Home Novel Komedi/Romantik Komedi KAU CINTA AKHIR KU (PENGANTIN EKSPRES 2)
KAU CINTA AKHIR KU (PENGANTIN EKSPRES 2)
pitteriah abdullah
4/8/2013 08:56:09
308,359
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Beli Sekarang
BAB 17

ALEEYA tidak berani menyoal kepada mak atau saudara mara yang lain. Takut terkena batang hidung sendiri. Kena juga jaga air muka suami, sebab jawapan itu hanya ada kepada Rayyan sahaja. Dan orang lain mesti tak nak cakap hal yang sebenar kalau ada kaitan dengan Rayyan. Jadi, lebih baik diam saja. Walaupun dalam hati tertanya-tanya.

Doa ayah yang tulus dilafazkan sewaktu selesai majlis membaca yassin. Suara ayah yang mendoakan kesejahteraan dan keberkatan seluruh ahli keluarga dan seluruh umat islam yang lain menyentuh jiwa masing-masing. Doa yang tulus dan ikhlas, semuga ALLAH mengabulkan segala permintaan dan doa-doa yang dipohon oleh kami semua. Amin.

Selesai berdoa, ayah dan seluruh keluarganya menjemput semua yang hadir menjamu selera. Masing-masing sibuk melayan tetamu yang datang.

“Dah tahu jawapannya?” soal Ayah yang datang menghampiri Aleeya yang sedang melayan Rayyan, Tuan Mirzal dan Alvin menjamu selera.

“Jawapan apa bah?” soal Aleeya, berpura-pura sahaja sedangkan dalam hati Aleeya berdebar menanti sebuah jawapan.

“Rayyan..,” panggil Ayah. Rayyan tersenyum.

Mak datang bersama sepinggan pulut kuning. Diberikan kepada Rayyan. Rayyan mencurahkan air putih yang ada di sebelahnya. Dijemputnya pulut kuning lalu disuakan ke mulut Aleeya.

“Liya, selamat hari lahir, sayang. semuga ALLAH panjangkan umur Liya, semuga ALLAH beri keberkatan dan kerahmatan untuk rumah tangga kita sehingga akhir hayat,” ucap Rayyan sambil memeluk pinggang Aleeya. Mata Aleeya tidak berkelip memandang wajah suaminya. Air mata sudah berada di kelopak mata. Terharunya. Kalau boleh nak cium dahi Liya sekarang, tetapi kena hormat tetamu juga. Lagipun ada di kampung. Susah sikit

“Rayyan yang buat majlis kesyukuran dan doa selamat ini untuk Liya sempena hari lahir Liya. Liya tak ingat ke?” sambung Ayah. Aleeya mengangguk. Dia tahu hari ini hari lahirnya dan dia sememangnya menanti kan hadiah istimewa dari suaminya tetapi tidak sangka majlis seperti ini yang dihadiahkan kepada dirinya. Semuga majlis ini mendapat keredhaan dan keberkatan dariMU Ya ALLAH. Amin. Doa Aleeya di dalam hati.

“Terima kasih, abang!” ucap Aleeya perlahan. Sebak sudah berada di dalam dada. Rayyan mengangguk. Untuk kebahagiaan Liya, abang sanggup lakukan apa saja.

“Tetapi ada lagi ni, ucapan abang tak habis lagi lah sayang,” balas Rayyan. Apa lagi ni, jangan lah cakap yang bukan-bukan kat sini. Nanti jadi bahan usikan dan gurauan pula.

“Cukuplah tu,” halang Aleeya mahu menghalang niat Rayyan meneruskan ucapan.

“Supaya Liya dapat lahirkan anak-anak yang comel untuk abang...,”

“Dah agak dah dari tadi..,” mesti nak ayat ni juga.

“Hahahaha..,” rasa bahagia kerana dapat memberi kebahagiaan kepada insan yang paling kita sayang. Itu yang penting. Dicuitnya hidung Aleeya dan tanpa Aleeya menduganya, Rayyan mengucup dahi Aleeya dengan penuh kasih sayang.

“Abang ni, malu lah!” bisik Aleeya perlahan. Sebab waktu itu semua mata memandang ke arahnya termasuk mata mak long yang seperti mahu keluar dari kelopak mata.

“Abang buat lebih dari ni nak?”

“Tak nak!”

“Kenapa? Hari tu tak malu pun!” teringat peristiwa di luar pejabat mereka tempoh hari.

“Liya malulah kat ayah, mak dan papa!” rasa tak selesanya kalau di hadapan orang tua kita terutamanya mak dan ayah kita sendiri. Lagi pun ini kampung lah, cek abang sayang.

“Hahaha..,” mahu dicubitnya perut Rayyan tetapi Rayyan terlebih dahulu mencapai tangannya.

Majlis selesai sebelum solat asar. Tadi, solat zuhur mereka berjemaah ramai-ramai di surau berdekatan. Ayah yang mengimamkannya. Syukur alhamdulillah. Aku tak mahu bulan dan bintang menjadi saksi kasih sayang kami berdua. Aku juga tidak mahu intan dan berlian untuk membuktikan kebahagiaan kami berdua. Semuga ALLAH memberkati rumah tangga kami sampai ke syurga. Itu saja.

