Home Novel Alternatif WANITA
WANITA
Jung Siti
6/7/2021 15:00:58
64,886
Kategori: Novel
Genre: Alternatif
Bab 14
WANITA XIV

Kelihatannya Zahira dan Mira berada di dalam sky train setelah pulang dari kerja petang itu. Rancangan mereka berdua adalah hendak pergi ke kafe yang selalu diperkatakan Mira.

"Zahira selalu berhenti dekat bahagian mana?", tanya Mira.

"Saya selalu tukar stesyen dekat Sentosa Lima.. dan dari situ tukar menghala ke Plento Utara. Jadi kiranya nanti lepas pergi kafe tu Zahira kena patah balik ke belakang lah nak ke Sentosa Lima", jawab Zahira sambil menunjuk ke arah peta route sky train yang berhampiran.

"Ohh Mira memang turun dekat Bangunan Lama… kiranya lepas pergi kafe tu memang dekat dah dengan rumah Mira", beritahu Mira.

Zahira hanya mengangguk.

"Tak apa ke Zahira? Mira bawa Zahira jauh sikit ke kafe tu?", Mira rasa bersalah.

Zahira tersenyum, "it's okay… lagipun Zahira curious juga macam mana kafe tu. Yalah Mira asyik promote aja".

Mira tersengih.

Setelah beberapa minit di dalam Sky Train. Bunyi pengumuman stesyen tiba.

"Anda tiba di Stesyen Bangunan Lama. You have arrived at Bangunan Lama Station".

"Jom, dah sampai dah!", teruja Mira.

Zahira senyum dan mengikuti Mira. Dia juga berasa teruja setiap kali keluar selepas kerja bersama Mira. Jika sendirian terasa bosan, bersama kawan terasa lupa segala kepenatan di tempat kerja.

Zahira berjalan sambil matanya meliar melihat kawasan situ. 

"Haa! Depan tu.. yang signboard Yaya Florist and Cafe tu", kata Mira.

"Ohh…", angguk Zahira.

Yaya kelihatannya sedang membersihkan kawasan mesin jurujual sementara Ben pula sedang mengelap meja.

Tiba-tiba bunyi loceng kedengaran dek kerana ada pelanggan yang masuk.

"Yaya!...", teruja Mira.

"Datang time dah nak hujung -hujung", sengih Yaya tatkala melihat Mira masuk.

"Alaa tak adalah hujung mana, lagi setengah jam kan nak tutup", Mira mencebik. Yaya juga dapat melihat seseorang yang tidak pernah dilihatnya di belakang Mira.

"Jemput masuk", senyum Yaya kepada Zahira. Zahira hanya mengangguk senyum dan duduk bersama Mira.

Mata Mira kelihatannya sedang mencari sesuatu dan langsung terjumpa ke arah satu susuk yang tidak jauh dari mereka. Kemudian Mira tersengih.

Zahira juga turut melihat ke arah pandangan Mira dan memerhati ke arah satu susuk yang kelihatannya sedang mengelap meja. Zahira hanya memerhati saja robot yang sedang mengelap meja itu.

"Suka tengok Yaya sekarang. Senang dah ada pembantu", usik Mira kepada Yaya. Mira rasa lebih bersemangat kerana dia membawa temannya sekali ke kafe itu.

"Iya…", Yaya juga ketawa kecil saat melihat reaksi Mira begitu. Mira memang selalu begitu. Seorang yang ceria dan optimis.

Ben hanya memandang sekilas ke arah pelanggan yang baru sahaja masuk. Kemudian dia merasakan ada seseorang yang memerhatikannya lagi dan memandang semula ke arah mereka.

Zahira melihat juga Ben berpaling dari mengelap meja dan memandang ke arahnya. Tatkala mata Zahira dan Ben bertaut, Ben pantas melarikan pandangan ke arah lain.

Zahira hanya berkerut kecil melihat reaksi tindak balas robot itu. 

"Ini Zahira…", kata Mira kepada Yaya.

Zahira baru tersedar dan kembali memandang Yaya dan Mira dengan senyuman serta mengangguk.

"Inilah kawan yang satu makmal tu. Dia yang cipta robot XY tu", kata Mira.

