Home Novel Keluarga SUAMIKU HEROKU (Sayang You Kerana Dia)
CHAPTER 18

“Hah!” Adriana pantas menyergah.

“Ni betul ke dah habis ni? Yang terkulat-kulat tu apahal pulak lagi?” tanya Adriana bila Navin asyik memandang awan biru dan hijau rumput silih berganti.

Sangsi pula hatinya. Betulkah Navin sudah khatam buku agama yang diberikannya itu atau sekadar menyedapkan hatinya? Atau apakah Navin memang tidak langsung berminat untuk membacanya? Sudah tidak lagi berhasrat untuk mendalami Islam?

“Betullah dear. I dah habis baca…” ujar Navin sambil mengurut-urut tapak tangannya yang sedikit berpeluh.

Apa punya idealah picnic tengah hari buta macam ni… gerutu hatinya.

Mentari tidaklah seterik mana, tetapi bahang yang terasa menyebabkan kulit mukanya mengering. Terasa kulit mukanya yang gelap sedang mengelupas saat itu. Aduhlah, peritnya.

Inilah yang dikatakan orang, kalau sedang asyik bercinta semua sanggup diredah. Terbakar di bawah sinar mentari yang tembus terus dari sebalik lapisan ozon yang sedang menipis dengan kritikalnya itupun boleh diakui nyaman.

Adriana sedang menyudu nasi putih berlaukkan sambal sotong, telur asin dan sayur campur itu sedikit demi sedikit ke mulutnya. Navin hanya memerhati sahaja. Perutnya masih belum berasa lapar.

Pagi tadi hampir jam 10, dia sudah tercegat di depan bangunan asrama Adriana. Dia keluar dari rumah sewanya di JB sebelum subuh tadi lagi. Adriana pula sedang tidur setelah habis shift jam 7 tadi.

Tidak sampai hati pula dia hendak untuk membuat morning-call mengejutkan Adriana. Lalu ditelefonnya saja Farah yang kebetulan day-off hari itu. Selesai bersiap jam hampir jam 12 tadi, Adriana mengajaknya membeli makanan. Entah macam mana timbul ideanya hendak makan di kawasan tasik di seberang Amcorp Mall.

Dear…” seru Adriana lagi sambil mengunyah makanan lambat-lambat.

“Ye … ye…” dia urut lagi telapak tangannya. Sedikit berpeluh. Pun dia sedang berfikir sesuatu.

Navin sedang cuba mengingati setiap kata-kata Adam. Sungguh dia mengkagumi personaliti doktor di sebuah hospital besar di Johor Bharu itu. Adam sentiasa tenang setiap kali menjawab setiap persoalan yang dia ajukan.

Paling Navin kagumi, patah-patah kata Adam selayaknya meletakkan lelaki itu di tempat seorang pendakwah. Seorang diplomat, kerana Adam sangat berdiplomasi orangnya.

Dia teruja setiap kali abang angkatnya itu menerangkan duduk letaknya sesuatu perkara. Kekagumannya itu memutikkan hasrat di dalam hati Navin untuk menjadi seperti Adam. Biar nanti Adriana turut teruja dan mengkaguminya.

Dan biar gadis itu percaya dia berhak menegur dan Adriana harus menerimanya dengan baik. Tanpa prejudis mahupun prasangka bahawa dia bukan seorang Islam untuk menegur seorang Muslimah.

Navin masih giat berfikir mencari pendekatan terbaik. Dia bukanlah budak lelaki yang tidak cukup umur untuk diperbudakkan oleh Adriana. Malah dia juga tahu gadisnya itu pun belum tentu pernah membaca buku agama sepenuhnya. Namun dia tidak mahu memulangkan paku buah keras itu kepada Adriana.

Alang-alang dia punya sedikit ilmu dan pengetahuan dari ihsan Adam, dia mahu cuba-cuba berdakwah. Biar Adriana menjadi subjek percubaannya, detik hatinya.

OK, dear… tengok sini.”

Pantas Adriana mengangkat wajah dengan mulutnya yang sedang mengunyah kepala sotong.

