“Dhia,”
“Iya,”
“Kau
tak penat ke baca buku? Mata aku letih la,”
“Kalau
mata letih, rehat la sekejap. Aku nak habiskan bacaan ni. Sikit je lagi,”
“Okey,”
Hafiza membaringkan dirinya di atas katil. Matanya dilelapkan. Dhia menjeling
seklias pada rakannya yang seorang itu. Baru balik dari kampung, sudah mahu
bersedia untuk ujian yang akan diadakan esok.
“Macam
mana kenduri kat kampung kau, Hafiza?”
Pantas
Hafiza membuka matanya. “Ni yang aku malas ni,” Dia bangun.
“Malas?
Kenapa?”
“Ada
sesuatu yang berlaku. Kalau aku cerita kat kau mesti kau gelakkan aku,”
“Okey,
aku janji aku tak gelak. Cerita la,”
“Begini,
aku tengah kemaskan ruang tamu. Maklumlah, mak aku tu bidan kampung. Mesti
ramai yang dijemputnya. Aku baru je
lepas mengemas, dia panggil aku,”
“Hafiza!”
“Ye
Mak?”
“Pergi
ambilkan air setaman,”
“Kat
mana, Mak?”
“Kat
pintu masuk bilik air tu, dalam baldi,”
Hafiza
tanpa banyak soal lagi, terus pergi mengambil baldi yang mengandungi air
setaman seperti yang diminta oleh Mak Senah.
Sebentar
kemudian…
“Air
apa yang kau bawa ni, Hafiza?”
“Air
setaman la,”
“Ni
bukan air setaman! Ni air sembilan!”
“La,
apa bezanya air setaman dengan air sembilan?”
Mak
Senah tepuk dahi. “Hafizaku sayang, Kak Ngah kamu ni hamil tujuh bulan. Ikut
adat, dia perlu dimandikan dengan air setaman. Yang kamu bawa ni, air sembilan.
Air mandi mayat!”
“Hah?”
ternganga Hafiza mendengarnya.
Dhia
tergelak besar.
“Kau
gelakkan aku ye. Aku tau la aku salah…,”
“Okey,
okey. Aku minta maaf,” Dhia berhenti ketawa. Namun senyumnya tidak hilang.
“Lepas tu apa jadi?”
“Rupa-rupanya
abang ipar aku yang ambil dulu, lepas tu tak bagitahu. Bila dia dapat tahu
pasal benda ni, dia boleh gelakkan aku sampai terguling-guling,”
“Kalau
aku jadi abang ipar kau pun aku gelak juga,”
“Tak
payah cakap, kau memang dah gelakkan aku pun,”
“Ala,
maaf la. Aku tak sengaja,”
Hafiza
memuncungkan muka. Konon-konon mahu merajuk.
“Buruknya
muka bila kau muncung begitu,” usik Dhia.
“Dhia!”
Hafiza
menerpa ke arah Dhia yang sudah menutup
mukanya dengan buku yang dipegang. Kecoh sebentar bilik itu dengan suara mereka
berdua.
“Penat
la main-main dengan kau,” luah Hafiza. “Dah la esok ujian. Memang tak dapat la
jawab soalan esok,”
“Haip!
Jangan la cakap macam tu. Kata-kata itu kan satu doa. Apa kata kau cakap macam
ni ‘Insya Allah, aku boleh jawab soalan esok.’ Takpun kau cakap je ‘bawa dadu
la esok’,”
“Kau!
Mengajar yang bukan-bukan!”
Dhia
ketawa lagi. Tapi tidak sekuat Hafiza.
“Dah
la, aku pun dah penat. Jam pun dah masuk pukul sebelas. Marilah kita tidur,”
“Skemanya
kau!”
“Dah
la. Jangan banyak bunyi. Esok nak bangun awal. Nanti kena marah pula orang
bilik sebelah. Tidurlah,” Dhia menutup lampu.
“Ye
la,” Hafiza pantas melompat ke tingkat atas katil untuk beradu. Sebentar
kemudian dengkurannya sudah kedengaran. Dhia senyum sambil geleng kepala. Surat
yang disembunyikan di bawah bantal, dikeluarkan dengan cermat. Dibaca perlahan.
Assalamualaikum warahmatullah,
Saudari pastinya sedang sibuk di
kampus dengan segala macam tugasan dan aktiviti lain yang dianjurkan. Tapi
saudari, janganlah sesekali lupa untuk terus dan terus menjadikan ini semua
sebagai sejadah dalam pengabdian kita kepadaNya.
