“And that’s
the end of the story.”ujar Reykal menghabiskan ceritanya.
Tenku
mengetap bibir geram. “Itu yang kau cakap the
end? Cerita tergantung tahu tak! Cepatlar cerita lagi. Aku nak tahu apa
yang jadi dekat ayah kau lepas tu. Dan siapa pulak orang tua tu?”Tenku
mendesak.
“Cukuplah
setakat tu aku cerita. Yang lain biarlah rahsia.”Reykal sengaja mengusik.
“Kau
ni tak baik tau. Kau tahu tak, manusia ni tak tahan didesak dengan persoalan.
Lebih baik kau cerita semuanya sekarang.”marah Tenku.
Reykal
tertawa kecil sebelum mengiakannya. Dan dia menyambung semula kisahnya.
“Selepas
kejadian tu, ayah aku telah ditukarkan ke hospital kerajaan yang lain. Dari
sumber yang diketahui, hospital tu memang dah lama berhantu tambah-tambah wad
tersebut. Orang tua tu sebenarnya polong peliharaan salah seorang pesakit di
situ. Selepas pesakit tu meninggal dunia, polong tu yang menyerupai dirinya.
Pesakit tu bangsa asing berasal dari Siam.”jelas Reykal.
“..dan
kalau tak salah, pesakit tu mati sebab bunuh dirinya di tandas wad tersebut.
Dia bunuh diri sebab hanya itu sahaja jalan satu-satunya yang dia boleh mati.
Dia tak boleh mati dengan cara biasa sebab polong tu akan ambil alih tubuhnya
kelak. Jadi selepas pesakit tu mati, polong tersebut berkeliaran di wad dan
hospital tersebut tanpa tuan. Jadi sesiapa yang masuk wad tersebut akan
diganggu oleh polong tersebut yang sedang mencari tuan baharu.”lanjut Reykal
lagi.
“Habis
takkan pihak hospital hanya biarkan perkara tersebut berlaku tanpa ambil langkah
untuk halau polong tu.”soal Tenku.
“Dah
macam-macam cara yang diorang dah buat tapi semuanya tak berhasil. Sehinggalah
hospital tersebut telah ditutup. Dengar cerita hospital tu telah dirobohkan
selepas 10 tahun ayah aku keluar daripada hospital tersebut. Tapak hospital
tersebut kemudian dijadikan kawasan perumahan.”jawab Reykal.
Tenku
mengangguk-angguk kecil.
“Boleh
tahan kisah kau ni. Kalau buat filem mesti gempak. Aku yang dengar pun dah naik
suspence tahap gila.”ujar Tenku
bersungguh-sungguh.
Reykal
hanya tersengih mendengar kata-kata Tenku.
“Kalau
aku duduk tempat arwah ayah aku tu, aku pun tak tahu apa nasib aku. Entah aku
sendiri pun tak seberani arwah ayah aku tu.”ujar Reykal.
“Betul
tu. Tambah pulak kalau orang macam aku ni.”sokong Tenku.
“Kau
tu dah sejak azali memang penakut!”
Tenku
hanya tersengih-sengih. Kemudian dia menepuk dahinya seolah-olah teringatkan
sesuatu.
“Dalam
cerita kau tadi ada watak Fatimah dan Aini kan? So, siapa yang jadi mak kau sekarang ni?”soal Tenku sambil tersengih-sengih.
Reykal
turut tersenyum mendengar soalan Tenku.
“Yang
jadi mak aku dah tentu-tentu Aini. Kau tak nampak ke betapa caringnya jururawat tu kat ayah aku.
Sebenarnya itu bermula bibit percintaan ayah aku dan mak aku.”Reykal berterus
terang.
“Fulamak!
Betul-betul dah macam filem lar. Memang aku respect
arwah ayah kau tu.”ujar Tenku bersungguh-sungguh. Reykal hanya tertawa kecil
mendengar kata-kata rakannya itu.
“Aku
nak tanya kau lagi boleh?”
“Tanyalah..
Apa?”tanya Reykal.
“Bila
mati bunuh diri roh tak tenteram kan?”soal Tenku inginkan kepastian.
“Kenapa
tanya aku pulak? Kau kan lebih pakar dalam hal-hal macam ni. Kau rajin baca
tentang hal-hal macam tu kan?”
