Home Novel Kisah Hidup ASSALAMUALAIKUM NABILA
Bab 8

          ‘Apa yang aku buat ni. Macam mana boleh salah kira pula ni. Aduh, aku kena buat balik laa ni. Kenapa asyik salah buat je ni.’ Aku bermonolog lalu memandang ke arah Lee Wei dan Sin Yin yang sedang membuat pengiraan bersama-sama. Aku hanya memandang kertas yang penuh dengan pengiraan dalam akaun imbangan duga yang telah aku buat itu tersalah kira dan ia menyebabkan akaun kunci kira-kira juga turut salah. Aku terlampau leka mengira sampai aku terlupa pada waktu ini adalah waktu kelas pendidikan Agama Islam lalu aku dikejutkan oleh seorang pelajar perempuan.

          “Nabila, jom pergi kelas Agama.” Thira menyapa aku dengan nada yang lembut.

          “Haa, okay okay.” Aku pun mengiyakan lalu terus beredar bersama Thira.

          Aku berasa serba salah apabila setiap kali nak masuk ke dalam kelas Agama Islam akan berasa murung. Bukan kerana aku lemah iman atau tidak suka pada subjek tersebut tetapi perangai pelajar melayu di dalam kelas itu sendiri membuatkan aku rasa tidak aman. Bukan kesemuanya pelajar melayu tidak baik di dalam kelas itu, hanya sesetengah manusia sahaja yang membuatkan aku tidak berasa selesa untuk berkawan.

          “Nabila, mari duduk kat sini. Tak payahlah duduk kat hujung tu, depan meja Ustazah Wan pula tu.” Tegur salah seorang lelaki dan mengarahkan aku suruh duduk berhampiran dengan mereka.

          “Eh, tak apalah. Aku dah biasa dah duduk depan.” Aku hanya tersengih sahaja.

          “Hai Thira, Nabila.” Sapa Isha dengan mesra.

          “Hai.” Serentak aku dan Thira menyapa kepada Isha.

          “Bil, Thira.. Mesti result korang gempak kan.” Tanya Ana.

          “Eh, aku biasa-biasa je. Nabila yang power.” Thira mengangkat keningnya kepadaku.

          “Eh, tak adalah Ana. Kita ni suam-suam je, tak power mana pun.” Aku pun terus mencelah.

          “Ye ke ni.” Isha saja mengusik aku.

          “Ustazah dah sampai.” Ani berlari anak dan menunjukkan jari telunjuknya ke arah Ustazah Wan yang baru sahaja tiba.

          “Bangun… Assalamualaikum Ustazah.” Salah seorang pelajar lelaki yang sedang memberi salam kepada Ustazah Wan dan dituruti oleh kami.

          “Waalaikumusalam... Okay, duduk semua.” Ustazah Wan menyahut salam tersebut.

          “Okay, hari ni kita nak sambung tajuk Akidah ye. Buka buku teks muka surat 95.” Sambung Ustazah Wan.

          “Crakkkk.” Aku terpinga-pinga lalu aku terus mengangkat meja yang hampir terbalik kerana ditendang oleh Qis secara tiba-tiba. Memang aku kena angkatlah meja itu sebab meja itu bersebelahan dengan meja aku, kalau jauh memang aku tak angkatlah. Perangai Qis membuatkan kami di dalam kelas itu berasa terkejut dan dia langsung tidak menghormati guru yang sedang mengajar di hadapan.

          “Oiii pompan, kau ni memang tak tahu malu ye.” Qis memekik dan menengking Thira di hadapan semua pelajar melayu yang berada di dalam kelas itu.

          “Kau ni dah kenapa.” Balas Thira.

          “Yang kau sebarkan aku ada masalah dengan boyfriend aku tu dah kenapa!!!” Qis menengking lagi ke arah Thira.

          “Kau apa hal, mana ada aku buat.” Thira membalas balik.

          “Hei, sudahlah tu. Sekarang dalam kelas Agama ni, sedarlah sikit.” Ustazah Wan menegur Qis dengan nada yang lembut sekali.

          Qis tidak menghiraukan kata-kata Ustazah Wan, apatah lagi kata-kata rakan-rakannya, lagilah dia tidak mempedulikannya. Belum sempat Ustazah Wan nak memegang tangan Qis, Qis sudah mengambil fail Nabila yang berhampiran dengan buku Thira lalu membalingkan fail itu ke arah muka Thira. Tidak sampai beberapa saat kemudian, Thira menarik tudung Qis lalu menendang perut Qis dengan begitu kuat sekali, sampai Qis terbaring dalam kesakitan.

