Tengah
hari itu lengang sahaja di kafe A Kolej Matrikulasi Melaka. Mungkin ramai yang
sudah makan tengah hari. Mungkin ramai yang sedang mengamalkan diet. Mungkin
juga ramai yang berpuasa sunat.
Hanya
ada sekumpulan pelajar lelaki sahaja yang sedang duduk melepak betul-betul
sembilan puluh darjah di bawah kipas dan 120 darjah menghadap televisyen.
Memang strategik betul tempak duduk mereka. Baru puas hati hendak menjamu
selera!
Gara-gara perut yang sudah berbunyi
macam-macam jenis muzik termasuk tradisional dan moden, Jay, Aten dan Ree
bergegas pergi ke kafe untuk membeli makanan. Kaki masing-masing menghala ke
kaunter. Mata mencari-cari lauk apa yang ada. Sedap tak sedap belakang kira.
Ketiga-tiga gadis itu mencapai
pinggan dan mencedok nasi beberapa senduk. Semua jenis lauk diambil. Ayam masak
kicap, sayur campur dan sambal telur kesemuanya diletak elok dalam pinggan.
Memang rasanya mereka dah tak beberapa hari makan. Kebulur sangat! Padahal,
baru pagi tadi mereka sarapan nasi lemak. Ish...ish...ish...
Selepas membayar, semua duduk di
meja berdekatan dengan televisyen. Doa dibaca. Makanan depan mata terus
disambar. Amboi, tidak sabar betul!
Jay terpandang seorang budak lelaki
yang duduk berdekatan dengan tempat duduk mereka. Macam kenal je. Siapa ek
mamat yang boleh tahan muka macam Jaejoong group
JYJ tu?
Jaejoong JYJ.
Jaejoong JYJ.
Haffiy!
Oh, superhero aku rupanya! Memang jodoh kita bertemu di kafe!
‘Dia dengan siapa tu ek? Aku tak
kenallah. Muka macho-macho macam tu, mesti semua budak fizikal,’ desis hati
Jay.
“Kau pandang siapa tu, Jay?” soal
Ree memecah monolog Jay. Ree menoleh ke belakang untuk melihat gerangan
budak-budak lelaki tidak jauh daripada mereka.
“Ha? Tak ada sesiapa,” balas Jay.
Makanan terus disuap. Hidup kena selamba. Jangan kantoi pulak aku pandang
siapa.
“Eleh, nama pun budak-budak lelaki
macho ada kat situ, mestilah Jay pandang mereka. Nak pandang siapa lagi?” Aten
mencelah. Matanya memandang skrin televisyen yang dia sendiri tidak tahu apa
rancangan yang sedang disiarkan. Tengah hari buta macam ni mesti berita je yang
ada.
“Mana kau tahu?” balas Jay. “Dari
tadi kau asyik pandang TV je.”
“I
have big eyes,” ujar Aten selamba. Ayam diratah semahunya. Sedap!
“Hahaha. Pantang betul kau ni ek!”
“Bukan aku sorang je yang ada mata
besar, Jay ni pun sama je tapi tak pandai cover,”
kata Aten lagi.
“Aku tak pandang semua mamat yang
ada kat situ,” kata Jay. “Aku pandang sorang je.”
Suapan masing-masing terhenti. Dua
pasang mata beralih ke arah Jay.
“Kau kenal siapa-siapa ke kat situ?”
tanya Ree pula.
Makanan ditelan.
Nak
bagi tahu ke tak nak? Nak bagi tahu ke tak nak? Yes? No?
Bagi tahu jelah. Kawan sendiri.
Takkan nak berahsia.
Akhirnya, Jay mengangguk.
“Siapa?”
“Carilah muka yang agak-agak familiar.”
Aten dan Ree lantas menoleh dan scan satu demi satu budak lelaki yang
ada. Ish, nak kata orang tak pandai cover,
diri sendiri pun sama je!
Jejaka kacak pertama: Muka macam Aaron Aziz
Jejaka kacak kedua: Muka macam Shaheed Kapoor
Jejaka kacak ketiga: Muka macam Shaheizy Sam
Jejaka kacak keempat: Muka macam Edward Cullen
Jejaka kacak kelima: Muka macam...unknown
“Semuanya familiar!” ujar Aten dan Ree serentak. Mana tidaknya, budak-budak
jurusan fizikal semuanya jenis ada muka. Eh, takkanlah tak ada muka. Ha, senang
cerita, mereka ni berspesies muka handsome!
Jay mengetuk kepala. Aduh, takkanlah
Jaejoong yang popular lagi kacak bergaya anggun jelita tu korang tak kenal?
“Aku bagi korang satu clue. Budak lelaki yang muka macam...”
Belum sempat Jay mahu menghabiskan ayat, Aten terus menjerit sekuat hatinya.
Sempat lagi dia melompat semasa menyambung ayat Jay.
“Macam budak JYJ!”
Krikkk...krikkk...krikkk...bunyi
cengkerik.
“Kau ni, Aten! Buat malu aku je!
Habis semua budak lelaki tu pandang kita,” kata Jay. Mukanya dah ditutup dengan
kain tudung. Alahai, malunya aku dengan Haffiy! Dahlah mamat tu kenal aku.
“Hehehe...sorry, bro! Aku termelatah tadi. Ada cicak masuk pinggan.” Aten
melambaikan tangannya ke arah budak-budak lelaki handsome a.k.a. tampan itu. Malulah juga tapi hidup kena pandai cover. Hehehe... Itulah Aten. Selamba
dan pandai cover.
“Dah kenal belum yang mana satu?”
tanya Jay.
