Home Novel Komedi/Romantik Komedi CINTA RAFAEL DAN RISYA
CINTA RAFAEL DAN RISYA
pitteriah abdullah
8/11/2013 21:26:42
242,218
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 8

“Ris, abang nak keluar kejap!” bisik Adam Rafael di telinga kanan Risya yang tidur sambil meniarap. Belakang badannya melecur akibat air panas tadi. Adam Rafael ni mimpi ke apa ni? Siap berabang lagi. Atau aku yang tersalah dengar sebab penangan ubat yang doktor berikan tadi.

“Selama ini saya diamkan saja apa yang awak dan mak saya lakukan terhadap isteri saya. Saya jadi tunggul dalam rumah. Mujur lah ada Risya yang telah menyebarkan saya tentang tanggungjawab saya sebagai seorang suami dan bapa..,” tegas Datuk Muiz. Dari tadi mereka bergaduh panjang. Sudah muak telinga ini mendengarnya. Mujurlah Risya mabuk ubat malam ini. Jadi, dia tak dengar apa-apa lagi.

“Perangai awak makin menjadi-jadi yer sekarang, wal hal awak jangan bermimpi nak harta saya sebab segala harta saya sudah saya berikan kepada Adam , isteri dan anak-anaknya kerana Adam adalah pewaris saya yang sah,” sambung Datuk Muiz lagi. Terbeliak mata Puan Salbiah mendengar ucapan itu.

“Muiz, apa Muiz cakap ni, mak pun ada hak jugak lah. Sebahagian harta-harta ayah kau mak dah serahkan kepada Sal!” jerit Nenek Mariam. Sayangkan sangat kepada anak saudaranya yang seorang ini.

“Mak, semua itu tak sah lah. Ayah dah beri harta tu kepada saya seorang, ada nama saya dan nama Adam saja!” jelas Datuk Muiz.

“Mak ngah penipu.. selama ni mak ngah cakap harta-harta itu boleh jadi milik saya.. rupanya mak ngah tipu..,” ujar Datin Salbiah sambil cuba memukul Nenek mariam tetapi dihalang oleh Datuk Muiz dan juga Adam.

“Mak tengok lah, ini ke menantu kesayangan mak? Selama ini mak butakan mata mak, butakan mata saya kerana Sal yang tak guna ini..,” marah Datuk Muiz menyedarkan ibu kandungnya sendiri.

“Hey, Adam ini semua kerana isteri tak guna kau tu lah. Tengok lah, aku akan balas dendam nanti..,” ujar Datin Salbiah terus keluar dari rumah Datuk Muiz. Dua orang anak perempuannya sudah lama keluar dari rumah ini.

“Maafkan mak, aisyah kerana telah banyak melakukan kesalahan ke atas kau. Adam maafkan nenek.. semua ini berpunca dari nenek!” kata Nenek Mariam dengan penuh kesal. Adam memeluk erat neneknya.

Kehidupan keluarga Datuk Muiz kembali ceria, kembali bahagia, kerana sikap Nenek Mariam sudah berubah. Sudah menerima mak kandung Adam dan isteri Adam dalam keluarganya. Alhamdulillah, ini lah rahmat yang paling bermakna dalam keluarga Datuk Muiz.

“Sakit lagi ke?” soal Nenek Mariam kepada Risya yang baru siap meletakkan ubat di belakang badannya.Bubuh sendiri lah. Sehari saja Adam tu menolong, selepas tu letak lah sendiri.

“Dah okey lah, Nek!” jawab Risya ikhlas. Setiap hari nenek yang hantarkan makanan kepada Risya. Bukan pembantu rumahnya.

“Maafkan nenek, nenek yang salah!” ucap Nenek Mariam. Risya mengelengkan kepalanya. Nenek sudah mengaku akan kesalahannya, untuk apa lagi lah hendak berdendam kan? Risya memeluk erat neneknya.