“Berhentilah makan tu sekejap. Ikut macam buat ni ye dear,” suruh Navin dengan nada memujuk sambil menunjukkan tapak tangan kanannya dengan kelima-lima jari ditegakkan.

Adriana tepuk dan menggosokkan kedua telapak tangannya di paha. Membersihkan tangan dari sisa nasi dan lauk. Lalu dia menurut.

“Sekarang genggam kuat-kuat dan angkat ke atas. Say ‘Allahu Akbar’!”

Dear?!” Adriana cuba memprotes. Sebutan Navin terlalu sempurna. Dadanya berdebar.

Teguran Adriana tidak Navin endahkan, “Itulah rukun Islam yang mesti kita junjung.”

Now, put your fingers straight to the front and let it open. Take a look at them. What do you see?” soal Navin sambil memandang tepat ke wajah gadisnya.

Sepasang mata Adriana terkebil-kebil. Dia perhati kesemua jarinya yang sepuluh. Runcing dan panjang. Kemudian dia pandang pula ke wajah Navin.Terkulat-kulat Adriana jadinya.

“Itulah kewajipan solat lima waktu yang tidak boleh kita abaikan. You solat Subuh tak tadi?” secara tidak langsung Navin memperli kekasihnya itu.

Pertanyaan itu buat Adriana mengherotkan mulutnya. Baru sahaja hendak mulut untuk memprotes bila Navin terus menyambung kuliah tengaharinya itu.

Put your hand on your lap, tengok!”arah Navin dan Adriana menurut.

Sesekali mulutnya menyudahkan kunyahan kepala sotong tadi. Tetapi kunyahannya lambat-lambat dan kecil sahaja. Takut Navin marah lagi. Navin kan sedang membuat rumusan buku agama yang sudah dibacanya. Pun tadi dia juga yang menyuruh.

“Tengok dari jari kelingking yang kecil ni dulu. Manusia dan apa-apa pun dalam dunia akan bermula dari yang kecil. Dulu masa you baby, you tembam ke macam sekarang?” Navin tersengih bila Adriana membuka mulutnya.

Eleh, mesti tak nak mengaku tembamlah tu! Mesti nak kata dia pretty baby... hati Navin tersengih melihat riak di wajah Adriana dengan mulutnya yang terlopong itu.

Tidak juga memberikan peluang kepada Adriana untuk berkata dan memprotes. Navin menyambung rumusannya, “Hmm… dari kecil kemudian membesar dan terus membesar,” Navin tersenyum.

“Itulah fitrah insan dan alam keseluruhannya. Everything... setiap yang kita lakukan bermula dari sesuatu yang kecil dan mudah dahulu. Kalau kita tak dapat mendidik diri dan generasi kita semasa masih muda, it will give huge impact to our future. We will be a failure!”

Adriana angguk-anggukkan kepala. Setuju!

Now you look at your jari manis.”

Adriana senyum. Bintang Doraemonnya mengerlip lagi.

“Bilalah I nak dapat cincin ye dear…” sengaja dia membelek jari manisnya yang runcing di hadapan muka mereka.

Telatah nakal Adriana mengundang senyum di bibir Navin. Namun dia masih ingin terus berkata-kata. Tidak dipedulikannya usikan penuh makna gadis itu. Dia sudah lali dengan kata-kata begitu.

Nanti-nantilah. Akan tiba jua harinya nanti untuk dia sarungkan sebentuk cincin yang diminta oleh Adriana itu ke jari manisnya. Bukan setakat cincin sekecil itu. Kalau dia mampu nanti dengan rantai besar sekali.

Lebih besar dari segala macam rantai kontena. Biar Adriana terpasung di sisinya. Biar Adriana tidak dapat lari ke mana-mana meninggalkannya. Walaupun mereka harus hidup di bawah jambatan.

Hmm... padan muka. Nak sangat kahwin dengan orang tak handsome yang gelap dan miskin macam aku ni... hati Navin terus tersenyum.



“Jari manis ni macam usia remaja. Everything is sweet. But we should not be carried away,”Navin menarik nafasnya seketika.

“Macam masa remaja kita sekarang ni.Masa ni sebenarnya hidup kita penuh dengan cabaran dan dugaan. Suka shopping. Melawa pakai baju tak cukup kain. Tudung tertinggal-tinggal. Asyik ajak I dating. Kalau dibuatnya tak kuat iman....”

