Home Novel Komedi/Romantik Komedi Perangkap Cinta
Bab 39

Sejak-sejak bergelar suami, Haris itu semakin sulit diajak berkompromi. Puas berselisih pendapat, akhirnya Dara terpaksa angkat bendera putih. Kemenangan yang disandang selama ini perlu dia serahkan kepada suaminya tanpa rela.


Kata Haris, ada baiknya mereka tidur di rumah sendiri biarpun berkali-kali Dara mengusulkan supaya mereka tidur di rumah orang tuanya Haris. Kata suaminya tak ada privasi.


“Haris?” Dara tercari-cari kelibat Haris.


Sepi. Dara putuskan untuk melangkah ke luar bilik. Lebih menghairankan diruangan tamu tiada langsung kelibat manusia. Sempat juga dia menjengah ke luar rumah. Kereta milik suaminya elok tersidai di laman.


Dan ketika itu deria bau Dara bangkit. Bau itu datangnya dari arah dapur. Bau itu bagaikan magnet yang mengheret dia ke dapur. Di situ dia menemukan susuk tubuh sasa yang hanya bersinglet, berdiri membelakangkan dia. Sempat diperhatikan Haris sedang  mencicip masakannya.


“Nice…” Turun naik kepala Haris.


Sikit lagi Dara hampir melepaskan tawanya bila Haris itu sedang memuji masakannya sendiri.


“Need a help?” Dara terpacak di sisi Haris. Sedia membantu jika Haris perlukan pembantu chef.


“Nope! Almost done.”


Dara menjeling frypan. Memanglah cepat. Setakat masak olio aglio. Tapi bagi lelaki seperti Haris, itu sudah cukup hebat bagi mereka. Harus dipuji, bukan senang nak jumpa lelaki yang pandai masak. Jadi Dara boleh simpulkan Haris itu serba-serbi tahu.

 

“Pergi duduk. I will serve you.”

 

Dara was-was. Serba salah pun ya.

 

“Just, go.”

 

Apa boleh buat. Haris yang menolak dibantu. Jadi buat apa Dara menyibukkan diri. Dia duduk sesuai dengan kehendak lelaki itu. Tak sampai seminit dia panaskan punggung, plate kaca berwarna putih sampai di depan mata. Masih berasap lagi. Dan Haris mengambil tempat bertentang dengannya.

 

“Simple menu. Asalkan perut awak tak lapar malam ni.”

 

Mata Dara perhatikan Haris yang sudah mulakan suapan pertama setelah baca bismilah. Apa yang dipertontonkan lelaki itu kepada Dara, anggukan kepalanya. Dua kali juga dia nampak Haris itu berkerut. Mulut Haris nampak payah untuk mengunyah.

 

“You should try little virgin.”


Seteruk itu ke masakan Haris? Melihat reaksi lelaki ini, terus dia rasa nak tarik diri dari menjadi juri tidak berbayar Haris. Dibuatnya, dia keracunan makanan macam mana? Bila Haris berkali-kali mendesaknya untuk mencuba, Dara tiada pilihan lain.

 

Lambat-lambat dia suakan sudu ke mulut. Sekali dua juga Dara kerdip mata sebelum hujung bibirnya terasa basah, dan rasa itu terus membangkit segala deria-deria rasa sebaik bibir dikemam. Dan otak mula menganalisa. Dara diam beberapa saat sebelum dia berjaya membuat rumusan.

 

“Sedap!”

 

Muka berkerut Haris berganti dengan senyuman lebar. Dan analisa ke dua pun muncul. Haris sengaja nak kenakan dia!

 

“Depan rezeki tak elok marah-marah.”


Salah tanggapan Haris. Rasa marah Dara itu telah tenggelam dek laparnya yang semakin meraja. Apa lagi selepas merasa masakan Haris. Terus perut dia menjerit tak tentu hala minta diisi lagi.

 

“Lepas makan, kita bincang.”

 

Sikit lagi Dara tercekik mendengar ayat Haris. Tak boleh ke Haris bagi dia telan dulu?

