“Akhhh Encik
Adam!” dia terjerit apabila melihat Adam
terbaring di rumput, dalam keadaan lencun, dahi berdarah dan kaki tersangkut
pada tali pinggang keselamatan.
“Encik Adam,
hei. Kenapa ni? Dah tak kucup rumah, you
nak tidur kat sini pulak?” dia sengaja
mahu menyakitkan hati Adam setelah apa yang dilakukannya.
Adam mengerang
kesakitan, memohon dibantu kerana dia tidak berdaya sudah. Shaza berpura-pura mahu meninggalkan Adam di
situ, dia melangkah perlahan. Adam
pantas memegang kaki Shaza, memintanya dikasihani. Merintih dia menyebut perkataan tolong dalam
bahasa Inggeris.
“Rasa manis
benar you meminta pertolongan ya? Betul ke nak saya tolong?” masih juga Shaza mahu mempermainkannya.
Adam angguk,
tidak juga melepas kaki Shaza. Shaza membantu
Adam bangun, perlahan-lahan. Dengan bersusah payah Adam berjaya dibangunkan,
mahu dibawa Shaza keretanya.
“Kaki I patah ke?”
“Tak sempat kita
nak cek kat sini, tunggu sampai rumah kita tengok.”
“Please, kaki I. Tadi dia berbunyi patah.”
“Tadi berbunyi
patah, tapi sekarang tak dengar bunyi lagi kan? So, sampai rumah nanti barulah
periksa sama ada patah boleh disambung atau potong aja terus.”
“Potong? Shaza, tolong…”
“Iya, saya nak
tolonglah ni. Sabar boleh? Bahaya kita berlama-lama dekat sini, nanti ada
kereta lain pulak langgar kita.
“I tak boleh
berjalan langsung.”
“Saya tolong.”
Shaza menarik tangan kanan Adam diletak dibahunya. Dengan bersusah payah Adam diseret mengguna
kaki kiri Adam yang masih mampu bertahan berbanding kaki kanannya yang tidak
lagi berfungsi katanya.
Shaza membaca
bismillah lalu memapah Adam menyeberang, menuju ke keretanya. Payung sudah ditinggalkan berhampiran kereta
kerana terlalu sukar Shaza memayungkan Adam yang bergantung pada kekuatannya
yang terlalu minima. Adam didudukkan di tempat penumpang belakang kereta. Dia mengerang kesakitan, sesekali terjerit
juga.
“Sabar ok? Tarik
nafas, lepas perlahan-lahan. Kalau you
tak bantu diri you sendiri, saya tak boleh tolong. Kita dah kuyup dah ni.” Masih lembut memujuk dalam kesejukan dan
ketakutan dicelah rimbun hutan renik serta guruh dan kilat sabung menyabung.
“Tolong, kaki
I.” Dia memegang kemas tangan Shaza
apabila Shaza mahu meninggalkannya tempat duduk belakang untuk beralih ke pintu
pemandu.
“Saya bukan
doktor, nurse pun bukan. Skuat penyelamat pun baru ini furst time, so bagi peluang saya tolong
Encik Adam. Dan, you kena tolong diri
you sendiri. Ok?” dia sudah bekeng,
ditolak tangan Adam yang memegangnya.
Adam terjerit
sakit apabila ditolak kasar Shaza. Shaza
memecut kereta menuju ke rumah orang tuanya, Adam terus mengerang kesakitan
dengan menyebut kaki patah, kaki akan dipotong, dia jadi si lumpuh dan si
cacat. Shaza tersenyum-senyum sendiri
mendengar lelaki gagah, sombong dan bongkak itu akhirnya lembik seakan tidak
bernilai sudah imej yang dipertahankannya.
Sewaktu memasuki parker kereta berbumbung, Shaza membrek keretanya
mendadak, kuat sengaja mahu melepas geram dan mempermainkan Adam yang merengek
tak sudah.
