Home Novel Alternatif WANITA
WANITA
Jung Siti
6/7/2021 15:00:58
66,834
Kategori: Novel
Genre: Alternatif
Bab 3

WANITA III


              Suasana jalan di pasaraya besar itu agak bising dengan manusia-manusia yang lalu lalang membeli-belah, diikuti pula dengan iklan-iklan video di billboard pasaraya besar itu.


              ‘“Pembiakan populasi manusia dianggarkan menurun dalam jangka 5 tahun akan datang. Pemerintah telah berjaya menyelesaikan lambakan populasi manusia pada 20 tahun yang lalu. Namun, di masa ini kita menghadapi masalah kekurangan ibu kandungan. Marilah wahai marhaen, ramai-ramai menyertai Program Pembiakan Manusia Pusat bagi menyelesaikan masalah populasi manusia yang akan berkurang pada masa akan datang. Pelbagai kelebihan dan inisiatif pemerintah akan disediakan kepada marhaen yang menyertai program ini…”.’


              Zahira melihat saja iklan-iklan video di billboard itu dengan fikiran kosong sambil menanti seseorang. Tidak lama selepas itu, keluar berita pula di billboard besar itu.


              ‘“Jadi bagaimana jika kurangnya marhaen yang hendak menyertai program ini”, tanya seorang wartawan.


              “Kita akan melihat perkara ini dari perspektif lain pula. Jika populasi manusia itu masih lagi sederhana dan tidak mencapai tahap bawah minimum. Kita masih okay… tetapi kita akan ambil langkah lebih tegas jika populasi kita mencapai paras rendah… Emmm, kemungkinan, kita akan mewajibkan semua wanita atas umur 30 tahun untuk menyertai… Namun, itu masih cadangan dan kita tak nak sampai ke tahap itu lagi…sebab kita masih boleh kawal lagi keadaan sekarang. Cuma sebagai pemerintah, kita nak marhaen rebut peluang ini. Kita berikan pelbagai inisiatif dan kelebihan bagi sesiapa yang menyertai program ini…”, kata pegawai kerajaan itu.’


              Zahira membesarkan matanya tatkala mendengar bahagian wanita umur 30 tahun ke atas diwajibkan untuk menyertai Program Pembiakan Manusia Pusat. Dia tidaklah berumur 30 tahun ke atas dan umurnya baru sahaja 24 tahun. Namun, apabila mendengarkan solusi kecemasan pemerintah itu jelas menunjukkan populasi manusia sememangnya hampir dengan kepupusan. Zahira melihat keadaan sekeliling. Ada yang sepertinya, khusyuk melihat iklan berita billboard. Namun kebanyakan di situ, fokus terhadap beli-belah mereka.


              “Hei!! Termenung apa tu?!”, Mira mengejutkan Zahira.


              “Ohh mak kau!!”, Zahira terkejut.


              “Pffftttt HAHAHAHHAH”, Mira ketawa.


              Zahira berkerut kerana begitu terkejut. Namun saat melihat Mira ketawa, Zahira tersengih dan turut ketawa kecil.


              “Hishhh! Terkejut tau”, kata Zahira.


              “Hahaha… sorry. Seriously sorry Zahira. Funny tau! Serious…”, Mira menepuk-nepuk lututnya.


              “Ya ya… Mujur tak tercabut jantung”, senyum Zahira.


              “Sorry tau Zahira… ha ha ha”, Mira sudah lelah daripada ketawanya.


              Mereka berdua sambung berjalan bersama. Zahira kelihatannya menemani Mira ke pasaraya besar itu setelah selesai mengemas makmal mereka pada hari itu.


              “Terima kasih tau Zahira… teman saya pergi sini. Awak betul tak beli apa-apa?”, kata Mira.


