Dhia
mengatur langkah dengan pantas. Sebentar lagi, kelas Puan Sakinah akan bermula.
Dia tidak mahu mendengar leteran wanita itu setiap kali ada pelajarnya yang
lewat masuk ke kelasnya. Perutnya yang memulas sebentar tadi diusap perlahan.
“Perutku
sayang, jangan meragam ye. Tuan kamu ni nak cari ilmu. Kalau nak buat hal,
tunggu satu jam kemudian ye,” Dhia berkata sendiri. Kemudian dia tersenyum. Kalau
orang lain tengok, pasti dikatakan Dhia ni kurang siuman!
“Dhia…,”
Langkah
Dhia terhenti. Dia mengeluh perlahan.
“Mikhail,
saya nak cepat ni. Ada kelas. Awak tak masuk kelas awak ke?”
“Ada,
tapi saya tak masuk,”
“Awak
ponteng kelas? Kenapa?”
“Saya
ada benda penting nak cakap dengan awak,”
Air muka
Dhia berubah. “Awak ikut saya dari tadi?”
Mikhail
angguk.
“Maknanya,
awak ikut saya sampai ke tandas tadi?”
“Eh,
saya tak la sampai masuk ke tandas perempuan tu! Saya masih waras okey!”
“Habis
tu, kenapa awak ikut saya sampai awak sanggup ponteng kelas?”
Mikhail
diam, tunduk memandang lantai.
“Cepatlah
Mikhail, saya dah lambat ni…,”
“Saya
nak minta awak… jauhkan diri daripada Aaron,”
“Hah?”
Dhia separuh menjerit. “Apa yang awak cakap ni?”
“Saya
minta awak jauhkan diri daripada Aaron. Tolonglah awak. Saya tahu Aaron tu
macam mana,”
“Saya
dengan Aaron cuma kawan biasa saja. Macam saya dengan awak juga,”
“Aaron
nak ambil kesempatan kat awak je,”
“Mana
awak tahu?”
“Saya
kenal dia,”
“Saya
kawan saya!”
‘Saya
pun kawan dia juga… dulu,’ desis hati Mikhail.
“Mikhail,
saya hargai keprihatinan awak tu, tapi lebih baik kita jauhkan diri
masing-masing dulu,”
“Apa?”
“Ya,
lebih baik begitu. Saya tak mahu Niki serang saya membabi buta. Ini tak adil
untuk saya,”
“Awak
anggap saya kawan awak kan?”
Dhia
angguk perlahan.
“Jadi
jauhkan diri daripada dia!”
“Awak
cuma kawan saya, bukan suami saya. Awak tak boleh halang saya daripada berkawan
dengan sesiapa sahaja!”
Mikhail
terkedu. Dhia melihat jam di tangannya.
“Saya
dah lambat, awak tahu tak?”
Dhia
terus berlari ke dewan kuliah, meninggalkan Mikhail yang termangu keseorangan.
Tanpa mereka sedari, ada sepasang mata yang memerhati. Cemburu.
*****
“Niki,
jangan la macam ni!”
“Kau
ingat aku akan duduk diam je tengok semua ni? Aku nak ajar dia! Dia ingat, dia
boleh rampas kekasih aku?”
“Niki,
bawa bersabar…,”
“Kesabaran
aku dah habis bila aku tengok mereka berdua tadi!” Niki menjerit kuat. Terkejut
Kaisara mendengarnya.
“Dhia,
kau keluar!”
“Niki,
dahlah tu…,”
“Kau
diam, Sara! Duduk kat tepi diamd-diam!”
“Niki…!”
“Dhia!
Keluar kau! Aku nak selesaikan perkara ni malam ni jugak!”
“Kau ni
kenapa…,” Dhia keluar dari rumah dengan mata sedikit terpejam. Sempat dia
melihat jam di dinding. Pukul dua petang. Apa yang minah ni buat di sini
waktu-waktu begini? Tak ada kelas ke?
“Aku ni
kenapa? Hey, aku nak tanya kau tu kenapa!” dahi Dhia ditunjal keras. Segar
terus mata Dhia menerima tunjalan tersebut.
“Kenapa?
Aku tak kacau kau pun!”
“Tak kacau?
Yang kau pergi kacau kekasih aku tu kenapa?”
“Kekasih
kau? siapa?”
“Lagi
mahu tanya!” dahi Dhia ditunjal lagi.
