“Tahniah Nan,” ucap
Eziwan sambil menghulurkan tangannya.
“Thanks Ez.” Hasnan menyambutnya dengan senyuman melebar.
“Kalau kau tak yakinkan papa tadi mesti papa tak bagi punya.”
“Aku cakap benda yang betul aje. Okeylah Nan aku masuk
bilik aku dulu,” Eziwan menepuk bahu Hasnan sebelum masuk kedalam biliknya yang
terletak berdepan dengan bilik Hasnan.
Sebaik kakinya melangkah masuk handphone miliknya
berdering dan tertera nama walid di skrin LCD.
“Assalamualaikum, walid.”
“Waalaikumusalam. Ez apa khabar nak?”
“Baik Alhamdulillah. Walid dengan umi macam mana, sihat?”
tanya Eziwan sambil menarik kerusi untuk duduk. Fail di tangan diletakkan di
atas meja.
“Kami kat sini pun sihat-sihat aje. Ni….walid telefon ni
sebab nak beritahu yang hujung minggu ni Haji Daim nak adakan kenduri doa
selamat dengan tahlil sekali. Kamu balik ya,” jelas Haji Yahya di dalam talian.
Eziwan terdiam seketika. Dia tiba-tiba terkenangkan Khyrulhydza.
Tak sangka dah masuk tahun ke-4 ketiadaannya. Terasa sekejap masa berlalu.
Tiba-tiba hatinya menjadi sayu.
“Insya-ALLAH, Ez
akan datang, walid. Kirim salam Ez pada umi dan semua ya. Assalamualaikum,”
Eziwan memberi salam sebelum mematikan talian.
Eziwan bangun dari kerusinya. Dia berdiri dihadapan
cermin dan memandang keluar. Jauh benar dia termenung. Mengingatkan kembali pertemuan
pertamanya dengan Khyrulhydza membuatkan
bibirnya terukir senyuman tanpa dipaksa. Saat itu dia rasakan dia lah lelaki
yang bertuah kerana dapat bertemu dengan seorang bidadari yang cantik sekali.
“Opss….sorry!” dalam keadaan kelam-kabut untuk
mendaftarkan diri di sekolah baru tiba-tiba Khyrulhydza terlanggar seseorang.
“Kena langgar seribu kali pun saya sanggup kalau bidadari
yang secantik ini melanggarnya,” Eziwan mengenyitkan sebelah matanya sebelum
berlalu meninggalkan pejabat sekolah.
Khyrulhydza tergamam dengan kata-kata pelajar lelaki
tadi. Dia memandang kelibat pelajar itu sehingga hilang dari pandangan matanya.
Sementara itu hati Eziwan berbunga gembira. Bayangan
gadis tadi masih bermain-main di anak matanya. Sebelum ini dia tak pernah nampak
gadis itu. Mungkin pelajar baru. Wow!...menarik tu kalau benar. Ada peluang
untuk dia mengurat nanti. Eziwan mula memasang angannya.
Cikgu Farah masih belum masuk lagi. Apa lagi kelas makin
bisinglah dengan suara-suara pelajar lelaki mahupun perempuan. Sama naik saja.
Tapi tiba-tiba kelas menjadi senyap sunyi dan macam lipas kudung semua berlari
ke tempat masing-masing tatkala pelajar yang ditugaskan menjadi pengawal
menjerit bila saja dia nampak kelibat cikgu Farah yang berjalan menuju ke kelas
mereka.
Pabila cikgu Farah melangkah dan dibelakangnya turut mengekori
seorang pelajar perempuan. Pelajar lelaki mula tersenyum, tersengih padanya.
Ada yang membetulkan kolar, ada yang memperkemaskan tali pinggang dan ada juga
yang menyisir rambut supaya kemas.
“Kelas!….hari ini kita ada kawan baru. Khyrulhydza sila
kenalkan diri anda?” pinta Cikgu Farah pada Khyrulhydza yang berada
disebelahnya.
