Home Novel Komedi/Romantik Komedi KAU CINTA AKHIR KU (PENGANTIN EKSPRES 2)
KAU CINTA AKHIR KU (PENGANTIN EKSPRES 2)
pitteriah abdullah
4/8/2013 08:56:09
310,576
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Beli Sekarang
BAB 21

Baju Rayyan sudah dimasukkan ke dalam beg pakaian. Lap top kepunyaan suaminya itu turut diletakkan di sebelah. Pasport dan lain-lain yang penting mungkin sudah berada di tangan suaminya. Ini kali pertama Rayyan keluar outstation selepas dia menglahirkan putera dan puterinya, sebelum ini tak pernah lagi lah suaminya ke luar kota.

Selepas subuh tadi, dia sibuk menguruskan hal suaminya, dan juga menyediakan sarapan pagi untuk ahli keluarganya. Mak kan ada di rumah, jadi tak boleh lah ambil mudah hal rumah tangga takut mak bising pula. Kalau dia dengan Rayyan saja memang tak ada masalah sebab Rayyan tu mudah lah sangat kalau hal sarapan pagi, tapi hati mak perlu di jaga. Itu yang penting!

“Abang tak ke ofis hari ni?” soal Aleeya apabila melihat suaminya masih di rumah sedangkan jam sudah menunjukkan ke angka lapan. Papa baru saja beredar ke ofis sebentar tadi.

“Janji dengan Alvin nak jumpa kat KLIA saja. Rasanya tak masuk ofis dah hari ni, kenapa?” Penerbangan jam 12.00 tengah hari, lambat lagi lah.

“Mana lah tau, nak masuk pejabat tengok apa yg penting,”ujar Aleeya. Tak masuk ofis tetapi sejak dari tadi, masih leka dengan lap top. Asyik berbalas mesej dengan Rina dan Akma saja. Dia ada baca mesej itu.

“Malas lah, lagi pun buah hati tak ada kat ofis!” jawab Rayyan. Aleeya tersenyum saja. Buah hati mana pula ni??

“Abang ada buah hati selepas kahwin dengan liya?” soal Aleeya. Sebelum ini memang dengar dia kaki perempuan tetapi tak akan tak ada yang serius kut. Sekarang pun, masih ada perempuan yang mengikut Rayyan sampai ke bilik. Aleeya tahu akan hal itu kerana Rina ada bercerita kepadanya.

“Hahahaha..,” Mimpi apa pula semalam? Tertiba tanya soalan ni? Aku ada buah hati ke selepas kahwin dengan Aleeya? Mana ada. Liya saja lah buah hati aku. Tetapi memang tak ada pun. Liya saja cinta pertama dan terakhir.

“Orang segak, bergaya, kaya mcm abang mesti ramai buah hati kan?” teka Aleeya sebab Rayyan tidak memberi jawapan. Rayyan menutup lap topnya dan terus bangun menghampiri Aleeya yang sedang memakai tudung. Katanya nak ke kedai beli barang dapur tadi dan Rayyan mengizinkan. Sengaja dia menarik tudung Aleeya dengan manja. Aleeya membetulkan tudungnya apabila tudung itu senget sedikit akibat tarikat dari Rayyan.

“Selama ini tak pernah tanya pun? Kenapa tanya hari ini?” Tahun pertama kahwin, Liya tak dapat anak lagi, dekat setahun kami kahwin barulah Liya mengandung dan dapat anak kembar. Sekarang baby dah dekat 6 bulan usianya. Rupanya dah dekat 3 tahun kami kahwin. Cepatnya masa berlalu, rasanya seperti semalam kami berjumpa dan berkahwin. Masih aku terasa betapa hangatnya cinta kami dan selama ini, dia tak pernah menyoal tentang masa silam aku.

“Sajalah. Abang kan tahu Liya ni bekas tunang Azlan tapi kisah cinta abang, Liya tak tahu pun!” jawab Aleeya jujur. Rayyan merangkul bahu Aleeya, sengaja di dekatkan muka Aleeya di mukanya.

“Agak-agak Liya, abang ni macam mana?” soalnya sambil merenung anak mata Aleeya.

“Mesti lah banyak buah hati..,” Hmm, dah agak dah, dia mesti cakap aku ramai buah hati sebab kaki perempuan. Abang hanya ada Liya seorang saja lah, dalam hati abang. Perempuan-perempuan lain semuanya berada di luar hati abang sebab mereka tak mampu nak goda hati abang.

“Banyak lah sampai tak terkira..,” jawab Rayyan. Nak tengok Liya macam mana kalau aku mengaku macam tu.

“Banyak?? Sampai tak boleh kira? Berapa? 10? 20? 100???” teka Aleeya. Itu sebelum kahwin, sekarang dia hanya milik aku seorang. Hahaha, aku pasti tentang itu.

