Home Novel Komedi/Romantik Komedi OREO dan CHIPS MORE
OREO dan CHIPS MORE
Illya Abdullah
22/6/2015 19:17:22
40,430
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 5

“ASSALAMUALAIKUM…” Suara ala lunak manja itu membuatkan Harraz memusingkan tubuhnya. Seraut wajah membalun pandangan. Menghentam hati dengan paluan kencang. Harraz terpana sebentar.

Gadis manis bertudung shawls itu melukiskan senyuman di bibir. Nampak santun orangnya. Amraz turut berdiri di sisi gadis tersebut.

“Waalaikumusalam.” Harraz membalas. Dia pernah bertemu dengan gadis itu sebelum ini.

“Maaf sebab buat Encik Harraz menunggu lama.” Ucap Nuha lagi.

Harraz memandang ke arah Amraz.

“Cik Nuha Alwani dari Rosella Advertising.” Amraz memperkenalkan Nuha kepada Harraz.

“Em.” Harraz seperti tidak berminat dengan sesi perkenalan antara mereka.

Riak muka Harraz nampak tegang. Nuha menelan air liur berkali-kali. Keyakinannya tidak boleh luntur ketika ini. Kalau dia mengalah, maka dia akan dibuang kerja.

“Silakan duduk Cik Nuha. Kita berbincang sambil minum-minum.” Jemput Amraz ramah.

“Makan dan minum bayar sendiri.” Harraz menokok.

Nuha mengerling lelaki itu. Macamlah dia terhegeh-hegeh pinta dibelanja makan dan minum. Dia ada duit, tahulah dia membayar sendiri.

“Jangan ambil hati.” Amraz berbisik.

Nuha masih tersenyum. Senyumannya masih manis bergula. Mungkin Harraz sedang menguji sekebal mana ketahanan pada hatinya.

“Tekak saya masih basah lagi. Perut saya masih kencang lagi.” Nuha membalas selamba.

“Okaylah, rasanya lebih baik kita terus ke topik utama kita.” Amraz segera mencelah sebaik menyedari air muka Harraz mula berubah.

“Saya rasa Encik Harraz dan Encik Amraz sudah tahu tujuan temujanji ini. Pihak klien kami telah menyediakan kontrak untuk satu iklan komersil yang memerlukan khidmat dari Encik Harraz. Iklan tersebut…”

“Saya tidak berminat.” Tidak habis Nuha menerangkan Harraz sudah memintas.

Agak dah! Mesti dia menolak.

“Encik Harraz tawaran yang diberikan amat lumayan. Scene yang diberikan pun...” Nuha masih bersabar.

“Maaf saya tidak berminat. Cari muka lain untuk model iklan tu.” Harraz menolak mentah-mentah.

Cakah (Sombong).” Nuha terlepas cakap. Segera dia menekup mulut.

“Awak cakap apa tadi?” Jelingan tajam Harraz terus menikam ke muka Nuha.

Nuha tersenyum.

“Saya cakap apa ya tadi.”

Cakah. Apa cakah tu?”

Lega. Nasib baik Harraz tidak tahu bahasa Banjar yang disebutnya. Dia berasal dari perak tetapi emaknya ada keturunan Banjar. Serba sedikit dia belajar bahasa itu dari emak.

“Saya ada cakap ke? Rasanya takde. Betul tak, Encik Amraz?”

Amraz hanya mengangguk.

Harraz tahu dia tak salah dengar tetapi dia tidak mahu memanjang cerita.

“Simpan aja tawaran dari klien awak tu. Saya tidak berminat nak berlakon dalam iklan walaupun ditawarkan emas satu gunung.”

Harraz bingkas bangun.

Nuha mengebam bibir. Asal mamat ni tak mahu terima agaknya. Rasanya iklan tu tidaklah teruk mana. Bukannya iklan tak senonoh pun.

“Encik Harraz… baca dulu kontrak yang disediakan. Saya tak iklan ni tidak membawa sebarang pulangan kepada Encik Harraz? Kalau soal waktu shotting tu kita boleh bincangkan agar tak bertindih dengan jadual shotting Encik Harraz yang lain. ”

Nuha tidak berpuas hati dengan cara Harraz menolak. Tiada langsung alasan kukuh diberikan.

“Amraz… kita gerak sekarang. Aku ada shooting pukul 3.00 petang ni.” Harraz bangun dan menjeling ke arah Amraz.

Jelingan Harraz sudah cukup memberikan isyarat kepada Amraz. Amraz hanya tersenyum-senyum.

“Maaf Cik Nuha. Kami minta diri dulu.”

Amraz turut bangun dari duduknya.

“Encik Harraz Aryan… saya tidak akan berputus asa lagi. Awak akan berlakon dalam iklan tu!”

Whatever!”

Harraz dan Amraz berlalu.

Macam itu saja dia tamatkan sesi temujanji mereka. Nuha merengus kecil. Geram bercampur sakit hati.

“Takpe, kau tunggu dan lihat. Kau akan sain kontrak iklan tu jugak nanti. Nuha Alwani tidak mudah goyah dengan mudah sekali.”


“HARRAZ… dia takkan berputus asa pujuk kau.” Suara Amraz ketika mereka berada di dalam kereta.

“Dia akan mengalah nanti nanti.”

“Kau ni suka betul uji orang ya?”

Harraz menarik nafas panjang.

“Aku ada sebab aku sendiri.”

Harraz sudah memenggang stereng kereta.

“Kau tahu apa yang dia maksudkan cakah pada aku tadi?” Harraz menyoalAmraz.

Amraz jongket bahu.

“Manalah aku tahu bahasa apa?”

“Hmm… Bahasa negeri mana agaknya? Bunyi macam pelik.”

Harraz menghidupkan enjin kereta.

“Kita nak ke mana ni? Shooting hari ni kan dibatalkan.”

“Lepak-lepak rumah aku, main game.”

Alright. Cantik tu.”

Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.