Home Novel Komedi/Romantik Komedi KAU CINTA AKHIR KU (PENGANTIN EKSPRES 2)
KAU CINTA AKHIR KU (PENGANTIN EKSPRES 2)
pitteriah abdullah
4/8/2013 08:56:09
308,139
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Beli Sekarang
BAB 4

KAU CINTA AKHIR KU ( BAB 4)

Kasihannya kepada Alvin. Macam mana dia nak menghadapi semua ini? Dia pula masih baru dengan Islam. Macam mana dengan jiwanya? Macam mana dengan imannya yang masih baru itu? Tertanya-tanya Aleeya di dalam hatinya. Cek abang kat rumah tak pernah pun bercerita tentang hal adik iparnya ini. Balik selamba saja. Dia lelaki yang tidak mahu mengongsi rasa duka dengan perempuan yang paling dicintainya. Takut serabut lah konon.

“Encik Rayyan tak cerita apa-apa kat Puan?” soal Rina sambil duduk di hadapan Aleeya. Bilik baru, serba serbi baru. Tetapi yang terharunya ada jambangan bunga mawar kuning di atas mejanya. Ini mesti kerja suaminya! Bunga tanda terima kasih atau apa yer?

“Tak!” jawab Aleeya. Rayyan simpan rahsia keluarga Alvin sekemasnya. Atau dia lelaki, jadi dia tak akan bercerita hal keluarga adik kesayangannya.

“Hahaha, saya yang terlebih cerita kerana terlampau geram dengan sikap Husna dan ahli keluarganya. Mula-mula minta masukkan abang sendiri bekerja kat sini. Pastu kakak ipar pula, kononnya senang suami isteri kerja di sini. Makin lama berjangkit dengan si adik yang baru keluar U. Kalau datang buat kerja tak mengapa lah juga, tetapi datang buat kecoh kat sini. Minta macam-macam, semua tak kena dan puas hati. Kalau Encik Rayyan outstation, dia orang lah bos,” cerita Rina dengan panjang lebar membuatkan Aleeya terkejut. Macam cerita dalam drama lah pula. Kerana harta orang boleh berubah tingkah dan laku. Apa lah ada pada harta? Kalau Liya, Liya nak kebahagiaan dan kasih sayang saja. Harta itu susah sikit, kalau silap menguruskannya. Kena tanggung sampai kita mati? Nak ke?

“Alvin macam mana?” soal Aleeya. Risaunya memikirkan adik ipar yang sudah dianggap seperti adik sendiri. Tentang Husna dan ahli keluarganya tidak lah dibimbang sangat, kerana itu hanya perkara biasa saja. Hendak harta keluarga Alvin barangkali? Jangan meneka dalam kesamaran, tak baik lah, Liya. Atau kerana wang manusia sudah hilang kewarasan. Ingin mengambil hak orang lain. Astagfirullahazim.

“Alvin lebih percayakan Encik Rayyan dari orang lain. Itu yang membuatkan hubungan mereka kuat dan utuh. Dah banyak kali abang Husna cuba laga-lagakan Encik Rayyan dan Alvin tetapi tidak berjaya!” jelas Rina. Subhanallah, sampai macam tu sekali? Apa tujuan mereka sebenarnya, sehingga nak pecahkan Rayyan dan Alvin. Tak baik lah memutuskan hubungan mereka adik beradik.

“Teruk sangat ke apa yang berlaku ni, Rina?” soal Aleeya seperti tidak percaya pula. Usia perkahwinan Alvin masih baru. Tak sampai pun setahun. Dan Husna yang dikenalinya ada lah perempuan yang amat baik. Alih-alih ini pula yang berlaku. Benar atau omongan kosong? Seperti tidak percaya pula?

“Amat teruk lah kalau dah sampai orang lain yang masuk campur urusan syarikat dan urusan keluarga. Semua staf di sini dah naik muak dan menyampah tengok sikap dia orang!” ujar Rina semakin geram. Harap ada Aleeya di sini, semua ini dapat diselesaikan dengan secepat mungkin. Ataupun pecat saja ahli keluarga Husna yang sudah lebih kuah dari sudu itu. Senang cerita!

“Rina, awak jadi PA Puan Aleeya sama yer!” celah Rayyan di muka pintu. Itu saja yang diberitahu sebelum dia melangkah masuk ke dalam biliknya di sebelah.

