Home Novel Cinta Kalam Cinta Buat Dhia
Kalam Cinta Buat Dhia
Laila Qaisara
31/10/2013 11:28:03
26,371
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
12

Abang hanya memerhatikan sahaja gelagat Dhia yang berbual dengan seorang gadis yang dikenalinya. Hatinya bagai ditusuk sembilu. Betapa selama ini dia memendam rasa hanya untuk dikecewakan!

“Abang!”

Abang terkejut. Spontan dia menoleh ke kiri. “Tak reti bagi salam?”

Adik ketawa. “Nampaknya, cinta benar-benar buat Abang hilang kewarasan,”

Abang kerut dahi. Tidak mengerti.

“Abang, Adik dah bagi salam la tadi. Abang yang tak dengar,”

“Ye ke? Kenapa Abang tak dengar?”

“Sebab buah hati depan mata, kan,”

Tidak semena-mena pipi Abang memerah. Tambah galak Adik ketawa.

Abang merengus. “Kenakan Abang je la kerja dia sekarang ni,”

“Terasa?” perli Adik. “Ala, maaflah, Abang,”

Tapi Abang tidak menjawab. Dia terus memandu.

“Abang…,”

“Apa?”

“Abang maafkan Adik tak?”

“Hurm…,”

“Marah la tu,” Adik muncungkan mulut. Tahu sangat dia dengan perangai abangnya yang seorang itu.

“Tahu takpe,”

“Abang,”

“Ada apa lagi?”

“Jangan la marah,” Adik buat suara comel. “Adik tahu, Abang memendam rasa. Abang kecewa sebab Dhia kan,”

“Lagi mahu tanya…,”

Adik sembunyi senyum. “Abang jangan risau, Adik akan tolong Abang,”

“Tolong apa? Tolong tengok Dhia bersanding dengan orang lain?”

“Orang lain? Siapa? Kalau ‘orang lain’ tu sebelah Adik ni je, Adik memang nak tengok!”

Abang pandang Adik tidak berkelip.

“Abang pandang depan!”

Cepat-cepat Abang pandang ke hadapan sambil memegang stereng kereta kejap.

“Cuba la bawa kereta tu elok-elok sikit. Adik belum kahwin lagi tau…,”

“Macam dia sorang yang belum kahwin,”

Adik ketawa kecil.

“Kenapa Adik cakap macam tu tadi?”

“Yang mana?”

“Yang ‘orang sebelah Adik’ ni,”

“Oh, yang itu! Adik akan bagitahu. Tapi dengan syarat,”

“Main syarat pula. apa syaratnya?”

“Letakkan cinta manusia hanya di tangan, dan letakkan cinta Ilahi di hati. Kerana Allah takkan kecewakan kita sebagaimana manusia melakukannya,”

Abang diam. Fikirannya mencerna kata-kata Adik yang ada betulnya juga.

*****

“Apa?”

Melengking suara Hafiza apabila mendengar berita itu. “Kau biar betul? Nak terima pinangan Aaron tu?”

“Ya,” Dhia menjawab sepatah. Lemah.

“Apa yang kau fikirkan sebenarnya, Dhia? Aku rasa macam baru semalam kau bagitahu, kau keliru dengan apa yang berlaku. Sekarang ni apa?”

“Aku fikir, kenapa aku tak terima je lamaran Aaron tu? Dia pun baik orangnya,”

“Baik?” Hafiza ketawa sinis. “Baik sangatlah dia tu,”

“Hafiza, cuba jangan berburuk sangka dengan orang. Mungkin jodoh aku dengan Aaron. Siapa tahu? Apa salahnya kita cuba,”

“Dhia, ni soal masa depan kau. siapa yang kau pilih untuk bersama kau di hari tua nanti. Hari di mana kau duduk atas kerusi malas, kira cucu berapa ramai ada,”

Dhia tertawa.

“Gelak pulak dia! Ni soal masa depan kau, Dhia Nadhira! Bukan soal main masak-mask!”

Tawa dhia mulai mereda. Dia tersenyum.

“Senyum pula dia!”

“Sayangnya kau pada aku ye, Hafiza,” Dhia masih lagi tersenyum. “Kau jangan risau. Aku tahu apa yang aku buat. Aku yakin, ini aturan Allah untuk aku. Ada hikmahnya,”

Hafiza diam. Dhia bangun.

