Home Novel Alternatif WANITA
WANITA
Jung Siti
6/7/2021 15:00:58
66,838
Kategori: Novel
Genre: Alternatif
Bab 8

WANITA VIII


              Yaya terjaga pada pukul 5.30 pagi seperti biasanya. Bangun sahaja dari tidur, Yaya membersihkan diri dan bersiap-siap turun ke bawah untuk menguruskan hal kedai. Namun, pada hari ini Yaya tidak berhasrat untuk membuka kedai. Yaya merancang tidak membuka kedai pada hari ini untuk menguruskan robot XY yang dikutipnya semalam serta menguruskan juga penyelenggeraan kedai untuk tujuan penambahbaikan.


              Pada 5.55 pagi Yaya turun ke bawah dan terus terpandang kereta sorongnya yang kosong. Hati Yaya langsung berdegup. Dia berasa sedikit gundah dan matanya tercari-cari di mana hilangnya robot semalam.


              “Fuh… ingatkan dekat manalah. Pandai juga robot ni cari tempat yang selesa… ”, sengih Yaya apabila terpandang Ben yang sedang tidur di kerusi panjang berkusyen. Dalam pada menghampiri, Ben,Yaya terfikir pasti robot ini sempat hidup dan bergerak semalam untuk mencari tempat rehat yang lebih selesa. Lagipula, semalam robot ini baring di dasar tong. Apabila tiba di kedai, baring di kerusi panjang berkusyen pula. Yaya berspekulasi.


              Yaya memerhati saja Ben yang sedang berbaring lurus. Mata Yaya tidak berkedip memerhatikan Ben baring dari atas kepala sehingga ke hujung kaki. Yaya memerhati wajah Ben pula, bulu mata sintetik robot ini sememangnya sangat menakjubkan. Dahi robot ini bersih dan luas. Kulit wajah robot ini juga seakan sangat mirip seperti kulit manusia sebenar. Hidung robot ini mancung dan sangat cantik terletak di antara dua mata dan mulut. Mata robot ini juga terasa redup di pandang. Bagaimana kalau robot ini membuka matanya? Pandangan bagaimanakah yang Yaya akan terima? Bibir robot ini juga cantik sahaja terletak dan dikelilingi bulu sintetik bawah dagu dan bawah hidung. Raut wajah robot ini sangat…


              Yaya mengerutkan kening. Entah kenapa dia merasa ada yang aneh pada dirinya. Jantungnya juga berdegup lebih laju. Tidak terlalu kencang, tetapi hanya lebih berdebar. Yaya memandang lagi robot yang sedang berbaring itu.


              “Cuma robot ni busuk dan serabai…”, kata Yaya. Yaya merasakan selepas ini, dia perlu membersihkan robot ini tetapi sebelum itu dia hendak menukar papan tanda di luar kedai.


              ‘Sedang dalam baik pulih’.


              Yaya masuk kembali ke dalam kedai dan melihat robot yang masih berbaring itu.


              “Macam mana nak hidupkan robot ni?”, fikir Yaya.


              Yaya mula melayari internet dan menjumpai beberapa jawapan kepada persoalannya. Yaya pergi ke gudang dan mencari petrol. Lalu Yaya membawa tiub dan memasukkan tiub kecil ke dalam mulut robot lalu mengisi petrol ke dalam mulut robot itu.


              Yaya melihat saja petrol yang melalui tiub dan masuk ke dalam mulut robot itu. Tidak sampai satu minit, robot itu terbatuk-batuk dan terjaga dari perbaringan.


              “OOOHHHOOOKK!!!”.


              “WWWUUUEEELLLKKKK!!!”. 


              “OOOOHHHRRRGGHHHKKK!!!”, Ben langsung terjaga dan memuntahkan minyak yang disumbat dalam mulutnya.


              “Hah! Gerak pun robot ni…”, lega Yaya.


              “EHHHHH!!!!”, Yaya gelabah tatkala melihat robot di hadapannya memuntahkan minyak petrol yang diisinya. Yaya pantas bangun mencari besen dan kain buruk. Dia mendatangi semula robot itu.