Adam menjerit
kesakitan dan menyebut oh my leg, please my leg.
Shaza
membiarkan, dia lantas keluar dari kereta, berlari-lari anak masuk ke dalam
rumah melalui pintu belakang. Tidak langsung dia menghirau Adam yang masih
terbaring menyandar di belakang kereta.
Adam
menjerit-jerit minta diberi perhatian dan diberi bantuan tetapi tidak sesiapa
mendengar kerana bunyi hujan lebat menimpa atap parker dan cermin tingkap
kereta Shaza juga bertutup rapat. Adam
mengerang sendiri.
Lima minit
berlalu, muncul Pak Abu dan Nadia berlari-lari dari pintu belakang rumah,
membantu membawa Adam keluar kereta.
“Kenapa boleh
jadi macam ni?” Nadia kebimbangan.
“Mama, kaki I
ma. Kak I.” Lagi dia mengadu.
Nadia membantu
Pak Abu memapah Adam masuk ke dalam rumah.
DOKTOR sudah
pulang, Adam sudah diberi suntikan ubat tahan sakit dan ubat ketenangan kerana
dia terlalu fobia. Menurut doktor, untuk malam itu Adam akan tidur dengan
aman. Mujur kakinya hanya terseliuh,
cedera sewaktu dia cuba keluar dari
keretanya sebelum Shaza sampai.
Menurutnya apabila dia terbabas, dia panic lalu tergesa-gesa keluar,
waktu itu kakinya tersangkut.
Shaza
tersenyum-senyum mendengar cerita bodohnya lelaki ego itu. “Accident
tak teruk, panic punya pasal kaki sampai terseliuh. Apa punya lelakilah ni…” Shaza mengejek seraya berlalu meninggalkan
Adam terkulat-kulat dimalukan di hadapan doktor dan Nadia.
“Ni mujur papa
tak ada, kalau papa tengok tadi, entah-entah papa pengsan kena sakit
jantung.” Nadia turut mentertawakan
terkenang gaya Adam yang mengerang kesakitan sewaktu dibawa keluar dari kereta
Shaza.
“Tinggal di sini
sampai kaki tu sembuh.” Nadia menurunkan
perintah.
“Di bilik ini?”
Shaza muncul
semula membawa air coklat panas untuk Adam memanaskan badan. Nadia sudah meninggalkan mereka di bilik itu,
untuk pergi mengambil kelengkapan tidur Adam di biliknya di atas.
“Kenapa dengan
bilik ni? Buruk? Kecil? Tak selesa? Atau letaknya di bawah?”
Adam merenung
marah, berang ditentang Shaza.
“Mati nanti
duduk dalam tanah tahu? Tak kira you siapa.”
Tidak kuat suaranya, sengaja ditekan untuk menyakitkan hati Adam dan
mengelak didengari Nadia. “Dah
sakit-sakit macam ini pun nak berlagak lagi.
Hei, sedarlah sikit awak tu manusia biasa. Tak ada bezanya dengan orang
lain.” Shaza menampar perlahan kaki Adam
yang berbalut.
Adam terjerit,
bimbang Shaza mencederakan kakinya.
Shaza pula tertawa meninggalkan Adam yang sudah semakin lemah kerana kantuk
selepas menerima suntikan.
Petang itu Adam
terus ke rumah orang tuanya dari pejabat kerana mahu merai kepulangan Elsa.
Zafran sudah bersetuju menjemputnya di lapangan terbang kerana Pak Abu
bercuti. Pemandu peribadi Rusman itu
akan diberi cuti tahunan sekiranya Rusman ke luar negera. Nadia serta ahli
keluarga lain tidak pernah mengguna khidmat Pak Abu.
Tepat jam
sembulan malam, kereta Zafran masuk ke halaman, Nadia menyambut dengan air mata
gembira. Tiga tahun anak itu di luar
Negara, tidak sekali pun pulang, hanya mereka melawatnya kerana tidak mahu Elsa
mengenang kisah silam.
