Home Novel Alternatif WANITA
WANITA
Jung Siti
6/7/2021 15:00:58
66,834
Kategori: Novel
Genre: Alternatif
Bab 10

WANITA X

              Yaya dan Ben berjalan masuk ke dalam rumah kedainya setelah selesai dari perjalanan mereka membeli-belah. Wajah Yaya agak resah, Ben juga rasa begitu tetapi tidak dapat dipamerkan riak wajahnya. Ben mengekalkan wajahnya yang tiada perasaan.

              “Umm Ben…”, panggil Yaya acuh tak acuh. Ben berdiri tegak dan memandang menghadap Yaya.

              Tatkala melihat mata redup Ben yang terus memandang kearah anak matanya, Yaya berasa tidak selesa dan cuba memandang-mandang tempat lain sambil berbicara. Jujur, pandangan mata Ben kepadanya seakan satu anak panah yang bukan sahaja menusuk ke ruang penglihatannya tapi ke satu ruang yang mengelirukan juga.

              “Saya nak terus siap-siap untuk berehat… Ben, tutup lampu, kunci pintu dan jaga kedai… jangan bagi siapa-siapa pencuri ke orang jahat ke… something like that..”, kata Yaya langsung naik keatas meninggalkan Ben yang masih terpinga-pinga. Yaya tidak tahu apa yang dikatannya saat berbicara dengan Ben. Dia juga mengelak-elak dari pandangan mata Ben.

              Saat Yaya naik ke atas, Yaya mengeluh sendiri, “haishhh apa kau cakap macam tu? Kedai ni memang dah ada system security! Kesian dia!”. Yaya juga tidak menyedari apa yang dibicarakan kepada Ben.

              Sementara Ben di bawah, membuat  semua yang disuruh oleh Yaya. Tutup lampu, memastikan pintu tingkap semua berkunci dan melihat-lihat keadaan sekeliling.

              Yaya yang berada di atas sudah berbaring setelah selesai membersihkan diri. Dia mengiringkan badannya sambil memeluk bantal peluk. Dia tidak dapat tidur dan keningnya masih berkerut memikirkan kejadian sewaktu membeli-belah tadi. Fikiran bingung, runsing dan ada takut sedikit.

              Ben juga berbaring di atas kerusi  panjang di bawah setelah memastikan keselamatan kedai. Dia berbaring dan berfikir dengan dalam. Keningnya juga berkerut. Perasaan Ben bercampur baur,tetapi keseluruhannya adalah kerisauan yang membelenggu dirinya.

              Yang pasti mereka berdua memikirkan kejadian membeli-belah pada petang tadi.

**

              Ben masuk ke dalam bilik persalinan baju dengan pantas tatkala mendengar ada orang hendak memakaikannya pakaian. Apabila sudah berada di dalam bilik pakaian itu, Ben mengeluh dan mengetuk-ngetuk kecil kepalanya kerana tidak peka dengan keadaan sekeliling.Dia juga malu.

              ‘Apalah kau ni Ben?! Mujur kau cepat-cepat terdengar tadi… kalau diorang tukar baju aku, habis bocor semua rahsia… Mesti mereka nampak aku robot yang lain dari yang lain! Arghhh!! Malu betul aku tadi!’.

              Perasaannya seperti anak kecil lelaki yang dipermainkan wanita-wanita dewasa sewaktu dulu-dulu. Dia ingat lagi tatkala ibu dan makciknya hendak menukarkan pakaian tetapi dia berkeras tidak mahu kerana merasakan diri sudah besar serta tidak mahu digelakkan kanak-kanak perempuan yang ada di situ.

              Ben menggeleng kepala. Dia teringat pula kepada ibunya yang gambarnya berada di dalam loket ayahnya. Ben mengeluh lagi. DIa juga tidak tahu apakah ibunya masih ada lagi di atas ini?Ben tidak terlalu berharap. Tanpa ingin membuang masa, Ben langsung mencuba pakaian.

