Home Novel Alternatif WANITA
WANITA
Jung Siti
6/7/2021 15:00:58
66,834
Kategori: Novel
Genre: Alternatif
Bab 15
WANITA XV 

Zahira seperti biasa pergi ke tempat kerja dan berjumpa dengan Mira di makmal. Mereka melakukan pekerjaan mereka seperti biasa sehinggalah waktu pekerjaan sudah habis. Mereka keluar dari makmal bersama dan berjalan keluar dari bangunan penyelidikan. 

 Sepanjang waktu kerja mereka langsung tidak berbicara mengenai hal semalam, cumanya sewaktu mereka hendak keluar mata mereka berdua liar memerhati keadaan sekeliling. Zahira dan Mira juga berhati-hati jika ada yang berbeza dengan sekeliling mereka. Risau jika ada yang memerhati, maklumlah sekarang mereka tidak boleh berasa selesa ataupun mempercayai sesiapa. Terlalu banyak perkara yang tidak terjangka terjadi, jadi mereka perlu berhati -hati dan buat seperti biasa saja. 

 Setelah jauh dari bangunan penyelidikan, Mira mula membuka bicara mengenai topik semalam. 

 "Zahira…lepas ni kita jadi kan nak pergi hospital tu?", Mira meminta kepastian. 

 Zahira terdiam dengan wajah yang agak risau, "Saya… Saya rasa macam kita kena pergi tapi ada sebahagian dari diri ni rasa berdebar takut… rasa curious bercampur baur. Rasa seramlah Mira. Rasa macam something big will happen", jawab Zahira. 

 Mira memegang bahu Zahira serius, " jadi kiranya macam mana sekarang? Ingat tak Ben semalam cakap apa?". 

 Zahira mengangguk. Dia mengingati hal semalam… 

** 

"Tahanan?!", Yaya terkejut. 

"Maksudnya… macam penjara bawah tanah ke?", tanya Mira. 

"Sort of…", jawab Ben yang masih memandang bawah. 

Zahira yang berasa sangat sedih bersemangat berbicara, "habis tu? Macam mana kita nak keluarkan diorang?! mana nak keluarkan ayah?! Ini semua kerja orang atasan ke?". 

Entah kenapa wajah-wajah orang atasan yang menemu bual Zahira dulu terimbas di ingatan. Inikah sebab orang atasan dahulu bertindak aneh sewaktu dia bertemu dengan mereka. Zahira ingat lagi, mereka ada berbicara tentang kerisauan mereka terhadap ciptaan robot nya. Robot ciptaan nya yang seakan sama seperti Ben, itukah yang membuat mereka risau? Zahira juga bingung memikirkannya. Namun, Zahira sememangnya rasa berkobar-kobar. 

"Ben! Bagitahu sekarang! Macam mana cara nak keluarkan ayah?! Macam mana Ben keluar dari bawah?", bersungguh-sungguh Zahira bertanya. 

"Complicated… tak tahu macam saya boleh sampai atas sini", berkerut Ben menjawab cuba mengingati. 

"Saya jumpa Ben di tempat sampah…", kata Yaya pula. 

"Ya… tapi sebelum kita buat sesuatu. I need to know the truth. I need to know what's going on dengan dunia kita sekarang. Kenapa lelaki dekat bawah tanah? Dan semua perempuan dekat atas ni macam tak tahu kewujudan kami?", Ben berbicara. 

Mereka bertiga saling berpandangan antara satu sama lain tatkala Ben berkata begitu. Mereka ingin tahu juga. 

"Jadi sekarang macam mana?", tanya Zahira. 

"Sekarang, Ben nak minta tolong korang berdua untuk siasatkan dahulu… kenapa pemerintah atasan buat semua ni, memandangkan korang dua kerja kerajaan… mungkin lebih mudah dapat maklumat. Siasat kenapa semua lelaki dijadikan tahanan? Apa punca kami duduk dekat bawah sana? Adakah kitorang ni makhluk yang membahayakan? Apa rancangan orang atasan tu sebenarnya?", Ben berasa ingin tahu yang meluap-luap. 

