Home Novel Alternatif WANITA
WANITA
Jung Siti
6/7/2021 15:00:58
66,829
Kategori: Novel
Genre: Alternatif
Bab 11
WANITA XI 


     Ben mengiringkan badannya ke kanan. Tidak sampai seminit, dia mengiringkan badannya ke kirI. Selepas itu, Ben berbaring tegak pula. Kemudian Ben mengeluh. Jujur, dia memang tidak dapat melelapkan mata. Fikirannya bercampur baur dengan masalah Yaya dan juga masalah perempuan yang melepaskannya itu. Takut dan risau.

     ‘Yaya tahu ke?’.

     ‘Kalau dia tahu… dia report aku tak?’.

     ‘Aku yakin Yaya tak sama macam mereka…’.

     ‘Boleh jamin ke kau? Yang Yaya lain daripada yang lain?’, satu bahagiannya yang lain pula berbisik.

     ‘Aku nak kena buat apa? Mana aku nak lari lagi? No… Yaya okay, she looks naïve… hopefully…. No… maybe she knows nothing…’, bercelaru fikiran Ben.

     ‘Tapi… kau memang tak boleh lama di sini… Ayah dan kawan-kawan kau masih di bawah sana. Tak kan kau nak pejam mata’.

     Ben makin gusar. Ada betulnya buah fikiran itu. Dek kerana terlalu selesa dengan keadaannya yang sekarang, dia hampir lupa tujuannya yang lain. Kehidupan bersama Yaya melengahkan tujuannya.

     ‘Ohhh… how I wish this kind of life remain forever… But this isn’t reality, I have other obligation’, berat perasaannya untuk meninggalkan kawasan ini. Mungkin, faktor besarnya kerana Yaya. Ben berkerut memandang tepi.

     Tiba-tiba satu bunyi tapak kasut turun dari tangga kedengaran. Ben terkejut dan langsung menutup matanya dan mengiringkan badan membelakangi bunyi itu. Bunyi tapak selipar Yaya makin mendekat ke arahnya.

     Ben berpeluh.Bunyi nafas Yaya kedengaran tepat di belakang Ben. Ben makin berdebar.‘Apa pulak dah minah ni?’, Ben tertanya tanya dengan matanya yang terpejam.

     Yaya melihat badan belakang Ben yang kelihatan sangat berbeza itu. Belakang badannya meluas dan lebih besar di bahagian atas. Fizikal yang keras dan memang sesuai untuk angkat sesuatu yang lebih berat.

     ‘No wonder lah… nampak macam robot yang berkualiti masa mula-mula nampak dia dulu. Rupanya makhluk asing, bukannya robot’, Yaya berfikir.

     Yaya menghidu-hidu pula belakang Ben sambil berfikir, ‘ya sah ni alien! Kalau robot bukan bau-bau besi ke kan?’.

     “Busuklah alien ni… Memang dari awal dulu, cepat je busuk”, kata Yaya sambil membelek-belek hidungnya setelah membau Ben.

     Ben yang berdebar itu langsung terkejut dengan penyataan Yaya. Bagai penukul mengetuk kepalanya. Ben agak sentap dengan kata-kata Yaya itu. Namun, Ben merasa lucu juga.

     ‘Dia kata aku alien pula? Alien busuk pula tu?’, Ben menahan dirinya dari ketawa.

     Yaya mendapat satu akal. Dia mengambil bulu ayam pembersih meja yang berada di atas meja lalu dia menghalakan bulu-bulu itu ke badan Ben dan ke tapak kaki Ben juga.

     Ben mula merasakan ada sesuatu yang berbulu ditonyoh-tonyoh pada badannya.

     ‘HAH! Nak geletek aku pakai bulu ayam? Tak lot! Lagi satu… dia ingat aku ni meja?’, Ben terhibur.

     Yaya berasa tidak puas hati, lalu dia memegang bulu ayam itu secara terbalik. Kemudian, Yaya mencucuk pinggang Ben sekerasnya dengan kayu pemegang bulu ayam itu.

     “EEUUKK!!!”, Ben menahan sakit.

     ‘Apa minah ni?! Cucuk dengan benda tu pula.

     Bibir Yaya makin muncung. Dia tahu Si Ben ini sedang berpura-pura. Malas hendak berdalih-dalih, Yaya lantang bersuara.“

     Jangan nak pura-pura jadi robot! Baik Ben tunjukkan diri yang sebenar! Stop pretending! I know what you are!”, geram Yaya dan pada masa yang sama dia berdebar juga.

     Ben terkejut dengan kata-kata Yaya. Ben mulai berdebar. Yaya masih tidak lupa hal semalam. Namun, wajar sahaja Yaya tidak lupa. Tetapi adakah Yaya akan mengahantarnya ke mana-mana anggota pertahanan.