"Ohhh, inilah Cik Zahira nya? Yang cipta robot XY tu!", teruja Yaya.

Ben yang sedang membelakangi mereka membulatkan mata tatkala mendengar perbualan wanita-wanita itu. Jantungnya mulai berdegup kencang. Wanita yang memandangnya tadi ialah pencipta robot? Rasa takut mulai menyelubungi diri. Mungkinkah sebab itu wanita tadi memerhatikannya? Jika mereka ini kerja dengan kerajaan, adakah mereka tahu yang dirinya…

Ben menggeleng. Dia tidak mahu berfikir yang tidak-tidak. Namun, degupan rasa takutnya masih tidak hilang. Ben cuba untuk berfikir positif. Pasti dirinya sudah lama dapat ditangkap jika mereka tahu. Lagipula pelanggan yang Mira itu kerap saja mengunjungi tetapi tiada apa-apa yang berlaku.

"Nanti kalau robot Yaya rosak ke apa? Ini ada pomen?", beritahu Mira.

Zahira ketawa, "pomen ya?... Takpe boleh je, kalau ada apa-apa masalah boleh saja hubungi saya untuk saya tengok-tengok".

"Haha boleh-boleh…", angguk Yaya. Kemudian, Yaya membulatkan matanya dek kerana tersedar yang Ben bukannya robot tetapi makhluk asing. Yaya menelan air liur.

"Aaah… tengoklah bila-bila. Setakat ni memang robot nya tiptop tak perlu maintenance repair apa pun", kata Yaya sambil menggaru kepalanya.

Ben juga kelihatannya bergegas menyelesaikan tugasannya untuk pergi ke belakang.

"Itu model apa ya? Tahu tak? Sebabnya kalau second hand untuk robot yang 1st grade ni memang tak banyak ragam", kata Zahira dengan senyuman.

Ben pantas beredar ke belakang sambil matanya membulat tatkala terdengar soalan Zahira. Degupan jantung sangat terasa.

"Aaah saya pun tak pasti sebenarnya.. Asal boleh buat kerja sudah", beritahu Yaya sudah mati kutu. Lagipula, dia berhadapan dengan orang yang mencipta robot XY. Jika main sebut model nya, mungkin Ben boleh disyaki lalu diambil oleh orang atasan. Siapa tahu.

"Oh… saya faham. Saya sendiri pun dah lupa jenis-jenis model walaupun saya yang buat. Hahaha", Zahira ketawa kecil.

"Ohh faham…", Yaya turut ketawa kecil dan berasa agak lega.

"Nak minum apa?", tanya Yaya.

"Saya hot chocolate dan Zahira?", kata Mira.

"Saya nak hot java chip", jawab Zahira.

"Ada nak kuih atau kudapan?", tanya Yaya lagi.

Zahira menggeleng. Manakala Mira pula berkata, "saya nak karipap gergasi daging".

"Kita kongsilah Zahira…", ajak Mira.

Zahira tersengih dan mengangguk. Yaya tersenyum melihat gelagat mereka dan langsung ke belakang untuk menyiapkan makanan.

Sementara itu Mira mengajak Zahira untuk melihat -lihat tumbuhan yang ada disekitar mereka. Tumbuhan-tumbuhan Yaya sememangnya sangat cantik. Boleh beli secara kuntuman, bouquet, berpasu dan berbeg poli juga. Zahira terfikir dia juga ingin membeli beberapa kuntuman bunga yang boleh dipilih diberi kepada ibunya di rumah.

"Ben… tolong hantar minuman ni dulu pada diorang", pinta Yaya. Yaya kelihatannya sedang menggoreng karipap gergasi yang dipinta Mira.

Ben berdebar untuk membuat apa yang disuruh Yaya. Namun apabila melihat Yaya yang sedang sibuk, Ben berfikiran positif saja.

Mira dan Zahira kembali ke tempat duduk saat melihat robot itu sedang membawa minuman mereka. 

Saat Ben sedang menghidang air, mata Zahira terpandang ke arah tangan Ben dan terlihat satu tanda yang agak dikenalinya. Zahira mengerutkan kening. Entah kenapa tiba-tiba hati dan fikirannya berasa gundah. 

Kelihatannya Yaya juga sedang datang ke arah mereka sambil membawa karipap gergasi.

