Home Novel Komedi/Romantik Komedi KAU CINTA AKHIR KU (PENGANTIN EKSPRES 2)
KAU CINTA AKHIR KU (PENGANTIN EKSPRES 2)
pitteriah abdullah
4/8/2013 08:56:09
308,112
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Beli Sekarang
BAB 18

“Ler, macam nie pun menangis ke?” usai Rayyan menyanyi itulah soalan yang muncul dari bibirnya. Esakan Aleeya bergetar di dadanya sejak dari tadi. Dia mencuit dagu Aleeya lalu dikesatnya air mata yang membasahi pipi Aleeya.

“Terharu nih!”

“Terharu apanya? Abang tak buat apa-apa pun kat Liya lah. Tak payah lah menangis..,” pujuk Rayyan. Tetapi kalau Liya tak tersentuh di jiwa tu, memang pelik lah. Sebab bait-bait lagu tu terasa lah sangat di dalam hati tadi. Pandai sungguh penulis lirik lagu ini.

“Sedih lah!”

“Sudah lah. Liya kena kuat tak tau, banyak lagi yang Liya kena hadapi dengan abang,” beritahu Rayyan.

“Apa maksud abang?” soal Aleeya sebaik saja perjalanan diteruskan. Kena cari tempat yang sesuai untuk bercerita panjang dengan Aleeya. Tak kan nak berbual dalam kereta kut.

Cadang nak cari sebuah taman dekat-dekat area Tanah Merah atau pun Jitra, tetapi telefon kepunyaan Rayyan berbunyi nyaring. Rayyan mengambil telefonnya lalu dihulurkan kepada Aleeya.

“Mak!”

“Liya kat mana?”

“Kat Tanah Merah!”

“Balik sekarang boleh tak, Adam menangis lah. Dengan semua orang dia tak suka. Cepat sikit!” tegasnya suara mak memberi arahan. Mak guna perkataan tak suka tu yang membuatkan Aleeya mahu ketawa saja. Adam tak suka semua orang?? Itukan tabiat semula jadi Adam. Suka pada orang yang tertentu saja. Dengan orang yang tak pernah jumpa memang dia tak berkenan lah. Atau mungkin mak naik rimas dengan tangisan Adam sehingga menyebabkan mak mahu marah saja kepada Aleeya. Aleeya tersenyum memandang ke arah Rayyan.

“Kenapa?”

“Rancangan kita kat sini saja lah yer..,”

“Kenapa pula?”

“Buah hati abang menangis kat rumah. Dengan semua orang dia tak suka, kata mak tadi!”

“Adam nie..., tak bagi peluang kat papa lah!” runggut Rayyan. Faham benar dengan sikap si anak. Sahih terjaga dari tidur, dan mahu papa atau ibunya saja. Kereta berpatah semula ke anak bukit.

“Adam tu ikut perangai abang sebiji yer..,” gurau Aleeya. Dia lebih suka papa dari ibunya sendiri. Atau Rayyan nie lebih sayangkan si Adam tu. Tapi tak nampak pun Rayyan pilih kasih.

“Hahaha, anak papa tu!”

“Manja lebih pada si adik. Tengok Ain, boleh berdikari saja!” puji Aleeya. Senang sangat dengan sikap Ain.

“Rasanya Adam tu ikut perangai Liya lah. Manja!”

“Liya manja? Mana ada!”

“Mana ada apa? Asyik menangis saja!” Hahaha, kan dah kena balik!

Memang si Adam tu sedang menunjukkan taringnya kat rumah. Sampai habis semua orang tidak boleh tidur. Ketika Rayyan dan Aleeya sampai pun, tangisan anak itu kuat kedengaran. Mujurlah tak pergi jauh. Kalau tidak macam mana lah jadinya.

“Pergi mana?” soal mak. Geram . Waktu mana dia orang keluar sampai semua orang tak sedar tadi.

“Saja. Makan angin kat luar tadi!” jawab Aleeya. Rayyan terus mengambil Adam di tangan ayah. Nampak muka papanya, dan dengan pujukan papanya, terus si anak, diam. Jadi baik serta merta. Anak bertuah sungguh!

“Tahu dah anak tu macam mana, boleh tinggalkan anak macam tu saja. Tak kasihan kat anak ke?” leter mak sambil mengelengkan kepala. Aleeya tersenyum saja. Idea suami, kenalah ikut tadi.

“Bagus anak kau yer dengan semua orang tak nak. Dengan kau dengar suara saja terus diam!” celah Tuan Mirzal. Alvin terus masuk ke bilik. Mengantuk!

“Ikut perangai Liya dulu lah tu. Liya dulu dengan semua orang tak nak. Kecuali dengan ayahnya,” sambung mak pula. Rayyan tersenggih saja. Betul lah tekaannya tadi.