 

“Tentang apa?” Tanya Dara setelah dia gigih mengunyah dan belum sempat menjadi cebisan, dia terus telan.

 

“About us.”

 

Terhenti suapan kedua Dara. Dia melirik ke arah Haris yang hampir selesai. Tadi Haris menyekat aktiviti mengunyah dia. Sekarang, Haris matikan terus selera dia. Rasa lapar itu berganti dengan tanda tanya.

 

“Don’t be too serious...”

 

Pujukan Haris gagal! Rasa ingin tahu Dara tak mampu disekat lagi.

 

“I surrender!” Haris bangun bersama pinggan di tangan.

 

“Saya rasa tak selamat. Mungkin saya akan jadi lauk sekejap lagi. Sebab ada orang tu macam nak makan saya.”

 

Bibir Dara bergerak-gerak mengekori langkah Haris.

 

Memang pun. Dara rasa nak rejam saja garfu biar tertusuk ke jantung Haris terus! Rasa sakit hati dia semakin memburuk bila terdengar ketawa besar suaminya. 



 

AIR dalam mulut Dara telah selamat mendarat di atas baju. Haris orang pertama yang menghulurkan tisu. Mug di tangan sudah bertukar tangan.

 

Semua salah Haris. Gurauan suaminya tak kena dengan situasi langsung.

 

Selesai makan tadi, Haris seperti sengaja nak melengah-lengahkan masa. Katanya, ada hal yang ingin dibincangkan tentang mereka. Mana tahu kalau Haris bancuh pula minuman kegemarannya dan muncul bersama dua mug. Terpaksa jugalah Dara terima pemberian lelaki ini.

 

Ketika itulah satu perkataan elok meluncur daripada mulut Dara. Pujian ke dua untuk Haris.

 

“Sedap!”


Ada riak kebanggaan yang Haris berikan kepadanya. Riak manusia yang mendabik dada dengan kebolehannya.

 

“Saya buat khas untuk awak.”

 

Dara pandang muka Haris sambil perlahan-lahan dia membawa mug di tangan rapat ke bibir. Bila lagi dia nak merasa kebaikkan suaminya. Jangan nanti, layanan baik Haris itu hanya sementara. Setelah semuanya terbongkar, boleh jadi layanan Haris berubah.

 

“Dan saya add on ubat tidur. Senang kerja saya nanti.”

 

Gara-gara itulah Dara tak menunggu lama untuk sembur air yang ada di dalam mulut. Bukan baju saja menerima impaknya. Dengan Haris sekali terkena tempiasnya gara-gara gurauan kasar lelaki itu.

 

Dara pandang bajunya yang meninggalkan kesan. Nampak gayanya terpaksalah dia menukar baju. Mana mungkin dia tidur dengan bau air yang menusuk deria baunya. Dia akan meminta penjelasan ‘add on’ itu setelah selesai urusan pembersihannya selesai.

 

Haris sekadar perhatikan Dara bangkit menuju ke bilik. Dia duduk kembali sambil menghirup baki airnya. Sebaik mug kosong, bibir Haris melengkung. Dia bersandar pada sofa sementara menunggu kemunculan Dara. Tak lama. Dia yakin isterinya akan muncul sebentar saja lagi.

 

“Haris…”

 

Tepat jangkaan Dia. Dara muncul bersama muka berkerut-kerut. Macam marah pun ya.

 

“Baju saya mana?” Dara tak tunggu lama melemparkan soalan. Tadi bukan main elok dia meletakkan beg berhampiran wardrobe. Dan dia berniat untuk mengemas bajunya kemudian.

 

Mana tahu begnya sengaja bermain hide and seek. Memanglah begnya beroda, mana mungkin  boleh bergerak sendiri melainkan angkara manusia. Dan manusia yang dicari tentu-tentulah Haris orangnya.

 

Sekarang, Haris pandang dia dengan muka tak bersalah sambil kening sebelah naik tinggi. Macam dia pula salah menuduh.

 

“Saya nampak atas katil tadi.” Kata Haris tak beriak.

