Home Novel Umum HOT CHOCOLATE TEA LADY
HOT CHOCOLATE TEA LADY
Ramlah Rashid
21/10/2014 18:13:32
222,159
Kategori: Novel
Genre: Umum
BAB 14

SUDAH setengah jam dia berkurung sepi, ditemani lengang dia di bilik tidur itu. Sudah dibelek, diletak, dibelek semula senaskah novel Melayu yang baru dimulakannya pembacaan beberapa hari lepas. Gelisah sungguh dia.

‘Subhanallah, mengapa aku rasa begini malam ini? Zafran bertunang itu pilihannya, aku dan dia bukan siapa-siapa hanya rakan sekerja yang sudah pernah berkenal nama. Itu yang aku pinta, tetapi mengapa begini yang aku rasa?’ sudah bangun dia bermundar-mandir mencari sesuatu yang dia sendiri tidak tahu apa yang hilang atau tersembunyi.

Penat sudah berjalan pergi balik, duduk dia di lantai dingin, lutut dirapat ke dada, betis dipeluk erat seakan perlu sokongan.

‘Rileks Shaza, rileks. Tidak ada bezanya sama ada dia sudah bertunang atau tidak.’ Lagi dibujuk hati. Semakin terpujuk semakin pula sebak dadanya, sudah memanas kelopak mata merenik air suam membasah. Satu demi satu titis.

Telefon bimbit di atas katil berkelip, menandakan ada mesej sedang menunggu. Shaza merenung skrin telefon, nama Zafran naik laju turun hilangnya perlahan. Shaza mengeluh perlahan. Baharu dia mencuba melupa semua, Zafran bertindak memanaskan.

‘Za, saya tunggu awak kat bawah, awak tak muncul-muncul pun?’ mesej dari Zafran di ruang tamu rumah.

Shaza mengeluh namun membalas juga.

‘Bergurau dengan Elsa, tapi tunggu saya?’ entah mengapa jarinya begitu lancang, sedar-sedar dia yang malu sendiri.

‘You jealous?’

‘No.’

‘Sure?’

‘Yes. Sebenarnya saya letih, sakit kepala berhujan selamatkan anak raja tu tadi. Sorry ya, tak layan you.’

‘Ok, tapi please jangan jealous ya? Saya dengan Ell…’ ayatnya putus di situ sudah dihantar kepada Shaza.

Shaza juga hanya membaca sekerat itu, seakan ada penyambung yang tertinggal di kekotak kiriman Zafran. Shaza menunggu penyambung itu tetapi seakan terlalu lama Zafran membentuk ayat seterusnya, Shaza bosan.

‘Oh ya, lupa nak ucap tahniah. Congratulations.’

‘Untuk apa?’

‘Pertunangan dengan Elsa.’

‘Saya belum berkesempatan beritahu awak, awak dah tahu dulu.’

‘Tak ada beza sama ada beritahu dulu atau saya tahu sekarang. Sama aja.’

‘Ni sibuk layan ‘whatsApp’, tunang awak mana?’

‘Ada, dia pun sibuk dengan hand phone.’

‘Sorry Zafran, saya mengantuk ni. Nak tidur. ‘zzzzzzzz’ dia menaip huruf ‘Z’ di telefon yang memberi masuk tidur.

‘Ok, sweet dreams’.

Senyum Shaza membaca pesanan nakal Zafran, tiba-tiba dia menjadi benci juga. ‘Memang dasar lelaki, sedang bersama tunang, melayan perasaan wanita lain.’

‘Ok Za saya balik dulu. Bye.’

Tidak lama dari pesanan terakhir Zafran, kedengaran enjin kereta Zafran meninggalkan halaman.

Shaza senyum sendiri, mengeluh juga perlahan berfikir mengapa Zafran memintanya supaya tidak mencemburui dia dan Elsa dan menjelaskan pula antara mereka tidak ada apa-apa yang istimewa.