Dek kerana rasa terkesima dengan apa yang dilihatnya, spontan Zahira berkata, "Yaya… awak memang tak tahu ke Ben ni model robot apa?".

Yaya terdiam. Dia dapat melihat riak wajah perasan ingin tahu Zahira yang tinggi. Ben mula rasa berderau. Jantungnya berdegup kencang teramat sangat pada waktu itu. 

Zahira bangun dan mendekati Ben seakan untuk memeriksa,"saya minta maaf, saya rasa saya tak pernah teringat buat model macam ni…".

Mira terkejut dengan tindakan Zahira. Dia tidak pernah melihat Zahira senekad itu. Yaya juga jelas wajah kerisauannya.

"Kita tak ada model yang ada tanda macam ni di tangannya. Selalunya ada barkod di bahagian bahu belakang atau leher tapi… ini dekat leher macam takde", berkerut saja wajah Zahira. Dia berasa sangat mengenali hal yang berada di tangan Ben itu tetapi apa bendanya? Robot ini mempunyai tanda lahir di tangan yang sama sepertinya?

Saat itu juga, Ben terpandang tangan Zahira yang mempunyai tanda lahir sepertinya itu. Ben membulatkan mata. Dia terpaku dan diam seribu bahasa. Otak Ben ligat berfikir.

Dia merenung kembali Zahira dengan kerutan di wajah dan penuh persoalan.

"Zahira? Kau Zahira?... Zahira yang Zahira?", Ben berbicara.

Yaya, Mira dan Zahira masing-masing terdiam dengan tindak balas Ben. Dalam kelekaan mereka bertiga yang terkesima itu, Ben mengambil kesempatan.

Ben mengambil garfu yang berdekatan lalu dia menangkap Mira dan diacu dengan garfu.

"AAAHHHH!!!", mereka menjerit dan terkejut dengan tindakan Ben yang hendak mengugut itu.

Ben sudah tahu. Sah Zahira itu adik kembarnya. Adik perempuan kembar yang sangat dirindui ayahnya. Jika itu adiknya, sudah pastilah tiada apa yang boleh disembunyikan lagi. Sudah pastilah adiknya tahu yang dia bukan robot. Tembelangnya akan pecah. Yang paling tidak disangkanya, adiknya merupakan pencipta robot menyerupai lelaki. Fikir Ben, adiknya pasti sudah dibasuh fikiran oleh orang atasan. Walaupun adik beradik, pasti Zahira sudah tidak ingat dan akan menyerahkannya kepada orang atasan. Jika itu terjadi habislah. Ben pantas bertindak dengan menangkap Mira. Fikirnya hendak mengugut mereka dan melepaskan diri.

"Ben… Ben, relaks Ben", Yaya cuba menenangkan Ben.

Ben memandang Yaya dengan wajah penuh gusar. Ben rasa bersalah. Dia tidak mahu menunjukkan sisinya yang ini kepada Yaya tetapi apa yang perlu dilakukan? Dia juga berasa khawatir dan takut kepada nasib yang akan menimpa kepada dirinya.

Yaya dapat melihat ketakutan di wajah Ben. Sejujurnya Yaya juga ingin menyebelahi Ben. 

"Yaya akan slow talk dengan mereka Ben. Mereka orang baik. Betul!", Yaya cuba menenangkan keadaan. 

Zahira dan Mira juga menuruti tindakan Yaya. Kelihatannya makhluk robot ini mempunyai emosi. Mereka juga tidak dapat bertindak kerana masih tidak tahu kemampuan makhluk menyerupai robot ini.

"Ben please… Kitorang takkan buat apa-apa. Please just let her go. I swear", kata Zahira pula mencuba untuk menenangkan Ben.

"Ben… kalau diorang apa-apakan Ben. Yaya janji Yaya takkan lepaskan diorang!", Yaya bersungguh-sungguh.

Mira dan Zahira memandang Yaya. Mereka ikut sahaja kerana mereka juga tak tahu apa yang sedang berlaku.

**

Yaya melihat ke kanan dan ke kiri untuk memastikan tiada yang lalu lalang sebelum dia menutup pintu kedai serta menarik roller shutter. Setelah itu Yaya menuju ke arah Mira, Zahira dan Ben yang duduk di satu meja.

