Home Novel Komedi/Romantik Komedi KAU CINTA AKHIR KU (PENGANTIN EKSPRES 2)
KAU CINTA AKHIR KU (PENGANTIN EKSPRES 2)
pitteriah abdullah
4/8/2013 08:56:09
308,140
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Beli Sekarang
BAB 2

KAU CINTA AKHIR KU BAB 2

Satu hal lagi, buat lah kerja lagi, anak-anak dah ada, tentang duit, biarlah abang yang cari kan, nama pun abang suami, kena lah bertanggungjawab.

“Abang, Liya nak berhenti kerja lah!” beritahu Aleeya, apabila Rayyan tidur di sebelahnya.

“Apa?” terkejut Rayyan mendengar.

“Tadi kan abang cakap, Liya boleh minta apa saja? Sekarang permintaan yang kecil tu pun abang tak boleh nak tunaikan!” ungkit Aleeya tapi cakap pun perlahan saja, sebab takut Rayyan marah. Marah-marah Rayyan pun, tak pernah lagi lah naik tangan kat muka Liya.

“Tak sayang ke nak berhenti kerja?”

“Tak!” Nak jaga anak-anak di rumah lah. Bukan saja-saja nak berhenti pun. Abang tengok lah anak abang sekarang, pukul 1.00 pagi pun masih menyusu lagi.

“Anak baru dua, dah nak berhenti? Tak sayang ke kerja tu?” pangkah Rayyan, sudah tahu alasan Aleeya yang mahu menjadi suri rumah sepenuh masa. Sejak ada si kembar itu, masa banyak dihabiskan dengan si kecil. Aleeya menyentuh tangan suaminya. Sentuhan kasih sayang nih.

“Liya nak jaga anak-anak lah...,” jawab Aleeya. Adam dan Ain semakin membesar. Tentu perlu berikan perhatian yang lebih kepada si kecil itu. Adam dan Ain sudah masuk 7 bulan, mesti perlukan perhatian yang lebih dari ibunya. Liya pula boleh lah berehat kalau tak perlu ke tempat kerja kan?

“Hmmm...,” keluh Rayyan. Tak sukanya kalau Aleeya berhenti kerja. Bagi diri Rayyan, dia lebih suka isterinya ada kerjaya sendiri dari terperap di rumah saja. Di rumah nak buat apa lah sangat kan? Hendak masak? Aku kan selalu jarang balik makan kat rumah. Habis, nak ‘bela’ badan bagi besar. Tak nak lah kalau isteri gemuk. Tapi Liya nie pandai jaga badan. Nampak masih seperti dulu. Tapi orang kata baru anak dua, nanti-nanti tak tahu lah macam mana.

“Abang...,” panggil Aleeya. Cakaplah abang setuju keputusan Liya.

“Belajar tinggi-tinggi, ada kerja bagus nak berhenti pula. Abang tak suka Liya tinggal kat rumah. Sayang kerja tu...,” luah Rayyan apa yang tersirat di dalam hatinya. Kita belajar tinggi, supaya dapat kerja yang menjamin masa hadapan. Hendak kerja besar, supaya boleh tolong mak dan ayah kala kesusahan. Jangan samakan kehidupan abang dan Aleeya. Abang memang sudah mengalir darah ahli perniagaan di dalam badan, sebab keturunan kami memang semuanya ahli perniagaan yang berjaya. Lagipun ramai kawan satu pejabat Aleeya yang memuji Aleeya kerana Aleeya seorang pekerja yang cemerlang. Rajin dan bijak. Cekap pula tu. Datuk Hamid sayangkan Aleeya sebagai seorang staf yang berwibawa. Sayangkan kalau Aleeya berhenti kerja semata-mata nak jaga anak di rumah. Hendak jadi suri rumah sepenuh masa.

“Abang memang tak faham lah keadaan Liya sekarang. Abang tengok lah Adam, dia time macam ni pun nak menyusu lagi. Liya letih lah!” terus terang Aleeya. Selepas itu abang juga merungut Liya tak layan kehendak batin abang. Nak layan apa macam nie?

Aleeya sudah menarik muka masam. Mana boleh tarik balik keputusan untuk berhenti kerja ini, kerana Aleeya sudah pun menghantar notis berhenti kerja kepada Datuk Hamid, petang tadi. Dia sudah pun mengemelkan surat berhenti kerjanya kepada Datuk Hamid pun. Abang benar atau tidak Liya tetap kena berhenti lah. Tak kan nak pergi merayu dekat Datuk Hamid kut.

