Home Novel Umum HOT CHOCOLATE TEA LADY
HOT CHOCOLATE TEA LADY
Ramlah Rashid
21/10/2014 18:13:32
222,144
Kategori: Novel
Genre: Umum
BAB 8

SHAZA membuang duka di dasar tasik, membiar matahari perlahan menurun kian dekat dengan kaki langit. Semilir senja kian terasa dekatnya, Shaza terus juga setia menunggu sesuatu yang tidak pasti.

Sebelumnya dia sudah nekat untuk pamit sahaja, Malaysia tidak pernah mengembirakannya, keluarga tidak membahagiakannya. Tetapi seketika jiwanya sedikit pulih, kasih Rusman semakin terasa, semakin simpati pada lelaki itu dan semakin rasa bertanggung jawab pada orang tuanya. Seperti kata mama tirinya, sudah sampai ketikanya dia harus memberi gembira kepada Rusman. Lama sudah Rusman merinduinya dan menitip doa dari kejauhan. Rasa bergumpal sendu yang ditelan, menyakitkan sungguh.

Mama mengasihi aku seadanya, papa menyayangi aku dari dulu hingga kini, ibu juga beramanah supaya papa dan mama menjaga aku. 24 tahun papa dan mama tidak dapat menunai permintaan ibu hanya kerana patuhnya pada perintah ibu mentua, hormatnya dia pada nenek, menjaga perhubungan aku dengan emak, satu-satunya kakak ibu. Apakah tegar aku mencincang lagi perasaan papa hanya kerana ego aku? Hah, berdengus Shaza berasa benci pada semua yang memenatkan otak. Teringat dia perbincangan di pejabat Rusman. Hanya dia dan lelaki itu di pejabat itu dan Rusman berpesan kepada setiausahanya supaya tidak membenar sesiapa menemuinya kerana dia sedang berbincang dengan Shaza.

“Ini barang ibu, papa tak tahu apa di dalam sebab ibu tidak menyebut menyuruh papa membukanya. Sekarang kotak ini menjadi kepunyaan Sha.” Sebuah kotak kayu berukir cantik, berkunci diserah bersama penguncinya.

Dia menoleh ke arah kereta, walaupun tidak kelihatan dari situ kerana diletak jauh. Shaza mengeluh, rasa sakit di hati kian sembuh. Bukan kerana diberi sejumlah simpanan di dalam akaun dia sebagai penamanya tetapi kejujuran Rusman dan Nadia. Meski jumlah itu tidak setimpal kebayahannya terbiar tanpa kasih sayang orang tua namun, mampu membungakan sayang kepada Rusman dan Nadia. Kesungguhan mereka mempertahankan dia dan keeratan persahabatan Nadia dengan Sharifah. Dia sendiri tidak pernah dikurnia sahabat seakrab dan seikhlas Nadia, diam-diam ada rasa cemburu pada ibunya.

Ibu ada kawan baik, ada kekasih setia, suami penyayang emak dan kakak yang mengasihi sedangkan Sha tak pernah rasa semua itu. Ada kawan baik, kawan makan kawan. Ada kekasih, menikam Sha dari belakang. Harapnya Sha dapat suami sebaik papa. Dihantar lagi renungan ke kaki langit, kian memerah. Air tasik yang tenang membias cahaya merah itu. Di persekitaran masih ramai pejalan kaki, pejoging dan keluarga bersiar-siar bersama. Shaza menoleh, sekumpulan demi sekumpulan dengan aktiviti masing-masing, Shaza kekal sendiri.

Shaza merenung kerusi batu diduduknya sejak sejam di situ, seekor semut hitam berlari-lari kehilangan jejak kawan, keluarga juga mungkin entah di mana, sang semut tidak keruan berlari tidak menumpu jalannya.

Semut, engkau macam aku dulu, ke hulu ke hilir mencari keyakinan diri. Zafran mengkhianati aku kerana sudah jatuh cinta pada Enna. Enna sanggup merampas Zafran walaupun dia tahu aku dan Zafran rapat. Jahat benar mereka kan? Shaza menghulur jari telunjuknya mendekat kepada semut, semut tersadung lalu memajat jari Shaza. Shaza mengangkat tangannya, mahu mendekatkan tetapi semut melerai pegangannya lalu jatuh ke rumput. Dicari-dicari Shaza, hilang sudah. Shaza senyum sendiri, mentertawakan diri yang berasa bodoh berfikir perasaan semut seekor.

