Minggu itu minggu balik kampung.
Semua pelajar dibenarkan dan memang wajib balik rumah. Kalau tak balik rumah,
duduklah kat matrik tu sorang-sorang!
Jay yang kini memang sedang melepak
di rumah sedang melayari internet ketika itu di bilik tidurnya. Maklumlah,
semua benda yang berkaitan dengan pelajaran sudah ditinggalkan di matrik buat
seketika. Tutor semua memang sudah beres dan tidak ada satu latihan pun yang
tertinggal. Semuanya sudah selesai dibuat. Kalau nak tiru pun tidak mengapa.
Hehehe...
Nama pun kalau sudah berada di
rumah, memang honeymoon habis! Tengok
movie tu. Tengok drama ni. Buka novel
tu. Buka majalah ni. Buku pelajaran? Oh,
that is a big no! No belajar-belajar kalau dah ada kat rumah! Malas!
Jay, walaupun dia anak orang berada,
dia selesa dengan keadaan rumahnya yang berada di kampung. Selalunya, orang-orang
kaya nak rumah di bandar. Namun, Jay berasa tenang dengan suasana kampung.
Tidaklah memekik sangat kalau nak dibandingkan dengan bandar.
Dia pernah juga tinggal di bandar
dulu. Balik rumah je, mesti dengar bunyi, “Weng! Weng!”
Bukan Weng orang Cina tapi ‘Weng’
bunyi motor! Oh, telinganya memang selalu sangat menjadi mangsa bunyi motor
yang terlebih frekuensi! Ingat tempat tu diorang punya ke sampai nak main motor
tak ingat dunia?
Kalau dilihatkan cara mamat-mamat
motor tu, memang sengaja mahu mencari perhatian lebih-lebih lagi anak-anak
dara.
Hello,
anak dara sekarang tak main motor. Orang sekarang main kereta. Ada bumbung!
Kalau hujan tak melecun!
“Nurul! Meh sini pergi dapur! Tolong
mak goreng sambal sikit! Jangan nak berangan jadi bini Jaejoong je kat bilik
tu!”
Kedengaran suara emaknya
menjerit-jerit di dapur.
“Mak ni spoil betul! Aku baru nak tengok cerita Merlin ni!” bebel Jay.
Choppp!
Siapa Nurul? Watak tambahan ke?
Oh, dia hanyalah orang yang sama
yang bergelar Jay dalam cerita ini. Nama manja Jay ialah Nurul dalam
keluarganya. Jarang mana-mana ahli keluarganya bahkan sepupu sekalipun
menggelarnya dengan panggilan Jannah, jauh sekali Jay yang kedengaran moden. Semuanya
memanggilnya Nurul. Baru bunyi Arab sikit!
Jay tanpa memberi apa-apa alasan
terus bangun dan menghala ke dapur. Dilihat emaknya sedang menggoreng ikan
bilis. Ada juga bawang yang sudah dihiris terletak elok di dalam mangkuk atas
para dapur. Mungkin emaknya hendak masak nasi lemak. Yes, she’s a genius!
Walaupun emak dan abah Jay mampu
untuk mengupah orang gaji membuat semua kerja-kerja rumah, emak Jay yang
bernama Puan Julia masih lagi menggunakan kudrat sendiri memasak, membasuh dan
macam-macam lagi. Dia masih lagi punya tenaga. Dia masih lagi mampu. Buat apa
nak upah orang gaji yang asal-usulnya tidak dikenali bekerja di rumah itu?
Lebih baik buat semua benda dengan tangan sendiri. Baru puas hati.
Kalau nak diikutkan, memang lebih
mudah jika ada yang membantu. Namun, apa guna anak daranya yang seorang itu
kalau tidak diajar buat kerja-kerja rumah? Orang memang pandang tinggi pada
mereka yang pandai tapi orang akan lebih menghormarti dengan mereka yang
serba-serbi boleh.
Pandai? Dia yakin Jay memang bijak.
Cantik? Boleh tahan sweet. Takkan nak kata anak sendiri
hodoh.
Masak? 60-40. Takkan nak kata anak
sendiri lagi hebat memasak daripadanya. Ehem! Got a reputation to maintain beb!
“Mak, dah mengelamun sampai mana
tu?” soal Jay menghayunkan tangannya di mata Puan Julia. Wanita yang berusia hampir
separuh abad itu tersedar juga daripada lamunan panjangnya. Berangan dialah
chef terhebat di rumah tu!
“Miss
Nurul, Ibaru je berangan sampai dapur rumah ni you dah kacau lamunan I,”
balas Puan Julia seronoh dengan anak gadisnya.
“Aik, tadi kata nak minta tolong
masak. Fine, I’ll just go back to my...”
“Oh,
not so fast, my dear! Ala, mak gurau jelah. Kamu tu yang asyik berangan nak
kahwin dengan Jaejoong, mak pula yang dia kata berangan,” ujar Puan Julia. Suka
dia mengusik Jay.
Jay ada juga bercerita mengenai
budak lelaki serupa Jaejoong yang dikenali sebagai Haffiy itu. Nama pun dah
sedap dengar, mesti muka pun elok je dipandang.