“Assalamualaikum. Nama saya Khyrulhydza Binti Haji Daim.
Tapi semua boleh panggil saya Ekhi aje,” dengan jelas Khyrulhydza
memperkenalkan dirinya. Gugup juga bila semua mata memandangnya.
“Ekhi,” nama itu terkeluar dari mulut Eziwan yang duduk
di barisan belakang kelas. Itulah gadis yang terlanggarnya tadi. Rupa-rupanya mereka
sekelas. Cantik, ini peluang terbaik.
“Okey Khyrulhydza kamu boleh duduk di sebelah Laili,” ujar
Cikgu Farah sambil menunjukkan tempat yang disebut tadi.
“Mmmm…..masih kosong ke?” tiba-tiba seorang pelajar
lelaki yang duduk selang 3 meja dari Eziwan menyoal. Eziwan menjeling geram.
Ada jugak orang nak potong jalan. Tak boleh jadi ni.
“Amboi-amboi kamu ni Faiz tak ada soalan lain ke kamu nak
tanya?” sindir cikgu Farah sambil diiringi dengan gelak lucu dari pelajar lain.
“Apa salahnya cikgu. Saya mewakili rakan-rakan saya yang
lain ni. Dia orang nak tanya malu-malu kucing. Saya ni yang macholah kena
tanyakan,” jawab Faiz dengan selamba.
Jawapan Faiz yang selamba di sambut dengan deraian tawa
oleh rakan-rakan yang lain. Cikgu Farah mengeleng dengan kenakalan pelajarnya.
Khyrulhydza menunduk malu.
“Tak kan malu kot!” rakan sebelah Faiz pulak mengusik.
“Sudah-sudah tu. Soalan-soalan yang tak berkaitan dengan
matapelajaran hari ini simpan dulu. Sekarang ni bukak buku teks Sains kamu
semua. Kita sambung pelajaran minggu lalu,” ujar cikgu Farah yang tidak mahu
terus melayan kerenah pelajarnya.
“Khyrulhydza, awak ambil tempat awak,” kata cikgu Farah
lagi.
Khyrulhydza mengangguk sambil melangkah menghampiri
kerusi kosong disebelah seorang pelajar perempuan.
“Hai, saya Laili. Duduklah,” lawa Laili ramah.
Khyrulhydza mengangguk sambil tersenyum.
‘Ya ALLAH, dia duduk kat depan aku. Syukur Alhamdulillah,’
hati Eziwan berbunga gembira.
Eziwan dan Fauzi berdehum dibelakang sambil mereka
memperkemaskan rambut masing-masing. Laili yang mendengar hanya
mengeleng-geleng. Didekatkan mukanya ke tepi telinga Khyrulhydza.
“Ekhi jangan layan mamat dua ekor kat belakang tu. Dia
orang ni romeo kat sekolah ni,” bisik Laili dekat ditelinga Khyrulhydza.
Khyrulhydza yang mendengar hanya mengangguk.. Dia tak
berani untuk menoleh kebelakang kerana Cikgu Farah sudah memulakan pengajarannya
dihadapan. Memandangkan abah sudah pencen jadi abah bercadang untuk
bermastautin dikampung halamannya. Sebab itu dia dan Nur Hakimi, adik bongsunya
kena ditukarkan sekolah di kawasan kampung Ampang Pechah ini.
Sementara abang long menuntut di UPSI dan kini dalam tahun
akhir. Selepas ni abang long bakal bergelar ‘Cikgu Badrul’. Namun dia pula bercita-cita
untuk menjadi seorang doktor pakar. Sebab itu dia kini mengikuti aliran Sains.
“Sayang…..” sepasang tangan sedang merangkul pinggang
Eziwan dari belakang. Rangkulan itu mengejutkan Eziwan dari lamunan panjangnya.