 

Ya! Dara pun nampak baju berwarna merah terang tu berada di atas katil yang dilapik dengan bed sheet warna putih. Sebatu pun boleh nampak, angkara warnanya yang mampu menarik perhatian sesiapa pun.

 

“Tu bukan baju saya."

 

“Really?”

 

“Anggap saja itu pemberian dari saya.”

 

Elok bibir atas dan bawah Dara melekat. 

 

“Apa yang ada dalam kepala awak, Haris?" 

 

Ketawa lelaki itu yang menjawab pertanyaan Dara.

 

“Jangan ingat saya tak tahu apa yang awak sorokkan belakang saya."

 

Seluruh tubuh Dara mengeras. Haris telah masuk ke frasa perbincangan yang tertangguh sebentar tadi. Haris hanya merenung kaca tv tanpa sedikit pun memberi tumpuan pada dia. Ini ke yang Haris maksudkan perbincangan?

 

“Apa yang awak tahu, Haris?” Dara beranikan diri bertanya. Dia hanya berdiri tegak beberapa meter daripada lelaki itu. Dan soalan dia berjaya mengalih perhatian Haris.

 

Haris bangkit. Menghampiri Dara dengan muka yang sukar Dara membaca. Namun, langkah Haris itu berjaya membuatkan Dara mundur selangkah, kesedaran dia menyapa. Dia tak boleh takut dengan Haris. Bahaya! Itu yang Haris ingin lihat. Haris ingin lihat Dara gugup. Dan setelah itu, dia yakin Haris akan mengambil kesempatan untuk membuatkan dia goyah.

 

Kini, Haris merapatkan jurang beberapa meter sehingga menjadi beberapa inci saja. Dara terpaksa mendongak. Dia perlu bertentang dengan Haris. Kalau tak hari ini, esok lusa dia juga perlu berhadapan dengannya.

 

“Ask yourself.”

 

Anak mata Dara bergerak-gerak. Dia cuba membaca fikiran Haris lagi. Gagal. Dia gagal mengesan apa jua yang sedang dirancang lelaki ini.

 

Perbincangan mereka tamat bila Haris terlebih dahulu mengangkat kaki. Belum sempat Haris berlalu, suara Dara berjaya menghentikan langkah lelaki ini. Tepat di sisinya.

 

“Umairah.”

 

Haris menoleh.

 

“Awak buat semua tu sebab, Maira?” Sebut Dara lagi.

 

Kini Haris berpusing. Sedikit sebanyak, dia dapat menduga Dara akan membuka kisah itu.

 

“Kenapa?” Dara jadi berani bertentang dengan lelaki ini bila tiada jawapan yang terluah dari mulutnya.

 

Haris hanya mendiamkan diri.

 

“Saya tak tahu apa yang membuatkan awak pilih saya selepas Maira belot cinta awak.” Entah datang dari mana keberanian Dara berhadapan dengan Haris. Sengaja di bawa sepasang tangannya mendakap tubuh sendiri.

 

Dara tidak menemukan bibit kemarahan di wajah lelaki di hadapannya. Saat terpandang halkum Haris bergerak, hati Dara mula bersorak. Tandanya, Haris itu sedang menahan rasa.

 

“Because I love you.”

 

Hampir saja ketawa Dara meletus. Kenapa Dara rasa itu sekadar penipuan? Atau sekadar ingin mempermainkan dirinya sama seperti apa yang sedang dia lakukan sekarang ini.

 

Dara dekatkan diri. Haris belum tahu. Dia juga punya keberanian menggoda. Lelaki seperti Haris sukar untuk ditewaskan. Jadi, dia pilih pendekatan lain. Mencari kelemahan semua kaum lelaki.

 

“Prove it!” Cabar Dara. Jari dia sudah bermain di dada lelaki itu.

 

Ada senyuman tersungging diwajah Haris.

 

Senyuman itu sedikit sebanyak membuatkan Dara tergugat. Sepatutnya, dia yang meletakkan ubat tidur dalam minuman Haris. Biar kerjanya lebih mudah. Siapa tahu kalau Haris itu lebih bijaksana dalam bergurau.

