Home Novel Cinta Ingat-ingat Lupa
Ingat-ingat Lupa
Zulfati Hanis
1/11/2012 11:02:07
116,690
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 2

Seawal jam 7.30 pagi Nurul Amira dan Kak Kiah sudah jejakkan kaki di bangunan Mutiara Holding tempat mereka mencari rezeki selama ini. Nurul Amira dan Kak Kiah meletakkan beg sandang mereka dalam kabinet masing-masing. Baju uniform cleaner masing-masing diambil dan menukarnya sebelum memulakan tugas masing-masing.

“Hari ni Mira bersihkan tingkat 5 ya,” ujar Kak Kiah sambil mengambil peralatan mengemas dari dalam stor.

“Bukan ke tu area Chombi, Kak Kiah?” tanya Nurul Amira hairan. Biasanya dia bertugas ditingkat 4 atau 3 saja. Almaklumlah tingkat 5 tu dimana terletaknya bilik-bilik pegawai atasan Mutiara Holding. Kebiasaannya pekerja cleaner yang berpengalaman dibenarkan bertugas di sana. Nurul Amira sendiri baru beberapa bulan bekerja di sini.

Dulu dia bekerja dipasaraya berhampiran dengan Bangsar. Kebetulan Kak Kiah yang merupakan tuan rumah di mana dia menyewa bilik menawarkan kerja di sini. Memandangkan gaji yang ditawarkan pun lebih sikit daripada gaji di pasaraya, Nurul Amira menerimanya.

“Hari ni dia cuti. Akak baru teringat. Bolehkan Mira.”

Nurul Amira tersenyum. “Boleh Kak. Tak ada masalah. Kalau macam tu saya gerak dululah Kak Kiah,” kata Nurul Amira sambil berlalu bersama dengan peralatan mengemasnya.

Sebaik sampai di kawasan lobby Nurul Amira menekan butang ke tingkat 5. Daripada 4 buah lift, satu dikhaskan untuk kegunaan Chairman, CEO, COO, CFO dan CAO sahaja. Buat masa ini belum ramai yang datang lagi kerana masih awal lagi.

Sebaik pintu lift terbuka Nurul Amira melangkah masuk bersama peralatannya. Butang tingkat 5 ditekan. Dalam masa beberapa saat lift berhenti di tingkat 5 seperti yang diarahkan. Sebaik menjejakkan kaki di lobby tingkat 5 Nurul Amira terasa kagum. Dekorasi di tingkat 5 ini amat berlainan daripada tingkat di bawah. Susun atur dan warna yang di pilih amat menarik.

Tanpa menunggu lama Nurul Amira memulakan kerja-kerja mengemas. Dimulakan dengan mengemas bilik air dan pantry. Kemudian berganjak ke ruang pejabat. Dari satu meja ke satu meja yang lain Nurul Amira membersihkannya. Seterusnya ke bilik-bilik pegawai atasan.

“Ehem…Ehem….”

Pantas Nurul Amira menoleh bila terdengar orang berdehem dari belakang. Terbeliak matanya bila terlihat ada seorang lelaki berpakaian kemas siap dengan blazer lagi di muka pintu. Dia sedang merenung dirinya. Nurul Amira menelan air liur.

“Maaf Tuan. Saya tak sedar Tuan datang,” kata Nurul Amira yang sudah mengelabah. Dari penampilan lelaki itu, Nurul Amira dapat mengagak bahawa bilik yang sedang dikemaskan ini adalah milik lelaki itu.

Hasnan tidak menjawab sebaliknya dia tersenyum bila melihat cleaner yang sedang mengemas biliknya mengelabah.

“Maaf Tuan. Bilik Tuan dah siap kemas. Maaf sekali lagi Tuan,” sekali lagi Nurul Amira memohon maaf sambil tertunduk-tunduk. Takut jugak kalau kena sembur pagi-pagi buta begini.

“Apa nama you?” tiba-tiba lelaki itu menyoal.

“Ha?” Nurul Amira terkejut bila tiba-tiba lelaki yang mengenakan blazer biru hitam dengan kemeja putih berserta tali leher menegurnya.

Di telan air liur. “Nu….Nurul Amira, tuan,” tergagap-gagap Nurul Amira menjawab.

“Biasa panggil?” tanya Hasnan yang sudah menghampiri mejanya. Dia memandang hasil kerja cleaner yang tidak pernah dia jumpa sebelum ini. Biasanya cleaner bernama Chombi yang selalu mengemas biliknya. Tapi hari ini orang lain pulak. Cantik jugak orangnya. Hati lelakinya berkata.

“Mira,” jawab Nurul Amira ringkas. Tapi masih takut-takut.

“Menarik. Baru kerja kat sini ke?. I tak pernah nampak pun you sebelum ni?”

“Baru 6 bulan tuan. Saya gantikan tempat Chombi hari ni. Dia cuti, tuan,” terketar-ketar Nurul Amira menjawab.

I see. Anyway nama I, Hasnan,” Hasnan memperkenalkan dirinya. Nurul Amira sekadar mengangguk tanda hormat.