“Puan Liya, saya keluar dulu lah. Apa-apa hal puan beritahu yer!” ujar Rina apabila sudah melihat bos besar masuk ke bilik sebelah. Bos paling tak suka gosip hal keluarganya.

“Okey!”

Inikah penyebabnya yang membuatkan Rayyan mengajak aku bekerja dengannya? Rasanya tak mungkin sebab Rayyan bukan lah manusia macam tu. Ini perkara kecil saja baginya aku rasa. Hal remeh temeh, sebab dia tidak pernah bersuara atau berbincang pun dengan ku? Jadi, kalau macam tu, tentulah hal ini tidak begitu penting kepada dirinya. Habis tu?

“Kak Liya!” panggil seseorang. Aleeya memandang ke arahnya. Wajah Alvin yang tenang di muka pintu.

“Assalamualaikum!” ucap Aleeya dengan sebuah senyuman. Jiwanya harus dijaga kerana dia masih baru berjinak dengan islam. Orang islam kena tunjuk sifat yang baik untuk menarik orang yang bukan agama islam mengenali islam. Kena tunjuk cara kehidupan yang indah tentang islam, baru lah hati orang terpikat. Kalau tunjuk sifat yang buruk, yang tidak baik macam mana lah, orang bukan agama islam hendak tertawan hati. Ibarat orang yang mahu bercinta, mesti lah mahu mengenali pasangannya terlebih dahulu.

“Waalaikummussalam!” jawab Alvin sambil masuk ke dalam bilik Aleeya. Cermin di bilik sebelah di pandangnya. Rayyan sedang leka dengan tugasannya. Alvin sengaja mengetuk cermin bilik abangnya, bila Rayyan memandang, sebuah senyuman diberikan kepada abang kesayangannya. Rayyan turut tersenyum sambil mengangkat gangang telefon. Terus telefon Aleeya berbunyi.

“Jangan manja kan sangat budak tu!” amaran Rayyan membuatkan Aleeya ketawa kecil. Ler, dengan adik sendiri pun nak cemburu ke?

“Wooo, cemburu lah tu!” balas Alvin, sengaja mengusik abangnya.

“Abang dah tinggal kan fail di atas meja Liya tu, boleh siapkan sekarang tak? Abang nak gunalah untuk meeting nanti!” beritahu Rayyan. Tadi, entah apa yang dibualkan dengan Rina, sekarang Alvin lah pula. Abang ambil Liya, nak suruh bantu abang lah. Bukan datang berbual kosong. Atau datang untuk bergosip di pejabat abang. Memang Rayyan tahu, ramai staf di pejabatnya yang rapat dengan Aleeya, isterinya yang peramah itu.

“Bukan Liya kena panggil Encik Rayyan ke kat sini,” Dah nampak pun fail tu. Fail kewangan. Ooo, mentang-mentang aku boleh buat kewangan, nak suruh aku semak angka-angka yang banyak nih? Kena minta gaji lebih lah nih!

“Jangan mengada-ngada boleh tak? Abang geli telinga lah dengar. Jangan lah panggil Encik Rayyan tu, tak suka lah bila Liya yang panggil...,”

“Hehehe...,”

“Siap lah dulu. Nanti baru layan si Alvin tu!” arah Rayyan. Tegas sekali. Patut lah ramai yang menghormati Rayyan di syarikat ini.

“Along, kejap saja lah orang nak berbual nie!” kata Alvin menjerit berdekatan dengan Aleeya. Rayyan di bilik sebelah mengelengkan kepalanya. Seolah tidak membenarkan Alvin menganggu Aleeya melakukan tugasan yang diberikan, wal hal dalam hati Rayyan, dia hendak sangat, isterinya itu menasihati Alvin.

Bantulah dia, Liya. Kasihan kat dia! Bisik hati Rayyan. Alvin baru hendak kenal islam, sudah diduga dengan ujian yang agak berat. Takut hati Alvin beralih arah kepada agama yang Mama Sarah pula. Itu yang paling ditakutinya.

“Kalau tau macam nie tak kahwin pun tak mengapalah. Menyesalnya kahwin!” luah Alvin apa yang tersirat di dalam hati. Lama sudah terpendam. Hari ini boleh boleh mencari teman untuk diluahkan segala perasaan. Sakit sangat! Ingatkan ada isteri boleh lah hidup aman damai dan bahagia. Ini isteri dan keluarga isteri lebih kurang perangai Mama Sarah saja. Ingat boleh dapat orang seperti Kak Liya, rupanya tidak.