Baiklah, apa kata kali ini saya
sambung sedikit terjemahan Surah Luqman. Saya tahu, mungkin saudari sudah
memiliki terjemahan AlQuran tetapi apa salahnya kalau saya kembali mengingatkan
saudari?
Bismillahirahmaanirahiim…
[6]Dan ada di antara manusia:
orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan
perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya
dan orang ramai) dari ugama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang
pengetahuan; dan ada pula orang yang menjadikan ugama Allah itu sebagai
ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan.
[7]Dan apabila dibacakan
kepadanya ayat-ayat Kami, berpalinglah dia dengan angkuhnya, seoleh-oleh ada
penyumbat pada kedua telinganya; maka gembirakanlah dia dengan balasan azab
yang tidak terperi sakitnya.
[8]Sesungguhnya orang-orang yang
beriman dan beramal soleh, mereka akan beroleh Syurga yang penuh dengan
berbagai nikmat,
[9]kekalan mereka di dalamnya.
Demikian dijanjikan Allah – janji yang tetap benar; dan Dia lah jua yang Maha
Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
[10]Ia menciptakan langit dengan
tidak bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya; dan Ia mengadakan di bumi
gunung-ganang yang menetapnya supaya bumi itu tidak menghayun-hayunkan kamu;
dan Ia biakkan padanya berbagai jenis binatang. Dan Kami menurunkan hujan dari
langit, lalu Kami tumbuhkan di bumi berbagai jenis tanaman yang memberi banyak
manfaat.
Moga bermanfaat buat saudari.
Oh ya, satu pesanan dari saya.
Setiap apa yang dilakukan, jangan lupa untuk membaca Bismillah pada
permulaannya. Kerana itu salah satu cara kita untuk terus bersyukur padaNya.
Sekian. Wasalam.
“Tak
tulis lagi nama dia,” gumam Dhia perlahan.
“Nama
siapa?”
“Hoi!”
Dhia melatah. Berkerut dahinya apabila melihat Hafiza terkekek-kekek ketawa.
“Tidur
la!”
“Fuyo!
Dhia dah marah!”
“Tidur!”
“Ye
la. Ye la,” dan Hafiza menyambung tidurnya.
*****
Mata
Mikhail Adam tidak lepas dari menatap skrin komputer. Orang ramai di kiri dan
kanannya langsung tidak dipedulikan.
“Sayang
buat apa tu?”
“Allahuakbar!”
Mikhail mengurut dada. Terlalu terkejut dengan kehadiran Niki yang tidak
disangka itu.
“Lain
kali boleh bagi salam tak?”
“Alah,
I dah bagi salam banyak kali, you aje yang tak sedar. Asyik tengok komputer je.
Apa yang you tengok?”
“Tak
ada apa-apa la,” Mikhail cuba berdalih.
“Mana
boleh tak ada apa-apa. Meh I tengok,” Niki menolak sedikit tubuh Mikhail. Dia
mahu tahu apa yang menarik perhatian Mikhail sampaikan lupa orang sekeliling.
“La,
Piramid Giza rupanya. Kenapa tiba-tiba berminat dengan benda macam ni pula ni?”
“Saja,”
tetikus dilari-larikan. Kemudian dia membuka artikel tentang Tembok Besar
China.
“Kenapa
tiba-tiba nak baca pasal semua benda ni? Bukannya ada faedah pun,”
“Lebih
berfaedah daripada tidak berbuat apa-apa,”
“You
perli I ye? I pergi perpustakaan la tadi,”
“Habis
sekarang ni kita di mana?”
Niki
terdiam. Lupa dia berada di perpustakaan sekarang ini.
“Ni,
saya nak tanya. Kenapa awak gaduh dengan Dhia semalam? Apa salah Dhia dengan
awak?”
“Siapa?
Anak liplap tu?”
“Hah?
Anak liplap? Apa tu?”
“Anak
liplap tu maksudnya, bukan keturunan baik-baik. Dhia tu bukan keturunan
baik-baik la tu. You tahu, mak Dhia tu mati kena bunuh dengan Along,”
“Sebab
tu aje awak gaduh dengan dia? Tak logik!”
“Kenapa
you tanya pasal dia? You ada hati dengan dia ye?”