              “Tak kot… Saya teman awak jelah ke sini. Lagipun bosan kan… Semalam kita kemas-kemas lab… Harini pun sambung kemaslab… Habis kemas semua, saya lepaskan kebosanan dengan teman awak pergi mall sini”, jawab Zahira.


              “Aaah… Nah! Saya belanja air shake choco ni”, senyum Mira sambil menghulurkan air itu.


              “Ohh… Thank You!”, kata Zahira sambil mengambil air itu dan terus menghirup.


              “Emm sedap! Terus hilang bosan…”,sengih Zahira.


              “Ha! Acah!”, sengih Mira pula lalu menghirup air shake strawberry nya.

 

              Zahira ketawa kecil melihat reaksi Mira. Sambil menghirup Zahira terfikir sesuatu.


              “Mira… tengok tak berita dekat billboard mall tadi? Pasal Program Pembiakan Manusia Pusat”, tanya Zahira.


              “Tak pula… dia kata apa?”, tanya Mira sambil khusyuk menghirup airnya.


              “Dia kata kalau populasi manusia capai paras rendah, diorang nak wajibkan semua wanita umur 30 tahun ke atas untuk sertai program tu… tapi diorang taknaklah sampai situ. Jadi diorang galakkan ramailah sertai”, kata Zahira.


              “Jadi awak nak masuk ke?”, tanya Mira.


              “Saya tak tahu… saya tak terfikir lagi nak ada anak sekarang. Hidup pun selalu bujang je… tiba-tiba ada anak kecil. Rasa lain kan… Kena train diri untuk jadi good mother supaya anak tu dapat perfect surrounding. Kelengkapan cukup, kasih sayang cukup”, kata Zahira.


              “Sounds nice…”, kata Mira.


              “Awak tak terfikir ke nak ada anak? Yalah kita kalau sampai tua seorang-seorang kan macam sepi. Kalau ada anak, ceria sikit hidup kita”, kata Zahira.


              “Saya tahu… tapi saya rasa macam nak ambil anak yang dah besar terus macam umur 4 tahun macam tu… Kiranya saya tak nak jadi ibu mengandung”,kata Mira.


              “Kenapa? Katanya, bila jadi ibu mengandung ni… dia feeling lagi tau sebab kita mengandungkan baby tu… dan rasa baby tu gerak-gerak dalam perut kita”, kata Zahira.


              “Saya tau… tapi sakit! Saya tengok saudara saya yang sertai program tu… Habis je rawatan IVF tu dia tak boleh jalan dua minggu. Lepas dua minggu tu barulah boleh jalan itu pun berketar-ketar. Ada yang sampai dua bulan tak boleh jalan. Takut saya”, kata Mira.


              “Dia ikut orang… ada yang kuat tu okay je. Tapi saya rasa sakit tu berbaloi lah bila lepas 9 bulan je kita bersalin. Kita akan nampak anak kita… feeling dia rasa macam pengorbanan tak sia-sia kan…”, senyum Zahira.


              Mira berfikir lalu berkata, “hmm betullah tu… Mungkin okay juga kot saya. Cuma bukan sekaranglah”.


              “Itu sudah semestinya…”, sengih Zahira.


              Tiba-tiba mata Mira tersangkut pada billboard yang memaparkan sesuatu video.


              “Zahira tengok!!”, senyum Mira.


              Zahira terus melihat billboard yang ditunjuk Mira.


              “Itu projek awak kan?! Pemerintah dah rasmikan dekat dalam tv! Rangka projek dia… waaaaa cantiknya robot tu!!”,teruja Mira.


              Zahira juga ternganga melihat projeknya di dalam billboard disiarkan. Walaupun wajahnya tidak ditunjukkan tetapi namanya disebut. Dia senyum gembira.


              Orang-orang yang berada di mall itu turut menyaksikan billboard itu saat melihat ciptaan robot yang sangat memukau pandangan mereka.


              “WAAAHHH!!!”.


              “AAAAHHH!!”.


              “Tengok tu!”.