“Liya tak baik lah merungut macam tu, menyusu anak tu dapat pahala lah!” tegur Rayyan. Tahu perangai Adam tu, dia suka menyusu sambil terlena di atas ribaan ibunya. Kalau letak dia atas katil, dia melalak seolah ada orang cubit dia saja.

“Hmm,” Liya tahu lah tentang itu tetapi abang yang tak nak faham keadaan Liya lah.

“Kerja lah, balik rumah tak payah urus hal-hal rumah lagi, balik jaga baby saja, nak?” pujuk Rayyan.

“Abang ni Liya nak kerja kat mana, Liya dah berhenti lah,” beritahu Aleeya. Terkejut Rayyan. Bukan baru nak berbincang ke? Liya lah, suka buat benda yang abang tak suka.

“Liya suka buat keputusan terburu-buru. Kenapa tak berbincang dengan abang terlebih dahulu? Ini Liya dah buat keputusan baru cakap dengan abang...,” bunyi macam marah saja suara itu sebab kecil hati sangat dengan sikap Aleeya yang berhenti tanpa memberitahunya terlebih dahulu. Tapi di tahan di dalam hati. Kawal suara dan kemarahan. Tahu pun sayang juga kat isteri dia nih. Hehehe.

“Liya...,” ucap Aleeya tersekat-sekat. Apa nak cakap ek? Salah aku juga sebab buat keputusan tanpa izin suami. Sedar pun salah diri sendiri lah Liya.

“Kita boleh carikan pembantu rumah lah. Boleh tolong Liya kat rumah,” cadang Rayyan. Dari dulu lagi, dia sudah bercadang mahu dapatkan pembantu rumah, tetapi Aleeya tidak setuju.

“Liya tak suka kita ada pembantu rumah!” kali ini suara Aleeya pula yang tegas kedengaran. Pembantu rumah buat apa? Aku boleh buat lah semua kerja-kerja tu. Setakat nak jaga anak, nak urus rumah tangga, perkara kecil saja lah. Tak perlu lah pakai pembantu rumah. Membazir saja lah. Hendak jadi macam mak di kampung. Mak uruskan sendiri kami adik-beradik. Jadi nak contohi sikap mak lah.

Rayyan tersenggih tiba-tiba. Tangan Aleeya dilepaskan.Dia mencuit dagu isterinya dengan manja.

“Waw, Liya sejak ada anak dua ni dah pandai marah abang yer. Dulu nak dengar suara Liya marah abang cukup susah lah. Habis kuat kalau abang marah, Liya menangis saja!” tegur Rayyan. Aleeya tergigit jari sendiri. Bila masa aku marah dia? Isteri mana boleh tinggi kan suara kepada suami. Berdosa!

“Mana ada.. Liya tak marah abang lah. Liya sayang abang. Itu yang betul!” pujuk Aleeya. Rayyan tersenyum lagi. Kalau abang halang pun dah tak guna. Liya sebenarnya sudah berhenti kerja, baru berani cakap dengan abang. Macam lah abang tak faham sangat perangai Liya tu.

“Datuk Hamid kata apa tadi? Dia tak halang Liya ke?” mana tahu bos tak setuju. Boleh lah tarik balik surat perletakan jawatan tersebut.

“Halang lah. Tapi Liya tetap dengan keputusan Liya!” Pulak?? Hmm. Dah agak dah. Kenal sangat dengan perangai awak lah, sayang! Datuk Hamid call selepas membaca surat perletakan jawatan Aleeya yang diemelkan kepadanya.

“Ayah dan mak dah tahu ke Liya berhenti kerja ni?” tanya Rayyan lagi. Nanti ayah cakap yang bukan-bukan pula tentang abang. Wah, abang memang best lah sekarang, sebab tak berani nak marah Liya secara terang-terangan. Kalau dulu mesti tinggi suara. Barangkali takut Adam terjaga kut. Adam dah selamatkan ibu nih.

“Ayah tak tahu Lagi. Abang tolong cakap dengan ayah yer..,” tengok. Aku juga yang kena selesaikan. Mesti pak mentua aku cakap aku control isteri. Tak bagi isteri keluar bekerja gara-gara nak suruh jaga anak.