"Untuk siasat ni, beberapa klu yang mungkin boleh membantu korang adalah… hospital pembiakan manusia pusat. Ada seorang doktor tu… dialah punca Ben ada peluang untuk larikan diri dari penjara bawah tanah tu. Not sure what's her intention tapi mungkin dia dapat beritahu kita sesuatu", panjang lebar Ben memberitahu. 

"Rupa dia macam mana? Nama dia ingat?", tanya Mira. 

"Emm.. Yaya sorry. Ada tak apa-apa untuk saya conteng-conteng?", minta Ben sambil sedang cuba mengingati. 

"Wait…", Yaya pergi mengambil pensel dan kertas lalu diberi kepada Ben. 

"Terima kasih Yaya…", balas Ben. 

"Emm.. saya tak ingat nama doktor tu, tapi rupa dia macam ni", Ben langsung melakarkan wajah doktor itu mengikut ingatannya. 

Mereka bertiga terkesima melihat lakaran Ben memandangkan lakaran Ben sangat cantik umpama lukisan. Jika buat kemasan lagi, pasti lebih jelas. 

"Ini wajah doktor itu, yang samar-samar ikut ingatan saya…". 

** 

Zahira dan Mira dalam perjalanan untuk ke Hospital Pembiakan Manusia Pusat. Walaupun agak takut, tetapi mereka menjernihkan pemikiran mereka ke sana untuk mencari tahu sahaja. Jika beruntung mungkin dapat berjumpa dengan orang yang seperti di dalam lukisan Ben. Mereka menaiki kenderaan awam skytrain dan juga LinkedBus untuk ke sana. Bunyi pengumuman perhentian di hospital dan loceng bas kedengaran, menandakan penumpang yang ingin turun boleh segera turun. Mereka berdua pantas turun melalui dataran tempat parkir yang luas untuk ke pintu gerbang hospital. Saat memasuki pintu gerbang hospital, mereka melihat suasana di lorong lobi utama hospital. Saat itu juga, Mira berselisih dengan bekas rakan sekerja biliknya iaitu Kayra. 

Langkah Kayra terhenti saat melihat Mira dan Zahira berjalan bersama memasuki hospital. Mira pula kelihatannya tak perasan akan keberadaannya. 

 “Mira?”, panggil Kayra. 

 Langkah Mira terhenti lalu memandang ke belakang. Langkah Zahira turut terhenti mengikuti Mira. 

“Kayra…”, senyum Mira. 

“Hi Mira!...”, Kayra bersalaman dan berpelukan dengan Mira. 

“Kayra… lamalah tak jumpa you. You sekarang dah department mana ya? I tak dapat info sangatlah pasal you punya transfer department dulu”, ramah Mira memulakan perbualan. 

“Dari Kinetical Technology ke bahagian Bio-Advanced… jauh dari bangunan kita dulu. Ini pun datang hospital ada tujuan kerja juga”, jawab Kayra. 

“You Zahira right?”, senyum Kayra berpura-pura lalu menghulurkan tangan. 

Zahira hanya mengangguk dengan senyuman kecil lalu menyambut tangan Kayra. 

“You both buat apa dekat sini?”,Kayra bertanya. 

“Ahh…”, Mira terkebil hendak menjawab lalu memandang Zahira. 

“Ahh…”, Zahira juga blur hendak menjawab. 

“Ohh, Korang nak join Program Pembiakan Manusia Pusat tu ke?”, tanya Kayra terkejut teruja. Kayra juga sempat mencuri-curi pandang Zahira dan tanggapannya terhadap Zahira sama saja. 

“Ohh… haah, lebih kurang macam tulah. Nak tengok-tengok proses aplication dia semua. Okay je, kita memang nak apply”, Mira bedal menjawab. 

“Zahira pun?”, tanya Kayra. 

“Haah ya”, senyum Zahira sambil mengangguk. 

