WANITA IX
“Ini… semua tanaman ni, kena siram setiap pagi… Yang itu, tanaman tu cepat kering sebab memang kita letak dia dekat kawasan yang lebih terdedah pada matahari. Jadi Ben spray lebih sikit… Jangan banyak sangat tau… agak-agak”, Yaya mengajar Ben.
Yaya menunjukkan cara-cara menjaga tanaman berpasu kepada Ben. Ben mencuba menyembur tanaman-tanaman berpasu yang berada di bawah itu dengan spray.
“Hmm hmm”, angguk Yaya.
Kemudian Ben menyembur tanaman pasu yang bergantungan. Ben mengangkat tangannya lebih tinggi sedikit dan menyembur tanaman-tanaman itu. Sementara tangan kiri Ben pula berhati-hati memegang tanaman pasu gantung yang agak berpusing itu.
Yaya berasa sedikit kagum, “Ben ni memang tinggi betullah… Yaya nak kena panjat kerusi kot nak spray ni…”.
‘Bagus juga ada robot ni… Betul cakap Mira’, fikir Yaya tersenyum.
Ben pula memandang-mandang Yaya, samada betul atau tidak cara dia melakukannya.
“Haa betul-betul. Good robot Ben”, senyum Yaya sambil menjengket dan menggosok-gosok kepala Ben dengan sarung tangan tanamannya yang masih tidak dibuka. Ben terkesima.
“Ehh.. sorry. Ada tanah pula, baru je sikat rambut tadi Ben… Hahha”, sengih Yaya apabila ada sedikit kotoran tanah terkena rambut Ben.
Ben pula hanya memandang tempat lain. Mulutnya menahan sengihan. Jauh di sudut hatinya ada berasa malu.
Kemudian Ben kembali melihat pasu lain yang berada di lantai. Ben melihat pasu pokok daun pisang yang berada di tepi pintu buka kedai dan Ben menyembur tanaman itu.
“Ohh yang ini palsu je Ben.. Tahu tak palsu… emm fake plant. Ben sembur dengan air, lepas tu lap daun ni dengan kain… kejap eh”, Yaya mengambil mana-mana kain yang berhampiran.
Yaya mengelap daun pisang palsu yang sudah disembur oleh Ben itu sambil berkata, “tengok macam Yaya buat ni ya Ben. Tanaman ni palsu je, jadi tak payah siram selalu pun tak apa. Siram bila dia berhabuk ke… haa lepas tu lap macam Yaya buat ni”.
Ben mengangguk faham.
Yaya pula ketawa kecil. Pada awalnya, dia melihat Ben ini tidak ada sebarang butang yang kelihatan untuk menunjukkan fungsi. Yaya agak bingung bagaimana hendak menyuruh Ben membuat kerja. Mungkin sebab itu Ben ini dibuang, fikir Yaya. Namun, Yaya dapat melihat yang Ben masih ada fungsi bercakap dan fizikal Ben juga jelas boleh membuat kerja berat. Mungkin dia hanya perlu berkomunikasi atau mengajar sahaja dengan robot ini, fikir Yaya.
Jadi kerana itu, Yaya menerangkan sekecil-kecil perkara kepada Ben kerana khuatir jika Ben tidak memahami.
Yaya sambung mengajar.
“Ben… setiap pagi, selain siram pokok… Ben kena lap meja-meja ni juga tau. Pakai kain yang Yaya gantung dekat-dekat dengan tempat singki tadi. Tengok Yaya ya…”, kata Yaya sambil pergi mendapatkan dua kain lap yang direbus dengan air panas.
“Nah… ini dah suam-suam sikit… Ben tengok ya… Cuba buat Ben?”, kata Yaya sambil mengelap meja dengan kain lap.
Ben memerhati Yaya dan dia mengikut pergerakan Yaya mengelap meja.
“Haaa!! Betul macam tu. My good robot… Macamtulah my Ben”, teruja Yaya.Ben memandang tepi agak tidak dilihat Yaya dan tersenyum kecil. Hati Ben terhibur lagi.
**
Mira berjalan melalui jalan hendak ke kafe kegemarannya. Langkah Mira terhenti apabila melihat kafe Yaya kembali beroperasi. Senyuman terukir di bibir Mira dan dia bergegas menuju ke kafe itu.Mira memasuki kafe dan loceng di pintu berbunyi seperti biasanya.
