AKU berasa rimas dengan keadaan di sekeliling yang asyik ingin membantah apabila setiap kali pendapat yang diberi dan hanya mahukan pendapat dia sahaja yang perlu dituruti. Bukan kerana aku tidak suka akan pendapatnya tetapi pendapat yang diberi tidak dihiraukan, apatah lagi mahu mendengar penjelasan daripada kami, memang dipandang sebelah mata sahaja.
Setiap orang yang berada di dalam kumpulan mesti ada pendapatnya yang tersendiri untuk dikongsikan idea mereka bersama. Kalau tidak mahu menerima pendapat orang lain, lebih baik tidak perlu berada di dalam satu kumpulan. Aku memerlukan masa untuk berfikir secara positif dan berfikir dalam keadaan yang tenang.
“Bil, kau tau tak, macam mana nak save video ni.” Syafiq menyergah Nabila ketika dia sedang terpaku apabila melihat lakonan seorang pelajar lelaki yang membawa watak sebagai seorang samseng untuk tajuk projek mereka.
“Haa apa.” Aku terpinga-pinga apabila namaku dipanggil.
“Ishhh, kau ni. Baik tengok muka aku yang handsome ni.” Syafiq menyahut lalu cuba untuk mengusik Nabila.
“Ahhh, poyolah kau.” Aku mencebik mulutku lalu memandang kembali ke arah video yang ditayangkan oleh pelajar-pelajar lain.
Berdasarkan undian yang diberi, kumpulan kami ditempatkan di giliran yang terakhir untuk menayangkan projek video kami itu. Sementara itu juga, kami kesempatan untuk membetulkan setiap rakaman yang perlu dibetulkan.
Hanya kumpulan kami sahaja yang membuat tajuk yang berlainan daripada tajuk kumpulan yang lain iaitu ‘Tarian Tradisi bagi Memupukkan Semangat Perpaduan Antara Kaum’, dan kami mempunyai peluang untuk mendapatkan markah yang tertinggi di dalam kelas.
“BIL..!!!” Syafiq menyergah aku lagi.
“Apa..!!!” Aku terkejut seketika.
“Aku tengah cakap dengan kau ni.”
“Aku tau laa aku ni tak perfect macam orang yang berada di dalam video tu.” Syafiq membebel kerana Nabila tidak mempedulikan kata-katanya itu.
“Eleh, kau ni. Apa dia.” Aku mencebik lagi lalu terus menarik computer riba yang dipegang oleh Syafiq.
“Jap, kau suruh aku buat apa tadi.” Aku hanya memandang ke arah Syafiq dengan muka aku yang selamba.
“Tengok tu, mengelamun je tau.”
“Ni haa, nak save macam mana.” Syafiq menunjukkan sesuatu di muka skrin computer riba itu. Nabila hanya meneliti sahaja sambil melihat video yang telah diedit oleh Syafiq.
“Lepas tu kan, aku tengok keras semacam je dia menari.” Syafiq turut meneliti video yang diedit olehnya.
“Amboi.. ingat kau tu perfect sangat.” Aku pula yang meneliti video tersebut.
“Ehh, mestilah.” Syafiq memuji dirinya sendiri sambil membetulkan gaya rambutnya itu.
“Poyo.” Aku hanya menjeling sahaja.
“Tengok, aku menari dengan Din. Ada gaya tau.” Syafiq memuji dirinya lagi.
“KAU..!!! Macam kayu je aku tengok.” Aku tergelak sambil menunjukkan video ke arahnya.
“Ini dikatakan seni.” Syafiq membela dirinya.
“Banyak ahh, kalau Sir tegur ni, habis kita.” Rungut aku.
“Takpe, boleh settle punya. Kejap….” Syafiq terhenti seketika lalu terfikirkan akan sesuatu perkara.
“Kau tak segan ke interview orang, depan kamera pula tu.”
“Aku ada selit sikit video yang aku buat tu.”
“Video ni, diorang rakam suara tak berapa jelas laa.”
“Lepas tu kan, kau takut dengan singa ye.” Syafiq membebel dan Nabila hanya memerhatikan sahaja gelagat rakan sekelasnya itu.