“Hish, jangan cakap macam tu lah tak baik tau!” halang Aleeya. Jangan menolak takdir. Mungkin ini hanya sedikit saja ujian untuk Alvin menghadapinya. Kadnag-kadang ujian lah yang membuatkan kita kaya dengan pengalaman dan semakin matang untuk melalui kehidupan.

“Along dapat akak tak mengapa lah. Akak dan keluarga akak okey pun. Tetapi saya?? Kalau ikut hati...,”ucap separa menyesal. Jangan lah macam tu, islam ni banyak lagi kelebihan dan keistimewaannya. Jangan kerana sedikit saja kehampaan yang kita hadapi, membuatkan kita patah hati pula.

“Istifarg banyak-banyak. Baru sedikit ujian dah nak mengalah. ALLAH hanya nak uji adik akak nih,” pintas Aleeya. Nampak sangat Alvin sudah mengalah dan putus asa. Akak pun ada masalah lah, tengok Mama Sarah sampai sekarang tak dapat menerima akak dan anak-anak akak. Kasihan kat abang rayyan kau tu, terpaksa berhadapan dengan mama kandung sendiri yang tak sukakan akak.

“Husna tu okeylah, kak. Cuma dia terikut dengan hasutan ahli keluarganya. Sebab tu dia lawan cakap saya. Jauhnya berbeza Husna dengan saya kenal kat luar negara dulu. Husna yang ini membuatkan hati saya panas, geram dan sakit hati!” sambung Alvin. Ini yang tak sedap di dengar. Takutnya segala perasaan ini berjaya memadamkan perasaan kasih dan sayang, cinta dan rindu. Nanti jadi kecewa dan sengsara pula.

“Alvin masih sayangkan dia kan?” pancing Aleeya. Jangan lah dihilangkan rasa cinta ini di dalam hati seorang suami seperti Alvin. Hanya sayang yang mampu jadi pengikat antara dua hati.

“Sebab sayanglah saya di sini, kak liya!” syukur alhamdulillah. Itu yang kak liya nak dengar, kerana kasih sayang lah yang boleh menyelamatkan setiap keadaan.

“Orang yang bersabar pasti mendapat ganjarannnya...,” pujuk Aleeya.

“Saya dah hilang sabar. Minta duit, minta harta, minta saham syarikat. Nak sabar apanya?” suara Alvin sedikit meninggi. Semakin terkejut Aleeya mendengarnya. Sampai begitu sekali? Ini bukan teruk lah tetapi semakin parah. Tadi Rina hanya bercerita sedikit saja sebab terkejut dengan kedatangan Rayyan.

“Tentu ada jalan penyelesaiannya kan?” soal Aleeya. Setiap masalah, mesti ada jalan penyudahnya.

“Saya dah suruh berhenti, keluar dari syarikat nie, tapi mak dan ayah Husna mengamuk dengan saya. Husna pula terus balik tinggal dengan dia orang. Kak, ini ke cara hidup orang islam? Iman ke mana, apa ke mana? Lagi teruk dari saya yang tak ada agama dulu?” semakin meninggu suara Alvin. Kalau lah macam ni, macam mana kita nak berbincang Alvin. Eh, rupanya Husna dah tak tinggal sebumbung dengan Alvin ke? Tak tahu pun!

“Tak tau lah kak, saya dah penat macam ni..,” ujar Alvin sambil berlalu keluar dari bilik Aleeya dengan perasaan yang bengang dan sakit hati.

“Alvin!” jerit Aleeya tetapi tidak berjaya menahan langkah kaki adik iparnya dari melangkah pergi dari biliknya. Perbincangan masih belum pun selesai, Alvin sudah keluar meninggalkan dirinya.

Aleeya mengeluh berat. Alvin sudah mengaku kalah rasanya! Macam mana mahu memujuk Alvin supaya berdiri kukuh dengan islam kerana islam bukanlah macam tu? Bukanlah seperti apa yang Alvin alami sekarang kerana islam itu adalah indah dan sempurna sekali.

Petang nanti lah nak cari Alvin, selepas selesai semua kerja kat ofis. Sekarang kena siapkan kerja orang sebelah dulu, takut kalau tak siap mengamuk pula nanti. Lagipun aku datang sini nak buat kerja lah.

Previous: BAB 3
Next: BAB 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.