“Abah,
muka Jef ni memang muka nerd sangat
ke?” tanya Jef dalam perjalanan pergi sungai bersama-sama abahnya, Johari.
“Ha? Siapa cakap muka Jef tu nerd?” balas Johari. Walaupun dia
sentiasa sibuk dengan tugasnya sebagai C.E.O syarikat pembekal kain Aurora yang
terbesar di Melaka, dia wajib meluangkan masa bersama keluarganya. Mencari
rezeki, mencari rezeki juga. Keluarga tetap utama. Kalau bukan keluarga, dia
tidak ada semuanya.
Syarikat
utama Aurora berada di Kuala Lumpur sebenarnya. Sengaja dia mahu beralih untuk
menjaga cawangan di Melaka. Urusan di KL diberi kepada orang kepercayaannya.
Duduk
kat KL tu bukan ada apa sangat pun. Bangunan besar-besar je lebih. Pokok, laut
semua tak nampak. Lagipun, biar anak-anaknya belajar menghargai alam.
Budak-budak zaman sekarang kadang-kadang bukannya tahu pun beza pokok tu dan
pokok ni. Bagi tambah sedikit pengetahuan Jay dan Jef.
“Nurul tu lah. Dia cakap Jef nerd.”
“Kamu tu pun satu. Manalah kakak
kamu tu tak bising kalau nak pergi memancing pun pakai baju sekolah?”
“Macam mana abah tahu?”
“Abah dah perasan dari tadi. Abah
senyap je. Malas nak cakap. Kita tengok siapa yang membebel dulu. Mak kamu tu
ke kakak kamu.”
“Confirmlah
kakak dulu! Kakak tu power bebelan
dia memang ten to the power of ten!”
“Ha, tengok tu! Dah mulalah keluar
dengan teori dia yang merapu.”
“Abah ni! Ish, tak nak kawan dengan
semua orang!”
Jef langsung memukul tangan abahnya
tanpa disedari ada kereta yang menghimpit mereka.
BOMMM!
***
Air mata masih lagi mengalir di pipi
mulusnya di hospital sepi itu. Semua orang dia tidak endah. Apatah lagi mahu
menegur. Biarkan semua orang! Yang penting kini dia sedih! Pilu menghempap jiwa
bertan-tan beratnya. Sungguh, dugaan ini dia tidak sanggup untuk hadapi! Mengapa
hari yang permulaannya indah bahagia berakhir dengan duka sengsara?
Ya, dia tahu dia selalu mengusik.
Dia nakal terhadap adiknya Jefri. Namun, itu tidak bermakna dia benci adiknya.
Usikan itulah yang membuatkan hari-hari yang dilalui bersinar dek senyuman dan
moncong adiknya.
“Jef,
please be alive,” luahan yang dikeluarkan hampir tidak kedengaran.
Tangisan masih lagi memenuhi ruang.
Emaknya beredar untuk mencari air sebagai penenang sementara waktu. Dengan
minum air sahajalah dia bagaikan rasa excitability
untuknya menangis kurang.
Johari dan Jef menghadapi kemalangan
teruk dalam perjalanan mereka ke sungai tempat mereka memancing ikan. Usikan
yang mulanya hanya gurauan menyebabkan Johari hilang kawalan. Kereta lain mula
menghimpit dan bergesel yang akhirnya memakan jalan. Kereta Johari terbabas dan
terpelanting ke bahu jalan.
Kereta remuk. Darah mengalir laju
keluar.
Dengan izin-NYA, Johari cuma patah
tangan. Namun, berita menyedihkan adiknya Jef banyak kehilangan darah.
Jay mahu mendermakan darahnya. Jika
mahu disedut keluar semuanya pun tidak mengapa. Asalkan adiknya buka mata.
“Awak?” tegur seorang pemuda yang
tiba-tiba menghampiri Jay.
Gadis itu mendongak. Macam kenal
sahaja dengan pemilik suara garau tetapi mendamaikan itu. Ya, memang tidak
boleh disangkal lagi. Memang tepat tekaannya tetapi apa yang lelaki itu buat di
hospital itu?
“Haffiy? What’re you doing here?” tanya Jay. Saki baki air mata yang
mengalir dilap pantas. Dia tidak mahu lelaki itu melihatnya dalam keadaan yang
sebegitu rupa.
“Awak okey?” tanpa menjawab soalan
gadis di hadapannya itu, dia terus menyoal keadaan Jay.
“Err...saya okey je. I’m fine,” balas Jay tersekat-sekat.
Huh! Aku ni nak menipu pun tak kira rupa. Dah tahu muka teruk bengkak macam
kena sengat lebah lagi mahu cakap okey.
“Kenapa awak menangis ni?”
Terburai lagi air matanya. Dia
memang tidak dapat tahan lagi. Lantaklah dia berada di hadapan siapa sekarang
ini. Dengan menangis itu sahajalah yang dapat mengeluarkan segala cas negatif
dalam badannya. Moga lega.
Haffiy bingkas duduk bersebelahan
gadis itu. Dia cuba memegang bahu Jay agar tersalur sedikit kekuatan buat
perempuan di sebelahnya kini.
“Adik saya...Jef...Dia accident. Severe loss of blood. Severe haemorrhage. Dia perlukan darah
secepat mungkin or he’ll...”
“Shushhh...” Haffiy cuba memujuk.
Dia tidak mahu gadis itu fikir bukan-bukan. Bukan kerja kita menentukan ajal
maut. Itu semua kerja Yang Maha Agung.
“Adik awak darah jenis apa?” soal
Haffiy kemudian.
Tersekat-sekat lagi, Jay menjawab, “Darah
jenis A. Pihak hospital memang dah kurang sangat bekalan darah A. Mak dan ayah
saya darah jenis lain.”
“Awak darah jenis apa?”
Jay menggeleng. “Saya pun lain. Saya
darah B. Saya memang tak boleh nak buat apa-apa. Sekarang ni mereka cuma
mengharapkan ada orang yang sanggup menderma sahaja.”
“Awak, sebenarnya saya darah A.”
Kepala Jay terus mendengarkan
kata-kata Haffiy. Rasa macam dalam mimpi sahaja. Betul ke? Tiba-tiba rasa
ternampak sinar harapan di mata Haffiy.
“Ha? Betul ke?”
“Ya. Last time I checked, saya memang darah jenis A. We must hurry. Jom jumpa doktor terus.”
“Thank
you, Haffiy! Thank you! Thank you! Thank you!” Berulang kali dia menyebut
lafaz terima kasih.
Tanpa disedari dia terus memeluk
jejaka itu. Dia tidak tahu bagaimana untuk mengucapkan rasa terima kasih. Apa
yang dia tahu sekarang ini Haffiy bagaikan pemberi harapan buatnya.
“Eh, sorry, awak. Saya tak sengaja,” ujar Jay apabila menyedari
perbuatannya.
“Dah-dah. Jom!”