Rantai
basikal dibetulkan. Selekeh minyak juga tangannya akibat membetulkan rantai
itu. Mana tidaknya, Johari ni bukannya reti sangat pun bab repair-repair ni. Harap je lelaki. Abangnya Johan inilah yang
selalu betulkan basikal.
Dia sayang adiknya walaupun ayah
mereka selalu melebihkan Johari. Yalah, anak bongsulah katakan. Namun, kasih
adik-beradik yang dirasakan sangat utuh. Walaupun dia tahu adiknya itu lelaki
dan boleh jaga diri sendiri, dia perlu ada di sisi Johari.
Pedal basikal dipusing-pusingkan.
Apabila nampak semuanya okey, dia serahkan basikal itu kepada Johari.
“Nah, ambil basikal ni. Dah besar
panjang, umur 17 tahun pun nak suruh aku betulkan. Ngada-ngada!” ujar Johan.
Dilihat adiknya testing sekejap
basikal itu. Manalah tahu kalau rantai basikal tertanggal lagi. Ditunggang satu
pusingan di laman rumah, baru rasa puas hati.
“Kau memang terbaiklah, Han,” puji
Johari. Johan pula sudah membetulkan kolar bajunya tanda bangga. Kembang kuncup
hidung. Barulah jantan!
“Thanks,”
sambung Johari.
“Amboi, terima kasih je?” balas
Johan pula.
“Habis tu kau nak apa?”
“Aku nak upah akulah. Apa lagi?”
Tangan ditadahkan minta duit
dihulurkan.
Huh, kurang asam punya abang! Dengan
adik sendiri pun nak berkira ke? Cet!
“Kalau kau race dengan aku sampai hujung simpang jalan sana, aku bagi RM10.
Amacam?”
“Apa barang RM10? RM20lah. Bukannya
banyak pun. Aku tahu ayah selalu bagi kau duit, kan?” kata Johan.
“Make
it RM15. Boleh?”
“Pandai betul kau negotiate dengan abang sendiri eh? Fine. RM15 it is,” ujar Johan sambil
menggenggam tangan adiknya. Aduh, macam nak lumba motor gamaknya mereka berdua
ni!
Basikal masing-masing dibariskan di
satu garisan yang dicipta dengan kayu ranting. Nak guna spray untuk spray jalan,
mahu nanti kena belasah dengan ayah mereka pula. Suka hati je nak conteng
jalan. Tak pasal-pasal esok tak pergi sekolah.
“Ready...go!”
Basikal dikayuh selaju mungkin.
Nasib baiklah jalan bertar. Kalau berbatu-batu, sakit punggung jawabnya sebab
basikal terhentak-hentak.
Sampai di hujung simpang jalan....
“I
win! Yay!” Tangan dilepaskan daripada handle
basikal dan dihayunkan ke udara. Berasa bangga dengan kejayaan yang baru sahaja
dicipta walaupun tidak diiktiraf oleh mana-mana badan kerajaan.
Masing-masing mengayuh membuat U turn dan menghala ke rumah semula.
Basikal diletakkan di tepi kolam renang. Kedua-dua adik beradik itu duduk di
tepi kolam. Kaki dibiarkan sejuk dek air. Rasa lega sedikit selepas penat
berlumba. Walaupun basikal sahaja, rasa tetap puas hati. Nak lumba motor, motor
pun tak ada. Ayah Johari dan Johan tu tegas sedikit orangnya. Nampak naik motor
sesuka hati mahu kena tangan.
“Nah, ambil duit kau,” ujar Johari
sambil menghulurkan not RM10 dan sekeping not RM5 ke tangan abangnya.
“Hehehe...rezeki aku hari ni.”
Mereka diam seketika menikmati air
sejuk kolam yang merendam kaki mereka. Banglo dua tingkat milik ayahnya itu
memang penat kaki walaupun pusing hanya satu pusingan. Punyalah besar! Duduk
tepi kolam pun jadilah. Malas nak menapak lagi. ATP dah tak cukup!
“Kau nanti nak jadi apa, Jo?” tanya
Johan memecah sunyi.