     Ben menidakkan hal itu. ‘No… Yaya is a kind girl. She can be negotiate if she listen to my story…’.

     Ben bangun dari pembaringannya seperti yang diinginkan Yaya. Dia berdiam dahulu sebelum Yaya mengatakan siapa dirinya. Ben menunggu, kalau-kalau dia masih berpeluang untuk menyamar.

     “Hah Ben! Kenapa diam?! Tak nak beritahu awak siapa?”, gertak Yaya.

     Ben masih diam dengan wajahnya yang berkerut ketakutan. Di dalam fikirannya, jika Yaya hendak menghubungi mana-mana anggota pertahanan atau menjerit memberitahu semua orang. Ben akan pantas berlari dari situ.

     “Janganlah macam tu… Ben ingat saya ni jahat sangat ke nak hantar Ben pergi ke mana-mana… Nak beritahu semua orang yang Ben ni alien, makhluk asing, ufo semua…Hmm no lah…”, Yaya berbicara dengan lembut pula tatkala melihat wajah Ben yang sudah takut.

     Mata Ben memandang pada dinding cermin tingkap jernih itu. Jika dia berlari dengan kecepatan maksimum, sudah pasti dia dapat memecahkan dinding cermin tingkap jernih itu. Bolehlah dia pergi dari situ sebelum orang ramai tahu.

     ‘…..’.

     ‘WAIT!’

     ‘WHATTT??!!!’

     Ben membulatkan mata. Dia kembali memutarkan kata-kata Yaya kepadanya.

     ‘Alien? Makhluk asing? Ufo?????!’, fikiran Ben makin ligat menggerakkan sel-sel otak.

     ‘WHATT? AGAINN?!!! Dia kata aku UFO?! What the heck?’, Ben bermonolog di dalam hatinya sambil perlahan memandang Yaya dengan renungan bingung.

     Perasaan humor makin melakar makin merebak ke seluruh sel-sel otak dan kemudian melekar sehingga ke seluruh tubuhnya. Ben hendak ketawa tetapi dia menahan tetapi wajahnya jelas hendak menahan ketawa.

     ‘Apahal perempuan ni??? Cute ke? Fool ke? But mostly cute… Hmm… Well cannot blame her… Its normal not to know. Sah orang dekat atas ni memang tak tahu kewujudan ‘lelaki’ yang sama spesies seperti wanita juga. Mereka sudah di ‘basuh’… sehingga aku pun disangka makhluk asing’, fikir Ben.

     Tanpa membuang waktu, Ben yang duduk di atas kerusi itu bangun dan langsung melutut di atas lantai menghadap Yaya yang sedang berdiri itu.

     “Ya… Ben minta maaf… Ben memang makhluk asing. Ben tersesat”, Ben membuat wajah kesihan walaupun di dalam hatinya hendak ketawa berdekah-dekah hingga terguling-guling. Ben tidak menidakkan kata-kata Yaya, Ben ikutkan sahaja apa tanggapan Yaya kepadanya.

     Yaya terkejut dengan gaya Ben yang melutut kepadanya. 

     “Ehhh!!! Jangan macam ni… Tolong bangun. Ya… ya… saya simpan rahsia… Tolong jangan macam ni. Please, Ben stand up…”, pantas Yaya berkata. Wajah Yaya terkejut dan menggelabah meminta Ben bangun.

     Ben dengan wajah sedihnya bangun apabila disuruh Yaya.

     “Sini dulu… kita duduk bincang…”, Yaya berkerut kening melihat Ben yang seakan hendak menangis itu. Yaya mengajak Ben duduk di kerusi meja yang berhampiran.

     “Okay… cerita Ben. Macam mana awak boleh sampai sini? Ahh! Awak boleh faham ke apa yang saya cakap? Bahasa orang putih faham?”, tanya Yaya bertubi-tubi.

     “Aah? Haa… ya. Saya faham apa saja bahasa yang awak tuturkan”, kata Ben.

     “Ohh kalau macam tu… Nī eppaṭi iṅku vantāy?”, tanya Yaya hendak cuba berbicara dengan Ben memakai bahasa lain pula. 

     Ben terpinga-pinga, ‘What is she saying?’.

     Yaya berbicara lagi dengan bahasa lain untuk mencuba-cuba.

     “kenak bumi sitok? Bumi kamek?”. 

     “Nǐ shì zěnme lái dào zhèlǐ?”.

     “kaifa?”.

     “Me puedes explicar?”.

     “P…”, Yaya hendak sambung berbicara tetapi dipotong.