“Aik, kenapa abang pula yang kena cakap dengan ayah? Liya selesai sendiri masalah Liya..,”duga Rayyan. Tahu pun takut dengan ayah. Atau tak sampai hati nak cakap dengan ayah?

“Takut ayah tak boleh terima Liya berhenti kerja!” rayu Aleeya. Ayah mesti frust kalau tahu Aleeya berhenti kerja. Maaf lah ayah, Liya dah ada anak sekarang. Bukan seorang tetapi dua.

“Berani buat, berani tanggung!”

“Tolong lah. Abang kan sayang Liya..,”

Hmm.. terlebih sayang kat kau lah, Liya. Liya tak tahu, semua kehendak Liya abang turut saja nih. Itu pun jangan, masih meragui kasih sayang abang kat Liya lagi. Hish Liya nie, sengaja lah nak buat hati abang tak tenang.

“Tapi, abang tak setuju Liya berhenti kerja tau tak? Tinggal kat rumah jaga anak, makan, tidur dan tengok tv saja. Kerja lain tak ada. Nanti badan besar tak muat pintu..” leter Rayyan ketika sudah sampai ke rumah. Huwaa.. gamaknya cek abang aku cakap macam tu kat Liya. Orang jaga badan lah.

“Kalau macam ni setiap malam, tak sempat nak gemuk lah!” balas Aleeya kembali. Sengaja dia mengangkat Adam lalu di letakkan di atas badan suaminya. Apa lagi menangis lah, sebab masih mahu menyusu dengan Aleeya. Rayyan cuba memujuk tetapi tidak berjaya.

“Layan lah anak abang tu, Liya nak tidur!” uji Aleeya sambil menarik bantal. Tangisan Adam tidak mahu berhenti walaupun Rayyan cuba memujuknya dan memberi susu botol.

“Anak dengan ibunya sama saja. Sama-sama nak tunjuk perangai!” ucap Rayyan sambil meletakkan Adam di atas lengan Aleeya.

“Bukan papa dengan anaknya pun sama juga ke?” balas Aleeya. Kasihan anak ibu, menangis. Diambil lalu disambung semula untuk menyusu. Air mata Adam dikesatnya. Sayang ibu. Ibu ni sanggup berkorban apa saja untuk anaknya, bila kita ada anak, baru lah kita sedar betapa susah payahnya mak kita untuk besarkan kita dulu.

Rayyan tersenyum melihat sikap Aleeya tadi. Hati rasa bahagia sangat melihat Adam yang sedang menyusu. Anak-anak ni buat apa saja pun, mesti ibu tak sampai hati. Tambahan lagi ibu macam Aleeya tu, lainlah kalau seperti mama. Hmm, jangan samakan isteri dengan mama lah, Rayyan!

“Tanya ibu, sayang kat papa ke tak?” soal Rayyan sambil menepuk Adam di atas ribaan Aleeya. Aleeya memandang wajah suaminya. Aku kena dapat redha suami juga lah.

“Abang!” panggil Aleeya menyendari kesilapannya.

“Apa lagi ni, sayang?” tanya Rayyan. Abang kan tak setuju dengan keputusan Liya tadi, jadi abang macam bengang lah sangat kut,

“Liya minta maaf, okey?” pujuk Aleeya. Lembut saja suara itu. Belajar dari pengalaman.

“Hmm...,” sengaja sebenarnya sebab nak tengok sikap Aleeya yang tahu akan kesilapannya.

“Encik Rayyan..,” panggil Aleeya geram. Rayyan mengelengkan kepalanya. Tahu pun dia yang salah. Berhenti dah baru nak cakap.

“Kerja lah di syarikat abang...,” ucap Rayyan perlahan. Kerja lah dengan aku, aku pun perlukan pembantu di syarikat sekarang ini. Jadi, kebetulan Liya dan berhenti kerja, jadi elok lah kerja dengan abang kan?

“Adam, papa kau memang tak faham lah!” ucap Aleeya perlahan.

Hmm... Aleeya mengeluh kecil. Lagi lah Liya tak nak. Alvin ada. Husna pun ada kat situ. Lagi lah tak best kerja dengan adik beradik ini. Salah faham sikit mesti terbawa-bawa dan berlarutan. Lagipun bos Liya ada lah suami Liya sendiri. Tak mencabar langsung. Tetapi tak boleh cakap sekarang, kena simpan di dalam hati terlebih dahulu lah jawabnya.

Previous: BAB 1
Next: BAB 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.