“Elsa, inilah
Kak Sha yang mama beritahu di telefon hari tu.”
“Oh, apa khabar
kakak?”
Shaza sekadar
angguk, menyebut khabar baik juga dengan gerakan bibir.
“Macam mana?
Okay tinggal di sini?”
“Di mana-mana
pun sama.”
Elsa angguk
tanpa reaksi suka atau benci pada kakak tirinya. Shaza sudah ke dapur mahu membantu pembantu
rumah menyediakan hidangan ringan sementara menunggu makan malam. Sesekali hairan juga dia mengapa Zafran
diberi kepercayaan menyambut kepulangan anak perempuan Nadia.
‘Rapat benar
perhubungan dia dengan keluarga ini?’
dikerlingnya Zafran sewaktu menyusun hidangan air di meja ruang tamu.
Elsa sudah ke
biliknya, menyimpan kelengkapan yang dibawa.
Nadia menjenguk Adam di bilik.
“Jemput
minum.” Shaza kembali duduk di sofa
asalnya.
“Teruk ke kaki
Adam?” sambil meneguk air sejuk yang
dihidang Shaza.
“Terseliuh
sikit. Accident tak seberapa, tapi panic menyebabkan cedera pergelangan kaki.”
Angguk-angguk
Zafran meletak semula gelas ke tempatnya.
“Eh, jom makan.
I laparlah.” Elsa sudah kembali, bahu
Zafran dicuitnya. Gaya itu juga mencuri
perhatian Shaza.
Terlalu rapat,
terlalu mesra.
“Ha, jom
Zafran. Bibik dah sediakan makan malam,
jom makan.”
Zafran angguk,
membawa sekali gelas airnya yang tinggal separuh.
“Tak payahlah
bawak gelas tu, kat sana bibik dah sediakan air lain.” Elsa menarik tangan Zafran.
Shaza membaca
perhubungan luar biasa itu dengan kamus hati.
Mustahil dia sekadar pekerja kepercayaan papa. Abang angkat juga tidak
mungkin sedangkan abang dia sendiri yang sakit dekat dalam bilik tu langsung
tidak dijengahnya. Shaza membontoti tiga
orang itu ke meja makan.
Di meja makan
juga Zafran dilayan Nadia dan Elsa lebih dari pekerja.
“Oh ya Sha,
Zafran dah kenal kan?”
Shaza angguk.
“Elsa pun baru
kenal.”
Angguk lagi
Shaza soalan Nadia.
“Zafran tunang
Elsa.”
Tanpa sengaja
sudu yang dipegang Shaza terjatuh ke pinggan. ‘Kelentang!’ tiga pasang mata
terarah padanya. Mujur di waktu sama,
bibik hampir terjatuh kerana terpijak ekor si putih, kucing kesayangan Nadia. Putih melompat terperanjat dan bibik juga
terperanjat lantas terpegang bahu Shaza.
Semua menyangka Shaza terlepas sudu itu kerana bibik.
‘Ahk,
tunang? Zafran menipu aku atau atau
tertipu!’ berpura-pura dia senyum
gembira berita itu.
‘Dia tidak
berbohong, aku juga tidak tertipu.
Antara kami sudah tidak ada apa-apa, tetapi kalau dia jujur, mengapa
masih masih cerita kami disambung episode? Bukankah baik awal-awal dulu dia
beritahu, dia bakal adik ipar aku?’
berjeda dia sendiri membiarkan waktu makan malam berlalu kosong.
Elsa gembira,
riuh bercerita itu dan ini. Suasana sepi
selalunya sudah meriah, Nadia gembira si anak bongsu sudah pulang, Zafran juga
mungkin gembira kekasih sudah di hadapan mata.
Hanya Shaza makanan dikunyah tanpa rasa, air ditelan berasa hampa. Perasaan sendiri tidak mampu ditafsir ‘genre’
apa adanya.