KAU CINTA AKHIR KU (BAB 14)
Itu kalau Rayyan marah, tetapi kalau bab pujuk memujuk
memang serah kat Rayyan lah. Ketika jalan mahu keluar dari ofis tadi, Aleeya
rasa pitam dan mahu muntah saja. Perut sudah masuk angin barangkali kerana
tidak makan apa-apa sejak dari pagi tadi lagi. Mujur lah Rayyan sempat mencapai
badan Aleeya yang mahu terjatuh itu. Di didukungnya Aleeya ke dalam kereta. Tak
makan atau apa ni? Tak kan kerana aku tak bercakap hari ini, sampai jadi macam
ni. Liya ni, abang tak marah sayang lah.
“Rina, tolong tengok anak-anak saya yer!” pesan Rayyan
sebelum melangkah keluar dari Ofis. Kebetulan Rina mengekorinya dari arah
belakang.
Menitis juga air mata lelakinya apabila melihat keadaan
Aleeya yang lemah itu. Aku lah yang bersalah dalam hal ini. Hal Alvin dan Husna
terbawa-bawa ke dalam rumah ku. Bimbangkan Alvin sampaikan aku babitkan Aleeya
dalam hal adik beradik kami. Apa nak jadi nih? Aku sampai tak bertegur sapa dan
seperti marah kepadanya, sedangkan dia adalah sumber kebahagiaanku selama ini.
“Astagfirullahazim!” lafaznya perlahan. Abang tak
bermaksud untuk menyakiti hatimu lah, sayang.
“Abang!” panggil Aleeya sudah kembali sedar. Apabila
Rayyan menyapu minyak angin di kedua belah dahinya. Apa hal ni? Bukan tadi dia
mengamuk kat aku ke?
“Liya pengsan tadi. Maafkan abang kerana tak jaga Liya
elok-elok selama ini,” ujarnya kesal. Kesal yang amat sangat. Aku suami, mana
boleh buat macam tu kat Liya.
“Liya ok lah!” pengsan kerana tak tidur semalam, bukan
kerana apa-apa pun. Sebaik saja sampai di rumah, Aleeya cuba bangun dan mahu
keluar sendiri.
“Liya, jangan bergerak yer!” halang Rayyan sambil menolak
pintu kereta di sebelahnya.
Sekali lagi dia mendukung Aleeya dan membawa Aleeya masuk
ke dalam rumah. Lamanya abang tak dukung Liya macam ini. Rindu tau tak? Aleeya
tidak pamerkan senyuman itu. Di simpannya di dalam hati. Dirapatkan kepalanya
di atas dada Rayyan.
“Liya boleh jalan lah!” ucapnya. Pura-pura saja tu. Tak
nak jalan lah, kalau boleh nak hari-hari macam ni. Nak hari-hari abang dukung
Liya macam ni? Boleh tak, cek abang sayang?
“Biar abang jaga Liya hari nie..,”
“hari ini saja? Kalau gitu Liya nak sakit hari-hari lah!”
balas Aleeya ketika Rayyan meletakkan dirinya di atas katil yang empuk. Mata
kembali pusing. Muntah yang ditahan sudah berada di kerongkongnya. Sudah tidak
mampu di tahan lagi.
‘Liya!” jerit Rayyan ketika Aleeya cuba bangun dan
berlari ke arah bilik air. Mujur lah sempat sampai ke singki. Rayyan mengurut
belakang badan Aleeya. Hanya air saja yang dimuntahkan.
“Liya pregnat ke?”
“Period lah!”
“Selalu tak macam ni?” bimbangnya di dalam hati. Tak kan
lah nak tambah baby lagi ni? Kalau ada
rezeki, apa salahnya kan?
“Perut Liya kosong sejak pagi tadi lagi,”
“Hmm..,” keluh Rayyan lagi. Semuanya kerana dia.
Dipimpinnya tangan Aleeya. Aleeya membuka tudungnya membiarkan rambut terurai
begitu saja. Rambut yang cantik dan menawan hati.
“Rehat lah!” pujuk Rayyan melihat Aleeya merebahkan
dirinya perlahan-lahan.
“Abang, anak-anak tak ambil lagi kan?” tinggal dengan
siapa dia orang tu? Dengan Rina? Tak mengamuk ke si Adam tu nanti? Risaunya.
“Jangan lah bimbang, abang dah suruh Rina dan Alvin
tolong tengokkan!” terang Rayyan.
Harap-harap tak ada lah masalah.
“Abang balik ofis ambil anak-anak dululah. Liya nak rehat
ni!” ucap Aleeya masih bimbangkan si kembarnya. Ain tu tak ada masalah, Adam tu
yang susah. Buatnya dia menangis nanti, habis kecoh satu ofis.
“ Tidur lah, jangan fikir banyak sangat. Semalam pun Liya
tak tidur kan?” diambil minyak angin di dalam tas tangan Aleeya. Mahu disapukan
di kepala Aleeya tetapi Aleeya menghalangnya.
