Home Novel Alternatif WANITA
WANITA
Jung Siti
6/7/2021 15:00:58
66,827
Kategori: Novel
Genre: Alternatif
Bab 4

WANITA IV


DI HOSPITAL PROGRAM PEMBIAKAN MANUSIA PUSAT


#Cerita 2

              Doktor Jane kelihatannya sedang membedah seorang pesakit yang sedang bersalin melalui Caesarian. Pesakit itu juga rebah separuh sedar tidak sedar dek kerana dibius keseluruhan badan. Doktor Jane membedah perut pesakit lapisan demi lapisan sehinggalah membolehkannya untuk mengeluarkan kepala bayi itu lalu ditarik lagi. Bunyi tangisan kedengaran di ruang bersalin itu. Si ibu pula tersenyum kecil dalam keadannya yang sedar tidak sedar itu tatkala deria pendengarannya terdengar bunyi tangisan teriakan bayi yang indah. Tidak lama kemudian, si ibu tertidur.


              Doktor Jane dan jururawat lain kelihatannya berbincang antara satu sama lain.


              “Macam mana ni doktor?”, tanya jururawat itu sambil membersihkan bayi itu dengan kain.


              Doktor Jane melihat sahaja bayi itu dengan kerutan di kening. Di dalam banyak-banyak pengalaman menguruskan pesakit bersalin, ini adalah antara kes yang agak sukar buatnya untuk membuat keputusan. Hal ini kerana, penentuan jantina bukannya sesuatu yang mudah dan boleh dibuat sekejap.


              “Baby ni khunsa… susah saya nak buat keputusan”, berkerut Doktor Jane.


              Jelas bahagian bawah bayi itu berbeza dari bayi biasa dan bayi subjek XY. Berdasarkan pengalamannya, luaran pada bawah bayi ini mungkin bergenetik 46 XY atau 46 XX. Namun, beberapa ujian perlu dijalankan kepada bayi ini untuk mengenal pasti jantinanya.


              Doktor Jane memandang ke arah si ibu yang sedang lelap di perbaringan. Kerutan masih di kening Doktor Jane.


              “Nurse bawa dulu bayi ini ke bilik operasi 555, saya nak berbincang dengan doktor atasan sekejap”, kata Doktor Jane hendak keluar dari bilik itu.


              “Doktor Jane…”, panggil jururawat yang sedang menguruskan bayi itu.


              Jane berhenti dan mendengar.


              “Emm… kenapa kita tak terus buat test macam selalu. Yalah test untuk tentukan jantina bayi ni?”, tanya jururawat itu.


              “Kalau dulu kita akan terus gerak ke bilik operasi 555… tapi sekarang government policy sudah buat beberapa perubahan due to decreasing human population. Jadi saya kena tanya dulu mereka nak confirmkan betul-betul Polisi Baru Operasi 555. Awak tahu kan?”, tanya Doktor Jane.


              Jururawat itu saling berpandangan antara satu sama lain dengan wajah kerutan risau. Polisi Baru Operasi 555 itu sememangnya polisi baru yang sangat berat buat kakitangan hospital bersalin buat masa ini. Polisi khas buat bayi-bayi khunsa. Jururawat itu tahu akan operasi baru itu cuma mereka terlupa memandangkan sudah biasa dengan polisi lama. Apabila diberitahu oleh Doktor Jane, barulah mereka teringat.


              “Ya kami ingat”, jawab jururawat itu dengan wajah yang gusar.


              Doktor Jane yang melihat riak wajah jururawat-jururawat di hadapannya sangat memahami akan perasaan mereka. Sekeras-keras hatinyapun, dia juga tidak sampai hati untuk membuat polisi baruitu. Doktor Jane mengangguk untuk meminta diri dari situ.


              Jururawat-jururawat itu juga menuju ke bilik operasi 555. Ruang operasi khas untuk bayi-bayi khunsa. Dalam masa berjalan mereka berbicara antara satu sama lain.


              “Korang tengok muka Doktor Jane tadi. Dia pun tak sampai hati nak laksanakan polisi baru tu”.


