Home Novel Kisah Hidup ASSALAMUALAIKUM NABILA
Bab 18

          “Ohh, kawan kau memang takut dengan singa rupanya.” Sampuk jejaka yang berambut kerinting itu apabila terlihat kekecohan yang berlaku antara dua orang sahabat yang berada di luar kedai Ustaz itu.

          “Saya jamin, singa tu memang tak akan makan orang.” Sambung jejaka tadi lalu tersenyum sahaja.

          “Entah, dia ni.” Shasha menyahut lalu tergelak seketika. Nabila hanya membulatkan matanya dan merenung tajam ke arah jejaka itu tadi.

          ‘Hey, ni mamat rambut kerinting tadi kan. Ishh, sibuk je, memanglah singa tu tak makan orang. Tapi muka dia nampak ganas, ’aku bermonolog lalu kembali memandang Shasha sambil menghulurkan telefon pintarku kepadanya untuk merakam tarian singa tersebut.

          ‘Alamak, singa tu semakin dekat. Dia dah dekat. Apa yang perlu aku buat ni, kenapa aku jadi pengecut sangat ni,’ aku bermonolog lagi sambil menyembunyikan diri di belakang Shasha.

          Bukan kerana aku seorang yang penakut, aku sudah trauma dengan wajah berkepala singa itu yang terlampau agresif dan tariannya telah menakutkan aku semasa aku masih kecil dahulu. Kini, aku tidak boleh mengawal perasaan takut, sedangkan aku tahu yang berada di dalam pakaian singa itu adalah manusia biasa tetapi aku tetap berasa tidak keruan dan tidak boleh langsung untuk mendekatinya.

………………………………………………

          “Ehh, nape tak boleh buka ni.” Rosdi kebingungan apabila hendak membuka pintu kedai gunting rambut itu.

          Padahal Rosdi sudah melihat dan meneliti papan tanda yang digantungkan di pintu kedai itu yang tertulis dengan perkataan ‘push’ untuk ditolak. ‘Kenapa dengan pintu ni, rosak ke. Ke tak bagi aku masuk,’ Rosdi bermonolog lalu berasa geram terhadap pintu kedai tersebut.

          “Bah, ada orang kat dalam tu.” Celah Hasnah seketika apabila terlihat seseorang yang berbadan besar sedang menyandar ke pintu kedai tersebut.

          “Haaa.” Rosdi tersengih lalu mengetuk pintu kedai itu.

          “Opss, sorry sorry. Saya tak perasan ooo.” Sahut seorang lelaki berbangsa cina itu.

          “Saya ingat sudah rosak. Saya tolak banyak kali ooo.” Rosdi hanya tergelak sahaja dan diikuti dengan gelak tawa lelaki cina itu.

          “Sorry sorry. Saya cau lu.” Lelaki cina hanya tersenyum lalu beredar dari kedai gunting rambut tersebut.

          Rosdi hanya mengangkatkan tangan kanannya sahaja untuk melambai kepada lelaki cina tadi lalu terus menuju kepada seorang tukang gunting rambut yang sedang mengira beberapa wang ringgit Malaysia ditangannya itu.

          “Hey Ravi, apa khabar?” Rosdi menanyakan khabar kepada Ravi yang telah lama kenal dan kini menjadi sahabatnya.

          “Aiyoyo, Rosdi. Sudah lama tak jumpa.” Ravi sedikit terkejut dengan kehadiran Rosdi yang telah datang ke kedai gunting rambutnya itu.

          “Saya sihat saja. Kamu apa macai.” Sambung Ravi sambil menghulurkan tangan kanannya untuk bersalam dengan Rosdi.

          “Saya baik-baik saja.” Rosdi menyahut.

          “Wah, bawa family ke mari.” Ravi tersenyum.

          “Mau gunting rambut sekali ka?” Celah Ravi.

          “Ehh, tak adalah. Mau teman ini suami.” Hasnah menyampuk seketika.

          “Ouhhh.” Ravi hanya menganggukkan sahaja.

          “Ini adik manis sangat comel. Silakan duduk ya.” Sambung Ravi lalu dia mencuit pipi kanan Nabila.

          “Encik Rosdi mau gaya rambut macam mana.”

          “Macam ini atau macam ini.”

          “Tapi saya rasa ini banyak cantik.”

          “Ini gaya seperti orang muda-muda macam saya.” Ravi mencelah lagi

          “You pun sudah sama tua dengan saya.” Rosdi pula yang mencelah.

          “Aiyoyo, Rosdi jangan cakap kuat-kuat. Nanti customer saya lari.” Ravi tersenyum seketika.

          “Okay, saya mau kasi sikit offer.” Ravi menyambung perbualannya tadi.

          “Ouhh Ravi, bagi saya pilih dulu laa.” Rosdi berasa pening apabila Ravi tidak mahu berhenti cakap untuk menawarkan beberapa gaya rambut kepadanya.

