Seawal jam 7.30 pagi
Nurul Amira dan Kak Kiah sudah jejakkan kaki di bangunan Mutiara Holding tempat
mereka mencari rezeki selama ini. Nurul Amira dan Kak Kiah meletakkan beg
sandang mereka dalam kabinet masing-masing. Baju uniform cleaner masing-masing
diambil dan menukarnya sebelum memulakan tugas masing-masing.
“Hari ni Mira bersihkan tingkat 5 ya,” ujar Kak Kiah
sambil mengambil peralatan mengemas dari dalam stor.
“Bukan ke tu area Chombi, Kak Kiah?” tanya Nurul Amira
hairan. Biasanya dia bertugas ditingkat 4 atau 3 saja. Almaklumlah tingkat 5 tu
dimana terletaknya bilik-bilik pegawai atasan Mutiara Holding. Kebiasaannya
pekerja cleaner yang berpengalaman dibenarkan bertugas di sana. Nurul Amira
sendiri baru beberapa bulan bekerja di sini.
Dulu dia bekerja dipasaraya berhampiran dengan Bangsar.
Kebetulan Kak Kiah yang merupakan tuan rumah di mana dia menyewa bilik
menawarkan kerja di sini. Memandangkan gaji yang ditawarkan pun lebih sikit
daripada gaji di pasaraya, Nurul Amira menerimanya.
“Hari ni dia cuti. Akak baru teringat. Bolehkan Mira.”
Nurul Amira tersenyum. “Boleh Kak. Tak ada masalah. Kalau
macam tu saya gerak dululah Kak Kiah,” kata Nurul Amira sambil berlalu bersama
dengan peralatan mengemasnya.
Sebaik sampai di kawasan lobby Nurul Amira menekan butang
ke tingkat 5. Daripada 4 buah lift, satu dikhaskan untuk kegunaan Chairman,
CEO, COO, CFO dan CAO sahaja. Buat masa ini belum ramai yang datang lagi kerana
masih awal lagi.
Sebaik pintu lift terbuka Nurul Amira melangkah masuk
bersama peralatannya. Butang tingkat 5 ditekan. Dalam masa beberapa saat lift
berhenti di tingkat 5 seperti yang diarahkan. Sebaik menjejakkan kaki di lobby
tingkat 5 Nurul Amira terasa kagum. Dekorasi di tingkat 5 ini amat berlainan
daripada tingkat di bawah. Susun atur dan warna yang di pilih amat menarik.
Tanpa menunggu lama Nurul Amira memulakan kerja-kerja
mengemas. Dimulakan dengan mengemas bilik air dan pantry. Kemudian berganjak ke
ruang pejabat. Dari satu meja ke satu meja yang lain Nurul Amira
membersihkannya. Seterusnya ke bilik-bilik pegawai atasan.
“Ehem…Ehem….”
Pantas Nurul Amira menoleh bila terdengar orang berdehem
dari belakang. Terbeliak matanya bila terlihat ada seorang lelaki berpakaian
kemas siap dengan blazer lagi di muka pintu. Dia sedang merenung dirinya. Nurul
Amira menelan air liur.
“Maaf Tuan. Saya tak sedar Tuan datang,” kata Nurul Amira
yang sudah mengelabah. Dari penampilan
lelaki itu, Nurul Amira dapat mengagak bahawa bilik yang sedang dikemaskan ini
adalah milik lelaki itu.
Hasnan tidak menjawab sebaliknya dia tersenyum bila melihat
cleaner yang sedang mengemas biliknya mengelabah.
“Maaf Tuan. Bilik Tuan dah siap kemas. Maaf sekali lagi
Tuan,” sekali lagi Nurul Amira memohon maaf sambil tertunduk-tunduk. Takut
jugak kalau kena sembur pagi-pagi buta begini.
“Apa nama you?” tiba-tiba lelaki itu menyoal.
“Ha?” Nurul Amira terkejut bila tiba-tiba lelaki yang
mengenakan blazer biru hitam dengan kemeja putih berserta tali leher
menegurnya.
Di telan air liur. “Nu….Nurul Amira, tuan,” tergagap-gagap
Nurul Amira menjawab.
“Biasa panggil?” tanya Hasnan yang sudah menghampiri
mejanya. Dia memandang hasil kerja cleaner yang tidak pernah dia jumpa sebelum
ini. Biasanya cleaner bernama Chombi yang selalu mengemas biliknya. Tapi hari ini
orang lain pulak. Cantik jugak orangnya. Hati lelakinya berkata.
“Mira,” jawab Nurul Amira ringkas. Tapi masih
takut-takut.
“Menarik. Baru kerja kat sini ke?. I tak pernah nampak
pun you sebelum ni?”
“Baru 6 bulan tuan. Saya gantikan tempat Chombi hari ni.
Dia cuti, tuan,” terketar-ketar Nurul Amira menjawab.
“I see. Anyway nama I, Hasnan,” Hasnan memperkenalkan
dirinya. Nurul Amira sekadar mengangguk tanda hormat.
