Home Novel Cinta Kalam Cinta Buat Dhia
Kalam Cinta Buat Dhia
Laila Qaisara
31/10/2013 11:28:03
26,363
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
06

“Seringkali penyakit hati bersarang di hati selepas melihat benda-benda milik orang lain. Penyakit hati itu antaranya hasad dengki, iri hati dan dendam,”

“Siapa yang cakap macam tu?” tanya Hafiza.

“Aku ada baca dalam Twitter Ahmad Fedtri Yahya. Aku memang ikut dia dalam Twitter pun,” Dhia tongkat dagu.

“Whoa… kau ada Twitter? Dahsyat. Ingatkan dunia kau hanya untuk buku-buku dan belajar je,”

“Belajar, belajar juga, Hafiza. Perkembangan terkini jangan lupa. Aku memang ada akaun Twitter tapi tak la aktif sangat. Kadang-kadang tu bila aku online, aku pasang niat, aku buat semua ni kerana Allah,”

Hafiza mengangguk perlahan. Mengiyakan apa yang dikatakan oleh Dhia itu.

“Tapi kan, kenapa kau tiba-tiba je cakap macam ni?”

“Aku dapat surat cinta,”

“Surat cinta? Dari siapa? Mikhail?”

“Eh, apeda dari Mikhail…,” Dhia menghulurkan sepucuk surat kepada Hafiza.

“Daripada… Niki?”

“Yup,”

Pantas Hafiza membuka surat tersebut dan membacanya.

‘Sekali lagi kau rapat dengan Mikhail, kau siap!’

Bulat mata Hafiza membacanya. “Kau biar betul ni? Niki ugut kau?”

“Lebih kurang la,”

“Kau nak aku bagitahu dengan Mikhail ke pasal benda ni?”

“Tak payah. Nanti jadi lebih teruk pulak,”

“Teruk macam mana pula?”

“Aku ni bukannya teman wanita dia pun,”

“Aku tanya engkau ni, teruk macam mana pula?”

“Teruk macam mana apa?”

Hafiza tepuk dahi. “Aku tanya kenapa kau kata benda ni akan jadi lebih teruk kalau aku bagitahu Mikhail?”

“Kau tak kenal Niki…,”

“Tak kenal macam mana pula?”

*****

“Dhia Nadhira!”

Terpisat-pisat Dhia bangun apabila mendengar namanya dipanggil. Namun tidak lama…

“Argh!” terasa rambut panjangnya ditarik.

“Bangun!”

“Niki!”

“Korang diam!”

“Niki, apa ni?”

“Kau!” Rambut Dhia ditarik lagi. “Kau ingat kau boleh lepas?”

“Aku tak buat salah apa pun dengan kau!”

“Kau tak buat salah? Yang kau malukan aku dalam kelas tadi tu apa?”

Dhia teringat peristiwa pagi tadi di dalam kelas.

“Aku tak cakap apa-apa pun!”

“Kau tak cakap apa-apa? Lagi aku benci! Aku tak tahu kenapa cikgu-cikgu semua sayang sangat dengan kau. Kau pakai apa hah?”

“Aku tak faham dengan apa yang kau cakap ni!”

“Kau…!”

“Niki! Cikgu datang!”

Pantas Niki melepaskan cengkaman pada rambut Dhia dan melarikan diri melalui tingkap. Dhia mengerang kesakitan.

“Apa yang berlaku ni?”

Semua penghuni dorm itu senyap.

“Apa yang berlaku ni?” ulang warden asrama.

“Tak ada cikgu. Saya mengigau tadi. Siti yang tolong kejutkan saya. Tapi saya pergi cengkam rambut dia. Itu yang dia menjerit-jerit tu,”

“Tapi tadi saya dengar suara Niki Ardilla,”

“Mana ada Niki kat sini, cikgu. Dia kan kat dorm lain,”

Warden asrama itu berfikir. “Baiklah. Tapi ingat Dhia, sebelum tidur basuh kaki. Baca doa sebelum tidur,”

“Baik cikgu,”

“Tidur balik semua! Esok nak sekolah!”

“Baik, cikgu!”

*****

“Kenapa kau biarkan Niki tu?”

“Habis tu kau nak aku buat apa?”

“Laporkanlah pada warden tu, habis cerita,”

“Kau ingat semudah itu?”

*****

“Dhia Nadhira, sila masuk ke bilik pengetua sekarang!”

Dhia yang sedang menulis nota di perpustakaan, terkejut mendengar namanya disebut dalam pengumuman itu. Lantas dia mengemas barangannya dan keluar menuju ke bilik pengetua. Sesampainya di sana…

“Ini dia orangnya pa!”

“Kau memang anak kurang ajar kan?”

Pang! Dhia terpaling ke kanan setelah menerima tamparan daripada Datuk

Affandi. Pengetua Umi Kalthum tidak sempat menghalang.

“Datuk, kita boleh bincang perkara ni,”

“Awak ingat, saya boleh duduk diam? Bila saya dapat tahu yang anak saya kena buli kat sekolah ni? Apa yang awak buat kat sekolah ni?”

