Home Novel Cinta Kalam Cinta Buat Dhia
Kalam Cinta Buat Dhia
Laila Qaisara
31/10/2013 11:28:03
26,366
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
15

Deringan telefon yang bingit itu mengejutkan Dhia. Terkocoh-kocoh dia menyelongkar begnya untuk mencari gajet tersebut.

“Dhia, kau kat mana?”

Spontan Dhia menjarakkan telefon dari telinganya. Melihat sebentar nama yang terpapar di skrin sebelum menjawab, “Assalamualaikum, Hafiza,”

“Ops, okey. Waalaikumsalam. Kau kat mana ni Dhia?”

“Aku baru habis kelas, dalam perjalanan ke perpustakaan. Kenapa?”

“Petang ni kau ada kelas ke?”

“Ada. Kenapa?”

“Aku baru ingat nak ajak kau ke tasik, jogging,”

Dhia telan liur. Tasik…. Sudah agak lama dia tidak ke sana setelah dia membalas surat merah jambu itu. Namun…

“Dhia?”

“Ah, ya. Aku kat sini lagi,”

“Jangan kata kau mengelamun, Dhia.Betul ke?”

“Hesh, kau ni.Ada-ada je. Ok la, aku dah sampai kat pintu masuk ni.Nanti kita jumpa kat rumah. Assalamualaikum,”

“Pandai la kau nak mengelak soalan….!”Belum habis Hafiza bersuara Dhia sudah meletakkan telefonnya. Hafiza mengeluh perlahan. Dia memandang ke arah pintu masuk kafe apabila mendengar daun pintu dikuak kasar.

Kaisara masuk dengan tergesa-gesa lalu duduk di hadapan Hafiza. “Mati aku kali ni,”

Dahi Hafiza berkerut. “Kenapa?”

“Niki cari aku, kau tau tak?”

Hafiza tersenyum. “Pasal tugasan dia tu?”

“Ye la. Habis kau ingat sebab apa lagi?”

Hafiza ketawa kecil.

“Kau boleh gelak? Aku yang tanggung semua ni, tau tak? Sebab aku ikut cadangan bodoh kau tu!”

“Ini bukan cadangan bodoh la, Sara. Percayalah kat aku,”

“Iye la tu,” Kaisara mengeluh kuat.“Memang aku dah letak parang kat leher kali ni,”

“Jangan risau. Kau bukan sekelas dengan dia kan?Jadi buat apa kau nak takut?Lagipun kolej ni besar apa. Bukan senang dia nak cari kau,”

“Memang la bukan senang, tapi bukan susah juga kan? Lama-lama dia dapat juga cari aku. Sampai bila aku nak sembunyi?”

“Siapa suruh kau sembunyi? Aku tak suruh pun. aku suruh kau ikut je cadangan aku.Aku akan tolong kau,”

“Kau nak tolong aku macam mana lagi?Setakat ni, aku tak nampak lagi pun pertolongan kau membantu aku,”

“Sebab tu la aku minta kau datang ni.Eee, cubit kang,” Hafiza bersuara geram. Dia mengeluarkan sehelai risalah kepada Kaisara.

“Aku memang boleh bantu, tapi kau juga kena usaha.Sebab tiada siapa mampu ubah nasib kau melainkan diri kau sendiri,”

Kaisara membaca risalah itu dengan dahi berkerut.

*****

“Dhia,”

Langkah Dhia yang baru keluar dari perpustakaan terhenti apabila mendengar namanya dipanggil.Apabila dia menoleh…

“Eh, Aunty Azura! Assalamualaikum,”

“Waalaikumsalam,”

“Aunty buat apa kat sini? Cari Aaron ke?”

“Memang I tengah cari anak I. By the way, I ni Datin Azura. Panggil I Datin Azura,” balasnya sombong.

“Oh…,” Dhia tunduk memandang lantai.

“Memang I cari anak I, Aaron. Tapi I nak jumpa you dulu,”

“Aunty nak jumpa saya? Er, maksud saya, Datin nak jumpa saya?”

Datin Azura menjeling tajam.

“Kalau macam tu, kita ke kafe. Minum-minum?”