Shaza maju ke tingkap, diselak langsir. Dari situ dia melihat pintu pagar tertutup secara automatic. Masih berdiri di tingkap, menyaksi pekat malam dibungkus dingin sehabis hujan sore, pintu bilik diketuk perlahan, tergesa-gesa Shaza membuang diri ke atas katil. Tidak sempat dibetulkan baringnya, berselimut juga tidak. Hanya mampu mengiring membelakang pintu, menutup muka dengan lengan sedang telefon masih dalam genggaman. Dia tidak bersedia menerima sesiapa sebagai tetamu waktu itu, mahu berpura-pura sudah ghaib di alam mimpi. Dia mendengar pintu biliknya dikatup, terus ketat mata dirapatnya.

“Kakak, kakak dah tidur? La, baru nak sembang.” Elsa berdiri di sisi katil, Shaza membelakangkan Elsa.

“Elsa.” Nadia pula menjengah ke dalam. “Buat apa kat bilik kakak ni?”

“Saja, nak sembang-sembang dengan anak papa. Rupa-rupanya dah tidur.”

“Kakak penat tu, tadi berhujan tolong Abang Adam. Mungkin kakak demam.” Dingin tangan Nadia mengesan suhu badan Shaza di dahi dan leher.

“Panas ma?”

“Tak, mungkin letih aja kut. Sudahlah, ada banyak masa lagi untuk Elsa berbual dengan kakak. Elsa pun pergi tidur dulu. Mama nak tengok Abang Adam.”

“Okay, esok saja Ell jumpa abang. Good night ma. ”

“Goog night sayang.”

Shaza terasa dia diselimutkan, dari kaki sampai ke bahu.

“Air cond pasang, selimut tak tarik.” Shaza mendeng rungut Nadia.

Shaza memati diri, terus tutup mata meski telinga mendengar. Nadia elus rambut Shaza perlahan, lembut berbekal kasih sayang. Diciumnya sekali kepala Shaza. Shaza menahan rasa hiba, menutup rasa bersalah membiar ibu tiri itu terus dibohonginya. Nadia mengundur, mahu meninggalkan Shaza lena sangkanya. Di hadapan bingkai gambar Shaza bersama Rusman dan Sharifah dia merenung lama.

“Ipah, Sha dah besar. Saling tak tumpah macam awak, dia anak baik, saya berjanji akan jaga dia bagi pihak awak.” Semakin berubah suara Nadia menahan sebak namun, air mata yang diempang jatuh juga. Menangis dia sendiri, ditolehnya Shaza semula. Senyum puas.

Air mata Shaza juga titis bersama, terharu dia mendengar bisikan Nadia. Ikhlas benar dia. ‘Akukah yang jahat sebenarnya?’ sebaik mendengar pintu bilik dikatup, Shaza berpusing. Pintu yang sudah rapat direnung kosong. Bilik kembali lengang, dia merenung frem gambarnya di dinding.

“Ibu, ibu beruntung dapat madu macam mama. Madu ibu baik sangat. Nenek dan maklong sudah berburuk sangka pada wanita murni seperti madu ibu. Papa juga baik sangat, sampai sekarang papa masih mencintai ibu. Percayalah.” Giliran Shaza pula memberi tahu apa yang dia rasa kepada aruah Sharifah.

Shaza bangun, tepuk-tepuk bantal, tinggikan lalu bersandar. Novel Melayu yang sudah beberapa hari dimulakan pembacaan dan tidak juga khatam, dicapainya. Dicari-cari halaman yang ditanda penanda buku, bererti bacaan terakhirnya sebelum malam itu. Sebaik terjumpa penanda, mood membaca hilang sudah. Ditutup kembali naskah di tangan, termenung lagi dia.

Ibu beruntung dapat duduk dalam hati papa, papa sayang sangat pada ibu tetapi tidak menolak mama. Mama isteri papa yang baik, sahabat ibu yang sangat ikhlas. Mama tak cemburu ke, terang-terang papa masih cintakan ibu? Lama lagi gambar di dinding direnung.

Telefon di atas katil bernada panggilan, Shaza merenung skrin. ‘Akhhh, apa lagi mahunya?’ malas benar dilayan tetapi dijawab juga. Salam pertama dijawab Zafran.

“Tak tidur lagi?”