Nabila berasa bengang apabila dia sendiri tidak boleh menjawab persoalan yang diberikan oleh Syafiq. Kerana dia sendiri tahu bahawa rakannya itu sukar untuk berdiamkan dirinya dan apa yang terlintas di fikirannya, perlu dijawab dengan jelas.
“Uishhh, kau ni. Berderet menyoal aku ye.” Aku terus mencelah sebelum Syafiq mempersoalkannya lagi.
“Lepas ni, turn kita pula.” Aku menjenguk-jenguk Sir Sharizat yang sedang meneliti setiap proposal yang berada di atas mejanya itu.
“Haa, lepas tu, fida dengan naaa….”
“Sudah, sudah, sudah, diorang ada kat sana. Nak cakap pasal dorang, kau pergi duduk kat sana.” Aku terus memotong ayat Syafiq sebelum dia mengarut lebih panjang lagi.
“Iyerrr.” Syafiq tergelak kerana dapat mengenakan aku dengan usikkannya itu.
Lima tahun kemudian…
“Bos ni, bagi meeting kat kita jauh-jauh.” Enny sedikit merungut.
“Sambil menyelam, kita minum air laa.” Aku mengukirkan senyumanku kepada Enny.
“Yes, melanconglah, apa lagi.” Enny begitu gembira sekali lalu menunjukkan jari telunjuknya ke arah kedai makan tersebut.
“Jom.” Sepantas kilas aku menarik tangan Enny untuk masuk ke dalam kedai makan tersebut kerana perutku sudah memanggil-manggil meminta makanan untuk diisi di waktu tengahari ini.
“Kerja kita apa lagi yang tak siap ye.” Enny memandang ke arah aku sambil menarik kerusi yang berada di dalam restoran itu untuk kami duduk di atasnya.
“Hmmmm.” Aku hanya memberi isyarat tangan kepada Enny lalu kami terus memandang kepada pelayan lelaki yang sedang menuju ke arah kami untuk mengambil pesanan.
“Nak minum apa ye, Cik.” Pelayan lelaki itu menghulurkan kad yang tertulis beberapa senarai makanan yang terdapat di sebuah ‘Medan Selera Taman Warisan Pertanian’.
“Bagi Coconut Shake dua.” Enny tersenyum lalu kembali melihat senarai makanan yang telah tentera di dalam kad tersebut.
“Makan, Cik.” Tanya pelayan itu lagi.
“Bagi saya Nasi Ayam Hainan satu.” Nabila menyahut lalu terus memandang ke arah Enny yang duduk di hadapanku itu.
“Saya….” Enny masih lagi melihat senarai makanan yang berada di tangannya itu
“Nasi Goreng Ayam satu, cili lebih tau.” Sambung Enny sambil membuat pesanan makanan yang sudah di pilih olehnya lalu dia melebarkan senyumannya kepada pelayan yang berada di kedai makan itu.
“Kau, kalau tak makan cili tak sah.” Aku membebel lalu tersenyum buat seketika.
“Tak bolehlah kalau tak ada cili, dah habit aku, nak buat macam mana.” Enny hanya mencebikkan mulutnya sahaja lalu tersengih seorang diri.
“Baiklah Cik Enny ku sayang.” Aku hanya menyahut sambil melihat apa yang tentera di muka skrin telefon pintarku.
“Lapar ye, cepatlah sampai.” Enny merungut kerana tidak sabar untuk melahap makanannya. Aku hanya melihat sahaja kerenah rakan sekerjaku itu.
Di kedai makan Medan Selera ini memang sangat terkenal dan digemari oleh penduduk di Putrajaya, mahupun pengunjung dari luar. Makanannya yang enak dan paling sesuai untuk dibawa satu keluarga keluar makan bersama di kedai makan ini pada waktu petang mahupun di waktu malam. Suasananya tidaklah terlalu bising dan tidak menganggu pelanggan yang lain dengan keadaan tempatnya yang selesa dan lebih bersih.