              Bunyi-bunyian di pasar raya besaritu lebih kuat kedengaran.


              ‘ “ Sebuah projek robotik yang dihasilkan oleh seorang saintis dari INSTAR iaitu Zahira Hawa telah menjadi satu mercu kebanggaan dalam bidang robotik. Ciptaan luar biasa ini telah mendapat persetujuan pengarah pemerintah. Robot ini dicipta untuk mempunyai daya tenaga yang lebih daripada manusia dan ia juga dipercayai dapat membantu kebanyakan marhaen untuk meringankan kerja. Robot ini juga dapat membantu mengurangkan kadar kemandulan antara marhaen. Produk ini telah mendapat kelulusan dan selamat digunakan”.


              “Segala pilihan modifikasi boleh dibuat melalui laman web robotikcentre_product.com. Tempahan di kedai elektronik biasa juga boleh dilakukan dengan pilihan yang ada di kedai itu sahaja. Tempahan boleh dibuat awal dan kemasukan stok ke kedai serta pengeluaran pasaran secara besar-besaran akan dilaksanakan pada minggu depan. Perhatian sekali lagi, produk robot ini adalah produk yang kuantitinya dikawal pemerintah”.’


              “Gempakkk Zahira!”, kata Mira lalu mengurut-ngurut bahu Zahira.


              Zahira hanya senyum dengan wajah malu-malu tetapi jauh di sudut hatinya dia berasa bangga.


              “Dahlah tu Mira jomlah…”, Zahira sengih malu-malu mengajak Mira untuk pergi.


              “Ecehhh”, Mira kertawa kecilmelihat gaya Zahira.


**


DI HOSPITAL PROGRAM PEMBIAKAN MANUSIA PUSAT

#Cerita 1


              “WUEKKK WUEKKK”, bunyi bayi menangis kedengaran.


              “Tahniah… cik sudah jadi puan. Bayi puan sihat dan seberat 3kg”, senyum Doktor Jane itu sambil memberikan bayinya kepada wanita bersalin itu. Wanita bersalin itu kelihatannya gembira sambil mendukung bayinya.


              Tiba-tiba ada seorang jururawat yang menepuk bahu doktor itu lalu berbisik, “doktor… bilik 143 perlukan pertolongan doktor. Patient bersalinkan kembar… satu tu subjek XY”.


              Doktor itu membulatkan mata dan berkata kepada jururawat yang ada disitu.


              “Emm nurse… tolong tengokkan puan ini dan bayinya ya. Beritahu atau guide apa-apa yang patut for the new born baby. I need to go to other operation room. Ada emergency”, kata Doktor Jane kepada jururawat yang lain lalu mengikut jururawat yang berbisik tadi.


              “Jadi wanita tu masih sedarkan diri ke?”, tanya Doktor Jane sambil laju berjalan.


              “Ya… dia tengah nak bersalin normal… on the way nak keluarkan subjek XY”, kata jururawat itu dengan wajah cemas.


              “Hishh… siapa doktor yang incharge situ?”, tanya Doktor Jane.


              “Doktor baru… Doktor Kamelia. Dia baru habis praktikal dan baru masuk minggu lepas”, jawab jururawat itu.


              “Hmmm patutlah”, kata Doktor Jane lagi dengan kerutan di keningnya. Setelah tiba di ruang bilik 143, doktor itu masuk ke dalam dan mendapati Doktor Kamelia selamat menyambut kelahiran subjek XY itu.


              Wajah Doktor Kamelia kelihatannya berkerut apabila melihat bayi yang agak lain itu. Di bahagian bawah bayi itu berbeza sekali dengan bayi-bayi lain. Doktor Jane menggeleng sahaja melihat situasi itu dan mendekati Kamelia.