“Assalamualaikum.” Zafran muncul tiba-tiba, dilipat kenangan silam sebaik Zafran memberi salam.

Shaza menoleh kaget, berkerut dia mendongak memandang sesusuk tubuh yang berdiri di sisinya. Kekal segak meski lengan baju kemeja sudah disingsing hampir ke situ dan sut yang sentiasa tersarung juga tiada. Sejak zaman remaja Zafran sentiasa tambil kemas dengan karisma tersendiri dan menjadi pujaan pelajar-pelajar wanita juga para guru. Bertuahnya Shaza dapat menawah hati lelaki seperti dia. Diam-diam Shaza berasa bahagia meski seketika cuma.

“Boleh saya duduk?”

Shaza diam, malas menjawab kerana soalan itu dianggapnya bodoh. Tidak perlu Zafran meminta kebenaran kerana taman tasik rekreasi itu adalah tempat awam dan segala isiannya juga milik awam. Zafran tidak menunggu permintaannya diluluskan, dia memintas di hadapan Shaza lalu duduk di sebelah.

“Ikut saya atau kebetulan?”

My heart.” Seringkas itu dijawabnya. Senyum mengusik.

Shaza berkerut kening, tidak faham erti senda sahabat.

“Kebetulan ini tempat favorite saya. Bila saya resah, saya akan ke sini tengok sunset.”

Shaza diam, membiar Zafran memperkemas duduk.

“Dan sekarang awak gelisah?”

Zafran mengeluh, menggesek-gesek tapak kasut pada pasir di laman kerusi batu. Bersama-sama mereka merenung ke arah bunyi gesekan.

“Kita kan sama-sama suka sunset? Dulu kita menghabiskan banyak masa memuja keindahan matahari jatuh. Damai, tenang.”

“Itu dulu, zaman bodoh.”

“Memuji dan memuja keindahan alam bukan bodoh, itu adalah satu bentuk ibadah yang paling ringan, mudah tetapi bahalanya besar. Matahari jatuh atau matahari naik adalah ciptaan Allah yang maha hebatnya. ”

Shaza mengeluh perlahan. “Sunset sering dikaitkan dengan kekecewaan, kan?”

“Bukan kerana kecewa Allah menurunkan matahari, tetapi putaran alam siang berganti malam. Hukum karma. Dia menukar malam dan siang tanpa sesaat beza waktu saban hari. ”

Shaza tunduk, dia berusaha menunjuk pandai tetapi memang sejak dahulu Zafran lebih bijak mendefinisi sesuatu. Bagai ahli falsafah dan kadang-kala seperti sasterawan.

“Lama awak tinggalkan office, dah jumpa ketenangan di sini?”

Shaza mengeluh lagi, mendongak merenung dada langit yang sudah penuh dihiasi corak awan. Biru hijaunya sudah bertukar kekelabuan putih berasap, itu juga hukum alam kata Zafran.

“Tuan Rusman menyangka kita belum pernah kenal sebelum ini, dia meminta saya menjaga awak, mengembiraan awak dalam menjalankan tugas. Dia bimbang awak meninggalkannya lagi, dia sangat sayangkan awak.”

Shaza hanya menoleh seketika cuma ke wajah Zafran yang merenungnya dari sisi.

“Katanya awak satu-satunya waris dia yang ada, lambang cintanya dan arwah isteri. Dia akan rasa bersalah pada ibu awak kalau awak menolak dia dan ibu tiri awak.”

“Awak menjadi orang tengah papa? Penyampai perasaan dan suara hati papa?”

No, bukan begitu. Sesetengah masa dan keadaan, orang luar lebih sesuai menjadi batu bertelinga untuk kita bercerita. Menjadi bahu untuk kita bertopang. Adam anak tiri, anak tiri juga seperti anak sendiri, kadang-kadang kurang sesuai bercakap tentang hati dan perasaan.”

Shaza mengeluh, berat benar bunyinya. “Papa terlalu baik, isterinya juga baik.”

“Ya, Tuan Rusman baik, Puan Nadia juga. Bonus padanya, dia juga dikurnia dua orang anak tiri yang juga baik-baik.”

“Tapi segalanya berasa janggal, kekok.”

“Lama-kelamaan akan boleh biasa?”

Shaza angguk, bersetuju dia.