Yaya yang berada di kawasan membuat air pergi ke kawasan pembayaran untuk melihat kehadiran siapa yang datang.
“Dah agak dah… Mira”, senyum Yaya.
“Kenapa tutup semalam?...”, muncung Mira saja bertanya. Kemudian mata Mira terpandang ke arah sesuatu yang sedang menyembur tumbuhan. Mira menutup mulutnya, tersenyum teruja lalu kembali memandang Yaya.
“Ini ke Yaya? Robot baru awak?”, tanya Mira perlahan dek kerana keterujaannya.
Yaya mengangguk dengan senyuman yang sangat lebar.
Ben pula hanya melihat sekilas Mira dan Yaya yang sedang berbicara lalu kembali menyembur tumbuhan gantung dengan berhati-hati.
“Ben! Ini Mira tau… antara customer yang selalu datang awal ke kafe kita”, senyum Yaya memperkenalkan Mira kepada Ben.
Terdengar Yaya berkata begitu, Ben memandang Mira dan menundukkan kepala tanda hormat seraya berkata, “selamat datang ke Yaya Florist & Café”.
Manakala Mira masih tersenyum teruja melihat Ben menyambut kedatangannya dan turut mengangguk juga, “ya baik…”.
Kemudian Mira memandang Yaya lagi, “so obedient…”.
Ben kembali menyambung kerjanya.
Yaya masih tersenyum teruja. Dia berasa agak seronok apabila dipuji begitu. Mira datang menghampiri Yaya lalu bertanya lagi, “mana dapat? Macam mana cari… Okay ke? Ada nak kena repair-repair tak?”.
“Okay… okaylah, sesuai dengan Yaya. Fungsi dia macam kurang sikit… tak macam yang canggih macam model-model baru. Tapi okaylah, sangat membantu Yaya untuk buat kerja-kerja dekat kafe ni”, kata Yaya.
Ben hanya berwajah selenga sahaja apabila dikatakan kurang fungsi berbanding model robot lain sambil hatinya berbicara, ‘memanglah aku kurang fungsi… dah aku pun memang bukan robot…’. Ben hanya fokus menjaga tumbuhan-tumbuhan pasu yang ada.
“Tengok… Yaya dah tak payah nak panjat kerusi ke nak jengket-jengket sembur tanaman pasu gantung tu… Sekarang Ben dah boleh buatkan”, teruja Yaya.
“Ben?”, sengih Mira.
“Haah… Yaya punya ni model Ben. Jadi Yaya panggil Ben je… macam pelik nak panggil robot, robot”, kata Yaya.
“Ohhh model Ben… jarang dengar pasal model tu. Tapi tengok model Ben ni… baguslah”, kata Mira tapi fikirannya berbisik.
‘Tak pernah dengar pula model Ben?... Zahira ada buat model Ben ke?’, fikir Mira. DIa bekerja sama makmal bersama Zahira tetapi tidak pula dia terdengar tentang Model Ben.
“Haah… betul cakap Mira, ada robot ni senang… Senang nak bantu Yaya buat kerja-kerja kafe ni”, senyum Yaya.
Mira memandang Yaya yang gembira, Mira juga berasa lega. Niatnya ingin membantu Yaya yang membuat kerja kafe seorang diri. Apabila melihat Yaya berasa seronok begitu, Mira juga berasa senang.
“Tapi… macam kelakarlah pakaian dia”, Mira baru perasan saat memerhatikan Ben dari jauh.
Yaya turut tersengih sambil menggaru-garu kepalanya yang tak gatal, “haha… itulah. Baru godek-godek semalam, baju pun pakai baju Yaya yang lama-lama… ingatkan tutup kedai nanti nak cari pakaian untuk Ben”.
“Hari ni nak air apa?”, tanya Yaya.
“Hot chocolate lah… buat gambar kucing”, sengih Mira.
“Boleh…”, senyum Yaya lalu pergi membuat air. Tidak sampai seminit airnya siap dan Yaya membungkuskannya untuk diberikan kepada Mira. Mereka berjual beli.
“Have a nice day”, lambai Yaya.
