Home Novel Keluarga SUAMIKU HEROKU (Sayang You Kerana Dia)
CHAPTER 21

Hello dear…”

Digagahkan juga diri untuk melepaskan suara dari kerongkong yang perit. Walaupun tidak berniat untuk sengaja membiarkan Navin mengetahui akan keadaannya itu, namun menyembunyikan suara yang ditenggelami sedu-sedan juga bukan mudah.

“Iye dear…” sambut Navin di hujung talian. Sengihnya sudah hampir sampai ke telinga. Hatinya gembira tiap kali mendengar suara itu.

Namun demi mendengarkan nada suara Adriana tika itu, Navin seperti sudah mampu menghidu kejadian. Nada Adriana tidak seceria atau tidak berbunyi rajuk seperti selalu. Nada itu seperti ada airmata bersamanya.

Dear...”

Hati Navin berdebar. Mengapa dia rasa seolah dia tahu apa yang sedang dan telah berlaku.“Dear, are you crying?”soalnya perlahan. Teragak-agak.

Semakin ditanya semakin itu pula esakan Adriana kedengaran. Tidak terbendung lagi oleh sekeping hati yang begitu kecil. Navin menjadi tidak keruan. Apa yang berlaku kepada Adriana?

Dear, what happen? Tell me... tell me dear...”dia cuba memujuk sedang punggungnya sudah tidak senang duduk. Tapak kaki pun sudah tidak terasa di lantai. Tempurung lutut usah cakap, pasti sudah tidak mampu untuk mengampu diri. Takut ada sesuatu yang buruk terjadi kepada Adriananya.

“Dear,Mama…” Teddy Bearyang melekat di dadanya makin didakap erat. Jemarinya meramas belakang patung besar kesayangannya itu. Sebak di hati menyukarkan dirinya untuk berkata-kata.

Hmm… ia tentang keluarga. Mesti ada kaitannya dengan aku… desis hati Navin pula.

“Mama you kenapa dear?”Navin bertanya perlahan.

Navin jadi bertambah gusar bila keluhan dan esakan Adriana kedengaran semakin kuat hingga ke hujung taliannya. Memang betullah tu ada sesuatu yang tidak kena. Dia dapat merasakannya bila Adriana sudah menyebut perkataan Mama.

“Mama youtak kasi jumpa Ilagi iye?Mama suruh youlupakan I?” terus dan terang sahaja Navin bertanya.

Dan Adriana pun menangis semakin kuat di hujung talian sana. Hatinya menjadi tidak keruan. Sepanjang tempoh perkenalan dan perhubungan mereka, belum pernah Adriana menangis sebegini.

Dear, why are you crying so badni? What happen?”soal Navin cemas. Adriana tidak mungkin akan menitiskan airmata untuk sesuatu perkara yang sangat remeh dan temeh.

“Dear, Kak Ni tampar I…Mama dan Papa tak izinkan kita berkawan lagi. Macam mana kita nak kahwin ni dear? I tak boleh hidup kalau tak ada you…” Adriana makin teresak.

Navin hanya mampu mengeluh. Haruskah dia marahkan Adriana saat itu? Haruskah dia salahkan gadis itu di atas segala yang telah berlaku?.

Dear, youdah bagi tau Mama dan Papa youke pasal kita?” tanya Navin perlahan.

Dan bila Adriana hanya membisu diselangi esakannya, Navin sudah tahu jawapannya.“Kan Idah kata jangan bagi tau dulu...” perlahan sahaja nada dalam teguran itu. Bimbang Adriana sangka dia sedang menyalahkannya pula.

“Kita kena fikir semua ni baik-baik dulu dear before anything.Kenapa you confrontjuga Mama dan Papa you?

Dear,kan Idah bagitahu you hari tu yang Mama mengamuk pasal bil handphone? Lepas tu dia dapat tangkap pasal perhubungan kita. Tu lah, Ikan dah cakap dengan you,lebih baik kita berterus-terang awal-awal sebelum Mama yang tahu sendiri.”

Navin tarik nafasnya. Sedikit kuat berbaur keluhan yang pasti mampu juga didengari oleh Adriana di hujung talian sana.

“Habis tu apa kata Mama you?”

Air hidungnya Adriana hembus kuat ke dalam sapu tangan lalu menjawab dengan suara yang bergetar, “Mama marah lah... lagi-lagi bila dia tahu youbukan Melayu, bukan Islam.”

And she could not take it that I am the non-malay guy in your life?”hati Navin sakit pula ketika melafazkan pertanyaan itu.

Dear, I’m sorry... Itak niat nak buat semua ni jadi tambah complicated. Mama yang dah tahu sendiri. Now,Kak Ni pun berkeras dengan I...”

“Papa?”

“Papa tak cakap apa-apapun... Papa cuma nasihat Isupaya tak timbulkan masalah lagi dalam keluarga...”

“Hari tu bila youbagi tahu abang pasal kita, dia macam mana?”

“Abang tak adalah keras sangat. Cuma... dia cuma suruh Ifikir betul-betul je,” Adriana hembus air hidungnya lagi.