              “Yalah… kalau bayi khunsa ni ada pelepasan sikit kalau nak dibanding dengan subjek XY… Kalau yang senang tentukan tu kita dah biasa… Lepas diagnos, yang bayi normal kita okay je. Yang terang-terang keputusannya menjurus ke subjek XY kita terus je hantar ke ruang rahsia. Yang masih tak boleh tentukan tu kita lepaskan je dan ada orang monitor life baby tu supaya sampai besar dia hidup macam kita-kita perempuan ni. Tapi polisi baru ni macam beratlah…”, kata jururawat itu.


              “Betul… sekarang semua bayi khunsa kena terus buang kelamin Y nya dan tak perlu lalui diagnos”.


              Jururawat-jururawat itu terus bersembang antara satu sama lain sehingga mereka tiba ke ruang operasi yang diarahkan. Sementara Doktor Jane menuju ke bilik Doktor Laila selaku pengarah hospital bersalin di situ.


              “Hello, Doktor Laila… I’m in hurry so may I come in?”, tanya Jane.


              “Hello Jane… Kenapa? Ada sesuatu ke?”, tanya Laila.


              “Ada patient lahirkan khunsa…”,kata Jane dengan wajah gusar.


              “So you know what you should do right? The new rule…”, jawab Laila dengan senyuman tipis.


              “Is that new rule really necessary?”, tanya Jane lagi.


              “I’m just following the government’s order… you know Puan Suzy, our Head Programme”, jawab Doktor Laila.


              Jane mengeluh jauh di sudut hatinya. Jane kenal dengan Doktor Laila ini. Doktor Laila ini sememangnya begini. Akur sahaja perintah atasan. Tidak pernah ada keputusan sendiri dan tidak pernah ada pelepasan sedikitpun diberikan sepanjang kariernya walau sekecil-kecil proses bayi tabung uji. Sekeras-keras diri Jane pun masih ada beberapa hal yang boleh dibiarkannya.


              Dalam proses bayi tabung uji yang didiagnos sebagai Y, Doktor Laila terus membuang 9/10 dari subjek Y itu. Doktor Laila tinggalkan sedikit sahaja bayi tabung uji Y, sangat sedikit dan kadang-kadang benihnya mati atau tiada langsung. Jane pun tidak tahulah hendak mengkelaskan Doktor Laila ini sebagai tegas atau tidak berhati perut sama sekali. Mungkin itulah rahsia Doktor Laila naik pangkat, fikir Laila.


              Jika Jane, dia sememangnya memberi pelepasan dalam bab bayi tabung uji. Dia tidak membuang semua seperti Doktor Laila. Dia masih memikirkan yang subjek Y membantu juga pembiakan hidup manusia. 


              “Alaa awak ni banyak fikirlah Jane. Buat jela operasi baru tu”, kata Laila mula berkerut saat melihat Jane diam.


              “Tapi…”, Jane masih gusar.


              “Baby khunsa Jane… apa je sumbangan diorang pada pembiakan manusia. Most of them will grow up infertile. Baik buang saja kelamin Y… and let them live like us. I bet that is better than throw the possibility XY subject at a secret room”, kata Doktor Laila.      

    

              “Tapi tak semua mandul! Kita bercakap pasal baby khunsa yang berpotensi jadi subjek XY… Kalau kita jadikan semua baby khunsa tu macam kita. Pembekalan benih akan berkurang. Subjek XY pun makin berkurang dah sekarang. Apa nak jadi dengan populasi manusia nanti?!”,kata Jane dengan tegas.


              “Hei!!! Sekarang ni kita pentingkan apa yang ada dekat atas ni! Bukan dekat bawah tanah sana! Marhaen akan nilai apa yang mereka nampak depan mata mereka di atas sini. Baby ganti pun dah tak ramai sekarang ni! Kalau ada baby khunsa tu didiagnos dan dapat keputusan XY… satu hal lagi nak cari baby ganti! Sekarang ni Jane… dengar cakap saya. Selagi mana ada baby baby yang khunsa kita jadikan saja dia macam kita…Peruntukan baby ganti hanya untuk yang betul-betul bersalinkan subjek XY saja”,terang Doktor Laila dengan kerut di kening.