“Alright!”, kata Mira lalu keluar pergi.
Sementara itu, Ben memerhatikan sahaja gelagat dua wanita tadi. FIkirannya bingung, ‘diorang dua ni nampak macam fragile je… tak macam perempuan-perempuan psiko yang macam dekat penjara bawah tu… Rasanya memang tak semuanya jahat’. Melihat gaya wanita-wanita barusan tadi melonggarkan tanggapan negatif Ben terhadap kaum wanita.
Tiba-tiba ruang rongga hidung Ben diketuk dengan bauan yang enak. Ben meneguk air liurnya dan berhenti sebentar dari membuat kerjanya. Bau itu datang dari minuman coklat panas yang dibuat oleh Yaya. Yaya membuat minuman coklat untuk dirinya pula. Ben melihat Yaya menikmati air coklat yang dibuatnya. Ben terliur.
Baru sahaja hendak pergi ke arah Yaya, sudah ada beberapa pelanggan lain memasuki kedai. Ben langsung membatalkan hasratnya dan mengelap meja pula. Bunyi-bunyi teruja dan ketawa kecil kedengaran daripada wanita itu.
Sudah pastilah kewujudan dirinya yang membuatkan mereka begitu, fikir Ben. Ben hanya membuat muka selenga dan sambung membuat kerjanya.
Suasana kafe Yaya tenang dan bersahaja. Kafenya mungkin kelihatan seperti tidak ramai orang, tetapi pelanggan kerap masuk dan keluar silih berganti. Mereka berada di situ sebentar sahaja, samada untuk membeli minuman atau ada urusan kerja dan berjumpa di kafe secara peribadi. Ada juga yang lama di situ, mereka kelihatannya membuat kerja dengan laptop di atas meja sambil menghirup minuman dan mengunyah makanan yang dipesan.
Selain itu, Yaya melayan juga pelanggan-pelanggan yang berminat dengan bunga-bungaan batang yang ada dipamerkan dihujung sudut kedai untuk dijual. Ada yang berminat dengan tanaman pasu gantung Yaya, Ben membantu apa yang diarahkan Yaya. Yaya menarik bunga matahari yang diletakkan di dalam air rendaman itu, lalu dibungkuskan dengan plastik bercorak menjadi buket bunga.
Ada juga yang bersembang dan ketawa kecil antara rakan-rakan dalam jumlah yang tidak terlalu ramai. Mereka mengambil gambar dan keluar apabila semuanya sepakat untuk pulang. Yang pasti mereka tidak terlalu lama di situ, mereka pulang setelah tiba rasanya hendak pulang.
Memandangkan sudah ada Ben di situ, pelanggan-pelanggan menjadi lebih ramah bersembang dengan Yaya. Mereka bertanyakan tentang pembantu robot Yaya itu iaitu Ben. Yaya senyum dan ketawa sahaja melayan pelanggan-pelanggannya.
Suasana kedai berjalan seperti biasa hinggalah kafe lengang. Yaya melihat jam dinding menunjukkan pukul 4.30 petang. Ben kelihatannya sedang mengelap meja-meja. Melihatkan suasana kedai yang sedang lengang, Yaya memanggil Ben.
Ben berhenti dari melakukan pekerjaannya dan memandang Yaya yang hendak berbicara.
“Ben… hari ni kita tutup awal ya… Selalunya saya tutup pukul 6.30 petang, tapi harini saya rasa nak tutup awal… nak bawa Ben pergi cari baju”, kata Yaya.
“Tolong terbalikkan tanda dekat pintu ya Ben… dengan tarik besi atas tu sampai separuh pintu… lepastu ikut saya pergi belakang kejap”, pinta Yaya lagi. Ben menurut dan melakukan semua yang disuruh Yaya lalu mengikut Yaya ke belakang.
Saat Ben ke belakang Ben dapat melihat Yaya menyarung sarung tangan dan memakai kasut but. Ben melihat suasana belakang kedai, ada garaj yang dipenuhi dengan barang-barang pertanian dan alatan-alatan kasar rumah. Kelihatannya Yaya hendak mengangkat tanaman di dalam bekas yang panjang. Yaya meletakkan tananaman itu ke lantai tatkala melihat Ben yang berdiri memandangnya.
