Home Novel Kisah Hidup ASSALAMUALAIKUM NABILA
Bab 17

 

Lapan bulan kemudian…

          “Hari ni saya nak kamu semua buat satu video mengenai tentang ‘Perpaduan Antara Kaum’.” Sir Sharizat mengarah pelajar-pelajarnya untuk membuat satu projek dalam subjek ‘Hubungan Etnik’ itu.

          “Yes, aku dah ada idea.” Anis teruja dengan pendapat pensyarahnya itu.

          “Baguslah, boleh share dengan aku idea kau tu.” Aku menyampuk lalu mengangkat keningku kepadanya.

          “Mestilah, aku dah set kat kepala otak aku, kau dengan Shasha dalam group aku.” Anis tersengih lalu laju sahaja tangan kanannya mengambil sebatang pen hitam untuk menulis sesuatu di atas sehelai kertas A4 putihnya itu.

          “Ehh, pulak.” ‘Hey Cik Anis ni, gelabah betul dia ni. Mentang-mentanglah aku duduk sebelah dia, terus nak cop. Tidak mengapalah, janji kita sama-sama buat kerja dan tak stresskan diri’. Aku bermonolog lalu melihat sahaja gelagat Sir Sharizat yang sedang menerangkan tentang tajuk projek yang akan kami lakukan sebentar lagi.

           “Saya nak kamu semua cari 10 orang dalam satu group.” Sambung Sir Sharizat.

          “Weh, kita perlukan lelaki dalam group kita.” Anis berbisik kepadaku.

          “Sha, kau nak lelaki tak.” Aku terus menanyakan kepada Shasha.

          “Weh, aku dah ada pakwe aku. Aku tak perlukan lelaki lain.” Shasha terkejut dengan persoalan Nabila itu.

          “Hishhh, bukan laki kau. Dalam group kita ni.” Aku menepuk dahiku lalu tersenyum seketika.

          “Ouhh ya.” Shasha tergelak sahaja.

          “Entah, apalah Shasha ni.” Anis memandang ke arah Shasha lalu membebel seorang diri.

          “Setiap kumpulan kena ada bangsa yang berlainan.” Sir Sharizat mencelah lagi.

          “Kalau tak ada, tolak markah.” Tegas Sir Sharizat.

          “Cik Anis, macam mana?” Aku mengangkat keningku lalu tersenyum sinis.

          “Alaaa.” Anis berasa kecewa sedikit.

          “Haaa Anis, macam mana?” Shasha pula yang mencelah.

          “Kooma, Seri, Vidya..” Aku memandang ke arah tiga orang pelajar yang berbangsa India lalu terus memanggil mereka untuk menyertai dalam kumpulan kami.

          “Cantik, aku panggil dua orang budak Sabah tu ye.” Anis menunjukkan arah kepada dua orang pelajar perempuan yang berpakaian baju kurung itu.

          “Perlu ke.” Aku membuat muka kepada Anis.

          “Kenapa?” Anis kebingungan.

          “Sebelum kau panggil dorang, baik panggil dua orang jejaka yang tengah berborak kat hujung sana tu.” Aku menyahut sambil mengarahkan Anis untuk memanggil dua orang pelajar lelaki yang berpakaian kemeja merah dan seorang lagi yang berpakaian kemeja hitam.

          “Syafiq dengan Din tu..!!! Tak naklah aku.” Anis menarik muka lalu memuncungkan mulutnya sedikit.

          “Pulak dah.” Aku mengecilkan mataku ke arah Anis.

          “Kata nak lelaki kan.” Shasha mencelah.

          “Bukan, aku segan nak panggil.” Anis berasa malu lalu menyorokkan mukanya disebalik buku lognya itu.

          Aku terus memandang Shasha lalu aku tergelak kerana berasa geli hati dengan perangai rakan sekelasnya itu. Shasha hanya menggelengkan sahaja kepalanya sambil menahan gelaknya untuk ketawa lalu menundukkan kepalanya untuk melihat sesuatu di muka skrin telefon pintarnya itu.