Dan Navin mengambil kesempatan itu untuk menegur, “Tu lah youni... sebab tu Idah pesan dengan you to go slow.”

Keluhannya masih terdengar. Navin harus berfikir lebih cepat kini walaupun dia sendiri tidak tahu apa yang harus dia fakir lagi. Dan Adriana rasa hendak marah bila Navin berkata begitu. Tidak fahamkah Navin bila dia kata Mama dapat tahu sendiri tentang hubungan mereka? Bukan dia yang membawa tajuk itu ke hadapan ibubapanya pun!

Semua ni bukan perkara senang dear... especially when it is about me,”keluh Navin perlahan.

Bicaranya disambung lagi, “Youselalu marah I.Kata I tak serius, kata Itak sayangkan youlah apalah semua.Sekarang ni dengan apa yang dah jadi, you ada fikir tak apa yang I kata pada youtu betul ke tak dear ?”

“Dear... Iminta maaf...” Tak apalah, biar sahaja dia yang mengalah.

Adriana terus tenggelam dalam esak tangisnya.



Navin duduk di atas rumput hijau di tepi padang.

Hari itu dia sepatutnya bekerja shiftmalam. Tetapi dia tidak ada hati hendak ke kilang. Panggilan telefon dari Adriana malam tadi membuatkan Navin tidak senang hati sepanjang malam sehinggalah saat ini. Semuanya serba menyakitkan. Sampai migrainnya menyerang kembali.

Tadi dia sudah pergi ke klinik panel kilangnya.Dia dapat MC untuk dua hari itu. Ubat-ubatan juga turut dibekalkan. Tetapi seperti selalu dia tidak pernah mengambil semua pil penahan sakit itu.

Dia cuba mempraktiskan nasihat Adriana agar hanya mengamalkan minum air Hundred plus yang dicampur dengan air suam. Untuk beberapa kali yang lepas, sudah terbuktilah keberkesanannya. Dan Navin memang menyukainya daripada menelan semua friendly-drugsitu.

Padang masih kosong. Ye lah baru pukul tiga lebih. Kalau adapun kanak-kanak atau orang dewasa yang bermain bola selalunya jam lima petang ke atas. Sengaja dia duduk di situ. Sendirian.

Bila memandang kehijauan rumput dan biru langit matanya jadi segar. Dan selalunya migrainnya juga bisa terpujuk dengan cara itu. Ruang litup dadanya yang sempit juga dapat bernafas lega dengan kitaran udara luar yang bebas dan segar.

Lagipun Navin sudah penat terperuk dalam rumah sewanya yang kecil dan tidak ada ruang udara yang baik itu. Bahkan Adriana juga bukan sekali dua menyuruh dia mencari rumah sewa yang lebih baik keadaannya. Tetapi dia tidak mahu membazir untuk sesuatu yang tidak begitu penting.

Wang gajinya yang tidak seberapa itu kalau dicampur dengan bayaran kerja lebih masa yang dia buat cukup-cukup untuk menampung segala tanggungannya. Duit untuk Amma dan adik-adik, duit sewa rumah, ansuran Wira, petrol dan tolnya turun naik JB-KL. Untuk Adriana...

Fikirannya menerawang mengenangkan Adriana semula. Dan semua yang diperkatakan oleh gadis itu melalui telefon malam tadi berbaris patah demi patah di ruang ingatannya. Dia memang sudah menduga hari itu akan tiba jua.

Hari di mana segala rintangan akan membentengi penyatuan cinta mereka. Hari di mana mereka berdua akan harus berhadapan dengan segala onak duri dan ranjau yang merintangi laluan mereka.

Kerana itu dia selalu cuba untuk tidak mengendahkan Adriana setiap kali gadis itu bercerita tentang penyatuan dan ikatan kasih sayang. Pasal perkahwinan, keluarga, tanggungjawab dan sebagainya.

Bagaimana hendak dia beritahu pada Adriana bahawa dia lebih tahu tentang semua itu berbanding Adriana sendiri?Sudah seperti ternampak-nampak di ruang matanya akan jejak yang bakal mereka lalui itu. Malangnya Adriana masih belum sepenuhnya memahami tentang keadaan diri Navin dan persekitarannya.

Bukan dia tidak mengutamakan Adriana. Kalau ada Tuhan yang dia percayai, hanya Tuhan itu sahajalah yang tahu bagaimana dalamnya lautan cinta dan kasih Navin terhadap gadis itu.

Tetapi kehidupan atas nama cinta sahaja tidak akan pernah mencukupi. Orang putih kata life is no bed of roses.Kalaulah perkahwinan mereka nanti boleh sempurna dengan satu perkataan cinta itu, alangkah mudahnya.

Apatah lagi kalaulah perhubungan mereka yang dikatakan kerana cinta itu mampu mencairkan hati Mama dan Papa Adriana, alangkah senang hatinya. Tetapi cinta yang ada di antara mereka itu belum mampu meleraikan kemelut dengan orang tua mereka.

Dan juga orang tuanya. Amma...



“Amma…”

“Tidak!” jerit Amma lantang sampai terkedu Navin dibuatnya.