Di dalam bilik terdengar pula renggekan Nurul Ain. Nama mudah saja yang Adam berikan kepada anak-anaknya. Muhammad Adam dan Nurul Ain.

Aleeya memeriksa lampin anaknya, tidak basah pun. Tidak anak itu merenggek, mahu Aleeya meribanya. Diambilnya Ain, lalu disusuinya sambil menepuk bahu Ain dengan manja sekali.

“Buatkan susu untuk Adam. Botol susu ada kat atas meja solek tu!” beritahu Aleeya apabila si Adam turut merenggek kelaparan.

“Hai, Liya pilih kasih ke? Ain liya beri susu, Adam minum botol saja? Apa ni?” runggut Rayyan. Ber kasih sayang sama adil lah Liya, biar Adam ni rapat dengan abang.

“Takut dia menangis nanti,”

“Alasan lah tu,”

“Okey lah,” kalau Adam menyusu, pukul berapa lah nak tidur. Adam menyusu mengambil masa yang panjang. Itu yang tak tahan. Terpaksa lah dia berjaga apabila giliran Adam menyusu. Rayyan pula berbual di luar bersama Alvin, papa dan Ayah. Entah pukul berapa Rayyan masuk semula, dia tidak sedar. Dia sedar apabila Rayyan memeluk pinggangnya.

“Tak nak!” jawabnya dalam keadaan separuh sedar.

“Tak nak apa ni? Liyakan masih ‘bercuti’,” ujar Rayyan tetapi pegangan tangannya di pinggang Aleeya tidak dilepaskan.

“Liya nak tidur lah, tadi dengan anak-anaknya, ini papanya pula!” runggut Aleeya perlahan.

“Tidur lah sayang. Abang tak buat apa-apa lah!” sukanya tengok wajah Aleeya bila sedang beradu. Seperti seorang puteri saja. Aku kan sayang isteri, jadi suka semuanya yang berkaitan dengan isteri aku.

“Cuba lepaskan Liya, biar Liya bebas bergerak malam ni,” pinta Aleeya. Rayyan melepaskan pegangan tangannya dan beralih ke arah lain. Alamak, merajuk ke? Aleeya merapatkan tubuhnya dan merangkul suaminya dari belakang dan terus tidur.

Subuh yang indah dan mempersonakan. Rasa lama tidak balik ke kampung. Sebelum kahwin dulu, pantang ada cuti panjang sikit, memang dia akan pulang ke kampung untuk menjenguk ayah dan mak. Rasa rindu itu terubat kini. Kalau boleh hari ini nak melingkar atas katil saja, tidur seperti zaman anak dara dulu. Hehehe.. bestnya.

Rayyan bersama ayah ke surau sebaik azan subuh kedengaran. Tinggal di kampung, kena rajin lah ke surau. Kalau tak rajin pun kena pergi juga, takut ayah bising. Patut lah dulu, Rayyan tak nak pulang ke kampung, mungkin salah satu sebabnya kerana inilah. Tetapi itu sebelum Rayyan kenal islam, bukan seperti sekarang. Kerana sekarang Rayyan sudah cintakan islam.

Mungkin papa dan Alvin ikut sekali ke surau pagi ini. Bagus lah, supaya hati Alvin yang sedang berdolak dalik itu kembali kepada islam. Agama yang suci.

“Liya, tak bangun lagi ke? Nanti suami kamu balik dari surau nak bersarapan lah!” jerit mak di bilik bawah. Abang-abang semua dah balik, tinggal Aleeya dan Rayyan, papa dan Alvin saja tidur di sini malam ini. Petang nanti dah nak bertolak semula ke KL.

“Awal lagi lah mak. Baru enam setengah!” jawab Liya. Malasnya nak bangun. Bagilah peluang Liya berehat pagi ini.

“Awal kamu kata, nak tunggu mata hari naik dulu ke, baru nak bangun?” sambung mak lagi.

“Kejap lah mak!” jawab Aleeya. Liatnya nak bangun. Nak mandi telaga, lagi lah sejuk. Tapi dalam biliknya dah ada biliknya. Walaupun rumah ayah tak ada penghawa dingin, tapi tetap sejuk. Mungin kerana pohon-pohon hijau masih menebal di kampung, bukan seperti bandar. Bangunan lebih banyak dari pohon-pohon hijau, sebab itulah panas mengbahang sampai ke dalam hati.

Dicapainya handset di dalam beg tangan lalu dia menghantar mesej saja kat Rayyan, supaya ajak ayah, papa dan Alvin singgah makan kat warung Pak Mat tepi jalan yang tidak jauh dari surau. Ada roti canai, nasi lemak dan pulut kering kering. Musim durian ini, pulut durian pun ada lah.