              Yaya dan pembantu kedai wanita itu menunggu Ben yang sedang menukar baju di dalam bilik persalinan. Tatkala pembantu kedai itu melihat pelanggan lain yang seakan hendak meminta bantuan,dia meminta diri daripada Yaya. Yaya mengangguk senyum dan menunggu Ben sendirian.

              Tidak lama Ben keluar dari bilik itu dengan mengenakan satu pakaian. Pakaian itu bercorak kotak-kotak yang sangat terang dan berwarna kuning. Yaya langsung berkerut dan tersengih melihat Ben. Ben kelihatan seperti robot penjual jus lemon yang pernah dilihatnya diiklan televisyen, hanya tinggal memakai kaca mata hitam sahaja untuk kelihatan sama.

              Apabila melihat riak wajah Yaya dihadapannya, Ben sudah tahu pakaian ini tidak sesuai dan kelakar di mata Yaya.Ben hendak tersenyum juga melihat sengihan Yaya tetapi dia menahan diri.

              ‘Gelakkan aku ya?’, Ben terhibur.

              “Saiz dia okay?”, tanya Yaya kepada Ben sambil menahan ketawa.

              Ben dengan wajah selenganya langsung membuat ‘thumbs down’.

              Yaya ketawa. Robot juga tahu fesyen ini tidak sesuai buatnya, fikir Yaya.

              “Ha… ha…”, Yaya berhenti ketawa.

              “Ben… cuba yang itu pula… kalau okay nanti saya tambah yang warna hitam pula”, kata Yaya masih terhibur.

              Ben akur dan masuk ke dalam bilik persalinan untuk sekali lagi mengenakan satu t-shirt lengan panjang berwarna maroon. Tanpa berlengah, Ben langsung keluar setelah selesai.

              Apabila melihat Ben keluar dari bilik persalinan, Yaya terdiam dan memerhati Ben.

              “Hmm…”, Yaya berfikir sambil jarinya di dagu.

              Kemudian Yaya mendekati Ben dan mengemaskan pamakaian Ben dengan membetul-betulkan sedikit pemakaian Ben. Yaya ingin melihat apakah saiz baju ini betul-betul sesuai dengan Ben.

              Ben terkedu saat Yaya memegang-megang untuk membetulkan pemakaiannya. Mata Ben ke bawah, memandang Yaya yang lebih rendah darinya itu. Entah kenapa hati Ben berasa sejuk dan tenang saja. Rasa seronok juga. Tanpa disedari, senyuman terukir di bibirnya.

              ‘Suka?…’, hati dan fikiran Ben terdetik.

              Ben memerhati sahaja Yaya dari dekat itu. Wajah Yaya kelihatan lembut dan mulus. Apabila dipandang dengan lebih teliti wajah Yaya ini, jantungnya berdegup lebih kencang. Hanya dengan pandangan sahaja, boleh menggetarkan jiwa kelelakiannya. Jika tidak berfikir,mahu saja tangannya memegang pipi lembut Yaya dan merenung mata Yaya serta senyuman indah yang terpamer itu, tetapi Ben menahan diri.

              Ben mula angau. Angau itu maksudnya, berasa khayal dengan keindahan makhluk di hadapannya. Angau itu boleh jadi juga perasaan suka kepada sesorang.

              Walaupun mata Ben hanya memandang Yaya tetapi fikirannya mula melayang. Ben semakin asyik dengan angaunya. Angau dengan lenggok gerak geri Yaya, budi bicara Yaya, senyuman Yaya, ketawa Yaya,keadaan Yaya sewaktu membuat kerja. Semua ingatan-ingatan itu lalu ke dalam kepala Ben seakan flashback sesi Yaya.

              Ben senyum.

              ‘Mungkin aku memang suka dia ni…’,fikiran Ben mengakui sedikit. Sejujurnya, hati Ben malu hendak mengakui yang dia memang suka pada Yaya. Egonya menghalang dirinya dari mengakui perasaannya,sebab itulah fikirannya terfikir perkataan ‘MUNGKIN’.