“Sikit sangat tu,”

“Seronok ke ada ramai buah hati?” Rayyan mengangguk. Sebuah cubitan hinggap di perut Rayyan.

“Hahaha, itu lah orang cakap jangan imbas kenangan lama, nanti sakit hati. Liya memang sengaja nak sakitkan hati Liya sendiri lah,” balas Rayyan sambil mencapai tangan Aleeya. Dikucupnya tangan isterinya dengan sepenuh kasih sayang.

“Abang jangan cari marka pula kat Singapura nanti, tahu kat Liya, pecah Singapura nanti...,”

“Fuyooo, isteri abang nak jadi naga ke apa ni?”

“Liya serius lah!” pengakuan itu membuatkan Rayyan tersenyum bangga dan senang hati. Itu tandanya cinta Liya adalah miliknya kini. Dalam hati Liya sepenuhnya hanya ada nama Rayyan saja. Ah, syoknya hari ini.

“Liya ni kuat cemburu jugak yer dan penakut!”

“Penakut???”

“Ha lah, orang kalau dah yakin kat suami tak akan fikir benda-benda ni semua lah!” balas Rayyan. OO, dia kaitkan aku dengan Azlan semalam, jadi aku sengaja lah tanya soalan merapu tu. Sedangkan aku tahu, dalam jiwanya hanya ada aku saja.

“Hehehe..,” Aleeya merangkul pinggang suaminya dengan manja.

“Orang perempuan suka fikir yang bukan-bukan kat suami dia orang yer. Takut sangat suami cara lain.”

“Mesti lah, tambahan lagi orang macam abang. Semua abang ada. Perempuan mana yang tak suka kan abang!”

“Ha lah tu,” tapi nak cari perempuan macam Liya tu yang susah. Liya ni abang buat apa pun tak kisah. Kalau perempuan lain mesti dah buat perangai.

“Abang! Panggil Aleeya pula.

“Apa pulak?

“Liya sayang abang tau tak?”

“Habis, abang tak sayang Liya ke?” soal Rayyan sebelum mengangkat telefonnya yang berbunyi.

“Alvin, kau pergi sorang lah. Kak liya kau tak benarkan abang pergi lah. Takut abang jumpa perempuan lain lah pulak,” beritahu Rayyan kepada Alvin yang menelefonnya.

“Pulak??? Lembaga Pengarah di sana nak jumpa abang lah kali ni!”

“Tak boleh. Tak mengapa lah kalau kita terlepas peluang berkerjasama dengan mereka kali ini, sebab Kak liya kau menangis nih,” Usik Rayyan membuatkan Aleeya mencebik mulutnya. Geram!

“Mari saya nak bercakap dengan kak Liya!” pinta Alvin. Rayyan menghulurkan telefonnya kepada Aleeya tetapi Aleeya mengelengkan kepalanya, tetapi Rayyan tetap menghulurkan telefon tersebut. Aleeya menyambutnya dan meletakkan ke telinga.

“Kak!” panggil Alvin.

“Yup!”

“Kita orang pergi buat kerja lah, bukan nak cari perempuan pun. Abang tu sayang Kak liya lah, semalam pun papa cakap tidur sampai mengigau, menjerit-jerit sebut nama kak liya. Itu pun kak liya tak percaya lagi ke?” Ah, semalam tu bukan mengigau lah tetapi dalam alam realiti. Itu yang semua orang tak tahu.

“Percaya lah!” jawab Aleeya sambil memberi semula telefon kepada suaminya. Rayyan menyambut lalu meletakkan ke telinganya semula.

“Habis tu?” soal Alvin yang tidak tahu telefon sudah berpindah tangan.

“Habis apa pula ni?”

“Jom lah, tiga hari saja. Sementara papa ada kat sini. Papa tu bukan nak tinggalkan sini pun, dua minggu lagi papa nak ke Australia, cari Kak Julia lah!” pujuk Alvin membuatkan Rayyan tersenyum. Kau semua harap org. Anak bongsu katakan, manja terlebih seperti kak liya kau juga.

“Baiklah!” putus Rayyan. Talian di matikan.

“Pandai-pandai tuduh Liya yer!”

“Hahaha...,” dicuitnya hidung Aleeya pula.

“Kejap saja lah abang pergi. Jaga diri dan anak-anak. Tu dalam perut tu jaga juga!”

“Dalam perut??”

“Cuba check tengok, jangan asyik biar saja semua ni,”

“Check apa?”

“Pergilah check, abang tunggu berita gembira dari Liya nanti,”

Ujar Rayyan sambil mengucup dahi Aleeya. Aleeya menghulurkan tangannya dan Rayyan menghulurkan tangannya untuk dicium oleh isteri kesayangannya.

Previous: BAB 20
Next: BAB 22

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.