BENCANTUM kening Damia. Dia mendekati
sahabatnya itu yang sedang leka melayari internet di lap-top. Nuha menoleh
sebentar, tersenyum sejuring, kemudian tidak mengacuhkan sahabatnya itu.
Barangkali ada DVD yang ingin diambil oleh Damia. DVD milik Damia bersusun
kemas di rak seperti novel.
“Nuha…”
Damia menyentuh bahu sahabatnya itu.
Nuha
menoleh. Tangan kanannya masih ligat memainkan mouse.
“Kau
serius ke nak jadi P.A mamat tu dalam satu hari?”
Tangannya
diam mendadak.
“Aku
seriuslah.”
Senyap.
Mata mereka saling bertentangan. Damia menggeleng perlahan. Kemudian dia
tersenyum.
“Kau
tak takut terjatuh dengan dia?”
Nuha
tergelak kecil dengan soalan Damia itu.
“Aku
takkan menduakan Syahin.”
“Hey,
sahabat… tak salah pun kalau kau jatuh cinta pada lelaki laki lain. Kau dengan
Syahin bukannya ada apa-apa ikatan lagi.
Orang bertunang pun boleh putus tahu.” Damia mencuit hidung kecil Nuha.
“Aku
tetap setia pada Syahin. Tapi jika kami dah tak berjodoh, aku tak boleh nak
salahkan takdir.”
Nuha
masih percayakan Syahin. Suatu masa nanti Syahin pasti akan melamarnya juga.
Dia perlu bersabar menanti saat bahagia untuk bersama Syahin.
“Syahin
tak ajak kau nikah. Korang dah
bercinta bukan setahun-dua. beb.”
“Emm…”
Nuha meletakkan jari telunjuknya pada dagu.
“Takde lagilah tu.”
“Takpe. Aku sedia menunggu dia.”
Damia
menarik nafas panjang. Dia bingkas duduk di sisi Nuha. Tangannya merangkul bahu
Nuha.
“Moga-moga
setia kau berbaloi. Dan jangan lupa, suka dan duka kau kongsikan pada aku. Aku
akan setia mendengar raungan kau nanti.”
Sahabat
sejati seperti Damia memang sukar untuk dicari.
ARTIS popular seperti Harraz hanya
memakai kereta Proton Gen2 sahaja. Low
profile juga lelaki ini. Terkebil-kebil Nuha melihat Harraz membuka bonet
keretanya. Harraz sedang memeriksa enjin kereta. Lelaki itu cukup santai dengan
kemeja yang lengan berlipat hingga ke siku. Rambut hitam pekatnya disikatkan ke
belakang. Sehelai-dua anak rambutnya terjuntai di dahi.
Jantungnya
pula kian berdengup kencang apabila Harraz mengalihkan wajah ke arahnya. Macam
nak terjatuh cinta pula dengan lelaki ini? Nuha senyum sendiri.
Harraz
meletakkan beg yang dibawa ke tempat duduk belakang. Kemudian melangkah masuk
ke perut kereta. Pintu kereta di sebelah dibukakan dari dalam untuk Nuha.
“Masuk!”
Arahnya.
Nuha
menurut tanpa banyak bicara. Dia mengeluarkan sekeping kertas dari beg
tangannya. Jadual kerja Harraz yang diberikan oleh Amraz.
Harraz
memerhati gelagat Nuha. Sempat matanya menjeling wajah Nuha di sisi. Wajah
comel manis itu tenang, sesekali berkerut seperti berfikir sesuatu.
“Padat
jugak jadual awak bekerja. Pukul 10.00 pagi ni awak ada show talk satu jam di TV
kemudian pukul pukul start12.00
tengahari awak ada shooting sampai
malam. Dua lokasi pula.”
Nuha
menoleh ke arah Harraz.
Harraz
terbatuk-batuk kecil. Tekaknya berasa agak perit sedikit. Dia memandu sambil
memengang lehernya.
“Awak
nampak macam tak sihat aja?” Nuha menyambung kata.
“Saya
tak apa-apa.”
“Kalau
tak sihat batalkan jadual untuk hari ini. Kita ke klinik buat check-up. Takut-takut awak kena demam
ke?”
“Saya
okay.”
“Betul
ni?”
“Yeap.”
Harraz
mengukir senyuman. Terpana seketika Nuha. Senyuman itu tidak kelihatan seperti
senyuman palsu.
Setengah
jam kemudian mereka sudah berada di lokasi stesen televisyen untuk program temubual bersama Harraz. Nuha membuka pintu
belakang kereta. Dia mengangkat beg milik Harraz.
“Berat.”
Desis hatinya. Entah apalah isi di dalamnya.
Harraz
merapati. Dia merampas beg dari tangan Nuha.
“Saya
boleh bawa sendiri.”
“Tapi…”
Harraz
mengerling sekilas jam di tangan tanpa mengendahkan Nuha. Dia mengaturkan
langkah. Nuha menarik nafas panjang mengekori langkah panjang Harraz. Dalam
hati mengutuk diri yang seakan tidak berfungsi sebagai P.A satu hari kepada
Harraz.
NUHA dan Harraz saling membisu di dalam
lif. Wajah Nuha sudah merah udang. Dia cukup malu kerana hampir merosakkan
rancangan temubual Harraz sebentar tadi. Harraz meminta maaf bagi pihaknya. Dia
bukannya sengaja mahu menimbulkan masalah.
Tiba-tiba
lif yang dinaiki mereka berhenti secara mengejut. Mereka tersangkut di dalam
lif. Nuha mengeluarkan telefon bimbitnya. Telefon dilekapkan pada telinga. Dia
mengeluh kecil. Tiada line dapat
disambungkan.
“Nampaknya
kita kena tunggu orang selamatkan kita.” Harraz bersandar.
“Harap-harap
begitulah.”
“Benda
dah nak jadi. Jangan terhempas sudah.”
“Mulut
awak cabul betul.” Marah Nuha.
Harraz
senyum kecil. Sengaja dia menakutkan Nuha.
“Saya
lapar. Awak ada apa-apa untuk dimakan. Macam biskut ke?” Dia lupa untuk
bersarapan pagi. Perutnya masih kosong.
Nuha
angguk. Kebebetulan ada sebungkus biskut Oreo di dalam beg tangannya. Segera
dia membuka zip dan mengeluarkan sebungkus biskut Oreo lalu dihulurkan kepada
Harraz.
Harraz
pandang wajah Nuha tidak berkelip.
“Oreo…”
Nuha
angguk lagi dan tersenyum. Lantas dia membukakan plastik bungkusan biskut Oreo
itu untuk Harraz. Sebotol air mineral turut dikeluarkan dari beg tangannya itu.
“Macam
beg Doraemon beg tangan awak ni.”
Nuha
ketawa kecil.
“Sebab
tu beg tangan saya ni bersaiz besar. Dan dalam beg ni memang sentiasa ada
biskut dengan air mineral sekali.”
“Oh.
Tak kisah saya habiskan biskut Oreo awak.”
“Takpe. Saya ada yang ni.”
Sebungkus
biskut Chips more ditayangkan pada Harraz.
“Chips
more.” Harraz jongket kening.
“Saya
sukakan Chips more.”
Harraz senyum meleret. Harraz
terbatuk-batuk kecil lagi. “Awak…
muka awak nampak pucat sedikit.”
“Saya
tak apa-apa.”
“Awak…
awak tak sihatkan?”
Harraz
menggeleng-geleng.
Nuha
ketap bibir. Tak nak mengakulah tu. Lif bergerak semula. Kedua-duanya menarik
nafas lega.