              Doktor Laila terdiam. Kerutan dikeningnya masih tidak hilang. Dia faham maksud yang dikatakan Doktor Laila. Itu adalah kesenangan untuk kesan jangka pendek tetapi kesan jangka panjang terhadap pembiakan manusia akan lebih teruk jika mereka meneruskan polisi baru ini.


              “Baiklah Doktor Laila…”, angguk Doktor Jane dan langsung pergi dari situ.


              “Jane… lepas ni pergi PEACE Room kasi inject sikit. Biar fikiran tenang”, kata Doktor Laila.


              “Ya baik…”, angguk Doktor Jane sewaktu betul-betul hendak keluar dari bilik itu. Jane keluar dari bilik itu dengan wajah yang kesal tapi apa yang perlu dilakukannya kalau arahan tegas sudah dikeluarkan.


              Jane terkenang. Mungkin doktor-doktor junior bawahannya melihat dirinya kejam kerana membuang semua bayi subjek XY ke ruang rahsia, tetapi mereka belum bertemu lagi dengan doktor atasan yang lebih kejam seperti robot yang tiada perasaan.


              Jane memasuki PEACE Room terlebih dahulu mendepatkan suntikan pelali buat dirinya. Bilik itu merupakan ruang suntikan khas untuk para kakitangan hospital bersalin itu. Suntikan yang diberikan akan memberikan ketenangan di minda dan melupakan sgala hal yang membelenggu fikiran. Suntikan itu juga memberikan satu set di minda mereka untuk tetap setia dan akur pada polisi hospital yang disusun kerajaan. Suntikan itu memberikan keyakinan kepada mereka bahawa polisi yang dilakukan mereka adalah betul.


              Setelah 5 minit di situ, DoktorJane keluar dan pergi ke ruang operasi 555 untuk membuat operasi pada bayi khunsa itu. Selesai saja operasi pembuangan kelamin Y, Jane berbisik kepada bayi yang didukung jururawat sambil membelai kepala bayi itu.


              “Please grow up and be a fine young woman…”.


              Setelah itu, jururawat menghantarbayi itu kepada ibunya.


**

              Zahira keluar dari bilik kerjanya untuk makan bersarapan pagi. Mira belum sampai lagi ke makmal mereka, jadi Zahira keseorangan. Saat keluar dari bilik dia melihat sekumpulan saintis muda sepertinya seakan-akan hendak bersarapan di kantin juga. Zahira berat mulut memandangkan dia langsung tidak mengenali mereka semua. Walaubagaimanapun dia memberanikan diri.


              “Emmm… awak semua nak pergi kantin ya? Nak ikut”, tanya Zahira.


              “Ohhh emm kitorang tak pergi kantin. Kitorang nak pergi makmal pengeluaran projek”, jawab salah seorang mereka dengan teragak-agak. Maklumlah, tiada angin tiada rebut tiba-tiba ajak makan. Sudahlah tidak kenal pula tu.


              “Ohh okay-okay. Kantin dekat mana eh? Saya baru dekat sini”, malu Zahira bertanya.


              “Dekat bawah sana… lepastu belok kanan”, jawab mereka.


              “Ohh okay-okay. Terima kasih”,senyum Zahira.


              Mereka juga terhenti saja di situ kerana menunggu Zahira jalan dahulu.


              “Ohh tak apa. Lalulah dulu”, kata Zahira.


              “Awak tahu ke? Nak pergi kantin tu macam berliku sikit. Tapi dia belok kanan je”, kata mereka.


              “Ohh tak apa-tak apa”, senyum Zahira lagi. Dia malu. Sudahlah dia seorang dan terjumpa senior yang ramai pula tu. Dia tidak mahu mengambil masa mereka.


              Mereka berjalan pergi. Dalam padaitu, Zahira ada terdengar perbualan mereka dari jauh.


              Siapa tu?


              Budak baru?


              Kau kenal ke?


              Tiba-tiba ajak makan?


              Entahlah… Hahaha?


              Ingatkan kau kenal?