“Liya sakit perut lah!” beritahu Aleeya. Di bawa tangan
Rayyan ke perutnya. Rayyan menyapu minyak angin di perut Aleeya, lalu diusap
perlahan sehingga Aleeya terlena barulah dilepaskan.
Tidurnya nyenyak dan tenang sekali. Malah sampai
termimpi-mimpi pula. Mimpi indah yang membahagiakan. Dia terjaga bila terdengar
azan mahgrib berkumandang. Mata Aleeya dibuka perlahan. Terlihat olehnya
suaminya yang setia menantinya. Rayyan tersenyum senang hati melihat wajah
Aleeya sudah tidak pucat lagi.
“Dah ambil anak-anak?” soal Aleeya. Sebab tidak mendengar
suara tangisan si kembarnya.
“Ada dengan papa dan Alvin kat bawah!” beritahu Rayyan.
“Bila papa datang?”
“Ketika Liya pengsan tadi lah..,” sepatutnya dia kena
sambut papa kat airport tetapi Aleeya pula jatuh sakit. Jadi, dia suruhkan
drebar syarikatnya yang menjemput papa saja.
Alvin pula ada hal katanya.
“Abang, Liya lapar lah!” beritahu Aleeya. Baru selera
makan datang semula.
“Nak suruh abang masak ke?” soal Rayyan. Aleeya
mengangguk saja.
“Memang nak pun!”
ucap Aleeya. Rayyan tersenyum. Dah agak dah.
“Baik lah tuan puteri!”
“Okey, Liya nak mandi lah dulu, nanti lepas mandi, Liya
turun kat bawah!” beritahu Aleeya dan cuba bangun.
“Liya tunggu kat atas ni. Abang bawa masuk makanan kat
sini!”
“Apa pula kata papa nanti?”
“Papa tak kisah lah, sayang!” balas Rayyan sebelum
meninggalkan Aleeya.
Boleh menyanyi di bilik air lagi hari ini. Hehehe...
Dia hanya menonton tv dan mengambil novel di atas meja.
Novel Cinta Sambal Belacan menjadi pilihannya. Ketika dia menyelak novel,
sekeping kertas berwarna biru jatuh darinya.
“Wahai
isteri ku
Aku tidak
pernah membencimu walau sesaat pun
Kerana
aku amat menyayangimu
Setulus
hati ku...,
Wahai
isteri Ku
Maaf kan
aku kerana sering melukakan hati mu
Yang
tulus dan suci itu
Tetapi
marahku
Bukan
kerana aku tidak lagi menyintaimu
Tetapi
kerana aku terlalu menyintaimu..,
Wahai
isteri ku, setiap kali
Kerlipan
mata mu adalah nadi diri ku
Setiap
kali senyuman mu
Adalah
jiwaku...
Dan
setiap kali aku melihat titisan air mata mu
Itu
adalah nyawa ku..,
Air mata Aleeya menitis perlahan. Sebak di dada, terasa
bergelora tiba-tiba. Puisi indah yang ditulis oleh suaminya. Bila pula cek
abang aku yang panas baran ini, belajar menulis puisi nih? Hairan juga yer,
tetapi bait-bait bicara ini membuatkan dia terlalu terharu.
Aleeya mengambil pen di atas meja, lalu dia menarik laci
mejanya. Kalau tak salah di dalam lacinya ada kertas warna ungu. Dia mahu menulis seperti suaminya juga.
Wahai
suamiku
Aku
tidak pernah rasa terluka
Setiap
kali kau melukai hatiku
Kerana aku
tahu di dalam jiwamu
Hanya
ada aku di dalam hatimu...
Wahai
suamiku
Selagi
nadiku masih bergerak
Selagi
itu lah aku ada lah hak mu
Sejujur
hatiku, aku bahagia kerana kau
Menjadi
suamiku...,
Waw, tak pandainya nak karang puisi. Rasa kekok lah pula,
tetapi dia memasukkan surat itu ke dalam beg lap top suaminya. Harap-harap
jumpa dan si suaminya itu sudilah membacanya.
Dia kembali merehatkan badaannya di atas katil apabila
terdengar derapan kaki berjalan menaiki tangga. Hatinya berdebar menanti
kedatangan suami tercinta. Bila wajah Rayyan muncul, Aleeya tersenyum penuh
bermakna. Rayyan meletakkan hidangan yang di bawanya. Baunya amat menyelerakan.
Tak percayalah kalau abang yang masak? Ajaib sangat!.
Sudah lah tadi bagi puisi kat Liya, nie masak yang special pula. Dua kali Liya
tak percaya nih. Abang jangan buat benda-benda yang pelik boleh tak?
“Makan lah tau nak abang suap kan?” tanya Rayyan apabila
melihat Aleeya asyik melihat menu masakan yang di bawanya. Nak suapkan?
Mengada-ngada sangat tu.
“Liya suap sendiri,”
“Hehehe, kut lah nak abang yang suapkan!”
“Liya boleh buat sendiri lah!”
Di tariknya hidung Aleeya dengan manja.