Home Novel Alternatif WANITA
WANITA
Jung Siti
6/7/2021 15:00:58
64,887
Kategori: Novel
Genre: Alternatif
Bab 12
WANITA XII

    “Tutup awal hari ni Yaya?”, tanya seorang pelanggannya yang membeli bungkusan minuman daripada Yaya.

    Yaya menjawab dengan senyuman, “haah… stok bunga-bunga dah nak habis. Itu yang saya tutup awal”.

    “Ohh… ingatkan tutup awal sebab dah ada pembantu baru”, senyum pelanggannya kepada Yaya kemudian mereka berdua memandang ke arah Ben yang sedang mengelap tingkap.

    “Ehh taklah kak… setup-setup robot tu semua saya dah buat hari tu… Hari itu pun saya ada tutup awal. Kali ni nak ambil stok pula”, kata Yaya tersengih lagi.

    “Oh… okaylah thank you Yaya…”, kata pelanggannya lalu keluar dari kedai.

    Yaya juga senyum mengangguk.

    Setelah pelanggan terakhirnya yang tadi keluar dari kedai. Yaya turut bersama Ben untuk mengemas kawasan kedai. Ben menarik roller shutter kedai manakala Yaya pula ke tingkat atas sekali untuk melihat stok-stok bunganya. Setelah selesai tugasan, Ben juga ke tingkat atas untuk mendapatkan Yaya. Matahari terik terpancar membuatkan Ben langsung meletakkan bayang tangannya untuk menghalang cahaya matahari langsung ke matanya. Ben menutup pintu tingkat rooftop itu dan pergi ke arah kawasan yang berbumbung polikarbonat dimana dia melihat Yaya berdiri.

    “Tolong saya bawa dua pasu yang itu… yang bunga raya tu dengan magnolia tu. Saya nak bawa balik ke rumah ladang sayalah…”, pinta Yaya kepada Ben.

    Ben angguk dan mengangkat kedua-dua pasu itu. Yaya pula membawa satu dua peralatan kebun yang ringan untuk dibawa ke bawah. Mereka berdua turun ke bawah dan masuk ke garaj belakang. Yaya membuka selak di bahagian belakang lori dan memasukkan barang-barang. Ben juga meletakkan dua pasu bunga itu. 

    “Okay… lepastu kita kena bawa 9 beg baja tu… Saya rasa macam sempit bila banyak-banyak sangat dekat garaj ni… Yang lagi 5 tu biar ya”, pesan Yaya. Yaya pergi ke belakang untuk mengambil alat pengangkat barang berat. Saat Yaya kembali memandang belakang, Yaya sudah melihat Ben membawa 2 beg pada bahu kanan dan kirinya.

    Yaya berkerut, “Ben… tak sakit ke? Awak boleh angkat? Berat sangat tu!”.

    “Saya boleh…”, jawab Ben. Fikir Ben, sewaktu di bawah tanah itu ada yang lebih berat dan lebih teruk lagi barang-barang kasar yang perlu diangkatnya.

    “Haa yalah…”, kata Yaya yang masih lagi berasa risau.

    Kemudian, Yaya turut membantu Ben mengangkat beg-beg baja itu dengan menggunakan alat pengangkat benda berat yang dipunyai. Setelah selesai, mereka mengemas lagi barang-barang peribadi mereka untuk dibawa ke sana. Kemudian, Ben memasuki lori ‘kepala kasut’ itu. Sementara, Yaya menghidupkan enjin dan mula memusing stereng yang besar itu keluar dari kawasan garaj.

    Sambil Yaya memandu, lagu-lagu terkini di radio terpasang menjadi halwa telinga mereka berdua. Angin-angin laju yang sayup-sayup masuk di celah-celah lori juga sedikit bingit memecahkan suasana. Ben memandang di luar tingkap, memandang hadapan dan memandang Yaya yang sedang memandu. Mata Ben cukup memberi tumpuan dan terdiam kekaguman memandang perkara-perkara yang sudah terlalu lama tidak dilihatnya iaitu pemandangan di jalan raya menuju ke kawasan luar bandar.

    Yaya tersenyum melihat Ben yang kelihatan teruja itu. 

    “Best?”, tanya Yaya sambil memandu.

    Ben mengangguk.

    “Nanti sampai rumah ladang saya lagi cantik tau”, kata Yaya dengan lebih kuat memandangkan bunyi lori sedikit bising.

    “Haa Baik ya”, kata Ben dan tersenyum kecil lagi.

    Ben kembali melihat-lihat di luar. Rasa nyaman sungguh. Tadinya yang waktu tengahari, mataharinya sudah mulai turun sedikit demi sedikit dan memperlihatkan pemandangan petang yang lebih indah dari biasanya. Lebih-lebih lagi, jalan raya ini bergerak jauh dari bandar yang berada di belakang dan menuju ke kawasan yang lebih semula jadi.