“Tu nak pergi mana pulak?”

“Ambil wuduk la. Nak solat Isya’. Kan dah azan tu. Kau tak solat ke?”

Hafiza tersengih. “Aku cuti,”

Dhia jeling tajam lalu keluar dari bilik. Sejurus, Hafiza mengeluh. Kenapa Dhia sanggup terima Aaron walaupun macam-macam yang telah dilakukan oleh lelaki itu. Takkan Dhia tidak dapat membaca watak Aaron sebenarnya?

Tiba-tiba Hafiza ternampak sesuatu. Diari Dhia. Hafiza memanjangkan lehernya. Nampaknya Dhia mengambil masa yang agak lama untuk membersihkan diri dan mengambil wuduk. Pantas tangannya mencapai diari berwarna biru itu. Dengan lafaz bismillah, diari itu dibuka.

“Ibu, Dhia rindukan Ibu. Dhia keseorangan di dunia ini. Walaupun Dhia ada teman yang memahami, tapi Dhia tak boleh nak nafikan yang Dhia sangat cemburu apabila melihat insan yang didampingi ibu mereka. Dhia sedih sangat, bila mengenangkan yang Ibu pergi dalam keadaan yang cukup tragis.

“Ibu, Dhia rindukan Ibu…,”

Air mata Hafiza menitis. Baru dia tahu, selama ini Dhia cukup memendam rasa.

*****

“Nah,”

Dengan wajah selamba Niki mencampakkan beberapai helai kertas di atas kepala Kaisara menyebabkan gadis itu terkejut.

“Apa ni?”

“Tak nampak? Ini, tajuk tugasan terbaru aku. Siapkan untuk aku. Aku nak pergi jaga Mikhail,”

“Niki, aku minta maaf. Aku tak boleh tolong kau kali ni,”

Bulat mata Niki mendengarnya. “Apasal pulak?”

“Kau sendiri tengok, aku banyak tugasan yang kena diselesaikan. Semuanya perlu dihantar minggu ni,”

“Kau tengok muka aku ni. Ada aku kisah?” Niki buat muka berlagaknya. “Aku tak peduli la kerja kau banyak ke apa ke. Yang penting, kerja aku siap. Nanti aku bayarlah upah,”

“Ni bukan soal upah. Aku tak boleh siapkan semua ni…,”

“Aku tahu benda ni siap minggu ni,” Niki terus pergi dari situ. Kaisara mengeluh kuat sambil membelek helaian kertas yang baru dilayangkan oleh Niki sebentar tadi. Banyaknya tugasan!

Pergi jaga Mikhail konon! Macam la aku tak tau, Mikhail tidak mahu menerima sebarang tetamu! Pirah!

Hai, banyak la pulak tugasan yang dia suruh aku buat ni. Macam mana ni? Kaisara membaca sekilas tajuk-tajuk tugasan yang diberikan Niki.

“Buat sikit-sikit je la,”

“Buat apa?”

“Buat…,” terkedu Kaisara apabila melihat kelibat seseorang yang dikenalinya.

“Buat apa?” soalan itu diulangi lagi.

“Er… buat tugasan aku la. Kan pensyarah minta hujung minggu ni,” tergagap-gagap Kaisara memberi alasan.

“Kau bukan sekelas dengan aku ke? Setahu aku la, tugasan kita cuma ada tiga tajuk. Ni apahal sampai tujuh tajuk pulak ni?”

Alamak! Kaisara terperangkap. Baru dia ingin buka mulut hendak menipu…

“Dan setahu aku juga, kita tak ada pilihan tajuk,”

Ah sudah! Aku baru nak tipu pasal tu!

Hafiza mengambil kertas yang berada dalam genggaman Kaisara. Tulisan tangan itu cukup dikenalinya. “Ni tulisan Niki kan?”

Kaisara diam.

“Kau tengah buatkan tugasan untuk dia kan?”

Diam lagi.

“Kaisara, aku bukan tunggul,”

“Maaf,”

“Buat apa kau minta maaf dengan aku? Kau bukan ada salah apapun dengan aku,”

“Ta.. tapi…,”

“Ini,” Hafiza menunjukkan kertas yang diambil dari genggaman Kaisara. “Kau nak tolong dia jadi bodoh ke? Kau nak tolong dia tipu diri sendiri?”

