3
“Banyaknya barang kau, L.”
Sofea membantu Elfira
membawa masuk beg Elfira ke bilik.
“Mana banyaknya.
Baru dua beg. Kira okeylah itu.”
“Familykau tak kisah ke kau pindah
tiba-tiba ni?”
“Papa dan mama aku
okey. Asalkan aku pandai jaga diri dan maruah keluarga.”
“Wow, sporting betul papa dan mama kau.”
“Mula-mula papa aku
tak setuju juga. Dia nak aku majukan syarikat keluarga kami. Katanya kalau
setakat nak jadi pembantu peribadi, di Bumi Jaya pun boleh dan papa aku akan
ajarkan selok belok perniagaan. Tapi aku kata aku nak cuba kat tempat lain dulu.
Akhirnya, papa aku terpaksa akur dengan kehendak aku dan sebab itulah sekarang
ni aku berada di rumah kau.”
“Pandai kau. Peribadi
itu dah tepat tapi bukan pembantu peribadi sebaliknya pemandu peribadi,” usik
Sofea.
“Hem itulah. Kalau
papa dan mama aku tahu aku jadi driver,
confirm aku kena cincang hidup-hidup. Kau pun tahukan mana ada nak Tan Sri
jadi driver. Jatuh saham beb.” Elfira
melabuhkan punggungnya di atas katil. Beg pakaiannya dibiarkan di tepi meja
solek. Sofea turut sama melabuhkan punggungnya di sisi Elfira.
“Itulah kalau aku
ni wartawan, dah lama aku siarkan kisah kau ini di muka depan akhbar aku. Aku
tulis: Seorang anak Tan Sri bekerja sebagai pemandu peribadi,” ujar Sofea
sambil tangannya diawang-awangan. Dia membayangkan artikel itu terpampang di
dada akhbar.
“Suka hati kau aje!”
Elfira memukul tubuh Sofea dengan bantal.
“Ouch, sakitlah!”
“Padan muka kau.
Suka sangat usik aku. Seronokkan?” Elfira mengangkat keningnya. Sofea
mencebikkan bibir. Elfira mengekek ketawa melihat rupa Sofea yang melucukan
hatinya.
“Dahlah, aku nak
masuk tidur dulu miss driver. Esok jangan lupa pergi rumah bos baru kau. Nanti
tertunggu-tunggu pulak Encik Firuz Eidil kau itu. Kesian dia.”
“Amboi-amboi
seronoknya kau kenakan aku eh.”
“Bukan aku nak kenakan
kau tapi betul apa. Aku juga nak ingatkan kau, jangan kau jatuh cinta dengan
bos aku sudahlah. Dia tu dahlah kacak dan bergaya pulak itu.”
“Hish tak sayang
mulut betul kau ni.”
“Apa pulak? Kalau
ALLAH dah kata kau dengan dia berjodoh siapa kau nak tolak takdir itu kan? Encik
Firuz Eidil tu baik. Kau dengan dia pun sama taraf. Kau anak Tan Sri, dia tu pun
anak Tan Sri. Sepadan sangat.”
Semakin galak Sofea
mengusik. Elfira berasa rimas dengan usikan tersebut. Jangan masin mulut
kawannya itu sudahlah. Minta dijauhkan.
“Daripada aku layan
kau, lebih baik aku tidur. Aku pun dah penat sangat ni.”
“Kau halau aku ke
L?” tanya Sofea sambil buat muka sedih.
“Ya, tak reti-reti
lagi ke nak keluar dari bilik beta ni.”
“Tak apa, aku
lepaskan kau hari ini. Tapi hari lain jangan harap. Selamat malam miss driver.”
“Feaaaa!” Elfira
membaling sebiji bantal ke arah Sofea.
Sofea segera
berlari keluar dari bilik Elfira sambil mengejek Elfira. Elfira menghadiahkan
renungan tajam buat Sofea. Dia gembira dengan kehadiran Elfira di dalam rumah
itu. Lepas ni tak adalah dia sunyi lagi. Ada jugalah kawan untuk dia berbual
dan bergaduh. Jika tidak rumah itu sunyi sepi.
Untuk dia keluar
bersama tunangnya jauh sekali. Kesibukan Airel seringkali membuatkan Sofea
berasa bosan. Memandangkan tugas Airel sebagai doktor perlu diutamakan
membuatkan Sofea seringkali dihambat kerinduan. Airel lebih banyak menghabiskan
masanya di hospital berbanding bersama dengannya.
Sementara itu di
bilik, Elfira memandang siling. Dia masih berkira-kira apakah agaknya reaksi
bos Sofea jika dapat tahu yang drivernya
nanti adalah seorang perempuan. Dia tersenyum sendirian. Perlahan-lahan matanya
dipejamkan. Elfira sendiri tidak sedar jam berapa dia tertidur.