“Okaylah… I nak kena cepat, ada hal kerja. Lain kali jumpa kita sembang lagi ya”, senyum Kayra sambil bersalam dengan Mira dengan Zahira. 

“Haah ya ya… Kami pun pergi dulu ya”, Mira juga bergegas. Lalu masing-masing berpisah mengikut haluan sendiri. Zahira juga berpaling bersama Mira. 

“Tadi tu ex-lab mate Mira lah ya? Kayra kan?”, tanya Zahira. 

“Haah… lama juga kitorang se lab… Cuma Kayra tu sangat-sangat selalu keluar outstation. Mira selalu sorang-sorang jugalah. Masa dia kena transfer pun tahu-tahu macam tu je. Lepas tu Zahira masuk, mujur tak selalu outstation… merasalah juga perasaan ada real labmate tu. Hihihi”, Mira tersengih kecil. 

Zahira turut tersenyum kecil, “oh.. kisahnya macam tu”. 

Mereka berdua sambung berjalan memerhati keadaan sekeliling. Hospital itu sememangnya sangat besar. Mereka berdua juga memasuki bahagian-bahagian wad hospital yang berbeza-beza. Mereka mendengar sahaja ceramah yang disampaikan doktor tentang penerangan Program Pembiakan kepada orang-orang yang hadir untuk mengetahui proses persediaan. Setelah selesai, sudah tiba masa untuk mereka pulang. Esok boleh datang lagi untuk melihat-lihat suasana hospital. Lagipula, jika mereka masih di situ takut sampai rumah lewat dan lambat pergi kerja pada esok pagi. 

Sebelum pulang, mereka singgah sebentar di tandas. Lorong tandas di tingkat itu juga sudah tidak ramai orang memandangkan mereka semua langsung ke lobi utama setelah selesai ceramah tadi. Saat mereka di dalam tandas, beberapa bunyi kehancuran benda kedengaran dari luar tandas seakan-akan ada pergaduhan yang berlaku diluar. Mira dan Zahira memandang antara satu sama lain dan bergegas keluar tandas untuk melihat apa yang berlaku. Bunyi bising tadi sudah hilang, tapi mereka berdua langsung berjalan mencari-cari bunyi yang tadi itu datang dari mana. 

Mira menjenguk ke satu bilik hos dan mendapati seorang doktor kelihatannya sedang mencucuk jarum ke tangan seseorang yang sangat dikenalinya. 

Mira menjerit, “Kayraaaa!!!”. 

Zahira pantas mendekati Mira dan masuk ke dalam bilik hos itu. Zahira juga terkejut melihat keadaan itu dan tindakan refleksnya pantas hendak menyerang doktor itu. Saat doktor itu menyedari yang Zahira seakan hendak menyerangnya, Kayra yang disuntik itu pantas dicampaknya di tepi. Mira mendapatkan Kayra yang sudah tidak sedarkan diri. 

Doktor itu mengacu-acukan jarum suntikan ke arah Zahira. Menyedari hal itu, Zahira pantas menangkap tangan doktor itu dan menghentak lengan doktor itu dengan sikunya keras sehingga doktor itu menjatuhkan picagari ke lantai. Doktor itu mengerang kesakitan. 

Doktor itu menguatkan tangan sebelahnya untuk menarik kepala Zahira sekuat hati. 

"AAAARRRGGGGGHHHHH!!!!!", jerit Zahira terkejut tatkala tidak menyangka yang pihak lawan mengincar kepalanya. 

Zahira mengawal pergerakan dengan menolak doktor itu kuat sehingga ke dinding langsung terus menghentakkan kepalanya dengan kepala doktor itu. Bunyi hentakan kepala yang berlaga kedengaran di gegendang telinga mereka berdua. 

"Hekk!!", sakit doktor itu tatkala kepalanya dihentak dan berlaga antara kepala Zahira dan dinding belakang kepalanya. 

Doktor itu rasa tidak berdaya sebentar dek kerana pening-pening lalat. Tidak mahu terlalu leka, doktor itu mencari peluang dengan menggunakan lututnya menendang keras perut Zahira. 