Apa yang kami gemar untuk makan di sini adalah air minumannya iaitu ‘Coconut Shake’ yang paling enak dengan susunya yang segar itu. Makanannya pun boleh tahan sedap, apa yang diutamakan dalam menu ini adalah Unan Roti John, Nasi Ayam Hainan, dan Satay Samuri. Tiga menu utama ini adalah makanan yang paling digemari oleh penduduk di Putrajaya.
Nabila dan Enny telah ditugaskan oleh bos mereka untuk menguruskan satu projek di Putrajaya bersama dengan klien mereka yang telah berada di sini pada petang semalam.
“Do you want to show any ideas for this project?” Salah seorang klien perempuan dari Jerman itu telah memberikan pendapatnya lalu dia ingin mengetahui pendapat daripada Nabila dan Enny.
“Actually, I agree about your suggestion. How about you, Nabila?” Enny memandang ke arah Nabila untuk mengetahui pendapat mereka.
“Oh ya, just for now, I think we need to concentrate for our part and……” Nabila masih lagi meneliti setiap helaian yang ada di dalam fail hitam tersebut untuk tidak ada kesilapan yang berlaku di dalam kertas kerja yang baru sahaja dibincangkan oleh mereka.
“Just focus this part too.” Sambung Nabila sambil menunjukkan helaian kepada klien mereka yang perlu mengambil serius dalam menguruskan sesuatu projek tersebut.
“Yes, this very important.” Klien lelaki itu telah menyetujui dan menyokong pendapat Nabila.
“Sorry for disturb, ‘ich mochte auf die toilette gehen’.” Klien perempuan itu mencelah.
“Haaa.” Enny menjadi bingung apabila perkataan asing yang baru sahaja keluar dari mulut kliennya itu.
“Yes, sure sure. You can.” Nabila memberi senyuman dan terus membenarkan kliennya itu untuk pergi seketika.
“Weh, sejak bila pula kau belajar bahasa dorang ni.” Enny menarik baju Nabila lalu berbisik ke arahnya.
“Hebat tak.” Aku mengangkat keningku ke arah Enny, sedangkan Enny masih lagi dalam kebingungan.
“Aku perasan dia cakap pasal toilet je.” Aku pula yang berbisik ke arah Enny lalu tersengih seketika.
“Excuse me, I want go out right now.” Aku mencelah lalu meminta izin untuk beredar seketika.
“Weh, kau nak pergi mana? Jangan tinggalkan aku..!!!” Sahut Enny.
“Call mak.” Ringkas aku.
“Kau boraklah dengan laki kau tu.” Sambung aku seketika lalu aku terus mengeluarkan telefon pintar dari beg tangan yang sentiasa dijinjing olehku.
“Assalamualaikum mama.”
“Waalaikumusalam kakak. Haa, baru dengar khabar. Ada dekat mana sekarang, busy je memanjang.” Puan Hasnah menyahut lalu bertanyakan khabar tentang anaknya itu yang jauh bekerja di sana.
“Ada di hati mamalah.” Aku ketawa kerana hatiku berasa gembira apabila mendengar suara mamaku.
“Ishhh budak ni.” Puan Hasnah mengeluh.
“Tengah meeting dengan klien ni. Nanti next month kakak balik tau. Rindu.” Aku menyahut lalu hanya tersenyum seketika.
“Haa, tau pula nak rindu. Okay, hati-hati dan solat jangan tinggal.” Puan Hasnah memesan kepada anaknya.
“Okay mama, kakak letak dulu. Assalamualaikum.”
“Waalaikumusalam.”
‘Hey,mama aku ni. Kalau tak dengar bebelan mama satu hari pun tak sah, mesti nak cari gaduh. Gaduh-gaduh pun tetap rindu,’ aku bermonolog.
“Aaaarrrggghhhhh.”
Aku tersentak seketika apabila terdengar suara jeritan seseorang yang sedang menjerit dari hujung lorong itu dengan keadaan lampunya yang berkelip-kelip dan agak begitu gelap, di mana tempat yang aku sedang berdiri iaitu di luar pintu mesyuarat. ‘Ehh, aku salah dengar ke. Siapa yang menjerit,’ fikir aku sambil berjalan menuju ke arah lorong yang gelap itu.