Home Novel Komedi/Romantik Komedi Perangkap Cinta
Bab 54

SENYUMLAH seluas mana pun, senyuman itu tetap saja tidak dapat meredakan marah Dara. Dia masih berpeluk tubuh merenung figura yang sedang elok duduk bersandar di kepala katil. Figura tersebut mengesot sedikit, lalu menepuk perlahan sisi katil yang dikosongkan untuk dia duduk di situ.

 

Tapi sayang, Dara masih belum tertarik untuk ke sana. Mata dia masih memaku padanya. Dia masih menunggu suara yang dia dambakan sejak dari semalam. Suara yang dia rindukan. Dia sanggup diri berjam-jam kalau perlu asalkan rindunya terubat.

 

“Sini.”

 

Tak cukup dengan sepatah. Dara kekal begitu. Dia perlukan lebih lagi alunan suara garau tersebut untuk memujuk rajuk dia. Pilihan Dara, dia akan kekal bisu. Dia ingin jual mahal suaranya. Biar tiada nilai untuk dibeli.

 

Keluhannya sampai ke pendengaran Dara, dan itu satu petanda yang sangat baik. Petanda bahawa dia bakal menang besar dalam melancarkan mogok.

 

“Tak kesian dekat abang?”

 

Soalan itu biasa-biasa saja. Yang tak biasa itu, kata ganti namanya. Wajarlah Dara pasang tembok pertahanan cukup tinggi supaya dia tidak mudah mengalah. Dia ingin panjangkan rajuknya.

 

“Tapi abang kesiankan D.”

 

Tadinya Dara teringin benar dengar suaranya. Kini, Dara buat pusingan U.

 

“Kalau tak kesian dekat D, tolong kesian dekat baby.”

 

Bukan setakat perlu pekakkan telinga, sekarang Dara perlu pejam mata. Dia sedang menerima renungan mengoda. Sikit lagi kaki dia goyang, dan dia perlukan apa-apa pun sebagai sokongan supaya tidak jatuh terduduk. Itu sangat memalukan.

 

“D perlu ingat, kaki dan tangan abang tak cedera. Bila-bila masa kaki dan tangan ni bakal beraksi. Apa lagi dah dua hari kita tak berjumpa.”

 

Sebelum hal itu terjadi, Dara mula mengorak langkah pertama. Langkah pertama  itu juga berjaya membuat suaminya tersenyum kemenangan.

 

“Seronok kan?” Dara tidak tunggu lama, penumpuk dia singgah di bahu Haris. Suara mengaduh suaminya tidak dihiraukan. Tadi Haris cuma beritahu tangannya baik-baik saja, bukan bahu. Jadi jangan nak salahkan dia pula kalau tanpa sengaja dia menambahkan lagi kecederaan Haris.

 

“Siapa D? Scandal baru?” Tak sempat Haris mengelak, bahu kiri dia pula menjadi mangsa tumbukan kedua dia.

 

Sakit-sakit pun, Haris masih boleh ketawa lagi. Ketawa yang menyakitkan hatinya juga.

 

“Duduk.” Haris tarik Dara duduk di sisinya. Terlalu lama isterinya berdiri gara-gara marahkan dia. Sekarang, ada nyawa yang perlu dijaga apatah lagi diawal usia kandungan isterinya yang memerlukan penjagaan rapi.

 

Dara jauhkan muka bila merasakan tangan Haris itu sengaja mencari wajahnya. Tak lain tak bukan, Haris masih sedang berusaha keras untuk hapuskan semua rajuknya dengan mengelus pipinya. Itu yang sering dilakukan Haris kalau dia marah. Lama kelamaan, Dara tak larat nak tepis lagi. Dibiarkan saja tangan kasar Haris melekap di pipinya.

 

“Hari ni tak ada senyuman ke untuk abang?”

 

Nope!

 

Senyuman awal-awal Dara sudah tinggalkan di luar pintu. Bahkan dia juga sudah lupa bagaimana untuk tersenyum sebaik melihat keadaan Haris yang terlibat dalam kemalangan di depan matanya sendiri. Haris yang hampir meragut nyawanya sendiri gara-gara ingin menyelamatkan dia. Fikirkan itu, buatkan Dara dihambar rasa bersalah yang tiada kesudahannya.

 

“Puan!”

 

Panggilan dua orang manusia yang menegah dia keluar, Dara abaikan. Dia perlu keluar untuk tahu keadaan Haris. Hampir luruh jantung dia saat melihat kereta suaminya berpusing beberapa kali sebelum melanggar tembok di bahu jalan. Bunyi dentuman itu hampir membawa pergi separuh nyawanya.