“Yang
aku tahu kebanyakan roh yang mati kerana bunuh diri, perang, kemalangan dan
mati-mati mengejut ni rohnya tak tenteram sebab hajatnya tak tercapai. Itu yang
aku tahulah. Kalau nak terang dari sudut Islamik aku tak berapa pandai.”terang
Tenku.
“Kau
agak kalau kita mati tadi sebab kemalangan, roh kita tenteram ke tidak?”soal
Reykal secara tiba-tiba.
“Mungkin
tidak sebab hajat kita nak hantar Hanif ke hospital tak tercapai.”
“Betul
jugak! Tapi kalau aku jadi hantu kau orang pertama aku bunuh.”
“Kenapa
pulak aku?”soal Tenku.
“Sebab
kau tu biul sangat!”balas Reykal seraya tertawa kecil dan bingkas bangun
daripada kerusi. Tenku hanya menurut dengan perasaan tidak puas hati.
“Hmm.. Tekak aku haus lah. Dekat mana tempat minum
ek?”tanya Reykal sambil terus melangkah.
“Aku
rasa kantin belah sana kot. Kau tak tahu ke?”soal Tenku balik.
“Aku
pun tak pasti lar. Kau cuba tanya atendan tu.”ujar Reykal seraya mengunjuk
tangan ke arah seorang atendan yang sedang menolak stretcher tidak jauh
daripada mereka berdua.
Tenku
menurut kata-kata berupa arahan tersebut. Dia bergegas mendapatkan atendan
tersebut. Reykal memerhati dari jauh.
“Pak
cik, tumpang tanya. Kantin dekat mana?”soal Tenku dengan penuh berhemah.
Atendan
tua tersebut hanya berlalu menolak stretcher tidak mengendahkan pertanyaan
Tenku. Seolah-olah Tenku tidak wujud sama sekali di situ.
“Sombong!”Tenku
mencebik lalu mendapatkan Reykal semula.
“Pak
cik tu bagi tahu tak?”tanya Reykal.
“Berlagak
nak mampus. Blah macam tu saja. Sakit hati aku ni.”marah Tenku. Dia tidak
berpuas hati dengan sikap atendan tersebut yang baginya tidak mencerminkan
keperibadian seorang kakitangan awam yang baik.
“Cara
kau tanya tak sopan kot. Tu yang dia buat tak tahu saja.”sanggah Reykal. Tenku
hanya mengetap bibir geram.
“Bahasa
menunjukkan bangsa. Mari sini aku tunjuk kau cara tanya soalan.”ujar Reykal
sambil berjalan mendapatkan seorang lelaki bertubuh sasa yang sedang berdiri
berpeluk tubuh tidak jauh daripada mereka. Tenku menurut dari belakang.
“Assalamualaikum
abang. Tumpang tanya, dekat mana kantin?”Reykal melontarkan soalan. Nada
suaranya mendatar dan agak berhemah.
Lelaki
terbabit tidak mengendahkan mereka. Dia hanya berdiri berpeluk tubuh dan hanya
melihat ke satu arah sahaja. Reykal cuba bertanyakan soalan untuk kali kedua.
Tenku hanya memerhati sahaja usaha Reykal itu. Tiba-tiba lelaki tersebut
berpaling. Lantas dia meludah tiga kali berturut-turut dan berjalan
terkocoh-kocoh meninggalkan mereka berdua. Mujur ludahan tersebut tidak
mengenai Reykal. Reykal terpinga-pinga dengan tindakan lelaki tersebut.
Tenku
yang memerhati tertawa terbahak-bahak. “Boleh jalan dengan kau punya bahasa
menunjukkan bangsa. Laki tu siap meludah lagi dekat kau.”ejek Tenku sambil
ketawa lagi.
“Sakit
hati pulak aku ni. Kalau laki tadi tu kecik dah lama aku penyet-penyet!”getus
Reykal geram. Dia menumbuk-numbuk telapak tangannya menahan rasa sakit hati.
Tenku
hanya tertawa terbahak-bahak. Giliran dia pula mengejek Reykal. Jadi digunakan
peluang itu sepenuhnya. Tanpa disedari, gelagat mereka berdua menjadi perhatian
seseorang. Reykal yang terasa dirinya diperhati berkalih. Matanya mengitari
kawasan sekeliling sebelum meneruskan semula perjalanan. Mungkin itu hanyalah
perasaannya semata-mata, getus hati kecil Reykal.