    Setelah satu jam lebih, mereka tiba di detinasi. Ben turun dari lori dan kagum melihat rumah kayu yang agak unik dan tradisional itu. Di tingkat bawah rumah itu ada tiang-tiang yang menyokong bahagian atas rumah dan ada buaian serta tempat berteduh. Terdapat tangga untuk ke ruang beranda rumah. Ben melihat keadaan sekeliling, cahaya matahari petang mencantikkan lagi kawasan perladangan Yaya. Tanah luas yang terdapat tanaman-tanaman bunga-bungaan kecil dan ada juga ladang jagung kecil serta beberapa pokok buah yang ditanam dalam skala kecil. Jauh lagi sedikit sudah ada ladang kelapa sawit.

    “Sana tu dah kawasan orang lain”, tunjuk Yaya ke arah ladang kepala sawit. Yaya dapat melihat mata Ben yang tertarik dengan kawasan ini.

    “Pagi-pagi pun cantik tau”, senyum Yaya kepada Ben lagi. 

    “Ohh…”, angguk Ben. Melihat riak wajah Ben, Yaya berasa tidak sia-sia dia membawa Ben ke sini.

    “Jom Ben, tolong saya angkat itu ya”, pinta Yaya lagi.

    “Haa okay baik”, Ben bergegas ke belakang untuk mengambil barang-barang bawa masuk ke dalam rumah. Setelah selesai membawa semua barang-barang ke dalam rumah, Ben duduk di kawasan beranda rumah.

    “Nah Ben… minuman coklat sejuk… Boleh minum air sejuk?”, tanya Yaya.

    “Boleh”, angguk lalu mengambil cawan yang dihulurkan Yaya dan menghirup air coklat yang menyegarkan itu.

    Mereka berdua menikmati pemandangan petang yang indah itu.

    “Kawasan sini cantik… tengok lembu-lembu tu makan rumput-rumput sini”, kata Ben.

    “Dalam kawanan tu ada Shawn”, senyum Yaya.

    “Shawn?”, Ben mengerutkan kening.

    “Haah Shawn, lembu saya… saya minta jiran saya yang bela lembu tu tolong jagakan lembu saya juga. Ada seekor saja… lembu bela”, cerita Yaya sambil ketawa kecil.

    “Ohh “, Ben juga ketawa kecil. Rupanya Shawn itu, si lembu belaan Yaya.

    “Patutnya ada lagi seekor kucing Si Tam… dia selalu jagakan rumah, tapi dia tak ada ni selalunya mungkin pergi rumah jiran sebelah sana. Diorang pun ada bela banyak kucing”, kata Yaya sambil menunjuk lagi ke satu kawasan yang jauh.

    “Jauh…”, kata Ben.

    “Haah… Tam suka main dengan kucing dekat sana”, senyum Yaya lagi.

    Kemudian, Ben melihat pula tanaman-tanaman bunga-bungaan dan buahan dari atas beranda itu.

    “Dari atas sini, boleh nampak kan ladang jagung… Boleh tahu kalau Tam menyorok-nyorok dekat ladang jagung”, kata Yaya.

    “Tapi saya tak rasa Shawn boleh menyorok dekat situ”, kata Ben.

    Yaya ketawa.

    “Memanglah Shawn tak boleh menyorok dekat situ… Shawn tu lembu!”, ketawa kecil Yaya.

    Ben juga ketawa kecil melihat Yaya terhibur. Mereka memandang antara satu sama lain dan kembali memandang ke hadapan dengan senyuman masing-masing yang terukir di bibir.

    Yaya tidak berasa sunyi.

    Ben juga berasa hatinya terisi.

    Mereka berdua saling merasai kedamaian yang terisi di dalam hati. Perasaan ringan yang sudah cukup meneutralkan apa yang ada di fikiran mereka.

**

    Pada waktu petang itu juga Zahirah dan Mira juga kelihatannya keluar bersama sebentar selepas bekerja. Mira sering ajak Zahirah menemaninya untuk membeli barang selepas bekerja. Robot-robot mereka juga ada di situ membawa sedikit barang yang berada di dalam plastik. Setelah selesai membeli belah, mereka duduk sebentar di kerusi bangku berhampiran gerai. Mira kelihatannya memakan kudap-kudapan dari gerai yang dibelinya tadi. 

    Sementara Mira yang asyik berkudap-kudapan, Zahirah hanya diam termenung. Dia diam sahaja tetapi fikirannya ligat terfikirkan sesuatu. Mimpi Zahirah yang seperti biasanya kembali menjengah ingatannya saat itu. Hal ini kerana, pada malam semalam dia bermimpi sekali lagi akan mimpi itu. Mimpi tentang makhluk seperti robot yang berdiri bersebelahan dengan ibunya. Robot itu juga kelihatannya sangat kasihan. Setiap kali terjaga, pasti air mata Zahirah akan mengalir tanpa disedari.