         Ana dan Ani memegang tangan Thira dengan kuat, manakala Ustazah Wan dan Isha mengawal keadaan supaya keadaan kembali tenang. Aku tidak boleh berbuat apa-apa kerana aku terpaku dan tidak dapat berkata-kata setelah melihat kejadian itu berlaku di depan mataku. Yang membuat kemarahan aku membuak-buak apabila fail aku menjadi mangsa keadaan dan paling yang aku marah sekali apabila Qis langsung tidak menghormati guru yang berada di hadapannya itu.

         “Oiii…”

         “Mak.. mak.. ikan patin.” Lamunanku itu hilang seketika disebabkan Din mengejutkan aku dengan menghentakkan tangannya di atas meja.

         “Kau berangan apa tu Nabila.” Din merenung tajam ke arah aku sambil mengecilkan matanya.

         “Biarlah dia nak berangan, bukan macam kau, twenty four hours asyik dengan mobile legend je.” Nad mencelah lalu dia membaling straw ke arah Din.

         “Alaa, aku nak tau je dia berangan kat sapa. Kan Zam kan.” Din memandang ke arah Zam untuk menyokong kenyataannya itu. Zam hanya tersenyum sinis sahaja.

         “Din, kau nampak ayam Zam tu.” Sahut aku.

         “Nampak, apa sal, Zam tak cukup-cukup lagi ke makan.” Din buat-buat muka terkejut.

         “Ayam tu kalau aku baling kat muka kau, tak sia-sia hidup kau hari ni.” Aku membalas dalam keadaan yang tenang.

         Din hanya mampu tersengih sahaja. ‘Huish, asyik aku je yang kena kecam. Dalam kelas pun aku dah kena kecam, ni kat luar pun kena kecam.’ Fikir Din lalu membuat muka kepada Nabila.

         “Weh korang, Kim dengan Ain dah sampai kat Petronas Durian Tawar.” Celah Zam seketika.

         “Haa, jom lah gerak.” Aku pula yang mencelah.

         “Korang punya motor tu macam mana.” Nad menunjukkan jari telunjuknya ke arah motosikal mereka yang berhampiran dengan tempat letak motosikal di KFC.

         “Yang tu tak apa. Abang KFC tolong jagakan.” Din menjawab dengan selambanya.

         “Dia ni, jom jom.” Nad hanya menggelengkan kepala sahaja dan dia malas nak melayan sikap Din itu.


         “Aaaaaakuuuuu… bukanlah seorang perwira…” Selepas 15 minit Nad memandu, Din berasa bosan lalu terjenak seketika untuk menyanyikan sebuah lagu bagi menghindari dari kesunyian yang melanda di dalam kereta Nad. Akan tetapi…

         “Dommmmmm.. Ponnnnnnnnn.”

         Hentakkan yang begitu kuat sekali dari belakang kereta Nad dan menyebabkan aku mencarut tidak tentu arah. Nasib baik aku sempat beristighfar daripada aku mengeluarkan kata-kata kesat yang tidak sepatutnya untuk disebutkan. Nad memberi signal ke kiri untuk menghentikan keretanya di tepi jalan raya. Din dan Zam hanya terdiam dan berpelukkan sesama sendiri.

         “Weh Nad, sapa langgar kita ni.” Aku dan Nad pun menoleh ke belakang. Sedangkan Nad memandu pada tahap kelajuan 90 km/j dengan berhemah sekali dan tidak menyalahi di sisi undang-undang.

         Din hilang sabar dengan perangai si pemandu yang tidak berhemah itu dan melanggar belakang kereta Nad lalu dia pun terus membuka pintu kereta untuk keluar berhadapan dengan si pemandu tersebut.

         “Din, kau nak pergi mana tu. Jangan Din.” Zam berteriak dan tidak sempat untuk menghalangnya.

         Aku pun terus membuka pintu kereta untuk keluar melihat keadaan lalu aku melihat Din berpatah balik ke arah kereta yang kami naiki. Zam dan Nad berasa kebingungan apabila melihat gelagat Din yang tiba-tiba menjadi lembut seketika.

         “Kau dah kenapa Din.” Aku turut kebingungan melihat si Din.

         “Weh besar weh.” Din berbisik ke arah aku.

         “Haa.. apa yang besar?” Aku kebingungan lagi dan turut berbisik.

         “Mak aii, berotot betul orang tu.” Zam terkejut apabila melihat pemandu tadi keluar dari pintu keretanya. Memang patutlah Din berpatah balik kerana badan si pemandu itu lebih tegap dan berotot berbanding keadaan dia yang sekeping itu.

         “Woiii, yang kau pandu lembab sangat ni apa hal.” Teriak si pemandu yang berotot tadi menuju ke arah Nad.

         “Yang kau nak marah-marah ni apa hal.” Nad pun berteriak kepada si pemandu. Bukan kerana dia yang salah dalam hal ini dan bukan salah dia juga tidak sopan, si pemandu yang biadap itu yang memulakan pergaduhan dulu.