     “Sekejap-sekejap!”, Ben sudah pening dengan bahasa-bahasa yang pelbagai. Ben hendak mengkelentong Yaya tetapi, Ben pula rasa terbeban. Dia tidak menyangka Yaya mengetahui pelbagai bahasa.

      Yaya terdiam.

     “Program saya dua bahasa sahaja. Pertama kali awak cakap dengan saya, awak pakai bahasa melayu dan bahasa inggeris. So just both of that only… I’m just bilingual”, Ben menerangkan kepada Yaya.

     “Ohh… okay… ”, kata Yaya berkerut kening.

     “So… can you tell me how did you get here? Where are you from?”, tanya Yaya.

      “Kapal angkasa saya terdampar dekat sebuah tempat pembuangan… Saya tak ingat macam mana tapi saya rasa saya diletakkan dalam tong sampah tu… sampailah awak berbicara dengan saya. Baru saya sedar”, berpeluh-peluh Ben hendak mencari alasan. 

      “Hmmm…”, Yaya berkerut mendengar cerita Ben yang pelik dan tidak cukup memuaskan itu. 

      ‘Please believe…’, Ben berharap.

     “Dari planet mana?”, tanya Yaya. Walupun pelik tetapi Yaya percaya sahaja. Yaya saja bertanya untuk menambah pengetahuannya lebih lagi tentang sains angkasa.

      “Ahhh ahhh emmm… saya tak tinggal dekat planet yang macam bumi ni… tapi saya tinggal di batu-batu besar yang mengelilingi Zuhal… You know? Saturn?”, tanya Ben mengkelentong Yaya. Itu sahaja planet yang terlintas di fikirannya.

      “Woaaa… biar betul? Tahu-tahu… yang ada gelang tu”, Yaya semakin berkerut teruja dengan apa yang didengarinya.

      “Kita sini paling jauh… sampai Mars saja… Tak sejuk ke situ? Mak Aih… Biar betul?!”, Yaya seakan tidak percaya.

      “Well…”, Ben hanya tersenyum mengiakan.

      “Batu batu angkasa ni besar tau… jadi diorang bergerak-gerak tanpa graviti. Jadinya kami ni memang ada spaceship dan nomad yang berpindah-randah”, Ben menambah lagi perisa kepada cerita rekaannya.

     “Hooo…”, Yaya mengangguk.

     “Ada ramailah yang macam awak dekat sana? Menetap dekat batu tu… Atau ada yang dah sampai sini?”, Yaya bertanya dengan gaya risau.

     “Dekat sana lagi ramai… kalau dekat sini saya tak tahu… Saya seorang saja memandu spaceship jadi saya tak tahu kalau ada yang lain. Kenapa muka macam tu”, kata Ben.

     “Tak adalah saya takut… kalau makhluk asing ramai datang sini… Takut macam dalam filem-filem tu dia ada tunjuk makhluk asing nak menguasai bumi apa semua… Kita dah rasa aman dah dengan keadaan sekarang… kalau tiba-tiba makhluk lain tu datang, macam menakutkan je… Okay tak-tak! Saya banyak sangat tengok tv… Maaf Ben, saya kalau berangan berimaginasi semua… Memang over”, Yaya menggeleng kepala cuba menenangkan dirinya.

     Ben mengerutkan keningnya tipis melihat reaksi Yaya lalu berbicara, “kalau… saya tak ada, awak okay ke?”.

    “Oh, maksud saya kalau Ben seorang je tak apa… Saya okay…”, jawab Yaya tidak mahu menyinggung perasaan Ben kerana mempersoalkan keberadaan spesies alien Ben.

      “Ohh…”, Ben masih berkerut tipis memandang tepi. Fikirannya memikirkan lelaki-lelaki lain yang berada di bawah tanah.

      “Mmm… well Ben. Sorry… no offense ya. Its just that I really comfortable with just you… Kalau ada makhluk yang macam awak lagi… yang lain tu… dan ada dekat sini… Saya memang pilih untuk dengan awak saja”, kata Yaya.

      Ben yang sedang berfikir memandang tepi itu terkedu dengan kata-kata Yaya. Ben mengerutkan lagi keningnya sambil memusingkan wajahnya memandang Yaya. Otak Ben ligat memproses kata-kata Yaya.

      Ben jadi keliru dengan kata-kata Yaya.

      Yaya juga terkedu dengan apa yang dituturkannya sendiri. Apabila melihat reaksi Ben yang sudah memandangnya dengan wajah keliru. Yaya juga keliru dengan diri sendiri dan tersengih sambil memandang atas kanannya.

     ‘Seriuslah kau cakap macam tu Yaya? Kau nak try makhluk asing ke apa?’. Kata Yaya kepada dirinya sendiri dalam hati sambil berangan mengetuk –ngetuk kepalanya.