‘Abang, makan sajalah kat situ!” Rayyan tidak membalas mesejnya tetapi terus menghubunginya. Rayyan ke mana pergi mesti bawa handset sebab Rina dan pengawal peribadinya selalu menghubunginya setiap masa untuk memaklumkan keadaan dan syarikat dan hal mama sarah. Bukan seperti Liya.

“Boleh, tak ada masalah. Tetapi tak takut mak marah Liya ke?” soal Rayyan seperti tahu perangai mak mentuanya.

“Tak. Mak mesti tak marah punya!” yakin Aleeya. Sedangkan terdengar sekali lagi suara mak memanggil namanya.

“Kejap mak, abang call!” beritahu Aleeya.

“Oo.. pandai. Abang call atau Liya yang ganggu abang tadi? Dah lah tak solat siap hantar mesej kat abang pula. Pergi lah masak apa yang patut, tak baik lah buat mak macam tu,” pujuk Rayyan. Singgah kedai apanya dah nak sampai rumah lah, sayang. Tadi tak cakap awal-awal, sebab si Alvin ni teringin sangat nak makan pulut bersama ikan kering kat situ, tetapi memandangkan, seorangpun tidak membawa duit terpaksa lah balik ke rumah terlebih dahulu.

“ok lah, Liya bangun ni!”ujar Aleeya terus bangun dan mencapai kain tuala untuk mandi terlebih dahulu.

Siap ala kadar, Liya terus ke dapur. Mak sedang mengupas ikan bilis. Aleeya tersenyum memandang wajah mak yang bahagia itu. Dihampirinya mak, lalu dicuim pipi mak seperti selalu. Dia selalu buat macam tu kalau berada di kampung.

“Macam budak-budak. Anak dua dah tapi masih malas nak bangun tidur. Tak malu ke kat suami, kat bapa mentua dan adik ipar kamu, Liya?” tegur mak. Tengok ikan bilis, cabai kering, kelapa, dah tahu nak masak apa. Mesti mak nak buat nasi lemak pagi ini.

“Abang tu ok lah mak,”ujar Aleeya, sambil mengambil beras dan dimasukkan ke dalam periuk. Dibasuhnya beras.

“Tapi kamu tetap ada tanggungjawab lah, Liya. Jangan ingat Rayyan ok, tak kisah kamu boleh buat sambil lewa kat dia. Rayyan tu suami Liya, bukannya kawan Liya pun..,” sambung mak sebelum terdengar suara ayah memberi salam dari luar rumah. Kerap sangat mak cakap ni kat Liya, tapi Liya terima teguran dan nasihat itu tanpa jemu dan bosan pun.

“masak cepat sikit, dia orang dah balik, tentu nak sarapan pagi,” gesa mak selepas memjawab salam. Mak tinggalkan kerja-kerja dapur kat Liya dan terus ke ruang tamu.

“Alvin nak makan pulut dan ikan kering kat kedai tu, suruh lah Liya masak pulut sekali. Ikan kering ada kan?” soal ayah kat mak. Liya dengar dengan jelas. Sebab ruang tamu tak jauh pun dari dapur.

“Tak mengapa ayah, Alvin boleh makan kat kedai!” tolak Alvin yang turut memanggil Haji Mohsin dengan panggilan ayah.

“Tak payah, suruh kak liya kau masak. Liya masak pulut sama, ikan kering ada dalam peti sejuk!” beritahu mak.

“Baik, mak!”

“Nak abang tolong ke?” soal Rayyan yang baru masuk ke dapur. Aleeya mengelengkan kepalanya. Kalau rayyan tolong, lagilah mak bising.

“Hahaha, tau pun takut mak marah kalau abang tolong. Padan muka. Masak cepat sikit abang dah lapar nih!” ujar Rayyan. Sengaja mengusik hati Aleeya.

“Itu lah Liya suruh beli kat kedai, abang tak nak. Tidak boleh terus makan saja,”

“Beli apanya, semua tak bawa duit!”

“Abang tunggu lah sejam lagi, baru boleh makan!

“Sejam?? Liya nak dera abang ke, sayang?” tangan Rayyan sudah melingkar di pinggang Aleeya.

“Abang nak makan cepat ke lambat ni?” soal Aleeya, kalau macam ni, aku nak masak macam mana? Lagi lambat lah jawabnya.

“Cepat lah!”

“Kalau asyik berasmara dgn isteri ni, pukul 10 lah baru boleh makan!” celah Alvin. Waktu mana dia datang ke dapur, tak sedar pun. Aleeya tersenyum.

“Betul tu, dik!”

“Yang kau masuk kat sini kenapa?” soal Rayyan. Bengang dengan kedatangan Alvin.