“Maaf!”

“Kenapa kau buat macam ni?”

“Maaf! Dia… dia…,”

“Dia apa?”

“Dia upah aku!”

“Upah? Apa maksud kau?”

“Dia bayar upah bagi setiap tugasan dia yang aku buat. Aku tak ada pilihan!”

“Ini bukan caranya nak tolong dia!”

“Aku tak ada pilihan! Ayah aku banyak hutang! Kalau aku tak selesaikan, diorang nak jual adik aku, Hafiza!”

Terduduk Hafiza mendengarnya.

*****

“Abang,”

Wajah Adik terjengul di muka pintu sambil senyum.

“Dah kenapa macam kerang busuk je kat situ? Mari masuk,”

Adik melangkah perlahan masuk ke dalam bilik. “Adik takut Abang sibuk,”

“Sibuk apanya, hari Ahad ni,”

Adik nampak kertas berwarna merah jambu yang dipegang Abang. “Abang nak tulis surat kat Dhia ke?”

Abang angguk. “Surat perpisahan,”

Mati senyum Adik. “Kenapa?”

“Abang rasa, buat apa Abang kacau hidup dia kalau dia bahagia dengan pilihannya,”

“Apa Abang cakap ni?”

“Maksud Abang, kalau dia bahagia dengan pilihannya, Abang tumpang gembira. Kalau dia dengan Abang tapi dia tak bahagia, buat apa? Abang tak nak siksa orang yang Abang cinta,”

“Makin lama, makin saya tak faham dengan Abang,” adik bingkas bangun dan keluar.

“Adik,”

Langkah Adik terhenti di muka pintu.

“Nanti tolong temankan Abang ke sana? Abang takut Abang tak kuat,”

Adik memusingkan badannya menghadap Abang. “Kenapa Abang kena buat semua ni?”

“Adik, cinta itu perlukan pengorbanan,”

“Tapi kenapa Abang?”

“Sebab Abang sayangkan dia,”

“Abang!”

Abang menghela nafas. “Adik juga yang cakap. Letakkan cinta manusia hanya di tangan, dan letakkan cinta Ilahi di hati. Kerana Allah takkan kecewakan kita sebagaimana manusia melakukannya,”

Adik terdiam.

“Kadang-kadang bila kita minta matahari, hujan yang turun. Kita cari matahari, tapi tak muncul-muncul. Lepas hujan, pelangi yang muncul. Rupa-rupanya, Dia nak beri kita pelangi. Sebab pelangi tu cantik,”

Adik kerut dahi.

“Abang kejar pelangi tu, Adik. Mungkin Dhia bukan jodoh Abang. Mungkin seseorang yang sama baik dengan dia. Mungkin lebih baik,”

Air mata Adik berlinangan. Dia tersenyum gembira.

“Adik ikut Abang nanti, boleh?”

Tanpa ragu Adik mengangguk.

“Adik anggukkan apa tu?”

Adik terkejut. Sekarang ini dia bukan lagi di bilik Abang sebaliknya dalam kereta.

“Aaaa…,”

“Berangan la tu,” Abang tersengih.

“Abang,” Adik pandang mata Abang dalam-dalam. “Betul ke apa yang Abang buat ni?”

“Abang nekad, Adik,” Abang terus keluar dari kereta. Adik diam. Dia hanya memerhatikan gelagat Abang dari dalam kereta.

Kasihan. Dhia cinta pertama Abang. Tapi Abang nekad lepaskan cinta itu demi melihat gadisnya bahagia. Apakah aku boleh menjadi seperti Abang? Kuat menghadapi perpisahan ini?

Besar mata Adik apabila melihat Abang tiba-tiba berlari ke arah kereta. Pantas dia masuk ke dalam kereta.

“Kenapa, Abang? Dhia perasan ke?”

“Tak. Tak tahu. Rumah sunyi,”

“Habis tu?”

Abang menghulurkan sepucuk surat berwarna biru. Tertulis di atasnya ‘Buat Pengirim Surat Merah Jambu’.

“Ni tulisan Dhia!!”

Previous: 11
Next: 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.