Alamak!Adriana garu kepala. Rambutnya yang panjang
halus dan lembut itu masih segar berbau wangian sampu jenama Shokubutsu.
Tumbuh-tumbuhan maksudnya kalau diterjemahkan perkataan Jepun itu ke bahasa
ibunda.
Navin… Adriana kerut kening. Hampir
bercantum alis belah kiri dengan kanan. Bebola matanya mujur saja tidak juling
kerana asyik menekun ejaan nama itu.Betullah. Dia kata namanya Navin. Ejaannya
pun ada lima huruf kesemuanya. N-A-V-I-N. Navin? Apasal pelik sangat nama mamat
ni?
Sejenak Adriana berfikir.Terkebil-kebil sepasang mata redupnya
membaca nama yang tertera di skrin itu berulang kali. Sekadar meyakini sebuah
kepastian. Takut-takut kalau memang dia tersalah baca atau tersalah eja.Tapi takkanlah pulak malam itu dia
tiba-tiba jadi buta huruf?
Navin? Macam nama orang…
Jari-jemarinya
menari lagi di atas keyboard.Sambil mulutnya turut sama terkumat-kamit.Tapi tiada suara.
Enter!
Ikanparang : Navin?
CcHantu : Yes?
Ikanparang : Are you Indian?
CcHantu : Yes, my
name is Navin and I am an Indian. Kenapa?
Tak percaya ke?
Hah, sudah terang bulan penuh lagi. Kalau
itu jug masih tidak cukup terang, dah siap dipasangkan lampu elektrik lagi ni.
Tetapi manalah tahu kalau itu sekadar taktik nakal. Jemarinya menaip pantas.
Bibirnya menguntum senyum. Teringat akan iklan kadar bunga pinjaman bank yang
selalu disiarkan di televisyen.
Kenapa? Tak percaya ke? Mindanya mengulang kata-kata itu.
Ikanparang : Taklah, saja tanyalah dear. Tak
boleh ke?
CcHantu : Eh, kenapa pulak tak boleh? Boleh....
boleh sangat...
boleh
boleh boleh...
Terkeluar tawa dari mulutnya. Betul betul
betul! Dia teringatkan si Upin dan Ipin. Upin, Ipin dan Navin. Wajah Adriana
merona merah. Masih meriah tawanya. Lawak juga si Navin ni.
Ikanparang : Berapa
umur u?
CcHantu : Umur? Oh umur... 27
Hmm... umurnya baru 27 tahun.
Sekurang-kurangnya tidaklah terlalu tua seperti Abang Janggut tadi. Abang
Janggut kata umurnya 60 tahun. Ceh! Mengarut. Kalau orang tua umur begitu masih
chatting tandanya dunia ini memang sudah hendak terbalik agaknya. Dia
tidak mahu lagi ingat tentang Abang Janggut.
Tidak ada maknanya pun dia hendak
ingat-ingat lagi betapa tragisnya perbualan dengan Abang Janggut itu. Abang
Janggut dan keseluruhan frasa-frasa mesejnya yang irritating and annoying sudah dia buang ke dasar kaki Gunung
Kilimanjaro. Buat sakit limpa dan hempedunya sahaja.
Mesej dari CcHantualiasNavin itu
dia baca sekali lagi. Betullah mamat ni lurus bendul, gerutunya di dalam hati.
Namun dia tetap terhibur dengan keunikan sikap rakan chatternya yang
belum dia kenal paras dan rupanya itu.
India… India… India… hatinya
berkira-kira. Alah, apa salahnya mempunyai kawan berbilang bangsa. Pun kita Satu Malaysia. OneMalaysia. Pun macamlah selama ni chatter
yang dia temui hanya berbangsa Melayu.
Kita satu
bangsa, satu negara... kita satu Malaysia...
Adriana menyanyikan bait lirik lagu
patriotik itu perlahan dengan bibir yang menyungging segaris senyum.
Plingg!
CcHantu:
ikan… kenapa ikan diam je ni?
Mesej yang kembali tertera di skrin
komputernya itu mengejutkan Adriana dari monolognya. Oh, dia mengelamun
rupanya. Tetapi Adriana tidak mengambil masa yang lama untuk memikirkan
kata-kata seterusnya.
Idea untuk terus berbual meluncur laju
dari kotak mindanya yang nakal dan gila-gila itu.Seronok pula rasanya berbual dengan teman chatter
yang bernama Navin aliasccHantu ini. Patutlah Kak Ni beria-ia benar
tadi menyuruhnya menyambung bual.
Rupanya kakak kembarnya itu telah
menyenarai-pendek dan kemudian memilih calon chatteryang tepat
untuknya. Adriana senyum kerana akhirnya ada juga chatteryang memenuhi
kriteria dan masuk ke dalam senarai pilihannya.ThanksKak Ni, pilihan yang hampir tepat!
Ikanparang : Tak adelah... ikan
sebenarnya terkejut sebab you ni Indian.
CcHantu : Apa
salahnya kalau I Indian pun?
CcHantu : Kita kan rakyat Malaysia. Apa
bezanya?
CcHantu : Rakyat Malaysia yang berbilang
bangsa, keturunan,
agama dan
warna kulit. Satu Malaysia kan..
