada kena mengena dalam hal ni. Faham!”

“Faham, bos!”

Datuk Mukhriz mengeluarkan sepucuk sampul dari dalam laci. Lalu dilemparkannya ke arah lelaki itu.

“Ni upah kau. Ingat, aku nak Laila mati. Aku nak tengok mayat Laila kat ruang tamu rumah tu. Faham!”

Lelaki itu hanya mengangguk tanpa suara. Sebentar kemudian dia meminta diri. Datuk Mukhriz menyandarkan badannya di kerusi empuk itu. Wajahnya keruh. Penuh dendm.

Kau mesti mati, Laila!

*****

“Cik Laila, ini fail yang cik minta tu,” Suraya menyerahkan beberapa fail yang diminta Laila sebentar tadi. Laila yang sedari tadi tumpuannya hanya pada komputer, menoleh memandang Suraya sambil tersenyum. Dia mula membelek fail-fail tersebut.

“Projek di Putrajaya, projek di Ipoh, projek di Terengganu…. Mana fail projek di Nusa Jaya, Johor?” tanya Laila untuk kepastian.

“Oh, fail tu masih ada pada Encik Rahim. Dia perlukannya untuk seketika waktu. Dia sendiri akan datang bagi fail tu pada cik bila dia dah selesai gunakannya,” jawab Suraya yakin. Laila tersenyum. Dia berpuas hati dengan jawapan yang diberikan.

“Baiklah, Suraya. Awak boleh pergi,”

“Baiklah. Tapi sebelum tu, ada orang nak jumpa cik,”

Kening Laila terangkat. “Ada orang nak jumpa? Siapa?”

“Saya tak tahu, cik. Dia tak ada buat temujanji,”

“Saya kenal dia?”

Suraya tersenyum. “Mana saya tahu dia kenal cik atau tidak,”

“Kenapa awak tak tanya?”

“Sebab saya nak tanya cik dulu,”

Laila tersenyum. Pandai aje nak jawab soalan orang, fikirnya.

“Benarkan dia masuk,”

Suraya tunduk dan kemudian meminta diri. Sebentar kemudian, seorang wanita mengandung masuk dan berdiri di hadapan Laila.

Laila tidak mengenali wanita itu.

“Cik Laila Luqman?”

“Ya, saya,”

“Anak tiri Datuk Mukhriz?”

“Suami Mama saya,” pantas Laila menjawab. “Saya kenal awak ke?”

“Saya Maria, perempuan simpanan Datuk Mukhriz,”

Laila tidak terkejut. Dia tidak memberikan sebarang reaksi.

“Awak…… kenapa awak tak terkejut?”

“Saya memang tak percayakan lelaki itu. Saya tahu, dia ada niat yang tak baik terhadap Mama saya. Tapi Mama saya tak pernah percayakan saya. Dia cakap suaminya itu baik, penyayang, mesra….,”

“Itu semua hanya palsu, Laila. Dia tak pernah cintakan Datin June. Dia hanya tamakkan wang ringgit sahaja. Bukan hanya Datin June yang menjadi mangsa, ramai lagi yang pernah terjerumus ke dalam jerat yang dia pasang. Mulut manis macam tu, ramai aje yang terjerat,”

“Termasuklah awak,” sampuk Laila. Dia tersenyum sinis. Merah muka Maria apabila mendengar kata-kata itu.

“Jadi awak nak apa dengan saya? Bila dah bunting, baru nak datang cari saya?”

Spontan Maria bangun. “Cakap baik-baik sikit!”

“Aku rasa aku dah cukup baik dah ni cakap macam ni,” suara Laila masih tidak berubah.

Perlahan-lahan Maria duduk semula.

“Aku dah tak boleh nak gugurkan kandungan ni lagi. Kalau aku gugurkan, aku boleh mati. Aku minta Mukhriz bertanggaungjawab. Tapi dia tak mahu. Dia tetap nak suruh aku gugurkan. Dia tak percaya benda ni boleh bawa maut,” luah Maria. Suaranya sayu. Terusik hati Laila mendengarnya.

“Kau, dah berapa lama jadi mainan lelaki tu?”

“Tiga tahun,” perlahan Maria menjawab.