 

Bunyi hiruk pikuk sekeliling langsung tidak dihiraukan Dara. Apa yang dia tahu, dia perlu segera sampai pada Haris. Dia mahu berada di sisi suaminya. Dan dia perlu pastikan Haris itu masih bernyawa. Anak mereka perlukan Haris.

 

Hampir putus nyawa Dara saat terpandang separuh wajah Haris itu dipenuhi darah. Namun dia gagahkan jua langkahnya biarpun berat. Berbaki beberapa meter, Haris menoleh padanya. Itu memadai bagi Dara. Tahulah dia, bahawa Haris itu masih bernyawa. Dan suaminya sedang merenung tepat ke wajah. Dara terlebih dahulu memberi senyuman demi menyampaikan mesej dirinya baik-baik biarpun hati dia sama remuk melihat keadaan Haris.

 

Niat Dara ingin mendapatkan Haris terbantut bila dia melihat gelengan kepala Haris supaya dia tidak berbuat demikian. Haris tidak mahu dia mendekat. Haris tidak mahu dia risau. Itu lah Haris. Tetapi sudah terlambat untuk menegah. Kerisauan Dara itu tak mampu dibendung lagi.

 

Selangkah dia mara. Selangkah itu juga berjaya mengubah sorotan Haris. Hampir-hampir dia menjerit bila dihalang untuk mendekat. Mata Dara turun pada bibir Haris yang hampir hilang disebalik darah yang masih belum berhenti mengalir.

 

‘Stay!’

 

Itu bahasa senyap yang Haris sampaikan padanya. Dara dapat rasakan, suaminya tidak mahu dia melihat keadaannya. Haris mahu dia tunggu di situ. Ketika itulah bunyi siren ambulance tiba. Hilang seraut wajah Haris apabila dikerumuni pegawai perubatan. Tahu-tahu saja, Haris yang sedang diusung berhenti tepat di depannya. Tangannya diraih.

 

“Don’t worry…Jaga baby baik-baik.”

 

Dara paksa diri tersenyum biarpun payah. Perlahan-lahan tautan mereka terlerai. Itulah kali terakhir dia berjumpa dengan Haris. Selebihnya, mereka banyak berinteraksi melalui panggilan dan pesanan whatsapp.

 

Lamunan Dara tersentak bila dia merasakan sesuatu. Sesuatu yang dia rasa tidak patut berlaku di sini. Boleh jadi perilaku Haris bakal tertangkap jika ada yang meluru masuk secara tiba-tiba.

 

“Did you kiss me, Haris?”

 

Merah-merah muka Dara. Haris itu sengaja mengambil kesempatan ketika dia tidak sedar. Ketika dia sibuk mengenangkan kejadian Haris yang hampir mati.

 

“I told you before…Tangan dan kaki abang sihat walafiat. Elok lagi. Boleh bertahan berpuluh tahun jika dijaga dengan cukup rapi."

 

Segera Dara berikan sorotan tajam. Rasa geram bertandang bila ternampak senyuman milik Haris. Senyuman yang penuh dengan unsur-unsur dewasa. Dan Haris sedang heret dia sekali ke fikiran yang jauh menyimpang itu.

 

“How baby?”

 

“Macam daddy dia…Always hungry. Saya je tak lapar.”

 

Hilang sepasang mata besar Haris mendengar jawapan balas dia. Senyuman bangga kerana anaknya mewarisi sikapnya.

 

“Why? D tak makan?”

 

‘D’ lagi. Mungkin tempoh hari, impak kemalangan itu hanya tertumpu pada kepala Haris sehingga percakapan suaminya sedikit tersasar dari sebelum-sebelum ini.

 

“D tak bagi baby makan?” soal Haris tidak puas hati bila Dara masih tidak menjawab soalannya.

 

“Awak demam Haris?”

 

Sebaliknya, Dara meraba dahi suaminya. Diabaikan saja soalannya itu. Tidaklah terlalu panas, hanya suam-suam suku saja. Tapi kenapa percakapan Haris itu terasa seperti orang mamai walaupun Dara senang mendengar gelaran tersebut.

 

“Saya panggil doktor.” Dara jatuhkan kaki ke lantai. Boleh jadi Haris itu panas dalam, dan sebab itu Haris nampak seperti berhalusinasi. Seperti di bawah pengaruh dadah.

 

“Demam abang tiada ubat, Dara.”