Aten mengangguk. Dia minat dengan boy band JYJ tapi mata sendiri tak dapat
kenal klon Jaejoong yang mana satu. Apa da...
Ree sahaja yang masih terpinga-pinga.
Dia bukannya jenis yang ingat nama orang. Popular ke tak popular ke semua sama
sahaja. Setakat muka orang putih macam Edward Cullen tu jelah yang dia boleh
cam. Nasib baiklah dia layan juga cerita Twilight. Kalau tak, memang tercopong
je mulutnya mendengar perbualan Aten dan Jay.
“Siapa Jaejoong?” soal Ree.
“Senang cerita macam ni, Ree. Kau
cari je mamat yang muka Korea. Ha, dialah tu yang Jay pandang,” jawab Aten.
Ree menoleh semula ke arah
budak-budak lelaki itu. Oh, yang tu ke?
“Boleh tahan. Macam mana kau boleh
kenal dia?” tanya Ree lagi.
“Panjang ceritanya tapi dialah yang
selamatkan aku masa Larian KAKOM dulu,” balas Jay.
“Masa tu kau hampir kemalangan,
kan?”
Jay mengangguk. Selepas kejadian dia
hampir dilanggar kereta, dia terus bercerita kepada rakan sebiliknya itu.
Berkali-kali juga ditanya siapa gerangan hero tersebut, namun, Jay berahsia. Akhirnya,
terbongkar juga segala rahsia pada tengah hari buta.
“Mamat tu jugalah yang selamatkan
adik aku.”
“No
way!”
“Yes
way!”
“That
is so romantic!”
Jay sudah tersipu malu. Blushing pula!
Seusai makan, Jay mahu berjumpa
dahulu dengan Haffiy manakala Aten dan Ree terus bergerak ke bilik.
Bukanlah Jay mahu menggedik depan
budak-budak lelaki terlebih dos handsomeitu,
tetapi dia hanya mahu berdepan dengan Haffiy. Dia mahu menghulurkan rasa terima
kasih kepada lelaki itu.
Sedar sahaja adiknya Jef kelmarin,
dia berlari terus untuk mencari Haffiy, namun, tidak dijumpai. Peluang yang ada
ini dia mahu gunakan untuk melangsaikan rasa terhutang budi kepada lelaki itu.
Tidak manis pula orang lain sudah membantu tetapi kita membisu.
Kaki melangkah. Meja didekati.
“Ehem...”
Kelima-lima pelajar lelaki yang
sedang asyik berbual itu terus senyap lalu memandang Jay. Dipandangnya gadis
itu dari atas sampai ke bawah berkali-kali. Mata scanner betul!
Eh, budak-budak ni! Apa hal pandang
aku macam tu? Penampilannya dipandang sekilas. Manalah tahu ada kuah kicap yang
tertumpah ke tudung mahupun bajunya.
Clean
and clear. Kenapalah pulak pandang aku macam aku ni baru lepas main lumpur?
Ish, mata tu jangan melekat kat aku je boleh tak? Aku nak cakap dengan Haffiy
je. Bukan korang!
“Em, Haffiy, saya just nak cakap terima kasih pasal hari
tu.” Sedaya upaya suaranya dilontarkan. Malu juga mahu bersuara apabila semua
orang memandangnya.
“Macam mana minah kelas kedua ni
boleh kenal kau, Ryan?” tanya klon Edward Cullen.
Minah kelas kedua?
Ryan?
“Perempuan ni awek baru kau ke?”
soal klon Aaron Aziz pula.
“Takkan
kau nak khianati Maya, Ryan?” Klon Shaheizy Sam pula menyibuk.
Ryan
lagi?
Maya?
Hei,
apa ni?
Lidah terkelu. Mulut membisu. Mata
hanya tertancap pada yang satu. Haffiy.
Haffiy memandang Jay. Jay memandang
Haffiy.
Air sirap bandung disedut. “Maaf ya,
cik adik. Kau ni siapa?”
Dush!
Jay
rasa tertumbuk! Jay rasa mahu pitam saat itu juga! Takkanlah mamat ni bukan
Haffiy? Muka, mata, hidung, telinga, rambut semuanya sama macam Haffiy.
Takkanlah Haffiy ni ada kembar pula? Eh, tadi klon Edward Cullen tu tanya macam
mana Haffiy boleh kenal aku tapi pangkal nama je lain. Haffiy dipanggil Ryan.
Kiranya orang yang samalah tu! Habis tu, kenapa dia buat-buat tak kenal aku?
“Hoi, kau dengar tak?” soal Haffiy.
“Awak tak kenal saya ke, Haffiy?”
soal Jay kembali. Tidak menjawab soalan.
“Aku tak kenal perempuan kelas kedua
ni. Aku kenal perempuan kelas pertama je,” jawab Haffiy selamba.
Amboi, dulu guna panggilan ‘awak-saya’!
Sekarang, ‘kau-aku’ pulak! Suka hati kau je nak panggil aku ni perempuan kelas
kedua! Kau tu, lelaki tak ada kelas!
“Kau nak apa? Kau nak cakap kau suka
kat aku ke?”
Terbatuk-batuk Jay dibuatnya! Aku
suka kau? Boleh bla!
Dengan perasaan yang kian membara,
tangannya terus mencapai gelas air sirap bandung yang masih lagi berbaki
separuh. Semuanya dituang ke kepala Haffiy. Padan muka! Biar kau rasakan macam
mana aku malu depan kawan-kawan kau!
“Cik
Haffiy or cik Ryan or whatever your name is, mesti best kan kena mandi dengan air sirap bandung?”