              Ben cuba mengeraskan hatinya,‘wanita memang bahaya tetapi Yaya baik jadi tiada salah untuk mempunyai perasaan seperti ini… Rasa apa ni? Inikah senjata wanita?’.

              Ben kembali mengenangkan rakannya Heri. Heri itu angaunya sangat jelas, sanggup mati demi cinta. Itu bukanlah sesuatu yang benar. Kisah percintaan banduan dan pengawal wanita itu juga sesuatu yang tak sepatutnya terjadi. Ben kembali mendapatkan rentaknya. Ya, dia tidak boleh dibutakan oleh cinta!

              Makhluk dihadapannya ini bahaya!Jadi Ben tersenyum hampa dan cuba memandang atas bagi menepis perasaan-perasaan angau itu

              Saat hendak memandang atas,matanya terlintas ke arah seorang wanita yang dia agak kenali wajahnya. Kebetulan wanita itu juga terpandang ke arah Ben yang sedang bersama Yaya.

              ‘Itu wanita yang lepaskan aku…’,satu ingatan terlintas di fikirannya. Ben yang lagi senyum biasa itu bergegas riak wajahnya seakan terkejut.

              “Shoot!”

              Ben langsung menarik Yaya sekali kedalam bilik persalinan seakan-akan Yaya yang menolaknya. Yaya terkejut. Masuk sahaja ke dalam bilik persalinan itu, Ben pantas mengunci pintu.

              Yaya berkerut. Dirinya mati kata.Dia tergamam.

              ‘What the heck is happening?...’, Yaya bingung.

              Ben mulai menggeletar. Dia berpeluh dan gerakannya celaru.

              Yaya juga berkerut dengan robotnya yang tiba-tiba berubah menjadi agresif. Yaya sudah takut dan cuba merenggangkan sedikit dirinya dari Ben.

              Dalam kegelisahannya, Ben mulai tersedar kehadiran Yaya yang hendak merenggangkan diri daripadanya. Saat melihat wajah Yaya yang ketakutan itu Ben juga semakin takut kegelisahan.

              ‘Pulak Yaya dah nampak aku lain…’,ketakutan menguasai fikiran Ben.

              Ben dengan wajahnya yang takut meletakkan jari telunjuknya di mulut sebagai tanda isyarat untuk meminta Yaya diam sebentar.

              Melihat gerak-geri Ben, Yaya berasa aneh tetapi dia ikutkan sahaja. Tidak tahu apa yang membuatkan robotnya seperti itu?

              Dalam keadaan di bilik yang agak sempit itu, mereka berdua berasa tidak selesa. Perasaan Ben bercampur baur takut, risau jikalau dia ditangkap dan disumbat kembali ke dalam penjara bawah tanah yang mengerikan itu.

              Sementara Yaya pula masih bingung dengan keadaan yang sedang terjadi. Masa dirasakan berlalu sedikit-demi sedikit. Yaya berasa resah dengan keadaan yang membuang-buang waktu ini. Yaya yang tadinya memandang-mandang tepi dengan mulutnya yang muncung. Fikiran Yaya kosong.

              Apabila Yaya mulai berasa bosan,dia memerhati robotnya yang sedang berwajah resah. Yaya perhati sahaja wajah Ben.

              Ben mempunyai mata yang redup.Hidungnya yang agak mancung dan tertegak cantik. Bibir Ben juga lebih tebal dari bibirnya yang nipis itu. Fikir Yaya. Dalam pada itu, di atas bibir Ben juga terlihat bulu-bulu halus yang kelihatan kasar. Di bahagian dagu  juga ada sedikit. Kening Ben juga tersusun ketebalannya. Tubuh Ben yang lebih besar juga membuat Yaya berasa agak kagum.Yaya berasa seperti berlindung di sebalik sesuatu. Tapak tangan Ben juga kelihatannya lebih besar daripadanya.