Johari memandang ke langit kononnya
sedang berfikir sesuatu. Seusai itu, dia terus memandang abangnya di sebelah
yang tua setahun daripadanya.
“Aku nak ikut jejak langkah ayah.
Kalau dapat pegang salah satu jawatan kat dalam syarikat ayah tu pun dah cukup.
Kau?”
“Aku?” Johan pula menunjukkan reaksi
selamba. “Aku suka duit. Aku pun nak jadi
macam kau. Aku nak gantikan ayah nanti bila dia dah tua. Dapat duit banyak.
Boleh aku belanja sakan.”
“Kau cakap macamlah kau tak ada duit
sekarang ni?”
“Kau tak tahu ke? Ayah tu kalau aku
minta je baru dia bagi. Kalau tak, haram jadah dia nak bagi. Lain dengan kau.
Kau mintak ke, tak mintak ke, poket kau tu penuh je.”
“Kau ni tak baiklah cakap ayah macam
tu. Dia baik tau.”
“Ada aku kata ke dia jahat?” Kepala
adiknya ditolak. Hei, adik aku yang sorang ni! Biasalah, akukan abang. Abang
kena mengalah sikit.
***
Memori itu kembali lagi. Memori
bersama adiknya. Ah, sungguh dia tertekan! Rambutnya serabut macam orang sakit
jiwa.
Ah,
lantaklah!
Rasa
sayang yang dahulu sungguh memenuhi pelusuk jiwanya terhadap Johari, kini telah
bertukar menjadi benci!
Ya, dia benci Johari!
Selepas tamat Sijil Peperiksaan
Malaysia, tanpa diminta, Johari dihantar jauh ke England untuk melanjutkan
pelajaran. Manakala Johan pula masih di Malaysia. Menuntut ilmu di tanah
sendiri.
Ya, kadang-kala dia berasa ayahnya
memang tidak adil! Johan pun pasang cita-cita untuk belajar di luar negara.
Kalau diikutkan, keputusan SPM Johan lebih baik daripada adiknya. Johan juga
nak itu, nak ini. Mengapa Johari pula yang dapat semua?
Memang sengaja dia tidak menyatakan
hasrat hatinya itu kepada arwah ayahnya. Mungkin ayahnya akan nampak potensi
diri Johan tetapi langsung ditutup mata. Angan-angan entah ke mana. Belajar di
tanah air juga. Huh, bosan!
Johan belajar bersungguh-sungguh
untuk membuktikan kebolehan dirinya kepada arwah ayah. Kalau boleh, setiap
semester dia rangkul anugerah Dekan dan ditunjukkan kepada orang tuanya itu.
Disangkanya reaksi bangga, gembira dan seronok yang ditujukan tetapi hanyalah
secebis senyuman. Bahu ditepuk dan arwah ayahnya terus beralih. Ucapan tahniah
jauh sekali!
Betapa kecewanya Johan!
Betapa sakit jiwanya!
Sedih!
Balik-balik Johari juga yang dicari.
Johari!
Johari! Johari!
Ah, jangan disebut nama itu! Aku
benci!
Sifat mengalah seorang abang kepada
adik menipis sedikit demi sedikit. Rasa iri hati dan membenci yang menggantikan
perasaan kasih dan sayang.
Hari
demi hari, Johan selalu menyendiri. Johari cuba untuk menegur abangnya, namun,
satu respon positif pun dia tidak dapat.
Kalau
bertanya khabar, Johan akan cakap, “Okey.”
Apabila
ditanya sihat ke tidak, dia akan cakap, “Hurmm...”
Pulangnya Johari ke Malaysia makin
menambahkan lagi sakit hati. Johan yang baru sahaja menapak ke dalam syarikat
ayahnya diberi jawatan yang biasa-biasa. Johari pula, terus menyandang jawatan
tinggi sehingga akhirnya dia yang memegang jawatan CEO. Ada ke patut?
Huh, ayah memang tak adil!
Sepatutnya Johan yang pegang jawatan tu! Johan lebih layak! Bukan Johari!
Johan benci ayah!
Aku benci kau, Johari!
Aku janji. Walau apapun caranya,
akan kurampas apa yang sepatutnya menjadi hak milik aku!
Mati kau Johari!