“Kau ni
kenapa? Aku dah cakap kan, kalau kau nak Mikhail tu kau ambillah. Aku tak hadap
pun,”
“Orang
yang kau tak hadap tu la yang kau kejar selama ni kan?”
“Kau
merepek apa ni?”
“Kau
jauhkan diri kau daripada Mikhail, kalau tak…!”
“Kalau
tak, apa?”
“Aku
pecahkan muka kau!” dan sesaat kemudian baru Niki tersedar sesuatu.
“Kuat
benar muka kau nak pecahkan muka orang,”
Niki
menoleh. “Kau siapa?”
“Aku?
Nama aku Aaron,”
Aaron
melangkah mendekati Dhia yang kebingungan. Sebentar kemudian Hafiza muncul.
“Maaf,
Dhia. Dari jauh aku nampak kau dengan Niki tadi. Itu yang aku cari Aaron tadi
tu,” bisik Hafiza pantas di telinga Dhia. Barulah Dhia mengerti.
“Buat
apa kau datang sini? Kau nak bela budak ni? Kau nak bela perampas ni?”
“Dia nak
rampas siapa?”
“Dia nak
rampas kekasih aku!”
“Atas
sebab apa dia nak rampas kekasih kau, sedangkan dia kekasih aku?”
Niki
terkejut. Kaisara terkedu. Hafiza terdiam. Dhia tergamam.
*****
“Aaron
Aziz bercinta dengan Dhia Nadhira!”
“Biar
betul?”
“Betul
la! Aku dengar sendiri dari mulut dia semalam. Ayat dia lebih kurang begini,
‘Atas sebab apa dia nak rampas kekasih kau, sedangkan dia kekasih aku?’”
“Dia
cakap dengan siapa?”
“Dia
cakap dengan siapa lagi? Niki Ardilla la,”
“Hamboi,
sampai tercebik-cebik bibir. Tak payah la buat ekspresi muka sampai macam tu
sekali,”
“Biarlah!
Aku punya suka la. Lagipun aku memang tak sukakan Niki Ardilla tu. Perasan
cantik. Dhia Nadhira lagi cantik,”
“Aaron
Aziz yang ini kacak tak?”
“Muka
dia macam Aaron Aziz betul!”
“Ye ke?
Kalau macam tu, sesuai la Dhia dengan Aaron Aziz tu!”
Mikhail
yang berada di belakang meja mereka mengepal tangannya. Kuat. Dan minah gosip
itu terus bercerita.
Mikhail
tidak tahan lagi. Dia terus mengemas barangnya dan terus keluar dari
perpustakaan itu. Dan dia harus melalui meja minah-minah gosip itu untuk
keluar.
Dan
minah-minah gosip itu terkedu melihat kelibat Mikhail.
“Alamak
Joyah, dia dengar ke kita cerita tadi?”
“Entah
la Senah. Dengar la kot. Sebab muka dia ketat semacam je,”
“Ala,
macam mana ni?”
“Biarkan
aje la,”
*****
“Hafiza…,”
“Aku dah
cakap dengan dia. Dia tak mahu jumpa kau,”
“Cakap
la dengan dia, ada hal penting yang aku nak sampaikan,”
“Untuk
apa? Untuk Niki sampai ke sini lagi buat kacau? Tak payah la Mikhail. Betul
juga tindakan Dhia kali ni. Baik kau balik je la,”
“Sampai
hati kau kan Hafiza…,”
Hafiza
hanya diam.
“Kau tak
kesiankan aku ke?”
“Aku
lagi kesiankan Dhia. Setiap kali dia jumpa kau, mesti si Niki tu akan serang
dia. Kalau serang mulut tu tak apa la juga. Ni dengan tangan-tangan sekali
naik, apa cerita?”
Giliran
Mikhail pula yang diam.
“Aku
rasa buat masa sekarang ni, jangan la jumpa dia,”
Mikhail
diam lagi. Namun hatinya sakit. Sakit sangat.
*****
“Adik,”
Adik
yang sedang leka di komputer ribanya memanjangkan leher. Melihat ke arah dapur.
“Ada
apa, mak?”
“Mana
Abang ni? Tak balik balik lagi?”
“Banyak
kerja kot, mak,”
“Kalau
banyak kerja, dia mesti beritahu mak. Ini langsung tak telefon. Mak risau,”
“Mak ada
telefon Abang ke?”