          “Aiyoyo, saya sangat teruja. You sudah lama tak datang ke mari. Apa pasai.” Ravi tergelak sambil meletakkan kain di tengkung Rosdi.

          “Mana boleh datang mari selalu, nanti hilang kepala saya. Apa macai.” Rosdi pula yang tergelak dan diikuti dengan gelak tawa Ravi yang sedang membasuh gunting di sinki kedai rambutnya itu.

          “Aiyoyo, hilang kepala terus.” Ravi ketawa terbahak-bahak apabila mendengar lawak dari sahabatnya itu.

          “Biar je kepala tu hilang.” Celah Hasnah seketika lalu tersenyum sahaja.

          “Aiyoo madam, jangan macam tu. Ni husband banyak handsome.” Ravi hanya ketawa lagi.

          “Ini minachi, mau gunting rambut juga ke.” Ravi menanyakan kepada Rosdi sambil melihat gelagat anak perempuan Rosdi yang sedang duduk di atas riba mamanya itu.

          “Saje je ikut, nak bawa jalan-jalan.” Rosdi mencelah.

          “Ooohhh.”

          “Ni tak bagi potong ni, nanti merajuk setahun.” Hasnah pula mencelah lalu melihat anak kesayangannya yang asyik memandang Uncle Ravi tanpa mengelipkan matanya.

          “Aiyoyo, uncle tak ada potong you punya rambut. Rambut sudah cantik.” Ravi tersenyum sahaja.

 

          “Dong.. Dong.. Ding.. Dong..”

          “Dong.. Dong.. Ding.. Dong.. Dong..” Bunyi gegendang itu telah menimbulkan tarikan kepada masyarakat yang berada di sekelilingnya itu dan bunyi ini juga menandakan perayaan ‘Tahun Baru Cina’ sudah pun bermula dengan persembahan tarian cina iaitu ‘Tarian Singa’.

          “Mama, apa tu.” Nabila menegur lalu berlari menuju ke arah bunyi yang didengari olehnya.

          “Haaa, adik jangan keluar, tengok kat dalam je.” Hasnah bergegas mendapatkan anaknya daripada keluar dari pintu kedai gunting rambut itu.

          “Hurmmm, mama. Lion tu, aauumm.” Nabila menunjukkan jari telunjuknya ke arah tarian singa itu yang sedang membuat persembahan di hadapan kedai tersebut. Lalu dia menunjukkan ngaumannya kepada Hasnah.

          “Aiyoyo, ini budak sangat pandai. Usia dia berapa?” Ravi menyoal sambil tersenyum melihat gelagat Nabila yang teruja akan tarian singa itu.

          “Baru lima tahun Uncle.” Jawab Hasnah.

          “Ouhh, mau tengok ke.”

          “Nanti Uncle panggil, suruh datang ke mari.” Ravi berjalan keluar dari kedainya untuk memanggil sekumpulan tarian singa itu.

          Nabila hanya memerhatikan sahaja gerak-geri tarian singa itu yang sedang menuju ke arahnya. Lama-kelamaan, dia berasa tidak selesa dan perasaan takut mula muncul dalam dirinya. Salah seekor singa itu menghampirinya lalu membukakan mulutnya dan Nabila terlihat ada seseorang di dalam kepala singa itu.

          Nabila mula tersenyum dan hilang rasa takutnya apabila seorang pemuda yang berbangsa Cina itu telah memberikan sebuah limau kepada Nabila. Bunyi gegaran gegendang itu telah mengejutkan Nabila apabila singa itu mula agresif untuk menarikan tariannya itu.

          “MAMAAAA..!!!” Nabila meraum kerana terkejut lalu menangis teresak-resak sambil memanggil mamanya.

          “Kenapa menangis.” Hasnah memeluk anaknya lalu tersenyum.

          “Tadi suka sangat, tu dah dapat limau tu.” Sambung Hasnah sambil memujuk anaknya supaya berhenti menangis.

          “Aiyoyo, anak Rosdi sudah menangis.” Bunyi tangisan Nabila telah membuat Uncle Ravi terkejut seketika.

          “Adik, jangan nangis.” Rosdi pula yang memujuk anaknya itu lalu terus mendukungnya.

          “Nanti abah babam dia.” Sambung Rosdi.

          “Tak nak, tak nak. Aaarrrhhh..!!!” Nabila merengek dan kembali menangis apabila abahnya ingin mendekati singa tersebut.

          Nabila tidak mahu lagi mendekatkan dirinya kepada singa tersebut. Apatah lagi tarian singa yang selalu ditarikan dengan penuh agresif lalu membuatkan lagi Nabila berasa takut dengan keadaan mulutnya yang terbuka luas dan kedua-dua belah matanya seperti mata raksasa yang selalu ditonton oleh Nabila di kaca televisyen.

Previous: Bab 17
Next: Bab 19

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.