              Ben memuntahkan semua yang tidak selesa buat perutnya ke dalam besen yang dihulur Yaya. Yaya juga mengetuk-ngetuk belakang Ben.


              “OHHHOOOKKK!!!”, Ben batuk kering saat sudah tiada apa yang hendak dimuntahkan.


              “WWUEELLLKK”, tekak Ben masih loya tetapi sudah tiada apa yang dimuntahkan.


              Tidak tahan dengan rasa petrol yang masih menghantui ruang rongga mulutnya, Ben langsung bangun mencari kawasan yang ada air iaitu singki. Ben membuka paip dan memasukkan mulutnya dengan air singki. Ben meneguk keras air yang mengalir.


              Yaya terkejut dengan tindakan Bendan pergi mendapatkan robotnya yang sedang minum air singki.

              “Heh…?”, Yaya berasa pelik. Yaya dapat mendengar tegukan-tegukan keras serta bebola keras yang bergerak-gerak dari tekak robot itu saat menelan minuman.


              Ben terbatuk kecil dan berhenti meminum air. Ben menutup kembali paip. Saat itu juga dia tersedar akan kehadiran makhluk perempuan yang sedang melihatnya dengan wajah aneh. Ben membulatkan mata dan turut memandang Yaya. Ben kaku. Dia tidak tahu hendak membuat apa. Dengan keadannya yang baru saja terjaga. Apalah agaknya yang berada difikiran wanita dihadapannya ini, fikir Ben.


              Yaya melihat Ben yang terkaku memandangnya dengan wajah terkejut. Yaya berkerut melihat Ben memandangnya begitu.


              ‘Ada skru yang rosak agaknya robot ni’, fikir Yaya.


              Dengan wajah yang tertanya-tanya,Yaya memulakan kata-kata.


              “Hello?...”, kata Yaya sambil memegang kedua-dua lengan baju tangan Ben.


              Ben masih diam terpaku dengan tindak balas Yaya. Dia tidak pernah sedekat ini dengan wanita. Ben berasa agak takut, tapi dia cuba menenangkan fikirannya dengan berharap wanita dihadapannya ini menganggapnya robot.


              Kemudian, Yaya memusingkan Ben untuk melihat Ben keseluruhan. Ben hanya mengikut sahaja Yaya menariknya untuk berpusing. Yaya memusingkan Ben ke arah lain pula.


              Yaya masih dengan wajahnya yang berkerut, hasratnya hendak melihat-lihat luaran robotnya. Kemudian Yaya menghadapkan Ben kepadanya. Yaya mencengkam kedua-dua belah bahu lengan Bendengan kuat.


              Ben agak terkejut dengan peganganYaya di bahagian bahu lengan yang lebih mencengkam.


              “Huuu… ini boleh angkat berapa kg ya? Boleh tahan keluli nya”, kata Yaya.


              Fikiran Ben terdiam apabila mendengar wanita dihadapannya berkata begitu.


              ‘what? Keluli? What a JOKE?!! Dia ingat bahu aku ni keluli! HAHAHA…’, wajah Ben tetap statik tapi hanya dirinya sahaja yang tahu betapa dia agak terhibur. Kenaifan wanita dihadapannya ini menghiburkannya sedikit. Ben mengejek sedikit wanita dihadapannya kerana menyangka dirinya robot. Namun, bukan salah wanita itupun. Penduduk di atas ini, pastilah tidak mengetahui apa-apa tentang kewujudan mereka. Walaubagaimanapun, ini sememangnya kelakar buat Ben.


              Dalam pada hati Ben tertawa,tiba-tiba Yaya mengetuk-ngetuk dada Ben. Ben terkejut. FIkirannya kosong,beribu persoalan. Apa yang sedang wanita ini lakukan? Hati Ben sudah tidak tertawa, tetapi berdebar.


              Yaya mengetuk lagi, “huuuh… ini mesti robot berkualiti tinggi. Dengar bunyi dia ni”. Kemudian Yaya terfikir tentang degupan.