 

“Lepas tu, awak nak jadikan anak kita sebagai cagaran? Kemudian, awak akan ugut saya?”

 

Pergerakkan tangan Dara terhenti. Dinding bibir menjadi mangsa gigitan dia.

 

“Let me guest.”

 

Haris mara. Dekat. Sangat dekat. Dan sikit lagi bibir Dara bakal melekap di dada Haris kalau bukan dia menjauhkan diri.

 

“Cagaran itu supaya saya usulkan pihak atasan untuk buka semula kes yang melibatkan ayah awak dan papa Umairah?”

 

Dara tidak merasa terkejut mendengar perkara itu dari mulut Haris. Yang dia tidak tahu, sejauh mana rancangan dia sampai ke pengetahuan Haris.

 

“Sebab tu awak nampak macam tak sabar nak kita bersama, hurm? Dan awak ingat saya akan diamkan diri anak yang tak bersalah terbabit dalam hal kita?"


Baguslah Haris tahu. Tak perlu Dara pakai topeng muka berlapis-lapis lagi. Dan Dara pilih untuk berdiam diri. Itu senjata paling mujarab supaya dia boleh merancang strategi seterusnya.

 

“I was curious…”

 

Dara mencari sepasang mata Haris. Lelaki itu sepertinya sengaja cuba menerobos benteng pertahanannya bila dia berdiam diri.

 

“Macam mana manusia yang dikurniakan akal boleh berfikiran sempit macam awak?”

 

Ignore Dara! Dia saja nak buat kau marah. Jerit hatinya.

 

“But good try."

 

Dara rasa, kesabaran dia ada hadnya. Kalau Haris menyindir dia sekali lagi, memang dia tidak akan berdiam diri.

 

“Kalau iman saya tak kuat, semalam saya mungkin dah jatuh dalam perangkap awak, Dara."

 

Dara jauhkan kepalanya bila Haris sengaja tunduk, tingkah Haris itu hampir membuatkan pucuk hidung mereka bertemu.Sehabis baik dia menahan nafas. Dan lebih penting, dia tidak akan mengalah walaupun rancangan dia sedikit sebanyak diketahui Haris.

 

“Jadi, awak memang tak nak buka kes tu semula?”

 

Hilang semua raut gatal milik Haris. Dan soalan Dara berjaya menjauhkan lelaki ini daripadanya. Barulah Dara rasa ada udara yang menyusup masuk dari semua ruang. Dada dia juga merasa lapang.

 

“Awak tahu kan ayah saya tak salah?” Tekan Dara lagi.

 

Kini Haris pula mengambil langkah berdiam diri. Apa yang menyakitkan hati Dara, Haris langsung tidak menunjukkan rasa serba salahnya.

 

“Awak tahu saya hanya terlambat seminit masa tu? Awak tahu apa rasanya bila sampai, kes itu ditutup sepenuhnya dan ayah saya perlu langsaikan hutang, dan semua duit yang hilang!” Turun naik tangan Dara.

 

“Sebab apa? Sebab masa tu awak tunang Umairah. Dia gunakan pengaruh awak untuk tutup kes tu.”

 

Dara masih belum lupa kejadian tersebut. Ketika  dia tergesa-gesa ke balai polis untuk bertanyakan kes yang melibatkan ayah. Emaklah orang pertama yang menyampaikan berita ayah dituduh pecah amanah. Dan kes itu menjadi besar bila ayah membuat laporan polis atas tuduhan tidak berasas papa Umairah. Siapa tahu kalau mereka ada orang kuat. Orang itu sekarang berdiri di hadapannya.

 

“Encik! Encik...” Dara mengejar langkah lelaki sebaya ayah yang meninggalkan dia.

 

“Kami perlu tahu, kenapa kes ditutup?” Dara berusaha meraih jawapan.