“Eh,
mana ada la,”
“You
jangan… jangan nak duakan I tau,”
“Bila
masa kita ni couple? I tak pernah declare apa-apa pun dengan you,”
“You!”
“Dah
la,” Mikhail mengemas barangnya.
“You
nak pergi mana ni? Kita belum habis bincang lagi ni!”
“Niki
Ardilla…,” Mikhail menunjukkan jam tangannya. “Sekarang sudah masuk waktu
Zuhur. Saya nak solat. Kalau awak uzur, awak boleh gunakan komputer ni. Tapi,
awak kena guna kad matrik awak sebab saya nak ambil balik kad matrik saya. Ke,
awak nak ikut saya ke surau?”
“I
period la,” balas Niki selamba. “Lagipun, buat apa I guna komputer cabuk ni? I
ada laptop sendiri la, lagi canggih daripada ini,”
“Suka
hati la,” Mikhail sudah mahu melangkah keluar.
“Mikhail,
tunggu!”
Mikhail
tidak menunggu lama lagi. Dia terus melangkah ingin keluar dari bilik IT itu.
Namun langkahnya terhenti apabila bertembung dengan…
Dhia
Nadhira! Dia datang bersama temannya Hafiza.
“Hei,
kau buat apa kat sini? Menyibuk je,” tiba-tiba Niki muncul di belakangnya.
Tanpa salam, terus ditembaknya Dhia. Gadis itu hanya tersenyum sinis.
“Kenapa
kau senyum?”
Dhia
menunjukkan kad kebenaran masuk ke bilik IT itu. “Aku ada ni. Kau ada? Mesti
tak ada kan, sebab kad matrik kau tergantung je kat leher tu,”
Pantas
Niki memandang ke arah kad matriknya seperti yang dinyatakan oleh Dhia. Niki
geram. Dia hentak kaki. Dhia menjeling ke
arah mereka berdua sebelum melangkah masuk ke dalam bilik IT itu.
“Awak
ni kan…,” Mikhail tergeleng-geleng perlahan sebelum berlalu dari situ.
“You!
Tunggu la I!”
*****
“Beraninya
kau, Dhia!” Ibu jari Hafiza naik. Dhia hanya tersenyum.
“Aku
hanya cakap benda yang betul,”
“Kalau
dia tak puas hati dengan kau macam mana?”
“Niki
Ardilla memang sentiasa tidak puas hati dengan Dhia Nadhira. Puas hati kau?”
Hafiza
ketawa kecil.
“Tapi
kan, kau tak rasa sesuatu ke bila bermusuh dengan ratu cantik di kolej ni?”
“Nak
rasa apa?”
“Ye
la, kau kan bergaduh dengan pelajar paling popular di kolej ni. Siapa yang tak
kenal dengan Niki Ardilla? Dan kau, siapa kau nak gaduh dengan dia?”
“Sebelum
aku skru kepala kau, aku nak betulkan kenyataan kau tu. Pertama, bukan aku yang
cari pasal dengan dia. Dia yang cari pasal dengan aku. Kedua, aku peduli apa
dengan mata-mata yang memandang dan mulut-mulut yang mengata. Diorang tak tahu
perkara yang sebenar. Ketiga, dia tu Niki Ardilla. Aku ni Dhia Nadhira. Engkau
tu siapa pulak nak jadi batu api?”
Gedebuk!
Kena setepek kat dahi Hafiza.
“Sampai
hati kau kata aku ni batu api…,”
“Merajuk
pulak…,”
“Kau
kata aku ni batu api…,”
“Okey,
jangan merajuk lagi, ye? Aku belanja kau aiskrim Cornetto,”
Wajah
Hafiza bercahaya. “Aku nak yang paling mahal tau!”
Ibu
jari Dhia tegak. Hafiza tersengih lebar.
“Tapi
kan Dhia, kau tak jawab soalan aku lagi,”
“Soalan
apa?”
“Kau
tak rasa sesuatu ke bila…. Ye la… kau dengan Niki…,”
“Aku
cuma rasa satu je. Rasa penat. Penat menangkis ayat-ayat berapi dia tu, penat
menjawab pertanyaan kau tentang dia,”
“Okey,
aku tak tanya lagi,”
Diam
sebentar.
“Tapi
kan Dhia…,”
“Jangan
tanya aku lagi…,”
“Okey,
okey,” Hafiza buat gaya zip mulut. Dhia tersenyum.