Pecah tawanya membaca perkataan terakhir
yang dihantar oleh CcHantu. Sepertinya mereka punya pemikiran yang sama. Pun
amboi, patriotiknye mamat gelap ni… bisiknya perlahan sambil menguntum senyum.Kelucuan di dalam hati.
Mamat gelap?
Suka hati aku je label dia gelap.Entah-entah dia orang India yang berkulit
cerah. Macam keluarga Cikgu Raja, cikgu home-tuitionnya sewaktu dia
bersekolah di dalam darjah enam dulu.Cikgu Raja, isterinya Cikgu Mala dan anak-anaknya semua berkulit cerah. Ups,
itu kerana keluarga Cikgu Raja menghidap Albino...
Hmm...
Plingg!
CcHantu: Apa
nama sebenar ikan?
Pada pertanyaan itu, Adriana
berfikir-fikir seketika. Terkedip-kedip sepasang matanya. Bibirnya terherot ke
kiri dan ke kanan. Mindanya berfikir-fikir. Mencari jawapan untuk pertanyaan CcHantualias
Navin itu.
Nak bagi nama betul ke? Hish, mana ada
orang pernah bagi nama betul? Nak cari bala ke apa!? Sebutir bintang yang
mengandungi satu nama terbit di tepi kepalanya. Adriana tergelak kecil sambil
menaip. Macam Doraemon lah pulak aku ni…
Ikanparang: Siti Kajol.
CcHantu: Siti
Kajol? Siti, Kajol adalah. Siti Kajol mana ade?
Eh... eh... mamat ni… dia tersenyum.
Hatinya berbunga-bunga saat melayari
perbualan maya dengan rakan barunya itu. Tapi tidaklah sampai bertukar menjadi
Kak Ni yang memang semulajadinya minah bunga tu. Tidak dipedulikannyablink
blink lain yang masuk. Malam ini dia hanya mahu melayan perbualan mamat
India ini seorang sahaja.
Itupun kalau betullah mamat. Kalau si
minah menyamar sebagai mamat, naya. Hatinya berbisik kelucuan. Baru padan
dengan muka aku, bisik hatinya lagi.Kesimpulan itu dibuatnya berdasarkan kisah
benar dari pengalamannya sendiri. Dia sendiripun sering menggunakan taktik
begitu. Menyamar dengan menggunakan nama samaran chatter ala-ala lelaki.
Pernah dia menggunakan nama Pria Idaman,
John Taruna juga Twin Reeve. Nama samarannya yang terbaru pula ialah Pencinta
Wanita. Hih hih… pasti Kak Ni tidak tahu akan hal itu.
Alamatnya berblink-blinklah ribuan lemon
kotak Yahoo Messenger dari gadis-gadis chatter yang ingin
berkenalan dengannya. Harus sahaja mereka itu terpedaya dengan nama-nama
samarannya yang ala-ala romantik lagi machoitu.
Apalagi, semakin seronoklah dia meneruskan
penyamaran. Tergelak sendirian membaca mesej-mesej berbunga cinta dari gadis-gadis
yang kebanyakannya masih di alam persekolahan. Pun, mereka belum tentu jujur
memberitahu usia yang sebenar.
Ikanparang : Apa
pulak tak ada?
CcHantu : Ada ke? Kenapa I macam tak pernah
tahu je?
Ikanparang : Eleh, you ni kata one Malaysia?
CcHantu : Yelah, kalau setakat Melayu India
China Bajau Kadazan tu
I tahulah.
Tapi kalau Kajol...
Ikanparang : You ni... mak I minat Hindustan, ayah
I melayu baru.
So melayu
campur hindi tak ke jadi Siti Kajol? One Malaysia mixed!
CcHantu : Ye ke??
Ikanparang : Ye lah, kenapa?
Tak percaya ke?
Dia ketawa lagi. Hah, kan dah kena…
CcHantu : Apa-apalah… suka hati youlah ikan…
asalkan ikan bahagia
CcHantu : Ikan keje kat mana?
Ikanparang : I’m a staff nurse di pprm. You, keje
biasa tu keje apa?
CcHantu is typing message.
CcHantu : I
supervisor kilang, kat JB. Kuli je.
Ikanparang : Alah tak
pelah, keje juga namanya.
Ikanparang : Jangan jadi
pencuri atau ahli kongsi gelap sudah le…
CcHantu is typing message.
CcHantu : ikan, boleh hantar gambar? hantar ke
e-mail i.
Amboi! Bahunya terjungkit sedikit. Lalu
Adriana duduk tegak. Gelojohnya mamat India ni! Aku hantar gambar Aishwarya Rai
nanti baru kau tahu…
Ikanparang : Gambar?!
Nak buat ape?
CC Hantu : Nak tengok ikan le, habis takkan nak
makan pulak
gambar tu!
Amboi! Selamba saja CcHantu alias
Navin ini mengenakannya. Rasanya ini baru buku bertemu ruas, fikir Adriana. Dan
dia senang begitu. Senang sekali.
Tiba-tiba, bila dia bersandar sambil mata
berkalih memandang lampu tidur di tepi meja, di sebelah sofa cendawan,
pandangannya terhenti pada sesuatu. Dia lantas mengerut kening dengan wajah
ala-ala gangster.
Kak Ni memang selalu macam ni tau!
“Kak Ni!” jeritnya menggegar ruang bilik
itu sehingga Kak Ni terpontang-panting sambil mengesat matanya.