Navin menjeling Adriana yang sedang membulat mata memandangnya. Pun sedang menajamkan muncung. Dia tahu Adriana sedar dirinya sedang dijadikan model ceramah motivasinya.

So, what will bring us backYou bagi tahu I?”

Adriana terlopong dengan soalan itu. Wajah Navin diseluruhinya seketika. Kurang asam punya pakwe. Nak kenakan kita pulak dia ye… hati kecilnya mengomel.

“Iman dan takwalah my dear...” Navin memberikan jawapannya.

Rasa panas memijar di pipi Adriana. Padan muka aku. Suruh lagi si Navin tu belajar tentang Islam, sekarang aku pula yang terkulat-kulat. Hati Adriana berkata sendirian.

And this is the tallest. Jari hantu… this is our adult age,” bicaranya terhenti bila beberapa pasang remaja lelaki dan perempuan melintasi tempat mereka duduk sambil tertawa nyaring. Dia mengerling kumpulan itu dengan rasa tidak puas hati. Mengganggu ketenteraman sungguh… marah hatinya.

Okay now…” dia menyambung bila sekumpulan remaja itu sudah jauh. “At 30's, status, career dan ekonomi kita dah stabil.”

Dia menghirup udara biar rongga dadanya penuh dengan oksigen yang dapat membuat mindanya berfikir dengan tenang, “Masa inilah kita kena lebih berhati-hati. Masa ni hantu-hantu pengacau akan menggoda. Hantu dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu jealous, macam-macam hantu lagi…”

Pling! Bintang Doraemon Adriana mengerlip lagi. “Dear, dear! Dulu kan ada satu hantu kacau tau. Nama dia kan CcHantu…” ujar Adriana sambil kepalanya terangguk-angguk menahan tawa.

Navin herotkan mulutnya, geram dengan keletah nakal Adriana alias Doraemon yang sudah dia buat girlfriend itu.“Yang itu hantu baik, tak ape. Hantu tu dah nak masuk Islam dah...” balas Navin bersahaja.

Langsung terhambur tawa Adriana mendengar jawapan bersahaja teman lelakinya itu.

“Nasib baik you kena tangkap dengan hantu baik tau, kalau tak...” balas Navin selamba.

“Ni pasal hantu-hantu yang lain ni, kalau kena kacau dek diorang... kalau tak dapat kawal emosi kita, hmm… terperangkaplah kita dengan nafsu dan syaitan.So, what should we do?” soalnya lagi.

Terkelip-kelip mata Adriana. Kagum pula dengan kepetahan Navin walau dia terbiasa dengannya. Ada gaya-gaya peserta Imam Muda pulak. Imaginasi itu akhirnya menyebabkan mulutnya terlewat pula untuk memberikan jawapan.

“Banyakkanlah beribadat. Jangan asyik uzur je kalau suruh solat. Puasa jangan di bulan Ramadhan je… ni kurang-kurangkanlah ajak I dating macam ni… tak baik. Kita berdua-duaan begini tau, sekali-sekali bolehlah tahan. Kalau selalu, bergunung dosa, takut tak tertanggung I dear oi.Baru je masuk Islam karang, dah penuh buku lejer dengan hutang kepada Tuhan pulak…” dalam selorohnya Navin sedang mengingatkan diri mereka berdua.

“Amboi dear!” Adriana mencubit paha Navin.

Navin menggeliat kesakitan lalu menggosok-gosok pahanya yang dicubit Adriana. Serentak mereka tertawa.

“Ni, jari telunjuk,” ujar Navin kemudian di hujung sisa tawanya sambil menunjukkan jari telunjuknya ke hadapan hidung mancung Adriana. Tawanya yang masih berbaki dikawal.

“Masa solat, it always say Tuhan Allah itu satu. Esa.” Navin tersenyum lalu membuka bungkusan nasinya.

“Ibu jari dear?” Adriana sempat mengusik. Hatinya sudah sarat dengan keterujaan. Navin sudah banyak mendalami Islam nampaknya. Senang sangat hati Adriana.