              ‘Agak-agaknya ada bunyi ke dalam dada dia ya?’, fikir Yaya lalu mendekatkan telinganya pada kawasan dada Ben.


              Mata Ben makin membulat apabila melihat tindakan wanita ini yang tidak disangka-sangka. Tanpa sedar, jantung Ben berdegup kencang.


              Yaya yang mendengar jantung Ben berdegup kencang terasa kagum, namun keningnya masih berkerut.


              “Waa… macam tak bunyi mesin langsung. Ini ke yang dinamakan AI (Artificial intelligence)?”.


              Ben masih diam. Perasaannya terasa bingung sekarang ini. Dia tidak memahami situasi yang sedang dihadapinya sekarang.


              “Busuk…”, kata Yaya saat menghidu Ben sedikit. Ben yang mendengar tersentap. Dia tahu dia busuk. Yaya menarik baju Ben untuk membuka baju Ben.


              Ben terkejut dan menjerit kecil menutup kembali pakaiannya, “aaaeeeehh”.


              Yaya melepaskan tangan dengan terkejut,“it can speak?!”.


              “Bath mode… bath mode…”, kata Yaya sambil mencari jika ada butang pada Ben.


              “Automatic bath mode!... You need to prepare me cloth. You need to prepare me cloth”, bunyi Ben gelabah berpura-pura sambil matanya statik memandang hadapan.


              Saat mendengar itu, Yaya juga gelabah mencari-cari. Dia naik ke atas untuk mencari-cari jika ada baju untukrobotnya. Sambil mencari-cari, Yaya mengeluh kerana tidak menjumpai baju yang sesuai untuk robotnya. Yaya mengambil mana yang muat saja.


              “Kalau tahu, beli baju dulu…”,keluh Yaya lalu turun pergi ke arah robotnya.


              Tidak tahu bagaimana hendakmemberi, Yaya menggantungkan baju di bahu Ben sahaja. Setelah itu, Ben berjalan laju mencari mana-mana bilik air di tingkat itu.


              Yaya pelik sahaja melihat robotnyamengelilingi kawasan belakang mencari bilik air dengan berjalan laju. Kemudian,robot itu menjumpai tandas, memasukinya dan menutup pintu.


              “Hahahha… pandainya dia cari bilik air”, Yaya terhibur.


              Ben pula setelah mengunci pintu tandas, dia bersandar di pintu itu sambil merasa bingung dengan diri sendiri.


              ‘Apa benda kau ni?!’, Ben tersengih. Dia terhibur dengan dirinya sendiri yang berpura-pura menjadi robot.


              Tanpa menunggu lama, Ben membuka tali yang mengikat rambutnya. Ben membersihkan diri. Dalam pada itu, Ben berfikir apa yang akan terjadi pada nasibnya? Apa yang perlu dilakukannya selepas ini?


              Sementara Yaya membuat kerja lain.Dia mengisi botol spray dengan air dan berjalan menuju ke tanaman-tanamannya yang berada di dalam pasu plastik gantung. Sambil menyarung apron, dia memanjat kerusi dan menyembur tanaman-tanaman tersebut dengan air di dalam botol spray.Yaya juga melihat-lihat tanamannya jika ada yang rosak atau kekuningan. Setelah menjumpai beberapa pasu yang tanamannnya ada masalah, Yaya mengangkat pasu itudan membawa ke bengkel belakang. Yaya kembali ke hadapan melihat tanaman-tanaman pasunya yang berada di bawah pula dan menyiram tanamannya dengan botol spray. Dia menyambung rutinnya membelek-belek daun tanaman.


              Tidak sampai beberapa minit, Ben keluar dari tandas dengan rambut panjangnya yang terurai basah serta baju dan kain kembang yang dipakainya. Ben berasa agak sebal kerana diberikan pakaian seperti itu. Dia mencari gadis itu di hadapan dan melihat Yaya sedang tekun menjaga tanaman-tanaman.