      “Emmm haha… apa awak makan? Awak makan tu?”, tunjuk Yaya ke arah manisan yang disimpan di dalam peti sejuk berhampiran dengan mesin pembuat air. Yaya cuba untuk beralih topik.

     “Ya… saya makan”, jawab Ben acuh tak acuh. Kerutan di keningnya masih tidak hilang dek kerana masih memproses kata-kata Yaya tadi.

      Yaya pula bangun dan pergi ke arah peti sejuk itu. Lalu, dia mengeluarkan sepotong kek pandan dan membawanya kepada Ben.

      Apabila melihat makanan yang sudah dihidang di hapan mata Ben. Ben sudah berhenti memikirkan apa saja yang terbelenggu di kepalanya dan langsung menjamah kek itu.

      “Hmmm… sedap”, Ben makan dengan berselera sekali. Entah kenapa Ben berasa sebak, tetapi dia menahan sahaja. Dia tidak mahu Yaya terkejut lagi. 

      Yaya tersenyum melihat Ben makan dengan tekun sekali. Yaya melihat Ben memotong kek dengan sudu dan disuapkan ke dalam mulut. Dia melihat mulut Ben yang dibuka besar untuk menyumbatkan makanan.

     ‘Ohh… diorang makan pun macam kita, Cuma lagi besar servings alien ni’, fikir Yaya memerhati.

     “Minum air hot chocolate? Atau nak air mineral? Yang warna jernih tu”, senyum Yaya kepada Ben. Yaya berasa seronook melihat Ben makan.

      Ben berhenti sebentar dan memandang Yaya. Senyuman Ben semakin lebar, “nak minum dua-dua”.

      Sengihan Yaya melebar. 

      ‘Cute…’, getus hati Yaya terhibur melihat reaksi Ben.

      “Alright…”, Yaya bangun dari tempat duduknya dan pergi ke tempat mesin membuat air. Setelah beberapa minit Yaya membawa minuman hot chocolate dan sebotol air mineral ke meja Ben dan kembali duduk melihat Ben minum pula.

     Ben yang sudah habis menjamah kek itu, menghirup pula minuman coklay yang dibuat Yaya. Mata Ben membulat.

      “Hmmpp…”, bunyi Ben sambil mengangguk-angguk.Ben berasa semakin hiba. Keenakan air coklat ini sangat menyentuh hatinya. Jika dibandingkan makanan di dalam bawah tanah dengan air coklat buatan Yaya, dia boleh hidup dua hari di penjara tanpa makanan dan hanya minum sahaja air buatan Yaya, sudah cukup.

     Ben memandang atas, cuba menahan matanya dari berair. Dia berasa syukur.

     Apabila melihat gaya Ben sebegitu, Yaya rasa bersalah. 

     ‘Alaa… rasa bersalahnya diri! Jangan-jangan selama ni, Ben terliur je tengok aku buat air coklat masa bagi dekat pelanggan’.

     Sambil melihat Ben yang berada di hadapannya itu, Yaya tiba-tiba mendapat idea.

     “Emm… Ben… hari ini kita buka kedai setengah hari je, lepastu saya nak bawa awak ke suatu tempat”, Yaya tersenyum memandang Ben.

     Ben berhenti minum dan memandang wajah Yaya yang sedang teruja itu. 

     “Saya bawa awak pergi suatu tempat, rumah ladang saya yang jauh dari bandar… dekat situlah saya dapat stok-stok bunga dan tumbuhan-tumbuhan lain. Lagipun, saya pernah beritahu Ben kan? Yang rooftop tu… tingkat atas sekali tu saya ada simpan stok-stok bunga tapi sekarang dah tak banyak... Jadi, alang-alang Ben ikut saya ambil stok tu di luar bandar. Kita naik lori”, senyum Yaya teruja. Fikir Yaya, dia ingin menunjukkan kepada Ben sesuatu yang baru.

      Ben mengangguk.

     ‘Hari itu bawa Ben naik sky train… Sekarang nak tengok Ben naik lori pula’, Yaya teruja seorang diri. Maklumlah, selama ini dia selalunya sendirian sahaja hendak kemana-mana. Penjaganya sudah tiada, hanya Yaya sahajalah satu-satunya yang diamanahkan oleh ibunya untuk menjaga perniagaan keluarga. Yaya ada rakan-rakan, tetapi masing-masing juga sibuk. 

     Kini sudah ada Ben di sisi Yaya, tidaklah Yaya keseorangan untuk pergi ke rumah ladangnya buat mengambil stok. Yaya berasa lebih teruja.




Previous: Bab 10
Next: Bab 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.