Home Novel Thriller/Aksi Ops! Zulaikha
Ops! Zulaikha
Hasrudi Jawawi
22/11/2012 08:35:52
139,856
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Senarai Bab
12
“AKU risaulah kalau aku tak boleh jadi perisik dengan baik,” keluh Zulaikha sambil menempek muka dengan bedak asas.

Oleh kerana dia terpaksa menyamar sebagai pembantu peribadi di Merbok Construction Berhad, mahu atau tak, dia perlu mengubah penampilan diri. Bersesuaian dengan jawatan yang bakal disandang. Malam tadi, gigih dia belajar mekap ringkas dari Wanda.

Wanda memang pandai mekap berbanding dirinya. Nasib baiklah kerjayanya sebagai seorang anggota polis.Kalau kerjayanya sebagai setiausaha, pasti mekap di muka tebal seinci.

“Helo! Belum apa-apa, kau dah nak give up. Apa hal?” balas Wanda sambil membetulkan unifomnya.

Zulaikha mengeluh lagi sambil meletakkan bekas bedak asas di atas meja solek. Sekilas dia memandang Wanda di luar bilik. Pembayang mata pula dicapai. Dicalit sedikit dengan jari manisnya lalu disapu pada kelopak matanya.

“Aku mana pernah buat kerja-kerja pejabat ni. Pembantu peribadi tu macam mana?” ujar Zulaikha sambil menyapu pembayang mata di kelopak matanya yang sebelah lagi.

Wanda mengeluh halus sambil memandang kawan baik merangkap kawan serumahnya itu dari luar bilik. Dia bercekak pinggang di muka pintu.

“Alah... jangan fikirkan sangat. Pembantu peribadi tu sebenarnya adalah setiausaha pejabat. Kerja setiausaha ni, jaga jadual bos. Menguruskan apa-apa sahaja hal tentang bos. Buatkan air untuk dia. Sediakan dokumen dan bantu dia buat kerja pejabat. Itu aje,” jelas Wanda mengikut pengetahuannya sendiri.

“What!!!” Terjerit Zulaikha selepas mendengar kata-kata kawan baiknya itu.

Betulkah tugasnya macam tu bila dia menyandang jawatan pembantu peribadi nanti? Hatinya tertanya-tanya.

“Eh! Kenapa kau menjerit?”

“Aku risau, kalau aku tak dapat kerja tu macam mana? Mesti DSP Faliq dan Kamal takkan percayakan aku lagi.”

Kedengaran Wanda mengeluh pula. Belum apa-apa kawan baiknya itu sudah mengalah. Dia melangkah masuk ke dalam bilik lalu memandang Zulaikha yang masih duduk mengadap cemin soleknya.

“Laikha, kau kena yakin dengan diri kau sendiri. Takkan kau nak mengalah sebelum berjuang? Kau lupa cita-cita dan azam hidup kau? Kau nak jadi seorang anggota polis yang berkaliber seperti arwah ayah kau, kan?”

Wanda mengungkit tentang cita-cita Zulaikha yang pernah diluahkan kepadanya suatu ketika dahulu. Ketika mereka di dalam akademi polis.

Zulaikha mengeluh halus. Ya, dia ingat semua itu. Masakan dia lupa akan cita-citanya sendiri? Dia ingin menjadi seperti arwah ayahnya. Seorang anggota polis yang dedikasi dan berkaliber. Berjuang habis-habisan membenteras jenayah demi keamanan negara.

Ketika usia Zulaikha 12 tahun, ayahnya meninggal dunia ketika menjalankan misi membenteras jenayah yang sama. Misi berjaya diselesaikan tetapi ayahnya terkorban akibat terkena peluru sesat.

Kali ini, dia dapat kes yang sama. Dia berharap dia boleh membanggakan emaknya di kampung jika dia berjaya menyelesaikan misi dan kes ini.

“Tapi, tuah ayam nampak kat kaki, tuah manusia siapa tahu, kan? Kalau aku tak dapat kerja tu macam mana?” ujar Zulaikha masih sangsi.

“Wah!!! Kau guna peribahasa siot! Kelas kau Jah.” Sempat lagi Wanda bergurau di kala Zulaikha dalam kerisauan.

“Kau ni... aku cakap betul-betul, kau main-main pulak.”

“Alah aku yakin, kau mesti dapat kerja tu. Kau kan heroin dalam cerita ni,” ujar Wanda cuba memberi kata-kata semangat.