“Okey. Mira pandai buat air kopi?” tanya Hasnan selamba.
Nurul Amira menjawab dengan anggukkan.
“Kalau pandai boleh tolong buatkan I air kopi,” pinta
Hasnan sambil menanggalkan blazer yang di pakai dan diletakkan di kepala
kerusinya.
“Tuan nak saya buatkan air kopi?” tanya Nurul Amira untuk
kepastian.
“Yes. So please,” jawab Hasnan selamba sambil menarik
kerusi untuk duduk.
Tanpa berlenggah lagi Nurul Amira melangkah menuju ke
pantry yang berhampiran untuk membancuhkan air kopi untuk Tuan CEO. Dengan
terketar-ketar Nurul Amira membawa secawan air kopi yang di bancuh.
Sedang Hasnan meneliti kertas laporan kewangan yang
disediakan oleh Eziwan semalam, kedengaran pintu biliknya di ketuk dari luar.
“Masuk,” Hasnan memberi arahan.
Nurul Amira melangkah masuk sambil membawa secawan air
kopi dan diletakkan diatas meja kerja Hasnan. Berdebar juga hati Nurul Amira
tika ini kerana inilah pertama kali dia menyediakan minuman untuk pegawai
atasan.
Hasnan mengangkat mukanya sedikit keatas. Dia memandang
Nurul Amira yang berdiri dihadapannya. Air kopi yang kelihatan panas telah ada
didepannya. Pagi-pagi begini memang dia biasa minum air kopi. Memandangkan hari
ini dia datang awal dan Niza, setiausahanya belum tiba sebab itu dia minta
Nurul Amira menyediakanmya.
Dengan bacaan Bismillah Hasnan menghirup sedikit air kopi
buatan tangan Nurul Amira. Kening Hasnan berkerut. Dipandang wajah Nurul Amira.
“Apa Mira bubuh dalam air kopi ni?.”
Nurul Amira menelan air liur. ‘Alamak….tak sedap ke air
kopi yang aku buat ni?’ hati Nurul Amira berkata.
“Sa….saya bubuh uncang serbuk kopi, gula secukup rasa
dengan air panas aje tuan. Kenapa?. Tak sedap ke?” takut-takut Nurul Amira
bertanya.
Hasnan tersenyum nipis. “You ni cepat gelabah ek. Sedap.
Air kopi you bancuh ni sedap lain macam. I like.”
Nurul Amira menarik nafas lega. “Alhamdulillah.
Eerrr….kalau tak ada apa-apa lagi saya minta diri dulu tuan. Banyak lagi kerja
yang saya perlu siapkan.”
Hasnan hanya mengangguk. Sebaik Nurul Amira keluar dari
bilik dia kembali meneliti laporan kewangan yang tergendala tadi. Laporan ini
perlu diteliti sebelum diserahkan pada Papa pada pagi ini.
Dato Nor Azizi meneliti laporan yang dikemukakan oleh
Hasnan dan Eziwan. Sebaik membacanya Dato Nor Azizi menanggalkan cermin mata
dan menoleh memandang Hasnan dan Eziwan yang sedang menanti komen daripadanya.
“Macam mana Papa?.”
“Mmmm….kalau mengikut laporan ni kedudukan kewangan kita
bagi suku pertama tahun ni amat memberangsangkan. Papa amat bangga dengan kebolehan
kamu berdua,” kata Dato Nor Azizi dengan bangga.
“Papa….memandangkan kedudukan kewangan kita semakin
kukuh, Nan ingat nak masuk tender projek Labuan.”
“Projek Labuan?.”
“Betul Pa. Nan dah buat kajian. Projek ni nilai pulangan
bersih aje lebih kurang RM5 juta. Projek naik taraf lebuhraya disana. Dengan
tenaga kemahiran dan pengalaman kita selama ini Nan rasa kita tak ada masalah
dalam memenangi tender ni,” dengan yakinnya Hasnan berkata di depan dato Nor
Azizi.
“Apa pendapat kamu Ez?” Dato Nor Azizi meminta pandangan
Eziwan dalam perkara ini sebelum dia membuat keputusan.
“Bagi saya uncle kita patut bagi peluang pada Nan untuk
buktikan kebolehan dia. Lagipun dia pernah beritahu saya perkara ni dan
mengikut pengiraan saya kalau projek ni berjaya kita akan untung besar uncle.”
Hasnan senyum bangga bila cadangannya mendapat sokongan
daripada Eziwan, orang kepercayaan Papa. Eziwan telah lama bekerja di Mutiara
Holding.Cuma beberapa tahun lalu dia mengambil cuti tanpa gaji kerana
melanjutkan pelajaran. Baru setahun dia balik Malaysia dan bekerja semula
disini.
“Baiklah Nan, projek Labuan tu Papa serahkan pada Nan
untuk uruskan. Papa nak Nan buktikan pada Papa yang Nan dah ready untuk gantikan
Papa dalam Mutiara Holding,” Dato Nor Azizi memberi kata putus.
“Thanks Papa. Nan akan buktikan pada Papa,” azam Hasnan
penuh bersemangat.