          Sudah lapan bulan aku belajar di Shah Alam dan tahun ini adalah tahun kedua aku di aliran ‘Pengurusan Sumber Manusia’. Subjek yang sukar bagi Nabila adalah subjek mengarang yang memerlukan idea dan huraian dalam setiap kata kunci yang diperlukan. Dari sekolah rendah lagi Nabila memang sukar untuk mengeluarkan idea untuk mengarang dan otak menjadi tepu apabila terlalu banyak berfikir.

          Nabila hanya memerlukan beberapa idea yang boleh menganalisiskan sesuatu yang berkaitan dengan logik akalnya sendiri. Apabila sudah berada di peringkat Universiti ini, Nabila sudah tahu bagaimana untuk mengatasi setiap ujian atau cabaran yang diberi. Dia hanya memerlukan ketenangan apabila berfikir untuk melakukan sesuatu perkara tersebut.

          “Bil, kau ada masa tak petang ni.” Shasha memanggil Nabila yang sedang menaip sesuatu di dalam telefon pintarnya.

          “Esok petang free dengan pagi.” Aku menyahut tanpa menoleh ke arah Shasha.

          “Ingatkan nak ajak pergi interview orang petang ni.” Shasha hanya memuncungkan mulutnya sahaja.

          “Petang ni aku free je.” Aku menyahut lagi.

          “Betul ni.” Shasha berasa gembira dengan jawapan Nabila. Nabila hanya menganggukkan sahaja soalannya itu.

          “JOM GERAK..!!!” Aku tersentak apabila Shasha menjerit lalu dia bergegas ke biliknya untuk menukar pakaian.

 

……………………………………………

          “Dah ramai dah ni kita interview orang awam.” Aku menyelidik setiap soalan yang ditulis di dalam buku kecil Shasha.

          “Tulah, cuma tinggal part nak rakam conclusion dorang je.” Shasha menyahut.

          “Lepas tu tinggal nak edit video je.” Aku mencelah.

          “Ehh, tarian kita tak buat lagi.” Sambung aku.

          “Esok petang kita buat tarian kat kelas jelah, nak..!!!” Shasha memberi pendapat sambil meneliti semula video yang baru sahaja dirakam olehnya dan Nabila.

          “Cakap je kat dalam group.” Jawab aku.

          “Nanti, sapa nak edit video?” Shasha mempersoalkan tentang video yang dirakam untuk projek kami satu kumpulan.

          “Group kita kan ramai, tak kan laa semua benda kita nak buat.” Rungut aku seketika.

          “Apa gunanya satu group, kalau tak boleh bekerjasama.” Aku merungut lagi lalu mengerutkan dahiku sambil membelek-belek buku kecil itu lagi.

          Shasha hanya mengiyakan sahaja kata-kataku itu tanpa membantah lalu dia teringat akan sesuatu perkara yang sedang bermain di fikirannya.

          “Bil, nanti gi kedai ‘Ustaz’ jap.”

          “Okay, nanti teman aku pula gi kedai ‘Ustazah’ ye.” Aku hanya memandangkan sahaja raut wajah Shasha yang kelihatan agak kebingungan di situ.

          “Ada ke?”

          “Ada, kat sebelah kedai ‘Ustaz’ je.” Aku menjawab dalam keadaan yang tenang.

          “Aku tak perasan pun.” Shasha kebingungan lagi.

          “Senang betul kau ni kena tipu.” Aku tergelak apabila melihat gelagat Shasha yang dalam kebingungan itu.

          “Hishhh, NABILA..!!!” Shasha berasa sedikit geram dengan perangai sahabatnya itu lalu dia pun berasa geli hati untuk gelak tawa bersama.

          Masa begitu pantas dan masa ini juga tidak boleh diundurkan kembali, hanya kita sahaja yang perlu menghargai setiap masa yang ada. Setiap detik yang kita alami tidak semudah itu untuk kita dapat melupakannya.

          “Dong.. Dong.. Ding.. Dong..”