“Puan Pengetua, apa yang berlaku ni?” tanya Dhia, tidak memahami.

“Anak sampah! Kau yang buat kecoh, buli anak aku, tarik-tarik rambut dia, lagi nak tanya?”

Dhia terkejut. Dia pandang Niki yang tersenyum sinis memandangnya.

“Tak payah nak pandang anak aku macam tu boleh?” Datuk Affandi paut dagu Dhia kasar.

“Datuk, jangan begini,”

“Kau! aku sendiri tak pernah jentik anak aku sebegitu, kau pulak nak pukul dia?”

Dhia hanya diam tidak berbicara. Dia hanya membiarkan segala tindak tanduk lelaki itu padanya.

“Datuk, jangan begini. Dia di bawah jagaan saya. Saya yang bertanggungjawab ke atasnya,”

“Kalau betul awak bertanggungjawab ke atas budak ni, awak ajar dia sikit. Budak ni kurang ajar, sebab dari kecil lagi memang mak ayah dia tak ajar dia!”

Spontan Dhia pegang tangan Datuk Affandi yang paut erat dagunya. “Datuk jangan hina Ibu saya. Dia dah tak ada untuk bela dirinya sendiri,”

“Memang betul pun kan? Mak kau tak ajar kau sebab tu kau kurang ajar!”

“Datuk!” suara Dhia sedikit tinggi. “Memang Ibu saya tak ajar saya sebab dia dah tak ada. Tapi Datuk yang masih hidup ni patut ajar anak Datuk macam mana nak hormat orang lain, supaya diri sendiri tak malu. Datuk patut ajar anak Datuk ni macam mana nak hadapi kesalahan sendiri, bukan tuding jari kat orang lain!”

“Kau memang kurang ajar kan!” sekali lagi, penampar Datuk Affandi singgah di pipinya.

“Kau jangan berani nak ajar aku!”

Air mata Dhia menitis. Untuk kali pertama sejak Ibunya meninggal dunia.

*****

“Aku tak tahu, Dhia. Maafkan aku,” Hafiza mengesat mair matanya.

“Tak apa. Kau tak tahu pun, sebab aku tak pernah cerita,”

“Kenapa kau tak pernah cerita pada aku sebelum ni?”

“Untuk apa? Aibkan dia? Buat apa? Aku dapat apa?”

Hafiza diam. Dhia meneruskan hujahnya. “Kalau aku cerita semua tu dari mula, namak sangat aku ni macam minta simpati. Macam nak burukkan dia. Aku bukan macam tu,”

“Habis tu, kau nak buat apa?”

“Buat apa? Buat biasa aje la. Kita bukan rapat dengan Mikhail pun,” Dhia membuka komputer ribanya. Laman blog Laila Qaisara dicari. Dia meneruskan bacaannya di blog itu. Setakat ini, dia sedang mengikuti mini novel Aku Suka Bila Kau Benci Aku yang disiarkan di laman blog itu. Dia suka membaca kisah Uda dan Dara serta Laila dan Majnunnya.

“Kalau Mikhail cari kau?”

“Dia takkan cari aku. Sapu tangan aku, dia dah pulangkan. Dia tak ada apa-apa perkara penting nak cari aku pun,”

Suasana sepi seketika.

“Sampai bila kau nak beralah dengan Niki, Dhia?”

Dhia diam. Tidak menjawab soalan itu.

*****

“Dhia, cepatlah! Kita dah lambat ni!”

“Kejap!” Dhia mencari sesuatu di peti surat.

“Kau cari apa kat situ?”

“Surat la,”

“Surat dari peminat misteri kau tu?”

“Ye la, ingat daripada siapa?”

“Ada tak?”

“Tak ada la,”

“Petang nanti kot,”

Dhia mengeluh.

“Dah la tu,”

“Orang tu sibuk agaknya,”

“Ye la kot,”

“Eh, kejap. Kita nak pergi mana ni?”

Hafiza tepuk dahi. “Cik Dhia sayang, kita kan nak ke perpustakaan awam. Dah lupa?”

“Oh ye, aku lupa,” Dhia tersengih.

“Tu la, asyik teringatkan sang pengirim surat merah jambu aje,” Hafiza terkekek ketawa.

“Dah la tu,” wajah Dhia sudah mula merah-merah. “Jom,”

“Jom,”

Di hujung jalan, Adik dan Abang sudah sampai dan sedang memerhatikan mereka.

“Yang mana satu, bang?”

“Yang mukanya ayu tu,”

“Oh, yang mukanya malu-malu tu ek,”

“Ya,” Abang tersenyum. “Cantikkan?”

“Dia kawan Adik dulu! Satu sekolah dengan dia,”

“Abang tahu,”

“Abang tahu?”

“Abang mula hantar surat pada dia sejak dia dan Adik satu sekolah la,”

“Pandai Abang ambil kesempatan kan,”

“Tengoklah abang siapa,”

Adik tersengih. “Pergilah hantar surat tu kat peti surat dia.

Abang tersenyum lebar.

Previous: 05
Next: 07

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.