Laila geleng kepala. “Selama tiga tahun ni, kau tak pernah terfikir nak bertaubat ke?”

Maria tersentak.

“Kau dah berzina dengan dia. Lepastu kau gugurkan kandungan kau. Bukan sekali, tapi tiga kali. Kau tak terasa ke kau dah bunuh tiga orang anak kau?”

Maria tunduk. Air matanya bergenang. Niatnya tadi hanya ingin mengingatkan Laila tentang lelaki durjana itu. Namun lain pula yang terjadi.

“Insaflah, Maria. Pintu taubat masih terbuka buat kau,”

“Aku nak insaf, Laila. Aku nak bertaubat. Aku dah tak nak terbabit dengan Mukhriz lagi. Dan sebab tu, aku ada dua perkara yang aku perlu bagitau kau,”

“Apa dia?” tanya Laila, ingin tahu. Maria tersenyum pahit.

*****

“Bila Laila dan Uda nak keluar dating ni? Keluar la berdua. Boleh kenali hati masing-masing. Boleh juga beli barang hantaran untuk kahwin nanti,”

Laila hanya diam.

“Kalau sibuk sekalipun, luangkanlah masa untuk bersama. Jangan la nanti bila dah nak dekat majlis, baru kelam kabut nak cari barang,”

“Tak terasa cepat sangat ke, Mama?”

“Cepat? Kamu berdua ni kenapa? Asyik nak tangguhkan je perkahwinan kamu berdua. Apa yang kalian tunggu sebenarnya?”

Laila tidak menjawab.

“Jawab soalan Mama, Laila!”

“Mama tahu jawapannya. Jadi tak payah la tanya banyak kali,”

“Cinta boleh dipupuk selepas kahwin kan?”

“Tapi cinta lama tidak boleh dihancurkan begitu saja. Lebih-lebih lagi cinta pertama,”

“Kita kena teruskan hidup, Laila,”

“Teruskan hidup dengan orang yang betul, Mama. Bukan dengan orang yang salah,”

“Laila….,”

“Uda bukan untuk saya, Mama,”

“Jangan terlalu yakin dengan kata-kata itu, Laila,”

“Kata-kata itu doa, Mama. Asalkan kita yakin,”

“Sudah!” Datin June memotong keras. “Jangan kita berbalah kerana ini. Pergi bersiap. Kamu akan keluar makan malam dengan Uda malam ni,”

Laila mengeluh. Apa lagi yang boleh dilakukan untuk melenturkan hati Datin June yang keras itu?

Tepat jam lapan malam, Uda sampai di rumah untuk menjemput Laila.

“Jemput la masuk, Uda,”

“Tak apa la, Datin. Saya ada hal lain. Saya nak bawa Laila sekali dan terus pergi makan malam,” Uda menolak dengan baik.

“Jangan lupa beli barang hantaran ya!” Datin June mengingatkan. Uda hanya mengangguk. Dia menjeling sekilas apabila Laila sudah lolos ke dalam kereta.

“Kita nak pergi mana?” tanya Uda.

“Kau nak bawak aku ke mana pun, aku tak kisah. Jangan ke tempat yang bukan-bukan sudah la,”

Uda hanya diam sambil menumpukan perhatiannya pada pemanduannya.

“Apa khabar Taufiq dan Dara sekarang ni?” terpacul soalan itu dari bibir Laila.

“Kau rindu Taufiq ke, kau rindu Dara?”

“Aku rindu dua-dua,”

Uda diam. Dalam hati, dia turut mengakui hakikat itu. Dia amat merindui Dara, terutamanya setelah pertemuan semula dengan Dara tempoh hari.

“Uda,”

“Ya?” lamunan Uda lenyap.

“Sampai bila kita nak macam ni?”

“Macam mana?”

“Kita ikut je kerenah mereka nak satukan kita, semata-mata kerana kepentingan mereka sendiri. Mereka tak pernah pedulikan perasaan kita. Aku tertekan, Uda,”

“Kau ingat aku suka dengan semua ni?”

“Aku tahu, kau amat rindukan Dara. Dan kau juga takkan mahu terima perkahwinan ni,”

“Jadi kita nak buat apa?” tanya Uda ingin tahu.

“Aku tak tahu,”

“Jadi untuk apa kau cerita semua ni?”