          “Dong.. Dong.. Ding.. Dong.. Dong.. Ding..” Shasha terpegun melihat gegendang yang dipukul oleh sekumpulan tarian singa itu yang berhampiran dengan kedai ‘gadget’ iaitu dinamakan dengan kedai ‘Ustaz’.

          ‘Wah, tarian singalah,’ Shasha bermonolog lalu terfikir akan sesuatu perkara. ‘Kalau aku buat rakaman untuk projek kita ni memang sesuai sangat dengan tema perpaduan, jap.. Nabila mana?,’ fikir Shasha lagi lalu dia terus bergerak untuk mendapatkan Nabila yang masih lagi di dalam kedai Ustaz tersebut.

          “Yang ni macam cantik.” Nabila rambang mata apabila melihat pelbagai ‘earphone’ dengan reka bentuknya yang unik.

          “Ehh, tak, tak, yang ni lagi nice.”

          “Ehh bukan, yang lagi perfect.”

          “Ehh, no, this one. Ada yang nak sapu semua ni kang.” Nabila membebel seorang diri kerana tidak dapat membuat pilihan yang tepat.

          “Yang biru ni nice.” Sampuk seorang jejaka yang berambut kerinting dengan berpakaian t-shirt hitam dan berseluar jean kelabu itu.

          “Kalau tak pun, yang pink ni cun juga.” Sambung jejaka itu.

          Aku hanya mengecilkan sahaja mataku ke arahnya lalu memandang ke arah pilihan yang dipegang olehnya. ‘Agak-agaklah warna pink, time kecil-kecil dulu bolehlah aku minat warna pink. Kang ada yang bertukar power ranger pink kat sini,’ aku bermonolog.

          “Atau nak warna………” Jejaka tadi membelek-belek kotak yang berisi earphone itu.

          “Takpe, saya ambil warna ni. Okay bye.” Sepantas kilat, aku terus mengambil earphone yang berwarna biru itu lalu terus meninggalkan jejaka itu tadi.

          “Purple…..” Jejaka itu tadi menoleh ke arah Nabila yang berjalan laju tanpa menoleh ke belakang.

          “Colour ni pun cantik juga. Apa salah aku, aku just nak tunjukkan barang je.” Jejaka itu berasa bingung.

          “SHAaaa..!!!” Aku terjerit seketika apabila terlihat kelibat Shasha yang sedang mencari sesuatu.

          “Weh, terkejut aku. Bil, sini. Kita boleh rakam ni juga.” Shasha terus menarik tangan kiri Nabila untuk menunjukkan sesuatu yang berada di luar kedai tersebut.

          Aku hanya mengikutinya sahaja. Alangkah terkejutnya aku apabila melihat sekumpulan orang yang berbangsa Cina sedang melakukan persembahan tarian singa di hadapan kedai tersebut. Aku membulatkan mataku kerana sedikit terkejut lalu aku mengundurkan diri ke belakang dan terus bersembunyi di sebalik kaca pintu di kedai itu.

          “Bil, marilah. Tak payah kita nak pergi jauh-jauh. Ni dah ada depan mata, kita rakamlah.” Shasha tidak sabar untuk merakam tarian singa itu.

          “Kau rakam lah.” Aku masih lagi menyembunyikan diri di belakang kaca pintu itu.

          “Alaaa, memory phone aku full.” Shasha mencengkamkan pinggangnya lalu kembali menarik lengan Nabila.

          “Kau ni, bukan singa betul-betul pun.” Shasha masih lagi memegang tangan Nabila.

          “Tak nak, muka dia besar.” Aku merayu kepada Shasha kerana tidak mahu mendekatkan diri kepada orang yang bertopengkan singa itu.

         “Muka Cikgu Wan lagi menakutkan.” Jawab Shasha untuk menenangkan Nabila dalam keadaannya tidak tentu arah itu.

         “Tu muka cikgu kau, bukan muka cikgu aku.” Nabila berasa geram dalam situasinya itu.

         “Alaaa, jomlah..”

        “TAK NAK……”

Previous: Bab 16
Next: Bab 18

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.