              Dia nilah… sama bilik dengan Mira.


              Ohh yang billboard hari itu ke…Nama dia tu. Aku tak ingat.


              Zahira mengeluh. Perasaan introvert itu sungguh kuat sekarang. Zahira bernafas dengan tenang dan turun ke bawah.


              ‘Aduh… tak faham aku lorong nak ke kantin ni… Ada berapa kanan ni? Peta dia pun aku tak faham’, keluh Zahira lalu kembali semula naik ke atas. Fikirnya hendak makan di bilik saja.


              Saat naik semula, dia terlihat Mira yang dikelilingi ramai kawan. Mereka juga seakan hendak ke kantin memandangkan melihat ada antara mereka yang membawa bekal. Zahira rasa rendah diri melihat keadaan itu. Mira juga sudah ada kawan-kawan sendiri. Dia tidak mahu mengganggu perjalanan Mira. Kadangkala, kita tidak mahu diganggu oleh orang baru. Mira berjalan pantas masuk ke dalam makmal.


              “Zahira!...”, panggil Mira.


              ‘Ahh dah ternampak’, getus hati Zahira lalu senyum memandang Mira.


              “Hai”, kata Zahira.


              “Baru balik kantin ke?”, tanya Mira apabila terlihat bekal yang dipegang Zahira.


              “Ahh emm saya makan dekat bilik je kot. Korang semua nak pergi kantin kan?”, tanya Zahira.


              “Haah…”, jawab mereka.


              Mira memerhatikan gerak geri Zahira. Mungkin saja Zahira hendak ke kantin tetapi tidak tahu jalan. Maklumlah orang baru. Lagipula jalan hendak ke kantin itu memang berliku bagi orang baru.


              “Jomlah sekali! Kejap korang aku nak ambil barang dalam makmal”, kata Mira kepada Zahira dan yang lain.


              Zahira mengangguk gembira.


              Sementara menunggu Mira keluar,kawan-kawan Mira bersembang dengan Zahira. Zahira lega. Mereka memang ramah-ramah belaka.


              “Jom!”, ajak Mira setelah ambil barang yang diingini. Mereka semua bergerak bersama ke kantin. Zahira senyum memandang Mira yang ceria disamping kawan-kawannya. Mira sememangnya seorang yang mesra dan memahami.


**

DI HOSPITAL PROGRAM PEMBIAKAN MANUSIA PUSAT


#Cerita 3

              Doktor Kamelia bekerja di ruang bersalin seperti biasanya. Dia ditugaskan untuk menyambut kelahiran bayi yang mana ibunya bersalin secara normal. Saat dia menyambut kelahiran, bayi itu merupakan subjek XY. Doktor Kamelia melihat si ibu yang tercungap-cungap. Wajah si ibu juga tersenyum gembira dek kerana mendengar tangisan bayi dari subjek XY.


              Doktor Kamelia langsung memotong tali pusat dan menguruskan pembersihan sepantas mungkin dan langsung memberikan subjek XY itu kepada jururawat berhampiran. Mata si ibu tadi tercari-cari anaknya yang sudah dibawa pergi oleh jururawat.


              “Tahniah! Sekarang cik dah jadi puan… Saya minta puan bertenang dahulu ya memandangkan jururawat perlu membersihkan dan merawat bayi terlebih dahulu sebelum diberikan kepada puan”,senyum Doktor Kamelia.


              “Baik-baik”, ibu itu mengangguk.


              Doktor Kamelia memandang jururawat yang ada di situ untuk berbuat seperti selalu. Seorang jururawat mengangguk dan mengambil jarum suntikan.


              “Kita akan berikan suntikan selepas bersalin. Harap dapat tahan sakit sikit ya”, kata jururawat di situ.


              Si ibu hanya diam tanda setuju.


              Doktor Kamelia juga sempat tersenyum memandang ibu itu. Beberapa saat setelah itu, si ibu langsung tidak sedarkan diri.


