Home Novel Komedi/Romantik Komedi CINTA RAFAEL DAN RISYA
CINTA RAFAEL DAN RISYA
pitteriah abdullah
8/11/2013 21:26:42
228,777
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 7

Aduss.. sakitnya. Dia nie pergi ambil makanan atau pergi buat makanan. Lamanya. Aku sudah lah sejak dari tadi tak makan apa-apa pun. Perut kosong! Nak makan ubat penahan sakit dan antibiotik semuanya selepas makan. Nak makan apa? Air mineral.

Setengah jam kemudian baru lah muncul pembantu rumahnya membawa nasi goreng dan air oren. Jadilah tu, boleh juga makan. Kalau harap aku masak sendiri, sampai tahun depan pun belum tentu boleh makan. Adam turut ikut sekali di belakang pembantu rumahnya.

“Terima kasih yer!” ucap Risya. Mahu mengambil sudu tetapi rasa sakit sangat dari belakang. Pembantu rumah berlalu pergi.

“Kenapa?” soal Adam apabila Risya memandang ke arahnya.

“Suapkan saya, boleh?” pinta Risya memohon simpati. Aku nak capai sudu pun tak boleh. Teruk sangat ke kesan meluncur tadi? Teringat mak, terkenang mama dan mummy di rumah masing-masing.

“Awak bukan sakit tangan pun, suap lah sendiri,” balas Adam. Ya, memang lah aku bukannya sakit tangan, tapi sakit kat belakang. Kau tu buta ke apa? Tadi bukan main baik sangat.

“Suaplah!” kata Risya lagi. Adam duduk di hadapan Risya, mengambil sudu lalu menyuapkan ke mulut Risya.

“Awak ni nampak saja kasar, tetapi boleh tahan juga yer tahap gedik tu..,” ucap Adam sambil tersenyum. Kalau lah aku tak sakit, sah-sah aku bagi penumbuk kat muka dia ni.

“Esok pagi hantar lah saya balik yer, biar mak saya jaga saya!” ucap Risya. Tak tahan dah tinggal dengan orang luar saat sakit macam ini. Kalau di rumah kita boleh lah bermanja-manja. Boleh lah mak masak yang sedap-sedap. Tetapi mak tak kisah sangat. Bagaimana dengan mama dan mummy, kalau tahu anak dia di dera macam ini? Tentu kecoh kan??? Tak pasal-pasal masuk penjara pula Nek Yam dan Datin Salbiah di kerjakan oleh mummy, sebab mummy kan peguam yang berjaya dan terkenal. Aduhai, kalau balik mesti, teruk aku kena soal jawab nanti. Mak tentu ceritakan kepada mama dan mummy. Hmmm, susah, susah. Semuanya serba tak kena sekarang.

“Kalau lah saya tahu keluarga awak macam ni, saya tak akan kahwin dengan awak lah. Menyesal sangat nie. Mak tiri garang, nenek pun garang, awak pun garang...,” sambung Risya sebab Adam hanya diam saja.

“Menyesal lah ni?” soal Adam, tak kisah pun dengan kata-kata Risya sebentar tadi.

“Kalau awak baik lain lah cerita, nie perangai macam anak jin..,” balas Risya.

“Silap awak jugak kan? Siapa suruh terima pinangan saya dulu...,” ungkit Adam.

Ah, teringat pertemuan itu. Waktu itu Risya cuba menyelamatkan seorang gadis yang baru kena ragut. Semasa sedang berkungfu dengan mamat samseng itu, Adam datang cuba meleraikan pergaduhan tetapi Risya tertumbuk muka Adam yang menjadi penghadang antara Risya dan peragut. Gara-gara tindakan Adam itu lah, peragut berjaya melarikan dirinya.

“Awak tumbuk muka saya, jawabnya awak kena jadi isteri saya lah, siapa suruh sentuh saya.., “kata Adam menahan kesakitan. Tumbuk sungguh-sungguh ke budak ni. Macam nak pecah muka aku saja.

“hah???” terkejut Risya mendengarnya. Gila ke, sewel ke dia ni? Tak pernah dibuat dek orang pun.