Ben hanya menundukkan wajahnya dengan kerutan di kening. Dahinya mula berpeluh. Apa yang perlu dilakukannya. Tembelangnya sangat hampir untuk pecah. Sejujurnya dia tidak mahu berpisah dengan Yaya.

Yaya duduk bersebelahan Ben. Dia tidak suka melihat Ben berwajah gusar seperti itu.

"Tolong jangan beritahu siapa-siapa yang Ben ni lain daripada lain", kata Yaya dengan wajah merayu.

Mira mengerutkan kening, "Ben ni apa sebenarnya?".

"Dia sebenarnya makhluk asing…", jawab Yaya.

"Zahira tak rasa Ben makhluk asing", Zahira memotong percakapan Yaya.

Yaya pula berkerut memandang Zahira.

Mata Ben membulat memandang bawah. Dia terkedu dengan keadaan ini.

"Mira… Mira rasa macam mana Zahira boleh dapat ilham untuk buat robot design macam ni?", tanya Zahira kepada Mira dengan serius.

"Zahira cakap dari mimpi kan?", Mira berasa pelik dengan pertanyaan Zahira.

"Ya aku mimpi ada dua makhluk yang sangat berbeza dari kita. Seorang tu berdiri sebelah mak saya. Seorang lagi kecil dan ada tanda lahir sama macam saya", kata Zahira sambil menunjukkan tanda lahir separa bulat di tangannya.

Yaya melihat Ben juga ada. Yaya mula berkerut memandang Ben. Yaya mula meragui kata-kata Ben.

"Yaya…", Ben mulai takut apabila melihat Yaya memandangnya seperti itu.

"Please tell the truth Ben… I think my inner self always try to tell me there something wrong with this world, tapi tak tahu apa", tanya Zahira serius.

Mereka semua melihat Zahira yang sangat bersungguh-sungguh ingin mengetahui.

Ben juga memandang Zahira lama. Ben mengeluh. Dia tidak boleh menafikan bahawa gadis di hadapannya ini tidak lain tidak bukan adalah adik kandungnya. Tatkala melihat gaya adiknya begitu, Ben berubah fikiran. Mungkin adiknya tidak begitu jahat seperti yang difikirkan.

Ben mengeluh.

"Saya sebenarnya manusia sama macam korang semua", Ben mengaku.

Yaya terdiam. Dia tidak memahami maksud Ben. Ben sangat berbeza dengannya dan mereka semua. Apa maksud Ben juga manusia?

"Dan Zahira adalah adik kembar saya. I can see it, dia ada tanda lahir yang sama", senyum Ben memandang Zahira dengan keningnya yang sedikit turun.

"Adik? Like real siblings?", tanya Mira berkerut.

Ben mengangguk.

Ingatan Zahira yang samar-samar sedikit demi sedikit masuk beberapa ingatan. Mata Zahira mulai berair.

"Ada lagi yang berdiri di sebelah ibu tu?... Saya ingat saya macam ada mimpi", Zahira berkerut seribu cuba mengingati cebisan ingatan.

Ben mula berasa sebak saat melihat Zahira yang bersungguh-sungguh seraya berkata, "itu ayah… Yang berdiri sebelah ibu tu ayah Zahira".

"Ayah?", Zahira berkerut. Entah kenapa air matanya makin bergenang. Hatinya berasa sangat kehilangan sesuatu. Kemudian, air matanya menitis di pipi. 

"Mana dia? Ayah tu?", tanya Zahira. Tiada esakan tangis kedengaran tetapi hanya air mata sahaja yang deras menuruni ke pipi.

Mira dan Yaya turut berkerut kesedihan melihat keadaan Zahira dan Ben walaupun mereka juga masih kebingungan dengan apa yang terjadi.

"Ayah ada dekat bawah tanah… Manusia spesies macam saya ada ramai dekat bawah tanah… kitorang semua dijadikan tahanan", cerita Ben dengan gaya penuh sesalan. Air mata Ben turut bergenang.

Zahira, Mira dan Yaya saling berpandangan antara satu sama lain dengan wajah yang sangat terkejut. Kerutan di wajah masing-masing tidak lekang.



Previous: Bab 13
Next: Bab 15

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.