“Janganlah pergi, di sini tanah air kita, keluarga kita di sini. Dan jarang ada peluang yang berulang. Mujur lima tahun awak di luar negara, pulang sini papa dan mama awak masih ada.”

Shaza diam juga, terus menujah mata ke arah matahari yang semakin rendah.

“Sha, I still love you. Dulu kini dan selamanya.”

“Zaf, saya dah tak ada hati nak bercinta lagi.”

“Kita hanya sambung apa yang pernah kita lalui dulu.”

Shaza geleng perlahan. Bosan gayanya.

“Saya tak boleh tanpa awak.”

Shaza menutup telinga, tampak benci benar. “Sudahlah Zaf, kalau awak mahu kita terus berkawan dan berkerja di bawah satu bumbung, please lupakan silam kita.’

Zafran diam, Shaza direnung tajam dari sisi. Shaza membiar, kocakan permukaan air dik cakupan muncung ikan menarik perhatiannya.

“Kita begini saja, you ketua I pembantu. Professional dalam tugas, hormat menghormati dalam persahabatan.”

Zafran kesal, mengeluh berat.

“Saya rindu awak selama awak tak ada. Dan sentiasa tertanya-tanya mengapa kita berpisah? Apa salah saya?”

Shaza menggeleng perlahan, perlahan juga menoleh Zafran di sebelah. Lama mereka berenungan, berharap masing-masing menghambur peristiwa yang menyebabkan perpisahan. Akhirnya Shaza tewas, beralih dia ke muka tasik buatan semula. Memerhati lengkuk belakang kura-kura yang berenang ke tepian tasik.

“Perkara lama, dah tak menarik lagi untuk kita kenang. Lagi pun tidakkan awak sudah berkahwi?”

“Berkahwin? Dengan siapa?” kaget gayanya Zafran.

“Siapa beritahu awak saya dah kahwin?”

Shaza menggeleng, tidak langsung melatah, merenung Zafran yang menujahnya dari sisi juga tidak. Cekal dan tabah dia.

“Sebelum saya berangkat ke luar negara saya mendengar khabar angin awak nak bertunang, tak kan 6 tahun bertunang tak kahwin-kahwin?”

“Awak keluar negara saya baru tahun satu di university, Sha. Tak lojik langsung khabar yang awak dengar. Dari arah mana angin itu bertiup membawa berita?” bersungguh

Shaza menggeleng, malas membongkar.

“Zaf, rasanya biar masa menentukan bagaimana kita di masa akan datang, saya dah letih.” Shaza bangun, terdetik mahu pulang. Meski matahari masih senyum, Shaza sudah mahu meninggalkan kaki langit. Tidak lagi sudi mengakhiri sunsetnya bersama Zafran.

Zafran mengiring langkah Shaza, tidak dinyatakan Shaza dia mahu ke mana tetapi Zafran pasti, Shaza mahu pulang. Aku dia walau persoalan dari mana berita pertunangannya dan bersama siapa belum lagi dijawab. Seperti menarik rambut di dalam tepung, dia mahu menarik hati Shaza kembali seperti di zaman cinta monyet mereka. Cinta mencintai, perlu memerlukan, bersama berbual, bergelak ketawa, berjenaka ria. Kerana cinta kubina istana kata Allahyarham Tan Sri P. Ramlee tetapi bagi Zafran, kerana cintanya dia berusaha berjaya dalam pelajaran supaya menjawat jawatan tinggi, memberi kesenangan kepada kekasihnya. Namun sekelip mata bencana menimpa, benar-benar istana yang mereka bina sekadar pasir di gigi pantai. Sekali ombak menghempas, istana roboh menghanyutkan impian.

Shaza sudah menekan alam keretanya. Tanpa menoleh Zafran dia bersedia ditelan bungkah buatan itu dan Zafran bersedia membantu menutupkan pintu walau tidak dipinta Shaza.

“Baik-baik memandu. See you tomorrow.”

Hanya sekelumit senyum Shaza sudah cukup membunga harapan. Zafran berpuas hati, rindu sekian lama tertebus kini. Syukur ucapnya berkali-kali.

Thanks, pergi dulu. Assalamualaikum.”

Zafran menjawab salam serentak pintu kereta dirapatkan perlahan. Sebaik Shaza berlalu, telefon bimbit Zafran bernada panggilan. Dijawabnya sambil berjalan ke kereta.

Previous: BAB 7
Next: BAB 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.