Kini dia sudah beralih duduk di hujung katil Zulaikha sambil mengadap kawan baiknya itu.

“Apa kau mengarut ni? Aku tak pernah pergi kerja pakai make up-make up begini. Naik rimas rasanya. Sejak aku masuk akademi polis dan berkhidmat dalam PDRM, aku tak pernah pakai baju-baju very the women macam ni. Lepas SPM dulu adalah kejap pakai baju-baju macam ni. Tapi sekarang, aku macam dah tak selesa pulak,” luah Zulaikha tentang imej dirinya.

Tadi tak yakin sama ada boleh atau tak selesaikan kes ini. Lepas itu, tak yakin fasal jawatan yang ditawarkan. Sekarang, pasal baju pun jadi isu? Pening kepala Wanda dibuatnya.

“Eee... aku dah tak tahu nak kata apa lagi. Dari tadi merungut aje. Kau ingat dengan merungut ni kau boleh selesaikan masalah? Cubalah fikir positif sikit,” ujar Wanda, sudah mula bosan.

Dia terus bangkit lalu melangkah keluar dari bilik itu untuk bersiap-siap nak pergi kerja.

“Kita ni, kenalah professional. Tak mudah patah semangat. Buat yang terbaik demi keamanan negara. Kalau kau terus berfikiran negatif macam ni, macam mana nak berjaya?” bebel Wanda di luar bilik.

Zulaikha mengeluh halus. Ada benarnya kata-kata Wanda itu. Semasa di akademi polis dahulu, dia selalu ditekankan dengan misi dan visi Polis Diraja Malaysia (PDRM). Pasukan Polis Diraja Malaysia komited untuk berkhidmat dan melindungi negara dan bekerjasama dalam mengekalkan undang-undang dan ketenteraman negara. Agensi penguatkuasa utama yang berintegriti, kopeten dan komited untuk bekerjasama dengan masyarakat.

Aku perlu kuat, detik hatinya.

Bila teringatkan tentang misi dan visi PDRM itu, Zulaikha mula bersemangat.Dia perlu yakin dan bersungguh-sungguh. Ini misi besar pertamanya. Dia perlu buktikan pada semua yang dia boleh berkhidmat untuk keamanan negara.

Kotak berisi kasut tumit tinggi di bawah meja soleknya dicapai. Disebabkan misi ini, terbang duitnya untuk membeli pakaian dan aksesori untuk dirinya.

“Tapi tak apa, ini satu pelaburan yang berbaloi,” bebelnya sendirian sambil mengelurkan kasut tumit tingginya itu.

“Berbaloi kalau misi ni berjaya. Kalau tak berjaya, buat rugi aje. So, kau kena pastikan misi ni berjaya. Jangan sia-siakan kepercayaan yang telah DSP Faliq berikan pada kau. Peluang macam ni bukan senang dapat,” balas Wanda, bila telinganya dapat dengar apa yang Zulaikha bebelkan.

Zulaikha memandang Wanda selepas selesai memakai kasut tumit tinggi.

“Thank you Wanda, sebab kau banyak bagi semangat kat aku,” ucap Zulaikha.

Bertambah ketinggian Zulaikha lebih dua inci setengah disebabkan kasut tumit tinggi itu. Persis seorang model gayanya. Dengan rambutnya yang diikat ke tepi. Seluar slek hitam dipadankan dengan kemeja beropol di dada berwarna merah hati dan kod sedondon dengan warna seluar. Sangat sesuai dengan kerja yang bakal disandang. Nampak elegen dan professional sekali.

“Sama-sama. Haa... kan cantik gaya kau ni. Nampaklah macam professional. Aku gerenti, mesti kau dapat kerja tu. Tapi, ingat Laikha. Orang yang nak melakukan kebaikan ni banyak rintangannya. Dalam melaksanakan misi ni, aku yakin banyak dugaan yang bakal kau tempuhi. Kau kena bijak membuat keputusan sebelum bertindak,” pesan Wanda akan hakikat sebenarnya.

“Wanda...” Terharu Zulaikha mendengar kata-kata semangat kawan baiknya itu. Dengan rasa pilu dia memeluk tubuh Wanda.

Wanda membalas pelukan Zulaikha.

“Thank you Wanda. Aku sayang kau,” luah Zulaikha.

“Aku pun sayang kau jugak. Aku doakan kau berjaya selesaikan kes ini,” ujar Wanda.

Previous: 11
Next: 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.