Yaya berdiri bercekak pinggang sambil meregangkan badan seraya berkata, “Ben… mari sini, tengok saya ajar ni”.
Ben pun menghampiri dan melihat.
“Tanaman ni saya bawa dari tingkat atas, sebab tingkat atas tu dapat cahaya matahari lebih sikit. Jadi tanaman panjang ni kita cabut dengan skop ni… itu yang kita letak dalam pasu lepastu kita gantung dekat kedai tu… nampak kan yang tanaman gantung dekat depan tu?”,tanya Yaya. Ben mengangguk.
“Haa… macam tadi ada pelanggan yang beli bunga pasu gantung.. jadi sekarang tempat tu dah kosong, kita kena isi dengan tanaman yang baru. Main kita kafe, tapi bunga-bungaan ni sampingan… hobi saya jugalah sebenarnya”, sengih Yaya sambil membelek tanamannya.
“Buat yang macam saya tunjuk tadi…”, Yaya memberikan skop lain kepada Ben pula.
Ben mengikut sahaja arahan Yaya. Ben belajar dan belajar sehinggalah praktikalnya semakin membaik. Masih ada yang kurang tetapi lebih baik dari cubaan pertama.
“Okay, bila tutup kedai… kita kena refill mana2 bahagian yang kurang… macam pokok-pokok tu mana yang kurang kita isi… haaa! Dengan barang2 kafe juga, gula ke garam ke susu ke…. Kena isi dalam bekasnya… esok-esoklah Yaya tunjuk. Setakat ni faham tak Ben?”, tanya Yaya.
Ben mengangguk.
“Okay good… jadi lepas ni kita bersiap-siap nak keluar. Emm Ben pakai macam ni pun tak apa. Tunggu bawah, Yaya naik atas kejap”, Yaya langsung naik atas untuk bersiap-siap tipis.
Beberapa minit kemudian, Yaya turun ke bawah mendapatkan Ben.
“Ben pegangkan beg ni ya… ini beg ragi untuk isi barang-barang supaya tidak ada pencemaran sekitar. Faham?”.
Ben mengangguk lagi.
“Jom!”, senyum Yaya mengajak Ben pergi. Setelah mengunci kedai, Ben mengikuti Yaya berjalan menuju ke stesyen sky train yang berhampiran.
Dari jauh Ben dapat melihat keretapi yang tinggi di langit, disokong dengan tiang-tiang besi dari tanah. Langkah Ben terhenti.
‘Wooaaahh…’, getus hati Ben kagum. Sudah seberapa maju orang-orang di atas sini? Fikir Ben. Seingatnya dahulu, dia hanya melihat keretapi itu di atas tanah sahaja. Mata Ben mengikuti sky train yang laju merentasi laluan di hadapannya. Burung-burung yang terbang juga ada yang melintasi landasan sky train itu. Pemandangan seni bina ini terasa lebih cantik berbanding pemandangan malap di penjara. Besi-besi, kaca dan konkrit bangunan serta binaan begitu simetrikal dan geometrik.
Yaya yang berjalan merasakan sudah tiada bunyi tapak. Yaya memandang ke belakang dan melihat Ben terpacak sahaja sambil mata memandang sky train.
Yaya tersengih, berpatah balik untuk mendapatkan Ben.
“Ben? Ikut saya…”, kata Yaya.
Ben tersedar dari lamunannya dan pantas mengikuti Yaya. Ben kagum melihat sistem yang semakin canggih. Ben juga dapat melihat ramai wanita-wanita. Ben agak berdebar ketakutan. Walaupun Yaya ini wanita yang baik, tetapi wanita-wanita selain Yaya tidak semestinya. Ben hanya kaku mengikuti Yaya sambil rasa berhati-hati.
Apabila koc skytrain tiba, Yaya dan Ben masuk ke dalam dan berdiri memandangkan tiada tempat duduk. Ben melihat ramai wanita-wanita bersama anak-anak kecil perempuan. Ada yang perut memboyot dan ada sedikit robot-robot menyerupai lelaki juga. Ben memerhati keadaan sekelilingnya sambil fikirannya berfikir.