“Tak payah! I tak haus. Lagipun bukan standard I minum kat tempat macam ni,”

Dhia tunduk lagi. Terkedu dengan kata-kata wanita itu.

“I nak bagi amaran kat you. Jangan keluar dengan anak I lagi!”

Spontan Dhia mengangkat muka. “Datin?”

“You tak dengar ke? I cakap, jangan berkawan dengan anak I lagi! Tak faham bahasa ke?”

“Tapi kenapa, Datin?”

“Eh, suka hati I la nak tentukan dengan siapa anak I patut berkawan!”

Dhia telan liur. Datin Azura berjalan mengelilingi Dhia yang diam berdiri seperti patung di situ.

“You ingat, you tu layak sangat ke kawan dengan anak I? Entah anak siapa, anak lorong mana, tiba-tiba nak berkawan dengan anak I. You ingat sikit, Aaron tu anak Datuk. Anak orang kaya. Agak-agak you, setaraf ke you dengan anak I?”

Mata Dhia berkaca.

“You jangan ingat you boleh kikis harta keluarga I dengan berkawan dengan Aaron. Ingat sikit you tu di mana!”

“Kami tak pernah lupa asal-usul kami. Kami cuma takut Datin tu yang lupa asal-usul Datin,” sahut satu suara dari belakang. Dhia menoleh. Aleeya datang menghampirinya dengan wajah serius.

Datin Azura kaget. Namun dia masih cuba berlagak sombong. “You jangan cuba nak masuk campur urusan I. Ini antara Dhia dan I!”

“Datin, saya boleh tak masuk campur kalau Datin dan Dhia tak halang laluan ni.Tapi masalahnya, laluan ni adalah laluan utama. Saya terpaksa campur tangan!”

“You tak kenal lagi siapa I!”

“Kenal. Cukup kenal. Datin adalah seorang ahli persatuan wanita yang berjaya. Isteri kepada seorang ahli korporat, yang teringin masuk ke gelanggang politik,”

Datin Azura tersenyum bangga.

“Tapi Datin, semua tu gelaran dunia je. Bila-bila masa Allah boleh tarik balik.Silap-silap esok, Datin jadi peminta sedekah kat tepi jalan sana,”

Mati senyum Datin Azura. Cepat-cepat dia membetulkan tas tangannya dan berlalu dari situ.Aleeya senyum sinis. “Jalan elok-elok Datin!”

Datin Azura langsung tidak menoleh.

“Aleeya,”

“Ya?”

“Kau tahu tak siapa Datin Azura tu?”

“Erm… iya. Kenapa?”

“Kenapa kau cari pasal jugak dengan dia?”

“Kau tengok muka aku ni,” Aleeya tuju jari telunjuk ke mukanya. “Ada nampak muka ni kisah?”

Dhia tertawa.

“Kau ada kelas ke?”

“Petang sikit. Aku nak ke kafe tadi,”

“Alah, kita keluar la. Aku dah janji dengan abang aku nak makan bersama. Alang-alang kau dah ada ni, boleh la kau ikut aku.Boleh aku kenalkan kau dengan abang aku tu,”

“Abang?”

“Ye la, abang. Ala, jom la,” Aleeya menarik lembut tangan Dhia. Malas berbalah, Dhia hanya mengikut rentak Aleeya. Namun tanpa disedari, gerak langkah mereka diperhatikan oleh seseorang.

Niki Ardilla!

*****

“Dhia Nadhira lesbian!”

“Kau biar betul?”

“Iya, Dhia tu sekarang ni berkawan dengan lesbian.Aku dengar mereka berdua bermesra-mesraan di depan perpustakaan. Apa lagi bukti yang kau nak?”

“Bermesra-mesraan? Macam mana tu?”

“La, itu pun aku nak kena terangkan kat kau jugak ke? Bermesra-mesraan, berpeluk, bercium, semua tu diorang buat la,”

“Eee… jijiknya diorang tu. Patutlah selama ni Dhia tak pandang lelaki, rupanya selera dia pada peempuan.Tak sangka kan,”

“Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Perempuan yang baik jangan disangka baik hatinya!”