 

Tiada angin, tiada ribut. Tiba-tiba dia menerima berita kes berkaitan laporan yang dibuat oleh ayah, ditutup sepenuhnya. Malang bertimpa, ayah dilucut jawatan menjadi rakan kongsi. Malah, semua barang yang dibeli melibatkan duit syarikat, dirampas. Kerana itulah Dara muncul di sini. Dia perlukan penjelasan kenapa kes ditutup tanpa perbincangan dari pihaknya terlebih dahulu.

 

“Encik tak patut buat kami macam ni!”

 

Jeritan Dara itu berjaya menghentikan langkah lelaki itu. Malah, lelaki itu menoleh padanya.

 

Dadanya naik tinggi sebelum turun perlahan-lahan.

 

“Saya tiada jawapan untuk soalan Cik. Hanya Tuan Hilman Haris, bakal menantu Encik Razak yang ada jawapan untuk semua soalan Cik.”

 

Dan sejak itu, Dara semat nama lelaki yang berjaya menjadikan keluarganya papa kedana dalam masa yang singkat. Malah, ayah mendapat jolokan pembelot.

 

Namun, silapnya. Dara langsung tidak mengenali siapa Hilman Haris. Dia tidak pernah berjumpa dengan lelaki itu. Entah bagaimana rupa lelaki tu pun, Dara tak tahu. Berbulan juga dia menjadi pengunjung setia demi berjumpa dengan Hilman Haris. Lelaki itu sengaja tidak mahu menunjukkan diri.

 

Sehinggalah dia berjumpa dua karakter yang berbeza. Hilman dan Haris. Gabungan dua karakter itu berjaya menemukan orang yang dia cari-cari selama ini. Hilman Haris yang bergelar suaminya dan kini berdiri di hadapannya.

 

“Do you think I’m bad person?”

 

Dara nampak rahang Haris bergerak-gerak. Pandangan Haris juga hampir menembusi irisnya. Namun itu belum cukup membuatkan dia goyah.

 

“Yes!” Dara tetap merasakan Haris salah guna kuasanya.

 

“Then you’re wrong!”

 

Haris yang salah! Bukan dia. Itu hakikatnya.

 

Belum sempat Dara membuka mulut, Dara rasa pandangannya mula kabur. Kepalanya terasa berat. Tubuhnya sedikit terhuyung-hayang. Berkali-kali Dara paksa diri untuk celik mata. Dan pastinya dia mencari Haris.

 

Dia menemukan senyuman lelaki itu sebelum senyuman itu menjadi dua. Bukan setakat senyuman, muncul bayang menyerupai Haris ada di kiri dan kanan. 

 

Apa yang Dara nampak, ada tiga hingga lima Haris yang muncul. Dan mata dia kian memberat.

 

“You!” Hampir tenggelam suara Dara. Sempat dia berpaut pada sofa berhampiran, dan perlahan-lahan dia jatuhkan punggung.

 

Haris tidak berbohong. Lelaki itu benar-benar ingin Dara lena. Sekali lagi dia mencari Haris, lelaki itu elok bertinggung di hadapannya. Ringan tangan Dara naik ingin menampar lelaki di depannya.

 

Sebaliknya, tangan Dara hanya menampar angin.

Sasaran dia tidak mengena kerana dia tidak tahu di mana kedudukan sebenar Haris. Bayang lelaki itu semakin banyak.

 

“Come! Kita boleh teruskan rancangan awak. Saya boleh guna protection.”

 

Haris tak guna! Sempat Dara menyumpah seranah suaminya.

 

Dia tak mampu menolak bila tangan Haris itu sudah sedia memangku kepala dia yang hampir rebah. Pandanganya juga gelap. Dara hanyut dalam dunianya.

 

Bibir Haris naik tinggi. Di pandang Dara yang terlena di atas sofa. Tanpa berlengah, dia mencempung Dara menuju ke bilik mereka. Dan perkara pertama yang perlu dia lakukan adalah menukar baju isterinya yang kotor. Barulah dia ke perkara yang tertunggak sejak dari semalam.

Previous: Bab 38
Next: Bab 40

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.