Home Novel Komedi/Romantik Komedi CINTA RAFAEL DAN RISYA
CINTA RAFAEL DAN RISYA
pitteriah abdullah
8/11/2013 21:26:42
244,044
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 21

Balik dari bercuti, kehidupan kami sekeluarga semakin bermakna. Masalah keluarga semuanya sudah selesai. Semua orang sudah boleh menerima Ayien, anak kesayangan Risya dan Adam yang seorang ini. Setakat selisih faham dan pendapat tu perkara biasa lah kan? Perkara kecil saja.

Adam dan Risya lebih banyak tinggal di rumah Datuk Muiz, atas permintaan Datuk Muiz sendiri. Kata Datuk Muiz, dia sunyi tanpa Ayien di rumahnya. Jadi terpaksa lah Risya mengalah. Ikut hati, memang nak tinggal di rumah sendiri, kerana lebih selesa kalau kita berada di rumah sendiri.

Siapa sangka semua ini hanya sementara saja. Hanya seketika saja dan Risya sendiri tidak sangka, perkara ini akan cepat berlaku. Sangkanya biarlah Ayien dewasa dan mengerti akan sebuah kehidupan, baru lah semua ini terjadi, tetapi kita hanya merancang, tidak ada hak untuk menentukan.

“Ini Risya ke?” soal seorang perempuan yang sebaya dengan mak di kampung. Risya mengangguk.

“Saya mak aruah Amir, Ini pula ayah aruah Amir. Kat sebelah sana Puan Solehah, ibu aruah Ellina bersama suaminya Encik Ahmad...,” perkenal Puan Yatie sambil menyambut tangan Risya. Terkejut dan rasa lemah sendi. Matanya melilau mencari Adam kala ini.

“Duduk lah!” pelawa Risya cuba untuk bermesra. Hati sedikit gugup. Akhirnya mereka datang juga mencari hak mereka. Aku bukanlah perahsia, atau pun penculik untuk melarikan insan yang paling aku sayang, tetapi siapa aku untuk mencari mereka ini yang entah di mana.

“Maafkan kami, kerana kami berempat lah semua ini terjadi. Kami yang menghalang perkahwinan Amir dan Ellina, menyingkirkan mereka dalam hidup kami malah tidak merestui percintaan mereka dengan sumpah seranah, akhirnya sumpah kami memakan diri, mereka berdua pergi meninggalkan kami untuk selamanya..,” sambung Puan Yatie sambil mengawal sebak di dalam dada.

Fiqri pernah bercerita tentang kisah sedih ini kepada aku. Amir ada lah teman Fiqri yang paling rapat dulu. Percintaan Amir di halang oleh keluarga, akibatnya Amir dan Ellina kahwin lari di negara luar. Berkahwin tak sampai pun setahun, sudah ditimpa bencana yang paling hebat itu. Ini namanya takdir atau benarkah sumpah seorang ibu menjadi kenyataan? Hanya ALLAH saja yang maha mengetahui.

“Kami baru dapat tahu, mereka ada tinggalkan zuriat mereka kepada Risya, kalau diizinkan, kami sekeluarga mahu melihatnya,” pinta Encik Ahmad pula. Kebetulan Ayien masih berada di rumah Datuk Muiz, dan Adam berjanji mahu menjemputnya petang ini.

“Fiq, nak jaga lah baby ni,” ujar Risya, teringat kenangan ini yang datang semula ke kotak fikirannya. Waktu itu berita sedih tentang kehilangan Amir dan Ellina baru saja di terima dan sebelum ini Amir sempat berpesan kepada Fiqri supaya menjaga zuriatnya sekiranya perkara buruk menimpa dia dan Ellina. Masin mulut Amir, semua itu menjadi kenyataan.

“Kita jaga dia, dan beri dia sepenuh kasih sayang kita berdua,” ujar Fiqri sambil mengucup pipi gebu Ayien yang masih belum mengerti apa-apa.

“Ha, ah!”

“Tapi aruah sempat berpesan, andainya keluarga dia dapat menuntut baby ni, kita kena pulangkan kepada keluarga dia lah, Ris. Mereka yang lebih berhak!” itu pesan Fiqri dan amanat Amir. Tiga bulan saja Fiqri sempat berikan kasih sayang kepada Ayien, Fiqri pula turut terkorban. Maka Ayien tinggal bersama dengan Risya sehingga ke detik ini.