“Uda….,” Laila pandang wajah Uda. “Andai ini takdir kita, kau terima?”

Uda diam. Mujur mereka sudah sampai di lampu isyarat merah. Uda pandang Laila.

“Laila, ini mungkin takdir, atau ini juga ujian buat kita. Kita tak tahu yang mana satu yang ditujukan untuk kita ni. Kalau ini takdir, kita akan terima. Insya Allah. Tapi kalau ini ujian, kita akan usaha. Insya Allah,” Uda memandang ke hadapan. Dan dia perasan sesuatu.

“Laila,”

“Apa?”

“Taufiq dan Dara…,”

Laila segera memandang ke tepi jalan yang ditunjukkan oleh Uda. Remuk hatinya apabila melihat Dara dan Taufiq berjalan seiringan di tepi jalan itu. Air mata Laila berlinangan. Sedih Uda melihat Laila derita kerana cinta.

“Jom kita pergi dari sini,” Uda memutar stereng. Kereta dipandu meluncur laju menjauhi Taufiq dan Dara. Dan Dara menyedari tindakan itu.

“Kenapa, Dara?” tanya Taufiq.

“Tak ada apa-apa la. Ada barang lagi ke yang kita nak beli ni?”

“Nanti-nanti aje kita beli ye. Dah malam ni. Bahaya pula jalan macam ni,” ajak Taufiq. Dara hanya mengikut. Namun sempat dijeling kereta yang sudah hilang dari pandangannya. Seakan menyedari kehadiran seseorang yang disayanginya di situ.

*****

“Aku….. aku betul-betul rindukan Dara. Saat macam ni, aku benar-benar perlukan Dara di sisi aku,” luah Laila.

“Dara je?” tebak Nadia.

“Dara dan Taufiq. Haritu aku jumpa Taufiq. Tapi dia dah macam bencikan aku. Dan dia ingat aku juga bencikan dia. Dia siap cakap, aku suka bila kau benci aku,”

“Hah? Kenapa dia nak kena cakap macam tu?”

Laila tidak menjawab.

“Aku suka bila kau benci aku,” Nadia mengulangi kata-kata Taufiq. “Dia rasa bersalah bila kau masih mencintainya walaupun dah jadi tunangan orang,”

“Aku tak rasa macam aku ni tunangan orang,”

Nadia tersenyum. “Jangan lari dari kenyataan, Laila. Apapun, kau tetap tunangan Uda,”

Laila mencebik.

“Banyakkan bersabar, Laila. Allah uji kalian. Mana tahu, kalian berjaya harungi ujian ni, dan kalian akan mendapat ganjaran yang lebih besar daripada ini?”

Laila tersenyum. “Allah uji aku?”

“Ya,”

“Kenapa?”

“Sebab DIA sayangkan kau,”

Laila senyum lagi.

“Dah la, aku minta diri dulu. Aku ada hal,”

“Eh, Nadia! Aku nak tanya kau sesuatu. Kau dengan cinta hati kau, macam mana?”

Nadia tersentak sedikit. Namun cepat-cepat dia mengukir senyuman.

“Alhamdulilah, aku bahagia sekarang,”

“Kirim salam dengan dia, ya,”

“Insya Allah. Aku minta diri dulu,” Nadia berjalan membelakangi Laila yang pada mulanya hanya buat tidak tahu dengan langkah itu. Namun sebentar kemudian…..

Langkah itu!

Spontan Laila bangun. Dia ingin menahan Nadia. Tetapi bayang nadia sudah hilang di balik pintu. Laju dia mengejar hingga ke tingkat bawah bangunan itu. Tetapi hampa. Bayang Nadia sudah hilang bagaikan angin.

“Mana dia pergi ni?”

“Sayang, lamanya pergi tandas,”

Laila tersentak. Itu suara Dato’ Hazmi. Pantas dia menoleh. Dan……

“Nadia!”

“Laila!” tangan Nadia yang erat memeluk lengan Dato’Hazmi terlerai.

“Kau……. Dia ni cinta hati kau, Nadia?”

Tangan Laila terketar-ketar.

“Laila…… ke.. ke… kenalkan….. ini Dato’ Hazmi, suami aku,”

“Suami???????”

Previous: BAB 12
Next: BAB 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.