              Cahaya matahari pagi yang masuk melalui lubang-lubang membuatkan pencahayaan kedai itu cantik. Melihat gadis dihadapannya yang merawat bunga juga membuatkan Ben lupa perasaan asalnya. Ben berdiri saja dari jauh melihat Yaya yang berwajah tekun dan kadang-kadang tersenyum kecil sewaktu membuat kerja itu. Entah kenapa, Ben terasa tenang dengan keadaan ini. Hatinya sejuk melihat suasana kedai yang nyaman ada bunga-bungaan di situ dan ada pula gadis ini yang menjadi penyerinya. Tiada salahnya jika dia dapat tinggal di sini untuk masa yang lama sedikit, fikir Ben hendak merasakan ketenangan ini buat sementara sebelum dia memikirkan sesuatu yang lebih besar.


              Yaya melihat ke tepi dan sekali lagi memandang tepi apabila melihat robotnya yang sedang berdiri memandangnya.Yaya berhenti membuat kerjanya dan bangun. Apabila melihatkan keadaan Ben dengan rambut panjang serabai yang basah serta kain kembang, Yaya ketawa kecil dan menghampiri Ben.


              Jantung Ben berdebar sedikit saat melihat senyuman ketawa kecil Yaya yang hendak menghampirinya.


              “Hahahah… tak sesuai lah baju dengan kain ni. Kita kena cari baju yang sesuailah…”, kata Yaya sambil memusing-musingkan Ben dan Ben pun ikut sahaja berpusing.


              “Rambut pun teruk betul… Ini bulu kuda ke dawai?”, Yaya mengeluh melihat rambut Ben yang serabai itu. Ben pula tersentap.


              Yaya pergi ke belakang sebentar dan mencari sikat rambut.


              “Robot! Emm… ini model apa? Nak kena panggil apa eh? Kalau panggil robot ni ‘robot’, macam tak seronok pula”, kata Yaya dengan perlahan tetapi masih dapat didengari Ben.


              “Ben Model, Call me Ben!”, Ben berpura-pura.


              Yaya terkejut dan mengangguk, “aaa…so its name is Ben…”.


              “Ben… come here! Mari duduk dekat sini”, Yaya panggil untuk duduk di situ. Lalu Ben pun bergerak duduk di situ sementara Yaya berdiri di belakang Ben dengan sikat di tangan. Lalu, Yaya menyikat rambut Ben. Mata Ben membulat. Sungguh dia selalu berasa terkejut dengan apa saja tindakan gadis ini kepadanya. Yaya juga sedikit merapikan bulu kecil yang ada pada atas mulut Ben serta dagu. Hatinya terusik, fikirannya terfikir. 


              ‘Tak semua perempuan jahat… ada juga yang naif macam ni. Yang… baik…’, berat hati Ben untuk bersetuju.


              Yaya merasa rambut Ben ini agak kasar dan Yaya menarik-narik sikatnya dengan lebih keras.


              “ARGH!”, jerit Ben secara spontan.


              “Ohhh! Alaa.. sorry Ben robot. Please bear with this for a while”, Yaya tersedar dan kembali menyikat dengan berhati-hati. Namun di hatinya terfikir, ‘robot ni boleh rasa sakit?...’.


              “Canggih betul ada reseptor sakit…gempak juga kawan Mira tu”, kata Yaya perlahan.


              Ben menahan sedikit sakit disikat oleh gadis itu. Walaupun begitu, entah kenapa Ben berasa tenang dengan keadaan ini. Perasaannya terasa dirinya dibelai oleh seseorang walaupun gadis itu meyikat rambutnya dengan agak keras. Perasaan ini melupakan segala kesakitan disikat itu.


              Ben berasa hendak berada dalam keadaan ini selama-lamanya. Ben berharap keadaan ini kekal lama.

 

**

              Mira berjalan masuk ke dalam ruang makmalnya dengan wajah yang agak kurang ceria dari biasanya.


              Zahirah yang dapat merasakan ada sesuatu bertanya, “Mira?... Kenapa macam tak ceria je hari ini?”.


              “Hmmm… kedai yang Mira suka singgah pagi-pagi tu tak buka hari ini… jadi rasa sedih sikit”, muncung Mira.