“Awak perlu bertanggung jawab lah, sebab muka saya dah tak segak, dah tak macho lagi, lepas nie siapa pun tak nak kat saya..,” sambung Adam sambil menarik tangan Risya.

“Siapa suruh awak jadi penghalang, tengok peragut tu dah lari lah!” marah Risya sambil mengambil beg kepunyaan seorang gadis yang sedang menangis sejak dari tadi. Beg tersebut diserahkan kepada gadis tersebut.

“Terima kasih, kak!” ucap gadis tersebut.

“Sama-sama dik..,” balas Risya.

“Tak kira macam mana pun awak kena kahwin juga dengan saya..,” tekan Adam sambil menarik tangan Risya.

“Hish, saya penampar muka awak nak?” ucap Risya. Dia nie kenapa teruk sangat. Aku tak pernah jumpa lah orang macam ni?

“Kira penampar awak saja, penampar orang lain awak tak baca lagi..,” perlahan turut Adam membuatkan Risya mengelengkan kepalanya. Apa kes dia ni? Risya mahu berlalu tetapi Adam menarik tangannya.

“Hey..,” jerit Risya.

“Bawa saya jumpa dengan mak ayah kau sekarang juga..,” arah Adam tetapi Risya tidak peduli pun.

Adam mengekori Risya sampai ke rumah. Berkenalan dengan mak dan ayah, dan bermula dari hari itu, hari-hari Adam bertandang ke rumah Risya untuk melamar Risya. Selagi Risya bekeras menolak lamaran Adam, selagi itu lah Adam tetap degil dengan kemahuannya. Lamaran ini berlaku setiap hari, selama sebulan sehinggakan Risya terpaksa mengalah dan menerima lamaran Adam. Itu pun sebab sudah tertawan dengan lesung pipit dan senyuman Adam yang mirip sekali dengan tunangnya iaitu, Fiqri.

Selepas sebulan mereka bertunang barulah mereka berkahwin. Itu pun Adam ni yang nak sangat. Memaksa Risya agar mempercepatkan perkahwinan mereka.

“Tak terima pinangan awak macam mana, kalau hari-hari bertenggek di hadapan rumah saya..,” sambung Risya. Kau ingat aku nie ayam ka apa, yang tuduh aku bertenggek di hadapan rumah kau tu.

“Itu namanya saya bersungguh, lagipun kalau awak tak kahwin dengan saya, siapa lagi nak kahwin dengan awak? Masak tak reti, perangai kasar macam anak drakula saja...,” sambung Adam yang menghabiskan nasi goreng kepunyaan Risya. Risya hanya makan tiga sudu saja, yang selebihnya Adam yang habiskan. Risya mengambil ubat yang diberikan oleh jururawat kepadanya tadi, di telan bersama air putih. Air oren tu dapatkan Adam juga lah jawabnya.

“Memang tak sayang mulut cakap saya anak drakula yer..,”

“Betul kut!”

“Saya cakap kat mama dan papa saya baru awak tahu..,” kata Risya terlepas cakap.

“Hah???” dia sebut mama dan papa, tak kan dah lali kerana penangan ubat sampai nyanyuk kut.

“Tak... tak... saya bagi tau kau mak dan ayah saya..,” kata Risya membetulkan ayatnya tadi.

“Awak tidur lah sekarang, saya....,”

“Jangan ambik kesempatan yer, jadi apa-apa kat saya malam ni, awak siap, saya tumbuk muka awak sampai datin singa tu tak kenal anak tiri dia, nak?” aku tahu lah sekejap lagi aku akan terlelap kerana kesan ubat yang ditelan tadi. Dah lah ubat ni kuat sangat. Sekarang pun dah tak boleh angkat mata. Mengantuk..,

“Sah lah, tak sampai sebulan lagi, awak mengandung anak saya..,” ucap Adam. Risya sudah tidak bersuara.

Kasihannya dia kerana menjadi mangsa tadi. Apa pun aku dan keluarga ku sudah terhutang nyawa kepadanya kerana sanggup berkorban untuk menyelamatkan orang yang paling aku sayang selama ini.
Previous: BAB 6
Next: BAB 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.