“Eh,
mana kasut Aina?” tanya Jay apabila mendapati semua kasut milik Aina sudah
tidak ada lagi di rak kasut di hadapan bilik. Ketika itu, dia, Aten dan Ree
baru sahaja pulang dari kafe setelah tamat kuliah.
“Jangan-jangan....” ujar Ree tidak
kehabisan ayatnya. Dia terus mengeluarkan kunci bilik dari beg dompetnya yang
berwarna merah jambu bercorak polka dots.
Aten dan Jay masing-masing dengan muka gelisah. Masing-masing berharap dalam
hati supaya Ree lekas membuka pintu.
Daun pintu ditolak. Masing-masing
meluru masuk ke dalam bilik. Mata mereka tertancap pada katil Aina yang sudah
tidak disarung lagi dengan cadar. Meja belajar milik Aina juga sudah tidak ada
apa-apa barang di atasnya. Bersih semata-mata. Habuk juga tidak ada.
Tanpa berkata apa-apa, beg
masing-masing terjatuh di atas lantai. Aten bergerak menuju ke lokar Aina.
Dibukanya pintu lokar tersebut.
Tidak ada apa-apa di dalamnya
mahupun sehelai baju.
“Aina dah pergi,” tutur Aten.
Ditutupnya kembali pintu lokar.
Jay sudah mula menahan air mata
daripada mengalir. Pandangan dihalakan ke arah meja tengah. Terdapat sebuah
album gambar di atasnya.
Aten, Ree dan Jay duduk mengelilingi
meja tengah tersebut.
“Kepada Aten, Ree dan Jay,” kata Ree
membaca tajuk yang berada di kulit album. Dibukanya album gambar itu
perlahan-lahan. Dibacanya bait-bait tulisan yang terdapat pada setiap gambar.
Gambar pertama yang dilihat: Ketika
orientasi.
-
Masing-masing
berkejar untuk ke kafe setelah solat Subuh. Kita orang pertama yang selalu
sampai dulu sebab duduk kat luar masa kuliah Subuh. Tak menahan betul! =P
Gambar
kedua: Taman permainan di rumah pengarah kolej.
-
Suka
hati kita je terjah kawasan larangan. Huhu.
Gambar
ketiga: Kafe A
-
Kita
bertiga memang selalu ‘mengurat’ pak cik kafe, bukan abang kafe yang
jambu-jambu tu. Hehe.
Gambar
keempat: Bilik A1.2.5
-
Kita
suruh jiran bilik ambil gambar lepas hias bilik. Bilik kita paling cun!
Gambar
kelima: Bilik A1.2.5 lagi
-
Gambar
ini diambil setelah kita semua melaram macam nak kahwin. Jay, thanks for the
makeup! =D
Aten
mengambil sekeping kertas yang terselit di album tersebut. Kertas yang dilipat
kemas itu dibuka dengan berhati-hati agar tidak terkoyak dan menyukarkan mereka
untuk melihat isi kandungan kertas.
Dear chingu[1],
First
of all, aku mahu minta maaf kerana
tak dapat mengucapkan selamat tinggal secara live. Mama dan papa aku nak jemput
aku sebelum pukul 12.00 tengah hari; waktu korang semua tengah kelas. Aku minta
maaf sangat-sangat!
Aku
tahu korang tengah menangis kan? Kan? Kan?
Janganlah
begitu dong! Kalau korang menangis, nanti aku pun sedih juga! Kita kan sehati
sejiwa. Aku nak korang gembira sentiasa. Meriahkan lagi aras kita yang dah
already bising tu! Hehe. =D
Sepanjang
aku kat Kolej Matrikulasi ‘London’ ni dengan korang semua, aku memang rasa seronok
sangat. Korang memang happening
and cool gila! Aku sedih sebenarnya nak tinggalkan korang tetapi
aku yakin tempat aku bukan kat matrik. Aku pasti tempat aku berada di luar
sana.
Akhir kata, walaupun
hari-hari aku bersama korang semua tak lama, namun, memori disulam bersama
tetap berjahit di kotak memori aku. Aku takkan lupakan sampai bila-bila!
Gomapsumnida[2]! Terima kasih atas memori tercipta, kawan!
A goodbye isn’t painful
unless you’re never going to say hello again. Walaupun kita berjauhan, namun, kita tetap
guna Maxis!
Be good girls. Good
luck! Aku doakan korang berjaya! Fighting!
Ikhlas,
Aina =)
Aten,
Ree dan Jay cuba menahan air mata masing-masing. Mereka sedih dengan pemergian
Aina keluar dari matrik. Mereka kecewa kerana tidak dapat bersua muka dengan
Aina buat kali terakhir. Mereka patah hati kerana hanya dapat melihat
sahabatnya buat kali terakhir semasa dia sedang tidur sebelum mereka pergi ke
kelas tadi.
Termenung.
Lidah terkelu. Kata-kata langsung tidak terungkap. Lauk yang dibeli di kafe
tidak bersentuh pun lagi. Rasa sedih masih terlekat lagi di sanubari.
“Well...”
kata Jay memulakan bicara. “She’s gone.”
“Just
like that,” kata Ree pula.
Aten melihat kembali isi kandungan
surat yang ditulis oleh Aina lalu berkata, “Aina tak nak kita sedih-sedih dan
menangis.”
Ya, kata-kata Aten ada kebenarannya.
Melihatkan kandungan surat Aina, jelas terpampang Aina mahu melihat mereka
bertiga bergembira meneruskan pengajian di matrikulasi. Dia tidak mahu
kawan-kawannya bertambah sedih memandangkan mereka tidak dapat bersua muka buat
kali terakhir. Ya, pasti itu yang Aina mahu!
Mereka bertiga menarik nafas sedalam mungkin
membenarkan oksigen masuk ke dalam sel darah dalam badan. Keadaan masih lagi
sayu.
“Okey. Life goes on...”
Bermulalah episod Aten, Ree dan Jay
tanpa Aina di sisi.
[1] Chingu - kawan
[2] Gomapsumnida– Terima kasih