“Ris juga bersalah lah kat nenek..,” ucap Risya. Ha, selesai cepat lah pulak masalah keluarga Adam Rafael ni, sekarang aku nak buat apa yer? Tak kan nak tunggu rahsia aku terbongkar dulu baru nak cakap siapa aku yang sebenarnya? Waktu itu mesti lagi kecoh.

“Ris anak yang baik, Adam bertuah sebab dapat isteri yang baik macam Ris..,” puji Nenek Mariam. Baik kah aku? Rasa macam aku banyak kekurangan sangat. Aku tak layak untuk Adam lah.

Elok lah cakap perkara ini kat Adam, dari hidup berterusan dengan kepura-puraan.

“Ris kena cakap hal sebenar kepada Adam, takut Adam marah kalau dia tahu dari pengetahuan orang nanti,” kata mama. Ibu kandung Risya sendiri. Datuk Ayoib turut ada bersama, hari ini istimewa sangat, sebab yang datang adalah ibu kandung dan ayah kandung sendiri. Mak tiri tak datang, ayah tiri pun tak datang. Hubungan keluarga kami masih baik walaupun sudah berpecah.

“Rasanya Ris tak sesuai untuk Adam lah, mama!” beritahu Risya. Adam tentu tidak boleh menerima kekurangan dan kelemahan kami. Sebulan berkahwin, aku sudah dapat membaca retak kehidupan Adam. Adam tak akan terima kami???

“Habis buat apa Ris teruskan perkahwinan ini? Ris kena ingatlah ada insan yang memerlukan Ris, jangan abaikan dia lah, Risya. Papa tak suka dengan perbuatan Ris sekarang. Menipu diri sendiri namanya nih!” sambung Datuk Ayoib pula. Risya terkesima. Betul, sebulan ini dia telah banyak mengabaikan insan yang paling dia sayang.

Kata-kata mama dan papa tergiang di telinganya. Betul, dia harus mengambil keputusan sekali lagi. Dulu, dia sangkakan Adam boleh mengantikan tempat Fiqri, rupanya salah anggapannya itu. Adam adalah Adam, dan Fiqri ada lah Fiqri. Dua insan yang berbeza.

“Kata ada benda nak cakap tadi?” soal Adam sambil merenung wajah isterinya. Aku terburu-buru menerimanya kerana mahu dia mengantikan tempat Fiqri. Sedangkan dia tidak boleh pun menerima semua ini.

“Carilah Rita, dan bina hidup baru, lepaskan saya!” terus terang Risya membuatkan mulut Adam ternganga luas.

“Apa awak cakap ni?” aku tak faham lah dengan dia ni?

“Saya tak layak lah untuk awak, saya ni tak layak jadi isteri awak. Lagipun masalah keluarga awak sudah selesai, jadi rasanya tak ada masalah kalau awak berkahwin dengan Rita..,” jujur pengakuan itu. Adam kasar teramat. Fiqri pula lebih kepada memahami dan penyayang. Boleh dibawa berbincang dan bertoleransi. Adam tentu mahukan anak sendiri lah tetapi aku???? Rasanya elok tamatkan perhubungan di sini saja.

“Awak cakap mudah yer, kahwin bila suka, tak suka minta pisah. Saya tak pernah jumpa perempuan senget macam awak lah!” ujar Adam. Kahwin baru sebulan, dan rasanya kita perlukan masa untuk sesuai diri lah, Risya!

“Saya silap....,”

“Silap apa??”

“Silap berkahwin dengan awak. Sebelum semua yang manis, menjadi pahit dan sakit, rasanya elok kita berpisah..,” tutur Risya. Sebelum suka bertukar menjadi benci, baik kita berpisah, Adam.

“Hey perempuan, kalau awak cakap macam ni lagi, saya tampar muka awak, nak?”

Hmm.. susahnya cakap dengan Adam Rafael nih.

Previous: BAB 7
Next: BAB 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.