Kadang-kadang
rasa mahu kenal juga dengan Haffiy tu. Apabila diingat balik, Jay memang jarang
bercerita mengenai lelaki. Dia yakin anaknya itu memang kekok sedikit apabila
berhadapan dengan spesies selain perempuan. Mesti ada sahaja yang tidak kena.
Namun, sejak dia mula berada di matrik, dia membuka cerita mengenai jejaka yang
mungkin tampan itu. Sudah pasti hati perempuannya sedikit sebanyak tertarik
sedikit dengan lelaki tersebut.
“Mak ni! Mana ada orang nak kahwin
dengan Haffiy tu! Ish, dia tu kawan jelah. Jumpa pun bukannya selalu pun,” kata
Jay. Dia mengambil tempat di sisi emaknya yang kini mahu memotong timun pula.
“Yalah. Tu kat dalam almari kamu tu,
sejak bila entah ada poster JYJ. Kamu tu bukan suka kat kumpulan Beast tu ke?
Balik-balik show budak-budak Beast
yang kamu tengok kat YouTube tu. Ni sejak masuk matrik dah tambah koleksi JYJ
pulak?” bebel emaknya panjang mengalahkan mak cik bergosip. Tidak sangka juga
emaknya tahu serba sedikit mengenai boy
band Korea. Itu pun nasib baik Jay bercerita. Kalau tak, mesti tak kenal
punya!
“Ala tambah koleksi pun tak boleh
ke? Lepas ni bolehlah tambah Super Junior ke, U Kiss ke, Big Bang ke,
bla...bla...bla...”
“Ah, dah-dah!” celah Julia. “Kamu tu
kalau ber-story telling pasal Korea
memang tiga hari tiga malam tak habis. Sampai esok pun abah kamu tu tak pergi
memancing.”
Jay hanya tersenyum comel. Emaknya
memang sudah faham benar dengan perangainya yang memang gila Korea lepas tamat
SPM. Yalah, lepas SPM memang dikatakan masa yang paling membosankan. Itulah
sebabnya segelintir kawannya yang bekerja. Duit pun bolehlah masuk.
Berlainan dengan Jay, emak dan
abahnya lebih suka dia berada di rumah. Keselamatan lebih terjamin kata mereka.
Padahal, mereka sengaja mahu Jay kemas rumah, masak dan buat benda-benda lain.
Apa-apa yang mereka tahu, balik rumah sahaja, lauk-pauk sudah terhidang di atas
meja. Tinggal makan je. Memang macam raja!
“Abah nak pergi memancing dengan
siapa, mak?” tanya Jay sambil mengambil bawang-bawang tadi untuk ditumis.
“Dengan siapa lagi kalau bukan
dengan adik kamu yang sorang tu,” jawab Julia. Dia menyusun timun tadi ke dalam
bekas. Begitu juga dengan bilis yang baru digoreng tadi.
“Oh, dengan Jef. Jef tu boleh ke
memancing, mak? Tengok muka nerd dia
tu macam tahu tengok buku je,” kata Jay. Kembang-kembang hidungnya apabila bau
tumisan bawang yang agak wangi itu.
“Amboi, pandang rendah nampak kat
aku!” celah Jef yang baru sahaja memasuki dapur. Peti sejuk dibuka. Beberapa
botol air mineral dikeluarkan.
“Ala, betul apa. Muka kau tu macam
tak boleh percaya je nak pancing ikan. Nanti tak pasal-pasal ikan tu yang
pancing kau agaknya,” balas Jay sengaja mahu mengusik adiknya.
“Haha. Very funny!” kata Jef berseloroh. “Kau ingat aku ni tahu tengok
buku je ke?”
“Korang, kalau korang nak gaduh
silakan tapi jangan sampai baling pisau pulak eh. Mak nak pergi tolong abah
kamu jap nak cari barang-barang memancing dia. Remember, no baling-baling pisau okey!” celah Julia.
“Ha,
lagi satu Nurul. Goreng sambal tu jangan sampai hangus pulak!” Dia terus
beransur berjumpa dengan suaminya merangkap abah kepada dua-dua anak remaja
itu.
“Yes, ma’am!” sahut Jay yang kini
memasukkan pula lada yang telah siap dikisar.
“You
heard her. Jangan hangus! Tak makan aku nanti lepas memancing kalau
terbakar sambal kau tu!” usik Jef lagi. Pantang berdamai betul budak dua orang
tu.
“Duhh..
look who’s cooking. Ni Nurul tau! Anak kepada Puan Julia! Pantang sambal
yang aku buat hangus!”
“Yeah,
right.”
“Jef, apa bendalah yang kau pakai ni?
Kau ni pun kalau dah muka buku sangat, tak payahlah nak pergi memancing pun
sampai nak pakai baju sekolah!”
Jef lantas lihat pemakainnya. Ya,
memang betul dia memakai baju sekolah! Oh, malunya! Dia lupa yang dia nak pergi
memancing ikan. Bukan pancing buku!
“Err...err...ni lah yang dinamakan style,” saja je Jef cover line.
“Ha, in your head! Buku manalah yang ajar kau sampai nak pergi memancing
pun kena pakai baju sekolah?”
“Yalah. Aku tukar baju.”
“Jangan sampai kau pakai kain
pelikat pulak!”