Ooo, macam mana yer sekarang? Mereka datang sekadar melawat atau ingin menuntut Ayien dari tangan aku? Kalau mereka menuntut, bagaimana? Rela kah jiwa ku untuk berpisah dengan Ayien untuk selamanya? Tuhan, berikan aku secebis kekuatan untuk menghadapi dugaan yang besar ini.

“Mama!” jerit Ayien sambil berlari mendapatkan Risya. Adam menurut dari arah belakang.

“Beri salam dulu lah, sayang!” tegur Risya.

“Assalamualaikum, mama!” pantas Ayien memberi salam dan melihat keempat-empat wajah yang sedang memandangnya dengan penuh khusyuk sekali.

Adam kehairanan, melihat para tetamu yang tidak dikenalinya. Tetapi dia tetap bersalaman dengan Encik Ahmad dan Encik Ismail.

“Ini suami saya..,” ujar Risya pula. Adam mengambil tempat duduk di sebelah Risya.

“Ini lah cucu kami tu..,” ucap Encik Ismail sambil memandang tepat ke arah Ayien.

“Ayien, pergi salam dengan nenek dan atuk yer!” arah Risya. Aku harus terima hakikat dan kenyataan. Buah hati aku sebenarnya kepunyaan dan milik orang. Adam memandang ke arah Risya lagi. Apa ni? Abang tak faham lah.

“Abang!” panggil Risya. Aku kena kuat. Memandang kemesraan antara Ayien dan keluarga kandungnya, Risya tersentuh. Ini ikatan kekeluargaan. Darah daging sendiri. Benci macam mana pun, mereka tetap ahli keluarga sebenar bukan aku yang menumpang kasih Ayien.

“Ris..,” panggil Adam. Berat mulut untuk meneruskan kata-kata seakan hati sudah dapat menangkap apa yang bakal berlaku.

“Duduk kejap yer, saya buatkan minuman!” kata Risya terus bangun dan menuju ke dapur. Adam mengekorinya.

“Ris kena ceritakan kepada abang apa yang sedang berlaku!” gesa Adam sambil berdiri di belakang Risya. Memang Risya perlukan abang pun saat ini. Semuanya diceritakan kepada Adam, tidak ada satu pun yang menjadi rahsia lagi. Adam mengeluh perlahan. Berat dan kusut.

Membawa minuman bersama sedikit kuih di hadapan dengan sebuah pandangan kosong. Saat ini Ayien sedang berada di atas ribaan neneknya. Ibu kandung Amir. Hati Risya semakin sayu. Begitu juga dengan Adam. Ini ada lah dugaan paling berat dalam hidup ku, desis hati Adam.

“Jemput lah minum,” pelawa Risya. Puan Solehah dan Puan Yatie hanya mengangguk. Adam hulurkan minuman kepada Encik Ahmad dan Encik Ismail, dan tangan Risya tetap lincah mengatur cawan dan piring. Sedangkan dalam hati sudah pecah sejuta.

“Sebenarnya kami berempat ada hajat besar, Puan Risya!” kata Encik Ismail membuka bicara. Hati ku sudah dapat menekanya. Adam memegang tangan Risya dengan erat. Saling memberi sokongan dan kekuatan.

“Berikan dia semula kepada kami supaya kami dapat menebus segala kesilapan dan kesalahan. Hanya Ayien saja pengubat hati kami, Puan Risya!” tutur Puan Yatie melemahkan segala urat saraf Risya dan juga Adam.

“Hmm...,” kata-kata Risya terhenti begitu saja. Dia mengawal kekuatan dan sebuah tangisan.

“Lagi pun dia hak kami, Puan Risya!” sambung Puan Solehah seolah mengingatkan hakikat sebenarnya.

“Dia juga kepunyaan saya, Puan!” pintas Adam. Aku tak boleh hidup tanpa Ayien. Kalau aku yang hanya baru mengenalinya pun tak boleh hidup, bagaiman dengan Risya, yang sudah banyak berkorban itu? Tentu lagi perit kan.

Mama tak akan menangis di hadapan mu sayang.

Previous: BAB 20
Next: BAB 22

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.