              “Kenapa Kamelia? Muka awak macam tu?”, tanya Jane dalam keadaan berbisik supaya tidak didengari oleh wanita yang bersalin itu. Jane juga melihat-lihat wanita bersalin itu dan kelihatannya wanitaitu sudah terlelap dari selepas beranak.


              “This baby is somewhat reallydifferent from others”, Kamelia masih berkerut.


              “Don’t you learn at doctor school? If you find this type of baby, then it is a damage. Give it to Sister Fiona there”, kata Jane.


              “Emm I don’t think it is damage because the lung is still working… Maybe the baby is handicapped, cacat ke?”,Kamelia rasa risau saat melihat bayi yang bernafas itu dikatakan damage oleh Doktor Jane.


              Saat melihat riak wajah Kamelia yang seakan risau itu, Jane berasa stress dan suaranya sedikit tinggi, “It is not about handicapped! That baby… is subject XY. So it is damaged!”.


              Kamelia terdiam saat dimarah begitu oleh doktor atasannya. Kamelia akur dan hanya diam.


              “Doktor?”, wanita yang bersalin itu terjaga.


              Jane menjeleng matanya ke atas. Sungguh hari itu hari yang penat baginya. Ditambah pula harus menguruskan doktor baru pula. Jane berpaling dengan senyuman dan mendatangi wanita itu.


              “Yes puan…”, senyum Doktor Jane.


              “Anak-anak saya mana? Saya dapat kembar kan?”, tanya wanita itu.


              “Yes… but you should rest for awhile. Before that, we will inject you a vitamin so that you can produce a lot of milk afterwards”, senyum Doktor Jane kepada pesakit itu lalu memandang jururawat berhampiran untuk mengambil picagari suntik pelali. Wanita itu akur sahaja dengan suntikan yang diberikan oleh jururawat itu dan matanya perlahan-lahan kembali tutup sambung tidur.


              Doktor Kamelia hanya diam menyaksikan itu semua. Doktor Jane memandang Kamelia setelah memastikan wanita itu betul-betul tidur. Jane mendekati Kamelia lalu berkata, “you should go to the PEACE Room, get some injection there. I bet today is a lot for you isn’t? Go get injection there and rest. Nurse… tolong temankan Kamelia”, keluh DoktorJane lalu beredar daripada situ.


              Doktor Kamelia keluar menuju ke PEACE Room itu sambil ditemani jururawat lain. Jururawat Fiona pula membawa subjek XY itu ke ruang rahsia. Sementara jururawat yang lain memantau wanita yang terlelap itu.


Setengah jam kemudian…


              Wanita yang disuntik pelali itu terjaga dan bingung melihat keadaan sekeliling.


              “I am at hospital?”, tanya wanita itu.


              “Yes… Puan baru lepas bersalin seorang bayi seberat 2.7kg. Selepas saja bersalin, puan pengsan dan mungkin terkena simptom Alzheimer jangka pendek. Ini bayi puan…”, kata jururawat sambil memberikan bayi itu kepada wanita berkenaan.


              “Ohh ya saya ingat saya bersalin.Jadi inilah bayi saya ya?”, kata wanita itu setelah sedar sepenuhnya.


              “Ya”, senyum jururawat itu.


              “Alalala comelnya anak mama seorang ni”, senyum wanita itu gembira tanpa mengetahui dia sebenarnya ada bayi yang lain lagi.


              Sementara Doktor Jane melawat PEACE Room di mana Doktor Kamelia mendapatkan suntikan. Setelah Doktor Kamelia keluar dari bilik itu, Dontor Jane berbicara dengan Doktor Kamelia.


              “Kamelia… tadi you uruskan patient di bilik 143 betul?”, tanya Jane.


              “Haah…”, angguk Kamelia.


              “Patient tu lahirkan seorang bayi betul?”, tanya Jane.


              “Haah…”, angguk Kamelia lagi.


              “Okay… good job Kamelia. You are a good doctor”, senyum Jane lalu menepuk-nepuk bahu Kamelia.




Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.