“Lah, Nabil kata lu fikirlah sendiri…”

Hai, Navin pun minat dengan Nabil ke? Adriana tersengih sendirian dengan jawapan itu. Nampaknya Navin sudah siap-siap membuka bekas makanannya. Dia kemudian membetulkan sila menghadap nasi putih dalam bekas polystyrene, bercampur lauk-pauk pilihan Adriana. Usai membuat rumusan buku seperti yang diminta Adriana, lapar pula perutnya.

Dear…?” Adriana buat muka kartun dengan mata terkelip-kelip sampai hendak tersembur sedikit nasi yang ada di dalam mulut Navin bila tawanya meledak.

“Iyelah, ibu jari ni. Kan dia beza dari jari lain. Dia gemuk, besar… shows the maturity and… kehebatan yang membanggakan. Macam kekasih gelap you ni lah kan. Hebat tak I?” Navin kemudian menyudu sesuap nasi ke dalam mulutnya.

Adriana ketawa lagi. Terasa ada bahagia yang menyusup masuk ke dalam jiwa bersama helaan nafasnya saat memandang Navin kala itu.

Imagine kalau tak ada ibu jari, kan susah? Nak pegang sudu pun tak boleh kan? Moralnya, kita ni generasi muda kalau nak buat sesuatu kenalah rujuk dan minta nasihat orang yang lebih tua.Mereka makan garam banyak dari kita, berpengalaman. Jangan ikut hati muda je…”

Nada bicara Navin kedengaran goncang. Ada sebak yang sedang ditelan agar suasana sendu tidak terasa. Hakikatnya Navin memang terusik. Ingatan terus melayang mengenangkan Amma.

Aduhai, betapa dia terlalu merindui Amma dan adik-adiknya di Raub. Sudah agak lama dia tidak berkesempatan pulang menziarahi keluarganya itu. Kalau bukan sibuk dengan kerja, dia akan lebih sibuk dengan perempuan yang seorang ini.

Nantilah, dia akan tetapkan harinya untuk dia pulang dan mengadap Ammanya yang tercinta itu. Sekali dengan membawa usul paling kritikal dalam hidupnya.

“Aik, lain macam je dear…?” Adriana mengusap dagunya.Cuba tidak terhasut oleh emosi.

“Perli ye?”

“Mana ada perli...”

Cepat-cepat dia telan nasi yang baru sahaja dia suap ke mulut, “Dear, bila kita nak bagi tahu Mama, Papa dengan Amma pasal kita ni?”

“Pasal kita? Pasal apa?”

Automatik cubitan Adriana singgah di paha Navin, “Adoilah.. okay, okay...”

Dalam senyum yang sedaya upaya dia ukir meski di dalam hatinya ada suatu rasa sebak bila Amma disebut Adriana, “Tunggulah dulu...” katanya lembut.

“Nak tunggu sampai bila? Ni Mama dah bising-bising pasal bil telefon. Kalau dia yang tangkap kita dulu, lagilah banyak cerita dear.Lebih baik kita mengadap dia dan cakap elok-elok.”

You dah bersedia betul ke ni?”

“Dah lama dah bersedia pun. You tu je yang banyak cekadak!”

bukan tanya you dah bersedia nak jumpa Mama dan Amma lah...”

“Dah tu?”

You dah bersedia ke nak berpisah dengan ni?”

Terkejut Adriana mendengar kata-kata itu, “You cakap apa ni dear?”

“Kalau Mama you tak suka dan tak nak terima I, macamana?” wajah Navin sudah tiada riak. Mati seleranya hendak menghabiskan nasi dan lauk di dalam bekas. Kalau diikutkan hati memang moodnya agak terjejas begini. Tetapi demi kasihnya kepada Adriana, Navin tahan diri dan perasaannya sendiri meski begitu sukar.

Tidak puas hati sungguh Adriana mendengar bicara Navin itu. Wajah Navin yang nampak sedang makan tidak makan itu sahaja dia tatap buat seketika. Ya tak ya juga, kalau Mama tidak izinkan mereka bersama? Kalau Amma pun satu kepala dengan Mamanya? Apa yang harus mereka lakukan nanti?