“Betul juga kata kau tu,”

Membara hati Mikhail mendengarnya. Dia terus bangun tanpa mempedulikan mulut-mulut yang tidak henti mengata mengenai Dhia.Namun belum sampai ke tingkat bawah, dia melihat satu lagi adegan yang tidak ingin langsung dilihatnya.

Dhia dan Aaron!

Tanpa sedar, Mikhail mengeluh kuat. Lantas dia berlalu dari situ.

Dan Dhia terdengar keluhan itu.

“Kenapa, sayang?”

Dhia pandang wajah Aaron. “Awak, tak payah la bersayang-sayang dengan saya,”

“Tak perlu bersayang-sayang dengan orang yang belum tentu akan menjadi halal buat awak,”

“Jadi betullah apa yang saya dengar akhir-akhir ni? Yang awak ni lesbian?”

“Terpulanglah apa yang awak nak cakap. Yang penting, saya tahu saya tak buat pun perkara tu,”

“Kalau macam tu, buktikan pada saya,”

“Buktikan? Buktikan apa?”

“Buktikan yang awak bukan macam yang diorang cakap tu,”

“Nak buktikan macam mana?”

“Kahwin dengan saya,” tanpa berlengah, Aaron membukakan pintu kereta untuknya.

Dhia mengeluh kecil. Macam mana dia hendak memberitahu Aaron tentang amaran Datin Azura padanya?

“Cepat!” desak Aaron. Nak tak nak, Dhia terpaksa mengikut. Aaron tersenyum.

Kereta yang dipandu Aaron meluncur laju membelah lebuhraya. Namun di dalam kereta, sepatah kata pun tidak keluar dari mulut Dhia.Dia membisu. Memprotes dalam senyap tindakan Aaron.

“Saya tak mahu kehilangan awak, Dhia,”

“Dengan memaksa?”

“Saya sayangkan awak,”

Dhia mengeluh lagi. Kali ini lebih kuat sehingga didengari Aaron.

“Ada yang tak kena?”

Dhia diam.

“Dhia, kita dah nak sampai ke rumah orang tua saya ni.Cakap la sesuatu,”

“Apa yang perlu saya cakap lagi?”

Kereta yang dipandu Aaron kini memasuki perkarangan rumah agam keluarganya.Aaron pandang wajah Dhia tepat-tepat.

“Dhia, kita bukan hendak kahwin sekarang. Saya cuma hendak kenalkan awak dengan ayah saya. Awak lupa, awak belum jumpa dengan ayah saya?”

Baru Dhia teringat. Kali pertama dia ke rumah agam itu, dia hanya diperkenalkan dengan Datin Azura. Dia tidak sempat diperkenalkan dengan ayah Aaron kerana kekangan masa.

“Jom,” Aaron lantas keluar dari kereta. Dhia mengekorinya dengan langkah yang lambat. Amaran Datin Azura masih terngiang-ngiang di kotak fikirannya.

“Mama!”

Ah, panjang umur. Datin Azura yang sedang menyiram pokok bunga di taman terkejut dengan kehadiran Aaron dan Dhia. Apa lagi yang perempuan itu buat di sini?

“Papa mana?”

“Ada kat dalam. Di bilik bacaan.Buat apa bawa perempuan tu?”

“La, dia kan bakal isteri saya. Jom Dhia, kita jumpa dengan bakal ayah mertua awak,” Aaron genyit mata.

Nafas Dhia semakin tidak menentu. Apatah lagi apabila melihat mata garang Datin Azura yang tajam memandangnya. Namun langkahnya terus mengikut Aaron ke dalam rumah. Seterusnya ke bilik bacaan. Seorang lelaki sedang tekun menelaah sebuah fail di atas mejanya.

“Papa, kenalkan, inilah bakal isteri Aaron.Dhia Nadhira namanya,”

Pantas lelaki tadi mengangkat kepalanya.“Dhia…,”

Aaron terkejut. “Papa kenal Dhia?Awak kenal Papa saya, Dhia?”

Dhia telan liur.“Papa…,”

Aaron terkejut.

Previous: 14
Next: 16

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.