    Sebenarnya, Zahirah sudah bermimpi akan mimpi itu terlalu kerap sehingga Zahirah merasakan ada sesuatu yang tak kena dengan kehidupannya. Zahirah berkerut dan berfikir apa yang patut dilakukannya terhadap mimpi itu. Zahirah mengeluh.

    Tatkala mendengar keluhan Yaya, Mira memandang Zahirah.

    “Hmm?”, Mira tertanya-tanya dengan keluhan Zahirah.

    “Mira… Mira pernah terfikir tak? Kenapa kita makhluk pembiakan aseks?”, tanya Zahirah sambil matanya termenung ke arah satu bunga kecil yang berhampiran lalang di sebelah mereka.

    “Soalan sains pula petang-petang ni?”, Mira ketawa kecil.

    Zahirah turut tersengih tatkala Mira berkata begitu.

    “Bukan ke memang macam tu? Kita kan makhluk istimewa… Manusia boleh berbiak secara aseks melalui pembenihan sintetik yang diperbuat dari alam semula jadi… Dalam buku sains dari kecil lagi dah ada kot…”, jawab Mira.

    “Tapi makhluk lain semuanya berpasang-pasangan… kucing… arnab, singa, ikan”, tanya Zahirah lagi sambil memandang dua ekor kucing yang sedang bergomol antara satu sama lain jauh dari mereka.

    Mira turut memandang kearah kucing itu lalu berbicara, “sebab itulah kita berbeza… kita tak seperti binatang-binatang yang memerlukan pasangan untuk membiak… Hmm cuba tengok bunga atau tumbuhan… bunga tetap mekar dan hidup tanpa memerlukan bunga lain untuk membiak. Macam kita juga”, jawab Mira.

    “Tapi even bunga pun ada ejen pendebungaannya yang memang sudah ada di dalam bunga itu sendiri… Sudah ada ovul dan stamen… Tapi kita hanya ada ovari sahaja”, kata Zahira.

    “Kita kan ada juga ejen pembiakan kita yang berasaskan alam semula jadi… diproses dan diletakkan di Hospital Program Pembiakan Manusia Pusat… Siapa yang nak mengandung boleh lalui proses di situ…”, jawab Mira membalas persoalan Zahira.

    Zahira hanya diam sahaja dengan wajahnya yang masih gusar itu. Jawapan Mira tidak begitu menyelesaikan persoalan di benak fikirannya.

    ‘Itu memanglah… itu adalah apa yang diberitahu kepada kita sejak kecil lagi…’, Zahira bermonolog.

    “Kau rasa buku sains yang diajarkan di sekolah tu kita boleh percaya ke?”, tanya Zahira lagi. Dia inginkan jawapan yang diluar dari buku. Jawapan luar kotak. Dia juga sebenarnya tidak tahu jawapan seperti apa yang diinginkan memandangkan dia juga tiada pengetahuan mengenai itu.

    Mira mengeluh lalu menepuk bahu Zahira seraya berkata, “ kau ni stress sangat… banyak fikir. Department sekarang ni buat kau rasa challenging ke? Janganlah ambil terlalu serius, enjoy lah sikit , aku kan ada… Apa yang orang atasan tu beritahu kau masa kau dipanggil? Mereka bagi task yang sangat susah ke sampai buat kau gusar macam ni?”.

    Zahira menggeleng.

    “Habis tu?”, tanya Mira.

    “I don’t know… its just something yang tiba-tiba saya… entahlah…”.

    Mira yang berdiri itu memegang bahu Zahira yang sedang duduk di bangku seraya berkata, “ dah jangan macam ni… jangan fikir banyak-banyak. Esok saya bawa Zahira pergi satu café florist yang saya suka lepak tu. Kita pergi sana lepas kerja okay… tokey dia baik dengan saya tau… Confirm Zahira boleh ease your mind dekat situ”, ajak Mira.

    Zahira tersenyum memandang Mira, “alright, with pleasure… Thank you Mira”.

    “Sama-sama… dah jom balik”, ajak Mira.

    Zahira juga masih tersenyum dan bangun mengikuti Mira ke arah stesyen sky train yang berdekatan untuk pulang ke rumah. Jauh sudut di hatinya, dia sangat bersyukur mempunyai kawan yang mengambil berat dan hendak meringankan beban fikirannya seperti Mira. 

    Zahira sambung berjalan mengikuti Mira dengan memikirkan harapan yang baik untuk hari esok.


Previous: Bab 11
Next: Bab 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.