              Zahira tersengih, “alaa… kesiandia tak dapat beli. Kedai apa tu? Best ke? Mira selalu beli apa je?”.


              “Kedai bunga… tapi dia ada jual minuman dan kuih-kuih desert juga. Macam café campur-campur flower shop”, kata Mira sudah kembali baik.


              “Wau… bunyinya interesting. Dekat mana tu?”, Zahirah tertarik.


              “Dia dekat kawasan lama… bangunan batu-bata merah tu. Yang kawasan situ…”, Mira teruja bercerita.


              “Ohhh macam pernah nampak tapi lalu depan je sebab naik bas dengan sky train, tapi tak adalah berhenti jalan-jalan dekat situ”, kata Zahira.


              “Haah! Betul-betul kawasan situ… memang tak berapa famous sangatkan sebab orang tak masuk kawasan situ. Nama kedai dia…emm ‘YAYA FLORIST & CAFÉ’! Haa!”, sambung Mira lagi.


              “Woow…”, Zahira tertarik mendengarnya.


              Tiba-tiba Mira teringat sesuatu, “OOOHHH!!Patutlah dia tak buka hari ini!”.


              “Kenapa?”, tanya Zahira.


              “Hari tu ada sembang dengan Yaya tu… owner tauke nya. Cerita pasal robot, investment apa semua… Rasanya mungkin dia tengah penat kot cari robot second hand”.


              “Ohhh”, Zahira mengangguk.


              “Robot second hand?”, tanya Zahira lagi.


              “Haah… haritu ada sembang-sembang. Mira bukan apa… owner nya tu kerja sorang-sorang, kalau ada robot okay sikit…tapi dia rasa leceh nak buat installment, itu yang Mira sarankan cari robot yang terpakai”, cerita Mira.


              “Ahhh faham…”, Zahira mengangguk dan teringat ada kawasan pelupusan robot elektronik. Kadangkala ada yang dibuang di situ masih boleh guna dan hanya ada sedikit pembaikian sahaja diperlukan.

 

              “Haa… hari tu juga Mira ada beritahu pasal Zahira dekat Yaya tu. Kiranya macam kalau dia nak minta tolong repair-repair ke, Mira ada kawan yang memang inventor robot tu”, kata Mira.


              “Ahhh boleh je”, senyum Zahira.


              “Mungkin dia dah ambil robot tu… diakata kalau ada apa-apa nanti dia beritahu pasal robot terpakai tu”, kata Mira.


              Zahira mengangguk senyum. Mereka berdua rancak berborak.


              Saat rancak bersembang, tiba-tiba ada ketukan pada pintu makmal mereka. Mira dan Zahira memandang pintu itu dan Mira pergi membukanya.


              “Ya?... ada apa”, kata Mira saat berjumpa dengan orang yang tidak berapa dikenali.


              “Kami dari floor Ministry… Kami nak Cik Zahira ikut kami sebentar”, kata orang-orang itu sambil menunjukkan kad pengenalan sulit bahagian kerja mereka.


              Mira memandang Zahira dengan tertanya-tanya. Zahira juga tidak tahu apa-apa.


              “Aku… ikut diorang kejap”, kata Zahirah kepada Mira dan Mira hanya memberikan laluan.


              “Bye Zahira… balik cepat, jangan tinggal aku sorang… boring”, kata Mira.


              Zahira tersengih, “ya… okay”.


              Zahira makin jauh berjalan pergi mengikut orang-orang itu. Mira terfikir sesuatu, ‘aku pun tak pernah dipanggildari floor ministry… curi-curi masuk tu adalah. Gempaklah Zahira, agaknya apalah urusan kau?’.


              Sementara Zahira pula lagilah bingung. Entah apa agaknya urusannya? Mira yang terkenal dan hebat itu pun tidak pernah dipanggil secara personal untuk ke floor ministry. Inikan dia? Tidak ada perasaan bangga langsung di hatinya, tetapi hanya aneh. Zahira mengerutkan kening.





Previous: Bab 7
Next: Bab 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.