              Beberapa jururawat yang keluar dari ruang bersalin tadi menuju ke beberapa lokasi. Jururawat yang memegang subjek XY langsung dibawa ke ruang rahsia. Manakala jururawat yang lagi seorang bergegas menuju ke Bilik 766 atau kakitangan hospital memanggilnya Bilik Ganti.


              “Ya ada apa Nurse?”, tanya seseorang yang menjaga kaunter itu.


              “Pesakit Doktor Kamelia bersalinkan subjek XY jadi nak minta bayi ganti”, kata jururawat itu.


              “Haaa okay sila isi borang ni ya…”, jawab orang itu sambil memberi borang.


              Jururawat itu mengisi borang yang tersedia.


              “Kejap ya… tunggu sekejap”, kata orang itu.


              Tidak sampai seminit, seorang jururawat bawahannya yang ditugaskan di bilik ganti itu keluar sambil menyorong sebuah bekas jernih yang berisi bayi.


              “Mari ikut saya”, kata jururawat itu kepada jururawat yang mengisi borang itu. Lalu mereka jalan bersama.


              “Comel… bayinya kenapa? Macam mana boleh jadi baby ganti?”.


              “Mak dia baru meninggal pagi tadi. Meninggal masa bersalin. Jadi sebab itulah…”, sedih jururawat itu bercerita.


              “Besar sungguh pengorbanan si ibuitu kepada marhaen kita”, kata jururawat yang mendengar cerita itu.


              Doktor Kamelia menanti di dalam ruang bersalin. Dia bermundar-mandir menunggu bayi ganti. Tidak lama kemudian,seorang jururawat masuk.


              “Nurse?”, tanya Doktor Kamelia.


              “Ada-ada…”, kata jururawat itu lalu ada seorang jururawat lain masuk sambil menyorong bekas pembawa bayi itu.


              “Haaa comel…”, senyum mereka semua yang ada di ruang bersalin itu.

              Doktor Kamelia juga tersenyum legalalu berbicara, “nanti kalau si ibu ni dah bangun… tolong tunjukkan baby ni ya…dan suruh si ibu susukan baby nya… emmm lepastu uruskanlah apa yang patut, seperti biasa”.


              “Baik Doktor Kamelia”, angguk jururawat di situ dengan senyuman.


              “Baik…”, kata Doktor Kamelia lalu keluar dari bilik itu.


              Sementara jururawat yang membawa bayi subjek XY itu masuk ke dalam ruang rahsia. Di situ ada yang menjaga kaunter. Ruang bilik suram.


              “Hmm comel…”, kata penjaga kaunter.


              Jururawat itu hanya senyum smabil memberikan bayi itu.


              Penjaga kaunter itu mengambi bayi itu lalu meletakkan tag.


              ‘Subjek XY1009’.


              “Sekarang ni dah tak banyak kelahiran ya? Subjek XY pun tak sampai 2000”, kata penjaga kaunter itu lagi.


              “Haah… itulah. Harap subjek XY ini dapat jadi penyumbang benih di masa depan untuk melangsungkan populasi kita”,kata jururawat itu.


              “Harap-haraplah… banyak subjek XY yang mati. Walaupun kita dah bagi keperluan yang cukup tetapi tetap sahaja ada yang mati”, kata penjaga kaunter itu lagi.


              “Hmm… Semoga subjek ini membesar dengan baik”, kata jururawat dengan wajah sedih sambil melihat bayi yang dipegang oleh penjaga kaunter itu.


              “Kita harap begitulah…”, kata penjaga kaunter itu lalu pergi. Jururawat itu juga beredar. Penjaga kaunter itu meletakkan subjek XY itu di dalam satu tiub kebal lalu ditariknya satu tombol yang berada di situ. Tiub itu tersedia cantik untuk diisi dengan satu bayi subjek XY. Bayi di dalamnya dipakaikan baju khas agar selamat sampai ke bawah. Kemudian tiub itu terkunci dan langsung menjurus ke bawah tanah. Bunyi-bunyi gear mekanikal kedengaran dengan agak kuat di ruang itu untuk menurunkan subjek itu ke bawah.


              Penjaga kaunter itu hanya melihat sahaja dari atas tiub yang laju turun ke bawah.




Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.