 

Merepek! Dara rasa merepek Haris itu semakin melarat. Setakat demam, ubat berlambak. Dekat farmasi pun boleh dicari.

 

“Berhenti merepek, Haris! Tunggu doktor datang periksa keadaan awak.” Ada baiknya Haris duduk diam-diam.

 

“Kenapa nak panggil doktor kalau dah ada jururawat yang pantau abang dua puluh empat jam?"

 

Salah pilihan ayat Haris. Ayat yang mengundang amarah Dara. Apa Haris sedang cuba-cuba curang pada dia? Baru sebentar tadi dia selesaikan urusan bekas skandal suaminya, kini muncul lagi seorang.

 

“Siapa yang ajar abang jadi buaya? Tell me…Naim si duda tu? Syah Fareez yang baru lapor diri semalam? Sarjan Rosli yang sedang cuti pencen?” Habis semua yang ada kena mengena dengan Haris disebut.

 

Dahi licin Dara mula membentuk garis halus bila mendengar ketawa Haris yang sudah lama dia tidak dengar.

 

“Mana ada orang lain. Only you. Abang kuatkan diri pun demi D dengan anak.”

 

Mengetap sepasang bibir Dara. Apa yang disampaikan pihak hospital itu seolah-olah memberi bayangan bahawa dia tidak akan dapat berjumpa lagi dengan Haris. Malah, dia mahu ke hospital melihat dengan mata kepalanya sendiri keadaan Haris, namun ditegah keras kerana suaminya tidak mahu dia melihat keadaannya sebegitu. Suaminya tidak mahu Dara bersedih, dan dia tidak mahu kesedihannya bakal memberi kesan pada kandungan. Itu pesanan Haris sebelum masuk ke dalam bilik pembedahan kepada doktor bertugas.

 

Siapa tahu, berkat doanya siang malam akhirnya dia dapat bertemu semula dengan Haris. Pandangan mata  jatuh pada separuh badan Haris yang berbalut. Lukanya agak besar kerana tertusuk sesuatu di tulang rusuk sehingga perlu dibedah.

 

Dara syak, Haris itu ada komplot dengan pihak hospital. Saja nak karang ayat-ayat yang buatkan dirinya risau bagai nak mati. Itu Dara akan siasat kemudian. Tunggu keadaan Haris pulih sepenuhnya barulah dia akan melakukan serangan. Biar Haris tidak menipu satu hal pun.

 

“Tak boleh nak makan…Tak ada selera.” Barulah soalan suaminya yang tergantung sepi tadi dijawab. Selera Dara mati gara-gara Haris.

 

“Sebab abang?”

 

Dia tidak menjawab soalan suaminya. Semestinya Haris tahu kenapa dia tidak punya selera. Kata faham sangat dengan perangai isteri, kenapa perlu diajukan soalan yang Haris sendiri ada jawapannya?

 

“Come on Dara…Talk something. Jangan diam macam ni.”

 

“Siapa lagi punya angkara lagi kalau sebab awak, Haris." Jelingan Dara muncul. Tangan Haris menarik dia duduk semula di birai katil.

 

“Sorry…”

 

Dara tak suka mendengar perkataan tersebut.

 

“D dah kurus sebab abang.”

 

Dara musykil. Haris itu sedang menyindir dia atau memuji sebenarnya. Selera Dara itu hanya mati untuk dua hari. Bukan seminggu.

 

“Nanti kita dinner dekat rumah.”

 

Cebikan dia menyusul terlebih dahulu. Apa Haris ingin jamu dia makan malam hidangan yang disediakan oleh pihak hospital? Boleh jadi penyakit muntah Haris yang kian menghilang itu akan berpindah padanya pula.

 

“Abang dah boleh keluar.”

 

Bersinar terus sepasang mata Dara menerima berita yang dia tunggu-tunggukan.

 

“Bila?” Tanya Dara tidak sabar. Tangan kasar Haris yang singgah di pipinya, diraih lalu digenggam erat.

 

“Sekarang.”

 

Perlahan-lahan bibir Dara melengkung. Kemunculan dia tepat pada masanya untuk menjemput Haris pulang. Dia juga tak sabar untuk sampaikan berita pada Haris. Seminggu dia berfikir untuk membuat keputusan. Kali ini, dia nekad. Keputusan yang dia ambil ini juga untuk kebaikkan semua pihak. Lebih-lebih lagi di pihak dia dan Haris sendiri.

Previous: Bab 53
Next: Bab 55

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.