“Amma tidak setuju! Amma tidak akan restu!” Amma menjerit sepenuh hatinya dengan tubuh tua yang berguling-guling di lantai. Menarik-narik hujung sarinya yang lusuh itu. Amma protes dengan amukan. Tangisan Amma menggila malam itu .

“Awak satu-satunya anak yang Amma boleh harapkan jaga Amma. Jaga awak punya thamby, jaga keluarga. Macam mana awak boleh jaga Amma sama kita punya keluarga kalau awak kahwin dengan itu perempuan Melayu?”

Mulut Amma tidak putus-putus meratap. Sesekali tapak tangannya menampar-nampar ke dahi dan ke kepala tuanya. Rambut Amma yang sudah lebih putih dari hitam itu pun sudah kusut masai. Peri laku Amma menunjukkan dia seolah kesal benar dengan apa yang sedang terjadi. Kesal dengan diri Navin.

“Lagi awak mahu masuk Islam?”terjegil mata Amma. “Ayoyo… Navindran, apa macam awak buat begini?”

Terjelepok Amma di atas lantai simen rumah. Menangis sambil tangannya memukul lantai simen. Kemudian tapak tangannya singgah pula di dahi. Ditepuk-tepuk dahinya sampai Navin pula yang rasa sakit. Kemudian tangan Amma beralih pula menampar dada di sebalik sari lusuh yang berwarna coklat itu.

“Amma, kalaupun Navin masuk Islam, Navin kan tetap anak Amma? Navin tetap akan jaga Amma dan keluarga kita. Navin janji...”

Ammanya yang sudah berusia hampir 65 tahun itu menggeleng kepala berkali-kali. Kedua-dua tangannya tergapai-gapai. Airmatanya bercucuran lebat. Navin lihat tiga orang adik lelakinya dan seorang adik perempuannya yang bongsu hanya membisu sambil membuat kerja sekolah mereka. Seolah–olah tidak mendengar permasalahan yang meriuhkan suasana rumah mereka saat itu.

“Ayoyo Navin… Amma tidak rela! Kalau awak sudah betul mahu kahwin, kahwinlah sama orang kita. Amma tidak halang. Tapi Amma tidak mahu awak kahwin itu perempuan Melayu!”

Aduhai, remuk hati Navin dengan tingkah Amma yang duduk memeluk kedua lututnya di atas tikar getah yang terhampar di tengah rumah sambil tersedu sedan. Dia hanya memandang lemah tikar getah yang sudah bertahun-tahun menjadi hamparan rumah mereka itu. Sudah koyak di sana sini.

Bukan dia tidak mahu menggantikan dengan tikar getah yang baru. Tetapi Amma tidak membenarkan. Katanya duit itu lebih baik digunakan untuk perkara lain yang lebih penting. Mengganti tikar getah itu bukan satu kemestian.

Navin menarik nafas panjang yang berbaur rasa sebak. Tidak tahu bagaimana untuk menerangkan situasi dengan gambaran positif. Supaya semua ini boleh difahami oleh Amma. Sekalipun dia merajuk membawa diri, yang rugi adalah dirinya juga.

Amma tentu tidak akan ragu-ragu untuk membunuh diri kalau dia keluar juga dari rumah. Senario ini memang sudah membudayai dan sinonim dengan masyarakatnya. Bunuh diri kerana kecewa samada menggantung atau membakar diri seolah jalan penyelesaian terakhir yang terbaik.

Navin pejam mata. Tidak mahu membayangkan sebarang tragedi ngeri yang akan memporak perandakan mereka sekeluarga. Dia harus lebih matang dan berfikir panjang. Berfikir dengan akal yang rasional, bukan dengan jiwa yang sentimental. Sekurang-kurangnya tidak untuk saat itu, ketika Amma sedang merusuh hebat.

Tangisan dan ratapan Ammanya masih lekat di cuping walau sampai saat itu pun. Dia tidak sampai hati membiarkan Ammanya itu bersedih. Akan tetapi dia juga tidak ega mengecewakan Adriana. Gadis itu sudah menjadi sebahagian daripada dirinya.

Adriana adalah belahan hati dan jiwanya. Adriana adalah bilasan tawa dan cerianya. Adriana adalah segalanya buat dia. Bagaimana dia harus memiliki kedua-dua wanita yang amat dia sayangi dan cintai itu?

Tembok batu yang menghalangi kasih mereka lebih kukuh dari Tembok Besar China. Silap haribulan akan jadi sentimen negara. Bukan setakat krisis perbezaan agama dan budaya yang akan jadi masalah.

Silap gaya boleh berlaku perkara yang tidak diingini. Keluarga Adriana boleh dikatakan agak berpengaruh juga. Jangan pula sampai seluruh rakyat Malaysia menatap tragedi cinta mereka dalam media.

Jari-jemarinya berhenti mencabut rumput. Fikirannya kacau benar. Berselirat. Atau haruskah dia akur sahaja dengan permintaan Adriana.

Kahwin lari? Oh tidak. Navin tidak mahu larikan anak dara orang. Tidak mengapa, dia akan berusaha untuk memujuk Amma sekali lagi. Nanti...

Previous: CHAPTER 20
Next: CHAPTER 22

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.