              Yaya tidak habis memerhati Ben.Dia memerhatikan setiap apa yang boleh dilihatnya.

              Manakala Ben mulai merasakan ada renungan mata yang asyik memandangnya. Ben kembali memandang Yaya. Tatkala melihat Yaya yang mendongak merenung matanya, Ben pantas mengalihkan pandangan ke tempat lain.

              Jantungnya yang berdebar itu bertambah-tambah berdebar. Perasaannya yang tadinya takut terganti terus dengan perasaan malu dan terkejut dek kerana ditenung sebegitu.

              ‘Apa… dia ni? Pandang macam tu’.

              Ben malu.

              Yaya terkejut dengan reaksi Ben sebegitu. Yaya mulai berkerut kerana agak terkejut melihat riak wajah Ben.Fikiran Yaya bagai diketuk dengan satu persoalan.

              “Ben?... Ben ni apa sebenarnya?”,bicara Yaya perlahan dan cuba untuk menjauhkan diri sedikit.

              Mata Ben membulat.

              Langsung Ben memandang Yaya dan menjawab dengan berbisik perlahan, “Yaya… saya minta maaf. Tolong jangan risau… Saya akan ceritakan nanti…”.

              Yaya makin berkerut.

*

              Pada paginya, Yaya masih berbaring di atas katil sambil membelek-belek telefon dan buku-buku. Katilnya berselerak.

              “Ini ke?”, Yaya membaca satu buku.

              “Hmmm… makhluk asing ada yang makan makanan manusia dan ada yang memakan kertas atau besi”, berkerut Yaya membaca telefonnya pula.

              “Tapi Ben tak nampak macam makan besi”.

              “Mungkin… Ben makan apa yang kita makan?”, Yaya tertanya-tanya.

              “Oh my… kalau betul dia makan apa yang kita makan… rasa bersalah pula masak-masak dan buat air depan dia hihihi”,sengih Yaya.

              “Hmm buku ni kata apa pula?”.

              “Mereka mempunyai antenna dikepala serta bermata hitam. Mereka juga boleh membaca isi hati manusia…Ehhhh?... Seriuslaaa”, Yaya terkejut membaca kenyataan itu.

              “Hishhh malulahh kalau Ben boleh baca isi hati orang. Macam-macam aku fikir kot… Kalau yang memalukan tu macam mana? Huuaaa.. harap taklah”, keluh Yaya.

              “Haaiihh…”, Yaya meletakkan kesemua bacaannya di tepi.

              “Aku ingatkan… kes-kes makhluk asing ni ada dekat tv dan filem-filem saja? Rupa-rupanya… ada di dunia sebenar”, kata Yaya sambil terfikirkan tentang pertemuannya dengan Ben.

              ‘Ben… makhluk asing datang dari mana? Habis robot-robot dekat luar tu? Ada yang makhluk asing? Menyamar jadi robot?’, Yaya terfikir-fikir.

              Kemudian Yaya tersenyum, ‘tapikan…dalam beribu-ribu trillion manusia dekat dunia. Aku yang dapat jumpa makhluk asing hihihi… Menarik pula tu ufo nya… tak adalah seram mana… Ben, ufo yang sedap mata memandang.. Hehehe’.

              ‘Jadi… aku kena sorokkan dia.Kalau orang nampak dia lain… nanti dia jadi bahan uji kaji’, fikir Yaya lagi.

              ‘Hmm haah betul tu…’, fikir Yaya.

              “Aaahh… hish hush! Belum tahu apa-apa lagi dah berangan-angan Ben tu makhluk asing… Jauhnya imaginasi kau Yaya”, Yaya berbicara sendiri sambil menggeleng-geleng kepala untuk membuang segala khayalan yang memenuhi kepalanya.

              “Oh ya… baik siap-siap cepat… Nak turun tengok Ben”, kata Yaya berdebar untuk kembali berjumpa dengan Ben yang berada di tingkat bawah. Yaya bergegas membersihkan diri.

Previous: Bab 9
Next: Bab 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.