 Zahira melonggarkan jaraknya dengan doktor itu. Doktor itu cuba untuk menumbuk-numbuknya. Zahirah pantas mengelak tetapi beberapa tumbukan sedikit terkena di wajahnya juga. 

Doktor itu juga terkena beberapa serangan daripada Zahira dan dia sedar yang Zahira bukan calang-calang dan mungkin dirinya tidak bertahan lama. Lagipula, doktor itu dapat merasakan yang Zahira tidak berlawan dengannya bersungguh-sungguh. 

"Kenapa kau buat macam tu dekat dia?!", tanga Zahira yang masih keliru dengan situasi ini. Memandangkan orang yang dicederakan itu adalah kawan Mira, jadi secara automatiknya dia menyerang doktor itu. 

Sambil mereka berdua bergelut, mereka berbicara."Kau menyebelahi dia ke? Jadi kau ni lembu-lembu suruhan orang atasan hah?", tanya doktor. 

"Lembu orang atasan? Apa kau cakap ni? Kau dah cederakan Kayra! Apasal kau buat macam tu?". 

Doktor itu pula berkerut, "kau kenal tak kawan kau tu siapa?". 

Zahirah hanya terdiam. Dia pun tidaklah mengenali Kayra pun. 

Sementara itu, Mira kelihatannya sedang cuba menyedarkan Kayra. Mira mengejutkan Kayra, menekan-nekan dada Kayra. Dia juga memberi bantuan pernafasan. 

 Pergelutan antara Zahirah dan doktor itu semakin melambat kerana Zahirah keliru dengan keadaan sekarang tetapi dia tidak mahu melepaskan doktor itu. 

Mira juga agak ketakutan dengan situasi ini. Mujur Zahira tahu seni bela diri. Dia juga tidak menyangka Zahirah handal dalam berlawan. Namun, berapa lama mereka harus berlawan. Kayra juga masih tidak sedarkan diri. Mira perlu membuat sesuatu. Zahira ternampak butang kecemasan di tepi pintu. Jika ditekan butang itu, pasti satu hospital dapat mendengarkan mereka. Doktor itu terlihat ke arah Mira yang hendak mendapatkan butang kecemasan. Doktor itu membulatkan matanya dan hendak pergi ke arah Mira pula. 

“Kalau kau tekan butang tu, kau akan menyesal!!”, jerit doktor itu. 

 Langkah Mira terhenti dan terkedu. 

Zahirah pantas menendang doktor yang hendak beralih arah kepada Mira. Saat doktor itu jatuh ke lantai, Zahirah langsung menangkap kedua tangan doktor itu lalu diikatnya ke belakang. 

“Erghh!!”, doktor itu menahan kesakitan. Sambil menahan kedua tangan doktor itu, Zahirah menekan lagi lututnya ke belakang badan doktor itu. Doktor itu mengerang lagi sakit. 

“Betul cakap aku!! Kau tekan loceng tu, dengan kau kau sekali kena tangkap!!”, beritahu doktor itu. 

“Ehh! Kitorang kena tangkap untuk apa?! Kau dah bahayakan member tu… kau jelah yang kena tangkap!”, keras Zahirah. 

“Aku tanya lagi! Korang kenal tak perempuan tu siapa?!”, tanya doktor itu. 

“Itu kawan aku!!”, marah Mira.Doktor itu tersengih dan ketawa kecil, “betullah aku cakap korang ni lembu-lembu kerajaan”. 

Mira mengerutkan kening dan berkeras, “kau cakap apa ni? Kitorang bukan lembu siapa-siapa lah!!” 

“Perempuan tu ejen perisikan paling kuat orang kerajaan! Jadi korang bersekongkol dengan dia ke?!!”, tanya doktor itu lagi. 

Mira dan Zahira berkerut kening memandang antara satu sama lain dan memandang pula ke arah Kayra yang tidak menyedarkan diri itu. Mereka sungguh tak tahu dan keliru.



Previous: Bab 14
Next: Bab 16

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.