7
Elfira memakirkan kereta di garaj. Wajah Firuz Eidil
ditatap melalui cermin pandang belakang. Dia akui lelaki itu memang kacak tapi
perangai lelaki itu yang membuatkan Elfira berasa rimas.
“Dah sampai Encik Firuz,”
beritahu Elfira. Dia membukakan pintu kereta untuk Firuz Eidil.
“Awak boleh balik. Tapi esok jangan lupa datang tepat
pada waktunya.”
“Baik Encik Firuz.
Saya balik dulu. Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam,”
jawab Firuz Eidil perlahan antara dengar dan tidak.
Elfira berlalu
meninggalkan perkarangan rumah Firuz Eidil.
Firuz Eidil
tersenyum sendiri apabila melihat rumahnya yang bersih. Semuanya dalam keadaan
teratur dan kemas. Sempurna di matanya. Firuz Eidil mencalitkan jarinya ke
kabinet. Tiada habuk. Langkah kaki diatur menuju ke tingkat atas. Pintu
biliknya ditolak perlahan. Haruman ambi
pure menusuk ke hidungnya. Terasa tenang dan damai. Lantas tubuhnya direbahkan
ke katil. Dia memejamkan matanya. Dia ingin menikmati ketenangan itu walau
untuk seketika.
Firuz Eidil mengukir senyum apabila terpandangkan Elfira.
Gadis itu kelihatan cantik menggayakan gaun labuh berwarna putih bersih.
Wajahnya tampak ayu. Dia mendekati Elfira dengan jambangan mawar merah. Sebaik
tiba di hadapan gadis itu, dia melutut lalu menghulurkan bunga tersebut kepada Elfira.
Senyuman terukir di bibir Elfira. Indahnya dirasakan saat itu.
Tiba-tiba telefon
bimbitnya berbunyi nyaring. Firuz Eidil terkejut sehingga jambangan bunga itu
jatuh ke tanah. Elfira hilang dari pandangan matanya.
“L, L, awak ke
mana?”
Telefon bimbitnya
semakin nyaring berbunyi. Firuz Eidil tersedar dari lenanya. Dia memandang
sekeliling. Kamar itu sepi tanpa sesiapa.
“Mimpi rupanya!”
keluhnya kesal.
Firuz Eidil
mencapai telefon bimbitnya. Tertera nama Julia di skrin telefon bimbitnya.
“Hai sayang, you kat mana?”
“I kat rumahlah. Kenapa you call I ni?”
“Eh, sejak bila
pulak yang I tak boleh call you?”
“Bukan begitu. I tengah tidur tadi.”
“Oh, sorry Iganggu you. Sayang, you jangan
lupa ya malam ni kita ada date. Suruh
driver you ambil I okey.”
“Maaf sayang, driver I hanya kerja atas urusan pejabat
sahaja. Urusan peribadi dia tak terlibat.”
“Eh, macam itu
pulak. Dia kan personal driver you.Sepatutnya
ke mana sahaja yang you nak pergi dan
tak kira jam berapa pun dia mesti jalankan tugas dia.”
“Sayang, dia itu
manusia. Dia pun perlukan rehat juga. Dah I
nak siap dulu, nanti I ambil you di rumah.”
“Okey. Itunggu
you. Jangan lambat tau. Love you so much.”
“Okey, love you too.”
Firuz Eidil segera
mematikan talian. Jam dinding hampir melewati angka 8. Dia segera bangkit
kemudian menuju ke bilik mandi. Siulan kecil bermain di bibirnya. Bayangan
Julia bermain diruang matanya. Dia sendiri tidak tahu bagaimana dia boleh
bertahan dengan sikap Julia yang adakalanya seperti budak-budak, manja dan kuat
memerintah. Sebab itulah orang kata cinta itu buta. Sebab dia pun buta dek
panahan cinta!
****
“Huarghh, penatnya! Baru sehari kerja dah rasa macam nak
tercabut semuanya.”
Elfira menggeliat.
Rasa letih menyelubungi dirinya. Tubuhnya direbahkan ke sofa. Matanya
dipejamkan rapat. Tenang rasanya.
“Lambat balik L.
Kau dah solat maghrib ke belum?” tanya Sofea yang baru keluar dari biliknya.