“Yang abang kacau Kak Liya tu apa kes? Asyik berkepit dengan isteri saja?”runggut Alvin. Kena cari isteri barulah kalau macam ni, cari gadis kampung yg taat kepada agama seperti kak liya. Baru patuh cakap suami. Selalunya Kak Liya lah yang mengoda perasaan. Bertuah Abang!

“Kak, ada adik-beradik perempuan yg tak kahwin lagi tak kat sini?” soal Alvin.

“Nak buat apa?” pintas Rayyan.

“Nak kahwin lah,”

“Husna?”soal Aleeya terkejut dengan jawapan Alvin sebentar tadi. Rayyan mengelengkan kepalanya. Isteri satu pun tak mampu nak jaga, nak kahwin lagi satu? Biar berbetul nih?

“Hmm..,” keluh Alvin membuatkan Rayyan berasa simpati.

“Pergi jumpa ayah, minta nasihat dan petua, tentu ayah boleh beri ilmu!” beritahu Rayyan. Ayah tu banyak ilmu agama dan panduan hidup. Dia pun dah banyak minta nasihat dari Ayah juga.

“Betul ke?”

“Betul. Pergi lah!” gesa Rayyan lagi. Terus Alvin mendapatkan ayah di ruang tamu. Harap-harap ayah boleh lah menolong Alvin yang dalam kesusahan itu.

Bab memasak memang serah kat Liya. Cuma hari ini malas sikit. Itu saja. Tetapi dia berjaya memasak apa yang mak suruh. Nasi lemak, sambal ikan bilis dan pulut bersama ikan kering. Air kopi hidangan istimewa pagi ini. Selesai ayah,papa, Alvin dan Rayyan makan baru lah dia bersarapan pagi bersama mak. Tetapi Rayyan masih bersama mereka berdua. Bukan senang hendak bermesra dengan mak mentua.

“Liya buat apa sekarang, Rayyan?” soal mak kepada Rayyan.

“Dulu tolong saya kat ofis, sekarang ni cuti lah kut sebab papa dah balik!” jawab Rayyan jujur. Aleeya membiarkan suaminya berbual dengan mak.

“Anak kamu dah nak masuk setahun dah kan, suruh dia beranak lah Rayyan. Muda-muda elok dapatkan anak ramai,”cadang mak. Membuatkan Aleeya tersedak.

“Glup!” air kopi tersekat di kerongkong. Rayyan mengosok belakang Aleeya dengan perlahan.

“Kenapa? Tunggu apa lagi??” sambung mak. Anak perempuan seorang saja. Tetapi tahap degilnya mengalahkan anak-anak lelaki aku. Dia suka buat apa yang dia suka saja.

“Abangg..” panggil Aleeya memohon bantuan. Mak tentu akan mendengar cakap Rayyan dari cakap Aleeya. Betul tak?

“Kenapa pula?” soal Rayyan kembali.

“Adam dan Ain tu masih perlukan perhatian Liya lah, mak. Dia orang kecil lagi..,” dulu masa tak ada anak, nak ada anak. Dah ada si kembar tu, ingatkan selesailah masalah. Rupanya tak juga. Kat kenduri semalam tu, ramai yang bertanya bila nak tambah lagi anak. Bila anak nombor 2, 3 dan seterusnya. Tambahan lagi mak, kalau nampak muka Liya saja mesti tanya bila nak tambah lagi.

“Rayyan kau tak nak tambah anak ke?” soal mak, masih belum berpuas hati dengan jawapan dari Aleeya. Aleeya memandang wajah suaminya. Aku tidak berbincang dengannya tentang soal anak. Dia nak anak berapa orang? Langsung tak pernah sebut pun. Adam dan Ain cukuplah kut.

“Nak lah tapi Liya tak bersedia lagi lah!” jawab Rayyan. Aleeya menjeling tajam. Abang tak pernah cakap pun kat Liya.

“Paksa saja lah Liya tu, Rayyan,” cadang Mak sebelum berlalu. Paksa?? Mak ni ke situ lah pula. Rayyan tersenyum penuh makna. Sedangkan Aleeya sudah menarik muka masam.

“Apa senyum-senyum ni?” soal Aleeya sambil mahu bangun dari kerusi. Hendak tambah pulut lagi lah. Sedap!

“Betul kata mak, kena paksa lah Liya ni!” jawab Rayyan. Dicuitnya pipi Aleeya.

“Paksa??”

“Ha, ah. Liya kan nak tinggal di rumah. Lepas ni jaga anak-anak abang kat rumah jadilah!” ucap Rayyan sambil meninggalkan Aleeya.

“Abangg!” jerit Aleeya perlahan. Rayyan buat tidak peduli saja.

Aleeya mengetapkan bibirnya. Geram!!!

Previous: BAB 17
Next: BAB 19

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.