“Kalau dah tidur tak kan saya jawab phone.” Mahu marah diaju soalan bodoh tetapi kedengaran seperti bersenda, Zafran tertawa perlahan.

“Sorry ganggu.”

“It’s okay. Saya pun belum tidur lagi.”

“Buat apa duk bilik dari tadi tak tidur-tidur lagi? Tadi alasan nak masuk bilik, mengantuk?”

Shaza bosan disoal siasat dalam keadaan dia diganggu emosi. Dengusan nafas berbau bosan kedengaran di telinga Zafran, dia turut mengeluh.

“Awak bosan berbual dengan saya kan?”

“Eh, tak adalah. Kita kan kawan?”

“Saya sentiasa berharap dapat kembali ke masa silam, dulu kita seronok kan?”

“Zaf, yang dulu sudah berlalu. Zaman kanak-kanak dan zaman remaja kita sudah kita lalui dengan gembira sebab kita tidak ada apa-apa tanggung jawab waktu itu. Tapi sekarang sudah berubah seluruhnya. Awak dah dewasa, saya dah dewasa. Kita ada tanggung jawab besar pada diri kita dan keluarga kita, pada kerja kita dan majikan kita. Awak ditambah satu lagi, tanggung jawab pada tunang awak.” Perkataan tunang itu diberi penekanan, sengaja mahu kedengaran marah kepada Zafran.

Panjang nasihat Shaza, Zafran terdiam. Dia mengeluh lagi, Shaza pula menunggu.

“Za,” Zafran berhenti. Seakan memanggil dan kedengaran mahu memberi sesuatu tetapi hanya keluhan berat didengar Shaza.

“Good night Za, maaf mengganggu malam awak. Assalamualaikum.”

Shaza bungkam, sekian detik menunggu rupa-rupanya Zafran mahu mengucap selamat tinggal. Sebaik menjawab ucapan, Shaza pula mengeluh perlahan. Lelah benar, sakit benar perasaannya.

ZAFRAN melerai telefon dari telinga, terus digenggam meski sudah lenguh jemari itu dingin menahan gugup. Shaza sudah lenyap namun kekal bertaman di lamannya, sukar benar memadam nama itu dari kalam hati. Bertahun sudah disingkir, berusaha ditebas tumbuhnya rindu itu namun bunga-bunga itu tidak pernah mahu layu. Terus mekar dengan kelopak mewangi, baru dan terus baru.

‘Ya, aku sudah bertunang dengan Elsa. Bakal menjadi adik ipar Za, adik ipar…” terhenjut-henjut dia ke depan ke belakang dalam keadaan duduk bersila di atas katil. Mendongak merenung siling yang kosong tanpa sebarang perhiasan, jauh sekali melihat kerdipan bintang.

‘Mengapa kita menempuh kesulitan begini Za? Saya sayang awak sangat-sangat.’ Mengeluh dia, rasa mahu sahaja menangis semahunya tetapi sedar dia. Dilarang menangis kerana cinta manusia, air matanya hanya untuk Allah. Diraup dua tapak tangan ke muka, terus rambut ditarik ke belakang. Sedikit berasa lega.

Telefon bernada panggilan, pantas direnung skrinnya melihat nama ‘Elsa’.

‘Akhh apa dia nak ni?’ berkira-kira untuk dijawab, akhirnya dijawab juga.

“Ya, Elsa. Ada apa?”

“No, I call abang dari tadi. Tak dapat kenapa?”

“Oh ya? Entah kenapa ya? Abang tak dengar. Sorry, tapi kenapa ya?”

“Tak ada apa, I cuma nak pastikan abang dah sampai rumah.”

“Ohh. Dah sampai lama, dah mandi dan ni nak tidur dah.”

“Alhamdulillah.”

“Tak payah risau, abang pandai jaga diri dan selama Ell tak ada abang jaga diri abang sendiri.” Senyum dia.

“Ok, good night.”

Selapas saling bertukar salam terakhir, telefon dilerai Zafran. Mengeluh lagi, bosan kembali diintip pergerakkannya, kembali dikawal seakan kanak-kanak tadika. Hakhhh.

Previous: BAB 13
Next: BAB 15

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.