“Sabarlah dulu ye. Biar I survey Amma dulu... lepas tu baru kita fikir macam mana nak approach Mama dan Papa you. Kalau terburu-buru takut tak larat nak kendong...”

Adriana kerut kening. Apa kena mengena terburu-buru dan tak larat nak kendong dengan usaha mereka? Entah mengapa saat itu dia jadi blursahaja pula.

Menungannya sejenak jauh. “Dear, macam mana kalau Mama dengan Amma sama-sama tak setuju?”

“Kalau dah macam tu, samalah nasib kita jadinya nanti,” jawab Navin bersahaja.

Dear betul ke nanti Amma tak kasi you kahwin dengan I?” soal Adriana dengan nada gusar.

Navin dongakkan kepalanya memandang dedaun pokok yang menaungi mereka itu seperti sedang berfikir, “rasa kalau Amma tak setuju pun bukan sebab you. Alah, samalah macam Mama dengan Papa you juga nanti. Amma mesti nak debate pasal tukar agama ni.”

Dear, you rasa kalau you insist jugak nak kahwin dengan I, sunat, pas tu masuk Islam, rasanya Amma...” tak sanggup pula Adriana hendak sebut perkataan seterusnya.

Navin pandang muka nakal Adriana dengan hujung mata. “Apa? You nak kata Amma bunuh diri ke?”

Sedetik lebih kedua mereka terdiam. Walaupun ada nada jenaka dan gurauan pada bicara mereka tadi, namun dalam hati masing-masing gerun dengan kemungkinan itu. Kalaulah Amma betul-betul... Navin pejam mata. Itulah yang selalu buat dia berat hendak gelojoh berterus-terang dengan Amma tentang hal dia dan Adriana ini.

Tembok penghalang semakin tinggi rupanya. Sungguh benar kata orang, hidup selalunya tidak seindah impian.

Dear...” Adriana memanggil Navin perlahan.

“Hmm…”

“Kalau macam tu.... kita... kita kahwin lari nak?”

“Hish, you ni dear... gila apa?!” Navin mengurut dada mendengar saranan berani mati yang dibuat oleh Adriana itu.

“Memanglah I gila! I gilakan you. Oh, you tak gilakan I ye dear?”

You ni dear. Cakap suka-suka ikut sedap mulut je, tak guna akal. Cuba bawa bertenang dulu, fikir baik-baik. Lagipun memanglah I tak gila. Kalau tak percaya you boleh check. You kan nurse?”

Dear...?” protes Adriana.

Dear, I tak gila. Tapi I tahu I sayang dan cintakan you je dear, sangat-sangat. Slowlylah... kalau Tuhan izinkan jodoh kita, tak ke mana...” pujuk Navin.

Adriana kerling Navin dengan ekor matanya yang tajam. Amboi, cakap bukan main. Dia ingat kisah mereka ni cerita Hindustan ke apa? Ingat dia tu Shah Rukh Khan dan dirinya ini Kajol ke apa dalam cerita Dilwale Dulhaniya Le Jayenge. Pasangan Kekasih Akan Berjaya.

Ceh... kalau dia ingat-ingat perangai Mama, bukan Pasangan Kekasih Akan Berjaya jadinya mereka nanti. Mesti jadi Pasangan Kekasih Kena Kerat Lima Belas pulak!

Tiba-tiba Navin jungkit kedua-dua bahunya.Lalu dia buat thumbs up, “Sedap…” Sudahlah. Dia tidak mahu memanjangkan cerita. Nanti turun pulak hujan di tengahari yang panas terik ni. Pelangi? Lagipun dia sendiri masih belum pasti dengan hari depan.

Aduhai, beginikah dilemanya insan yang jatuh cinta dengan pasangan berlainan agama? Dalam diamnya, Adriana memanjatkan setinggi-tinggi doa dan harapan moga bila sampai waktunya Navin harus dia perkenalkan, keluarganya akan menerima dengan hati terbuka.

Semoga seluruh ahli keluarganya nanti mampu melihat kebaikan yang ingin dia bawa melalui kasih sayangnya terhadap Navin ini. Ya Allah… restuilah niat suci kami ini…

Previous: CHAPTER 17
Next: CHAPTER 19

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.