“Biasalah jalan
sesak. Dah. Aku dah solat di surau tadi masa dalam perjalanan balik ke rumah,”
beritahu Elfira dalam keadaan matanya yang masih terpejam rapat.
“Aku tahu kau
penat. Tapi pergilah mandi dulu. Takkan kau nak terus tidur.”
“Fea, bagilah aku
rehat lima minit je. Lepas itu aku pergi mandi. Kau masak apa malam ni? Aku
laparlah.”
“Kau tak makan lagi
ke? Bos tak belanja kau makan?”
“Mat singa tu nak
belanja aku makan? Sampai kiamat belum tentu lagi.” Matanya kembali segak. Elfira
duduk menghadap Sofea. Sofea ketawa besar. Kepalanya digelengkan berulang kali.
Geli hati dia melihat telatah Elfira. Elfira mencebik.
“Kau tak jawab
soalan aku lagi. Kau masak apa?”
“Amboi marah
nampak? Aku masak sambal udang dengan sayur bayam tumis aje. Bolehkan?”
“Boleh sangat. Aku
bukan cerewet bab makan yang penting perut aku kenyang.”
“Alhamdulillah
untung aku dapat kawan macam kau. Kalau setengah anak orang kaya itu cerewet.”
“Aku sempoi je.
Kalau kau goreng telur pun aku bedal. Nak harap aku masak memang taklah kan.”
“L, sekali-sekala
kau kena turun ke dapur. Belajar memasak. Nanti senang kau. Kalau kau kahwin
nanti takkan kau nak bibik yang masakkan untuk laki kau atau tak akan kau nak
makan luar hari-hari. Silap hari bulan
terima madu kau.”
“Hish kau ni Fea,
mulut tak ada insurans ke? Beranilah laki aku bagi madu, teruk madu aku itu aku
kerjakan,” ujarnya dengan wajah serius. Makan madu boleh, bermadu memang tak
lah!
“Silap hari bulan
kau yang teruk dikerjakan.”
Sofea masih seronok
menyakat Elfira. Elfira mencemberut. Lantas tawa Sofea pecah apabila melihat
wajah Elfira. Kiut dan kelakar. Elfira semakin memuncungkan bibirnya. Geram
dengan Sofea yang mentertawakannya! Loceng rumah mereka berbunyi. Elfira dan
Sofea saling berbalas pandang.
“Siapa pula yang
datang malam-malam ni?” tanya Elfira.
“Manalah aku tahu.
Sekejap aku pergi tengok.”
Sofea segera ke
pintu. Dia mengintai. Lalu mengukir senyum. Daun pintu di buka.
“Abang Erry,” sapa
Sofea.
“Assalamualaikum
Sofea.”
“Waalaikumussalam.
Masuklah abang. L ada kat dalam,” Sofea mempelawa Erry Edrian masuk ke dalam
rumah mereka.
“Angah!” Elfira
mendapatkan Erry Edrian. Dia mendakap erat lelaki itu. Macam bertahun tak jumpa
lagak mereka. Erry Edrian melepaskan pelukan adiknya.
“Mana angah tahu L
ada kat sini?”
“Mama beritahu.
Mama yang bagi alamat rumah ni. Jadi angah nak tengoklah adik angah yang manja
tapi brutal ni.”
“Abang Erry duduklah
dulu. Biar Fea buatkan air.”
“Tak payah
susah-susah Fea. Sekarang L dan Fea pergi bersiap, kita makan kat luar. Abang
belanja.”
“Betul ke ni angah?
Kalau macam itu L nak mandi dulu. L belum mandi lagi ni. Tunggu tau.” Elfira
pantas menuju ke biliknya.
“Patutlah angah ada
bau kambing tadi. Rupanya orang tu tak mandi lagi. Dah itu siap boleh peluk
angah lagi. Hish, nasib baiklah tak melekat bau kambing tu pada angah. Kalau
tak cancel belanja makan,” usik Erry
Edrian. Sengaja dia cakap kuat-kuat supaya Elfira mendengar tiap butir
bicaranya.
“Angah! Sama je
macam Fea suka buli L,” jerit Elfira dari dalam bilik.
Erry Edrian dan
Sofea ketawa. Mereka memang suka menyakat Elfira. Sebab dengan spontannya dia
akan cepat meradang.