“Okey. Mira pandai buat air kopi?” tanya Hasnan selamba.

Nurul Amira menjawab dengan anggukkan.

“Kalau pandai boleh tolong buatkan I air kopi,” pinta Hasnan sambil menanggalkan blazer yang di pakai dan diletakkan di kepala kerusinya.

“Tuan nak saya buatkan air kopi?” tanya Nurul Amira untuk kepastian.

“Yes. So please,” jawab Hasnan selamba sambil menarik kerusi untuk duduk.

Tanpa berlenggah lagi Nurul Amira melangkah menuju ke pantry yang berhampiran untuk membancuhkan air kopi untuk Tuan CEO. Dengan terketar-ketar Nurul Amira membawa secawan air kopi yang di bancuh.

Sedang Hasnan meneliti kertas laporan kewangan yang disediakan oleh Eziwan semalam, kedengaran pintu biliknya di ketuk dari luar.

“Masuk,” Hasnan memberi arahan.

Nurul Amira melangkah masuk sambil membawa secawan air kopi dan diletakkan diatas meja kerja Hasnan. Berdebar juga hati Nurul Amira tika ini kerana inilah pertama kali dia menyediakan minuman untuk pegawai atasan.

Hasnan mengangkat mukanya sedikit keatas. Dia memandang Nurul Amira yang berdiri dihadapannya. Air kopi yang kelihatan panas telah ada didepannya. Pagi-pagi begini memang dia biasa minum air kopi. Memandangkan hari ini dia datang awal dan Niza, setiausahanya belum tiba sebab itu dia minta Nurul Amira menyediakanmya.

Dengan bacaan Bismillah Hasnan menghirup sedikit air kopi buatan tangan Nurul Amira. Kening Hasnan berkerut. Dipandang wajah Nurul Amira.

“Apa Mira bubuh dalam air kopi ni?.”

Nurul Amira menelan air liur. ‘Alamak….tak sedap ke air kopi yang aku buat ni?’ hati Nurul Amira berkata.

“Sa….saya bubuh uncang serbuk kopi, gula secukup rasa dengan air panas aje tuan. Kenapa?. Tak sedap ke?” takut-takut Nurul Amira bertanya.

Hasnan tersenyum nipis. “You ni cepat gelabah ek. Sedap. Air kopi you bancuh ni sedap lain macam. I like.”

Nurul Amira menarik nafas lega. “Alhamdulillah. Eerrr….kalau tak ada apa-apa lagi saya minta diri dulu tuan. Banyak lagi kerja yang saya perlu siapkan.”

Hasnan hanya mengangguk. Sebaik Nurul Amira keluar dari bilik dia kembali meneliti laporan kewangan yang tergendala tadi. Laporan ini perlu diteliti sebelum diserahkan pada Papa pada pagi ini.


Dato Nor Azizi meneliti laporan yang dikemukakan oleh Hasnan dan Eziwan. Sebaik membacanya Dato Nor Azizi menanggalkan cermin mata dan menoleh memandang Hasnan dan Eziwan yang sedang menanti komen daripadanya.

“Macam mana Papa?.”

“Mmmm….kalau mengikut laporan ni kedudukan kewangan kita bagi suku pertama tahun ni amat memberangsangkan. Papa amat bangga dengan kebolehan kamu berdua,” kata Dato Nor Azizi dengan bangga.

“Papa….memandangkan kedudukan kewangan kita semakin kukuh, Nan ingat nak masuk tender projek Labuan.”

“Projek Labuan?.”

“Betul Pa. Nan dah buat kajian. Projek ni nilai pulangan bersih aje lebih kurang RM5 juta. Projek naik taraf lebuhraya disana. Dengan tenaga kemahiran dan pengalaman kita selama ini Nan rasa kita tak ada masalah dalam memenangi tender ni,” dengan yakinnya Hasnan berkata di depan dato Nor Azizi.

“Apa pendapat kamu Ez?” Dato Nor Azizi meminta pandangan Eziwan dalam perkara ini sebelum dia membuat keputusan.

“Bagi saya uncle kita patut bagi peluang pada Nan untuk buktikan kebolehan dia. Lagipun dia pernah beritahu saya perkara ni dan mengikut pengiraan saya kalau projek ni berjaya kita akan untung besar uncle.”

Hasnan senyum bangga bila cadangannya mendapat sokongan daripada Eziwan, orang kepercayaan Papa. Eziwan telah lama bekerja di Mutiara Holding.Cuma beberapa tahun lalu dia mengambil cuti tanpa gaji kerana melanjutkan pelajaran. Baru setahun dia balik Malaysia dan bekerja semula disini.

“Baiklah Nan, projek Labuan tu Papa serahkan pada Nan untuk uruskan. Papa nak Nan buktikan pada Papa yang Nan dah ready untuk gantikan Papa dalam Mutiara Holding,” Dato Nor Azizi memberi kata putus.

“Thanks Papa. Nan akan buktikan pada Papa,” azam Hasnan penuh bersemangat.


Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.