“Tak ada
kredit,” Mak tersengih.
Adik
ketawa kecil. “Cakap la suruh Adik telefon Abang…,” telefon bimbit dicapai dan
Adik mula mendail. Raut wajahnya yang ceria tadi bertukar muram.
“Kenapa,
Adik?”
“Abang
tak jawab. Adik cuba telefon lagi,”
Diam
seketika.
“Masih
tak berjawab,”
“Macam
mana ni…,” kata-kata Mak terhenti apabila mendengar bunyi enjin kereta yang
kemudian dimatikan. Sebentar kemudian Abang muncul di muka pintu. Dengan wajah
yang masam.
“Assalamualaikum,”
“Waalaikumsalam.
Abang ke mana? Kenapa tak angkat panggilan telefon kami?” tanya Mak
bertalu-talu.
“Telefon
tertinggal di rumah,”
“Abang…,”
Adik cuba bersuara.
“Abang
tak sihat. Maaf,” Abang terus mesuk ke bilik. Adik dan Mak berpandangan sesama
sendiri.
“Kenapa
dengan Abang tu, Mak?”
“Kan
Abang cakap, dia tak sihat,” Mak terus berlalu ke dapur. Adik senyum nipis.
Selalunya bila Abang atau Adik tak sihat, Mak akan buat tidak tahu. Tapi
kemudian Mak akan masakkan yang sedap-sedap untuk anak-anaknya yang tidak sihat
itu.
Tapi
Adik tahu, Abang bukan tak sihat. Ada sesuatu yang membelenggu fikirannya.
Kerja? Abang tak pernah bawa masalah kerja pulang ke rumah. Habis tu, apa?
Dhia…
Di dalam
bilik, Abang menghempaskan tubuhnya ke katil. Dia rasa penat. Penat sangat.
Teringat peristiwa petang tadi, sewaktu dia cuba menghantar surat ke rumah
Dhia. Siapa lagi kalau bukan untuk Dhia tersayang. Kata-kata itu masih jelas di
telinganya.
“Aku
cintakan Dhia. Aku cintakan Dhia Nadhira,”
“Kau dah
gila ke? Mana kau nak letak Niki Ardilla tu?”
Tidak
semena-mena, air mata mengalir dari tubir mata Abang.
Dhia
cintakan lelaki itu ke?
*****
“Aaron,”
Aaron
menoleh. Menjeling sesuatu di celah jari Mikhail.
“Kau
kata kau dah berhenti merokok,”
“Aku
tertekan. Kau tahu siapa yang buat aku tertekan?”
Aaron
angkat kening.
“Kau!”
Aaron
ketawa. “Jadi, pasal ni la kau nak jumpa aku ni?”
Mikhail
mendengus.
“Kau nak
tanya apa je sebenarnya ni?”
“Aku nak
tanya pasal kau dengan Dhia,”
Aaron
ketawa sinis. “Tamak juga kan kau ni. Niki kau nak, Dhia kau nak…,”
“Tolong
jawab soalan aku, Aaron,”
“Okey.
Apa yang kau nak tahu sangat pasal aku dengan Dhia?”
“Apa
betul ke gosip yang aku dengar pasal kau dengan Dhia? Yang kalian…!”
“Pasangan
kekasih?” potong Aaron sebelum sempat Mikhail habiskan soalannya. Mikhail
menggerutu. Tak pernah berubah dari dulu!
“Ya, aku
dengan Dhia pasangan kekasih,”
“Sejak
bila?”
“Tak
perlulah kau tahu,”
Suasana
sepi seketika.
“Aku
dalam perancangan ingin meminang Dhia,”
Mikhail
terkejut!
*****
“Aku
dalam perancangan ingin meminang Dhia,”
Masih
terngiang-ngiang kata-kata Aaron di telinga Mikhail. Stereng kereta digenggam
kuat.
“Aku
dalam perancangan ingin meminang Dhia,”
“Mikhail,
saya hargai keprihatinan awak tu, tapi lebih baik kita jauhkan diri
masing-masing dulu,”
“Kau dah
gila ke? Mana kau nak letak Niki Ardilla tu?”
Niki
Ardilla bukan kekasih aku!
PONNNNNNNNN!!!!!!
Bunyi
hon lori yang panjang mengejutkannya. Namun semuanya sudah terlambat…