‘Diorang hidup dengan tenang dengan aman dekat atas ni ya… Budak-budak kecilnya pun nampak sihat dan berisi jika nak dibandingkan budak-budak kecil yang dekat penjara. Mungkinkah mereka lebih selesa tanpa lelaki?’, fikir Ben mengeluh.
“AAAAAAACKKKK!!! Pencuri!!! AAAACCCKKKKK!!! TOLONG!”, jeritan dari hujung koc skytrain kedengaran.
“AAAAAH!”.
“AAAAAHHH!”.
Bunyinya bersambung koc ke koc seakan-akan penjahat itu berlari.
“Kenapa tu?!”Yaya mula takut dan mendekatkan diri kepada Ben.
Ben juga tertanya-tanya. Baru sahaja terfikirkan tentang keamanan kawasan ini, rupanya masih ada jenayah juga.
“BANGGG!!!”, satu bunyi tembakan pistol yang kuat kedengaran. Tiba-tiba seorang wanita terjatuh ke dalam koc Yaya dan Ben.
“AAACCCKKK!!”, semua menjerit terkejut.
Kelihatannya pencuri tadi ditembak kakinya dan terjatuh separuh badannya di koc lain. Mereka yang berada bersebelahan dengan koc lain itu memandang kejadian itu, sambil memandang-mandang antara satu sama lain.
Yaya yang terkejut juga mendekatkan dirinya kepada Ben yang lebih tinggi dan menutupi dirinya.
Ben juga terkejut dan rasa berdebar dengan apa yang terjadi.
Tiba-tiba datang seorang polis wanita yang ditangannya ada pistol. Tatkala Ben melihat polis itu, Ben langsung memandang hadapan kembali, Ben berasa takut dan mendekatkan diri juga kepada Yaya.
“HAA!!! Bertuah punya budak! Hidup-hidup jadi pencuri! Beg tangan nenek-nenek tu pun kau nak curi?! Bersyukurlah sikit hidup! Besar-besar jadi sampah masyarakat! Baik mati je!”, jerkah polis wanita itu hendak mengacukan pistolnya ke arah pencuri itu.
Semua yang berada di situ berasa takut. Ada yang menutup mata dan mata anak-anak kecil kerana tidak mahu melihat. Suasana diam dek kerana tergamam.
“Tolong kak! Tolong… saya terdesak kak…”, rayu pencuri itu.
“Banyak kau punya terdesak! Harta boleh dicari dengan cara lain! Nyawa nenek tu kalau terkena serangan jantung siapa nak ganti? Ganti dengan jantung kau?!”, jerkah polis itu lagi.
Pencuri itu hanya diam dengan wajah yang takut.
Polis itu berkerut dan mengeluh sambil menurunkan pistolnya.
“Tangkap dia…”, kata polis itu kepada kawannya yang baru tiba ke tempat kejadian. Polis-polis yang baru tiba itu menangkap pencuri yang terbaring.
Setelah mereka semua pergi dari lokasi kejadian, koc sambung perjalanannya seperti biasa.Ben melihat wajah Yaya yang turut berkerut juga.
Ben tertanya-tanya, entah apa yang difikirkan Yaya. Namun, hasrat Ben merasakan adanya jenayah itu bukanlah faktor daripada kaum lelaki, tetapi atas kehendak diri sendiri. Sebagai contoh tadi, pencuri tadi tetap wanita dan ingin mencuri itu atas keinginan dirinya sendiri.
Ben hanya mampu berfikir, tetapi dia tidak dapat memastikan anggapannya kerana dia belum melihat sepenuhnya dunia di atas ini.
‘Angkasa Mall Station will be soon arrive…’
‘Angkasa Mall Station will be soon arrive…’
Bunyi pemngumuman kedengaran di segenap ruang koc skytrain. Ben memandang luar. Ben terkesima dengan pemandangan dataran lapang yang sangat cantik dari atas.
“Ben, jom turun…”, ajak Yaya.
Ben tersedar dari lamunannya dan mengikuti Yaya. Perjalanannya bersama Yaya hari ini, membuatkan Ben sangat takjub dan memberikannya pengalaman baru. Jujur perasaannya berasa teruja dengan semua benda yang baru ini. Naik skytrain, turun dari lif, berada di dalam skytrain, semuanyalah! Tetapi Ben harus menahan keterujaannya memandangkan robot tidak seharusnya memaperkan emosi melebih-lebih.