Masing-masing menolong mengemas dan berbual saja kerana lama tidak berjumpa. Sibuk bertanya khabar dan mengongsi cerita sehingga lah ke malam. Dan kelihatan juga Alvin nampak rapat dengan ayah. Ikut saja ke mana ayah pergi dan berbual mesra dengan ayah. Seorang lagi nak jadi anak ayah nih.

Rayyan mahu melarikan Aleeya seketika dari keriuhan ini. Waktu itu anak-anak sudah lama beradu bersama atuk dan neneknya. Jam pun sudah hampir pukul 12. 00 malam.

“Jom lah kita keluar, ambil angin sebelah utara malam ini,” ajaknya. Aleeya mengangguk. Dia pun teringin benar untuk keluar berduaan dengan suami tercinta.

“Nak ke mana?”

“Kita ronda dari pekan Alor setar sampai ke Bukit Kayu Hitam. Nak?”

“Cekap ke jalan area sini?”

“Eleh, perkara kecil saja tu, jom lah!”

“Kejap, Liya pinjam kunci kereta ayah!” usul Aleeya. Mereka kan datang dengan Air Asia pagi tadi, mana bawa kereta pun. Rayyan menunjukkan kunci di tangannya. Seawal tadi dia dah minta dari ayah.

Bukan senang nak boleh keluar macam ini. Susah sangat sejak ada anak kecil kat rumah. Rayyan memegang tangan Aleeya dengan kemas sekali.

“Terima kasih yer..,” ucap Aleeya sekali lagi.

“Terima kasih saja mana cukup sayang!”

“Habis tu?” soal Aleeya. Rayyan melepaskan tangan Aleeya lalu menunjukkan ke pipi kirinya.

“Ooo.. minta balasan lah ni!”

“cepat lah!” gesa Rayyan. Aleeya mencium pipi kiri suaminya.

“Sebelah lagi sayang..,”

‘Mana boleh tak sampai lah!” mengada-ngada betul lah. Rayyan tersenyum riang.

“Tak ingat ke hari lahir sendiri hari ni?” soal Rayyan sambil meneruskan perjalanannya.

“Ingat. Tapi sangka Liya abang nak buat parti ke, beri hadiah set barang kemas ke, beli kereta kat Liya ke..,” gurau Aleeya.

“Hahaha.. barang kemas abang beli pun tak pakai. Buang duit saja lah!”

“Tak sangka abang buat semua ini untuk liya,”

“Nanti hari lahir abang jangan lupa beri hadiah yang lagi istimewa yer. Abang tuntut hadiah tu..,”

“Ha, ah. Mana aci..,”

“Tak kira, liya kena beri juga!”

Hari lahir dia lambat lagi. Sempat lah fikir nak beri hadiah apa nanti. Tiba-tiba dekat radio hot.fm ada lagu ini. Rayyan yang mendengar terus menghentikan kereta di tepi jalan. Baru sampai kat Tanah Merah.

“Abang tujukan lagu ini untuk khas untuk Liya malam ini..,” ucap Rayyan sambil turut menyanyikan lagu tersebut. Lagu Kumpula Qiara – Hanya Pada Mu dialunkan ke telinga Aleeya.

“Hanya pada mu
Ku serahkan segalanya
Kau bertakhta di nurani
Anggun cinta mu abadi...,

Rayyan menarik Aleeya di dalam pelukannya sambil meneruskan nyanyiannya. Bab menyanyi memang nombor satu. Dari tak ada anak sampai lah ada anak dua. Cuma kat anak saja tak berani nak menyanyi kerana Aleeya tidak benarkan.

“Hanya pada mu
Pertama dan yang terakhir
Pohon cinta ku merendang
Disirami kasih suci...,”

Bait-bait perkataan ini mula menyentuh hati nurani Aleeya. Air mata sudah mula mahu menitis perlahan. Rayyan mengemaskan pelukan. Sambil mata mereka saling memandang antara satu sama lain.

“Jiwa ku dipalu gemersik tak terkira
Hampir ku terlena dalam belaian mu

Cinta mu selembut sutera menjadi saksi kasih ku
Tiada dua hanyalah satu kau yang ku cintai...”

Liya, abang hanya cintakan Liya seorang saja. Hanya Liya yang abang cintai selama ini, Harap Liya faham maksud lagu ini yer..

Sekelumit cinta sekurun kerinduan
Ku rempuhi ranjau duka
Membara sehangat api
Terhapus sepi di hati ku..

Seulas bibir mu kelu tidak berkata
Namun ada sesuatu
Nurbisa dari mata mu
Terpancar cinta yang sejati
Awan yang berarak saujana membiru
Cerahlah wajah mu di rimba sendu ku
Menjadi hamparan cinta suci...”

Aduhai, indah sangat lirik lagu ini. Semuga apa yang ada kat lagu ini samalah dengan apa yang ada dalam hati aku, dan hati suami aku nih. Liya sudah pun menangis teresak-esak di dalam pelukan suaminya. Terharu yang amat sangat.

Previous: BAB 16
Next: BAB 18

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.