         “Sabar bang, boleh bawa bincang.” Zam mencelah lalu meminta si pemandu untuk bertenang. Sementara Din masih lagi menyembunyikan dirinya di belakang Nabila.

         “Lagi pun salah abang juga kan yang bawa laju.” Zam memperlahankan suaranya.

         “APA KAU CAKAP!!!” Membuak-buak kemarahan si pemandu tadi lalu memegang kolar Zam.

         “Bang, sabar bang.” Aku mencelah untuk selamatkan Zam daripada cengkaman si pemandu.

         “KAU DIAM!!!” Si pemandu itu berteriak ke arahku lalu dia ingin menumbuk Zam, akan tetapi……

         “Pranggggg.” Aku terpijak sesuatu semasa aku tengah mengundurkan diri sedikit ke belakang lalu aku ternampak kaca yang sudah pecah yang di pijak olehku tadi. Sepintas lalu aku terus mengambil sisa-sisa kaca yang sudah pecah, kemudian aku terus membaling bertubi-tubi ke arah si pemandu yang berang itu.

         “Arkkk, sakit.” Si pemandu itu mengadu kesakitan apabila dibaling dengan kaca secara bertubi-tubi ke arahnya.

         “KAUUUUU!!!” Berang si pemandu itu lalu dia bergerak ke arah aku apabila serangan kaca tadi sudah habis dibaling olehku.

         Aku pun terus berlari meninggalkan kawan-kawanku untuk menyelamatkan mereka daripada cengkaman si pemandu yang biadap itu. Si pemandu itu terus mengejarku, betapa lajunya dia berlari dan dia ingin menangkap lenganku tetapi tidak kesampaian kerana aku sempat membuka kasut sukan aku sambil berlari lalu aku membalingkan kasut tersebut ke arah muka si pemandu itu.

         “Arkkkkkkk, tak guna punya kasut!!!” Si pemandu itu menjerit kesakitan.

         “Aku akan dapatkan kau. SIAPLAH KAU!!!” Si pemandu itu menjerit kerana tidak berpuas hati apabila dikenakan serangan sekali lagi oleh Nabila.

         Aku ingin meminta bantuan kepada orang awan tetapi tiada seorang pun yang ada di situ, malah kenderaan pun tiada yang lalu di jalan raya pada masa itu. Aku mengecilkan mata apabila ternampak sebuah kereta Honda CRV yang berwarna hitam telah memberhentikan keretanya ke tepi jalan raya. Lalu seorang pemuda yang gagah dengan ketinggiannya sekurang-kurang 180 cm telah keluar daripada pintu keretanya. Aku bersyukur kerana ada orang yang sanggup memberhentikan kereta untuk aku meminta bantuan.

         “Encik.. encik.. encik, banduan tu kejar saya, tolong saya encik.” Aku tercungap-cungap kerana tidak cukup nafas selepas berlari tadi.

         “APA!!! BANDUAN!!! Mana dia.” Si pemuda itu terkejut lalu melihat kelibat manusia yang berlari menuju ke arahnya.

         “Hei, apa yang kau buat dengan budak ni.” Si pemuda itu menyoal.

         “Kau ketepi, jangan masuk campur urusan aku.” Si pemandu itu berang sekali lagi. Lalu dia ingin menarik aku tetapi si pemuda itu memberi tumbukan padu kepada si pemandu yang berang itu kerana ingin mempertahankanku.

         Nad, Din dan Zam baru sahaja sampai ke lokasi yang aku kena kejar oleh si pemandu gila itu. Nad terus mencelah.

         “Encik, lelaki ni yang ada masalah.”

         “Dia langgar kereta saya dari belakang.” Sambung Nad.

         “Lepas tu dia salah kan kami drive selow sangat.” Celah si Zam.

         “Betul tu encik, kelajuan kat kawasan ni mana boleh bawa laju sangat. Sampai gegar otak kami dibuatnya.” Tambah Din sambil membuat lawaknya.

         Si pemuda tadi itu mendengar penjelasan daripada mereka bertiga sambil kedua belah tangannya masih lagi memegang si pemandu yang berang itu tanpa belas kasihan.

         “Yang dia berdarah ni kenapa.” Si pemuda itu menyoal.

         “Yang tu saya baling kaca kat dia sebab dia nak tumbuk kawan saya.” Aku mengangkat tangan sambil menggarukan kepala yang tidak terasa gatal itu.

         “Ok tak mengapa, mari ikut saya ke balai.” Si pemuda itu menunjukkan dompetnya yang tentera dia adalah seorang anggota polis dan mengarahkan kami untuk mengikuti dia ke balai polis bagi keterangan lanjut.

Previous: Bab 7
Next: Bab 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.