Turun sahaja ke dataran, Ben lebih terkejut. Dia melihat ramai yang sepertinya berada di dataran. Ben mulai sangsi.
‘Diorang ni robot kea tau manusia seperti aku?’, Ben berdebar.
Sememangnya ramai, mungkin tidak seramai wanita tetapi dia tidak menyangka jumlahnya agak banyak. Ada wanita yang mempunyai sehingga dua robot. Ada juga yang tiada. Ben ada melihat robot sewaktu di dalam kafe juga tetapi setakat satu atau dua begitu. Mereka tidak terlalu membawa robot ke kafe memandangkan ke kafe untuk makan dan robot tidak makan seperti manusia.
Namun, di dataran menghadap Angkasa Mall ini sememangnya agak banyak. Kebanyakan dari robot itu menjadi tukang angkat barang.
Ben mengikut sahaja Yaya sehinggalah mereka masuk ke dalam pusat membeli-belah yang besar itu.
Ben sekali lagi terkesima dengan suasana ‘Angkasa Mall’ yang begitu mewah binaannya. Lebih mewah jika nak dibandingkan penjara dan pusat membeli-belah pada waktu dahulu.
“Situ Ben! Kita masuk kedai baju tu…”, senyum Yaya teruja hendak membawa Ben ke tempat pakaian robot.
Masuk saja ke dalam kedai Ben dapat melihat banyak pakaian-pakaian lelaki yang cantik. Hati Ben berasa pilu. Mana tidaknya, pakaian secantik ini dibuat dan dihasilkan untuk robot yang menyerupai lelaki dan bukanlah satu makhluk yang hidup pun. Tetapi untuk mereka yang berada di bawah tanah hanyalah pakaian berwarna putih, berkain keras dan cepat kotor. Ben terasa hiba. Ben hanya termenung berdiri di hadapan- baju-baju yang tersusun cantik itu. Fikirannya menerewang, manakala Yaya dan seorang lagi pembatu kedai sedang mencari baju yang sesuai untuk Ben.
“Mari kita tukarkan baju dia, ikut sini cik”, kata pembantu kedai itu ramah.
Ben langsung tersedar dari lamunannya dan pantas merampas baju itu dari tangan Yaya dan pembatu kedai lalu membawanya masuk ke dalam satu bilik persalinan yang berdekatan.
Pembantu kedai itu terkejut. Yaya juga terkejut tetapi apabila melihat wajah pembatu kedai yang lebih terkejut daripadanya, Yaya menjelaskan keadaan.
“Maaf ya kak. Saya punya robot tu memang macam tu… kalau bab tukar baju atau persalinan sendiri, robot saya tu memang dah pandai buat sendiri. Hahaha…”, kata Yaya sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
“Oh haha… emm pelik ya. Kalau dekat rumah sendiri tu ya lah kan… tekan je butang dia tahu lah nak pakai baju sendiri… Biasanya kalau nak belikan baju ya kita pakaikan, nak tengok sesuai ke tak dengan robot tu… sesuai ke tak dengan citarasa kita… Tengok jenis robot agaknya ya?”, sengih pembantu kedai itu.
‘Tapi aku tak perasan pun tuannya ada tekan butang ke apa tadi… Cuma robotnya je tiba-tiba ambil baju… Mungkin sekarang yang canggih ‘auto-detect surrounding’ kot? Tak payah tekan-tekan… buttonless?’, pembantu kedai itu berfikir.
Yaya juga terfikir-fikir apabila mendengarkan kata-kata pembantu kedai itu, terlalu pelikkah Ben? Adakah robotnya edisi yang sangat lama sehingga orang berasa aneh?
Jauh di sudut hati Yaya, dia juga dapat merasakan sesuatu yang lain terhadap robotnya Ben. Ben sememangnya sangat berbeza berbanding robot-robot yang berada diluar. Jika Yaya mempunyai duit lebih pun, dia tidak mahu mengganti Ben. Dia mungkin hanya memperbaiki Ben dan menaik taraf menjadi lebih canggih saja, walau apapun kosnya.
Itulah pepatah orang putih kata, ‘Old is Gold’. Fikir Yaya.