Pantas Eziwan menoleh kebelakang. “Lyn….” Eziwan sedikit
terkejut dengan kemunculan Linda yang tiba-tiba.
“Apa yang sayang menung sampaikan baby panggil pun tak
dengar,” lunak suara Linda sambil masih memeluk pinggang Eziwan seolah-olah
tidak mahu melepaskannya.
“Lyn…please,” Eziwan memegang tangan Linda yang masih
merangkul pinggangnya. Diregangkan pelukkan itu. Biarpun mereka sudah bertunang
namun Eziwan tidak selesa dengan kemanjaan Linda yang dirasakan tak manis. Lebih-lebih
lagi mereka kini berada di pejabat. Nanti apa kata staf kalau nampak mereka
dalam keadaan sebegitu.
“Kenapa ni sayang. Kalau ada masalah kongsilah,” Linda
mengusap pipi Eziwan yang sudah kembali duduk dikerusinya. Linda bertenggek
di gigi meja Eziwan.
“Tak ada apa-apa. Saja rehatkan otak ni kejap. Mmm…..kenapa
Lyn datang ni?.”
Linda menunjukkan jam tangannya pada Eziwan. “It’s lunch time sayang. Baby dah lapar
ni. Jom temankan Baby lunch. Kita
pergi Pavillion okay. Baby ada barang nak beli sekali.”
“Kenapa jauh sangat nak pergi lunch. Kat area sini
ajelah kita lunch. Ez ada banyak
kerja nak siapkan ni,” Eziwan memberikan alasan.
“Alah barang yang Baby nak beli ni ada jual kat Pavillion
aje lah sayang. Pleasesayang….”
Linda buat muka merajuk. Geram bila permintaannya ditolak mentah-mentah.
Lebih-lebih lagi yang menolaknya adalah tunangnya sendiri.
Eziwan mengeluh dengan kerenah tunangnya yang seorang
ini. Usia pertunangan mereka pun hampir mencecah setahun.Namun sikap manja Linda
masih tidak berubah. Eziwan menghela nafas rimas. Ada tikanya dia merasakan
mereka berdua tidak serasi. Memang mereka rapat sewaktu dia menuntut di London
yang mana kebetulan Linda juga belajar di sana dalam jurusan yang kebetulan
sama dengannya. Jadi mereka banyak menghabiskan masa belajar bersama-sama.
Namun dia tidak menyangka hubungan rapat itu telah
membibitkan perasaan cinta di hati Linda untuknya. Perasaan cinta itu diluahkan
padanya oleh Linda dihadapan dato Nor Azizi dan isteri sewaktu mereka meraikan
hari ulangtahun kelahiran Linda 2 tahun yang lalu.
Dato Nor Azizi yang suka dengan hubungan ini langsung
tidak membantah. Malah meminta dia menyegerakan rombongan meminang Linda.
Kerana rasa terhutang budi di atas jasa dato Nor Azizi menampung pengajiannya
selama ini dan juga merasakan inilah masanya dia memulakan hidup baru. Akhirnya
dia mengambil keputusan untuk menerima Linda hadir dalam hidupnya.
“Sayang….tengok tu dia mengelamun lagi,” rungut Linda
yang sudah menarik muncung panjang.
“Sorry. Ez tak
sengaja. Okay kita pergi Pivillion macam yang you nak. Tapi jangan lama sangat,
Ez ada meeting petang ni dengan uncle
kat Putrajaya. Okay?” akhirnya Eziwan mengalah dan mengikut kehendak Linda.
Senyuman kemenangan terukir dibibir Linda. “Sayangggg….Ez,”
terus Linda meraih lengan Eziwan sebaik Eziwan bangun dari duduknya.
“Mmm….sebelum I terlupa hujung minggu ni I nak balik
kampung.”
Linda mengangkat keningnya. “Balik kampung?.”
“Haah….abah ada buat kenduri doa selamat dengan tahlil
sekali,” jawab Eziwan ringkas sambil memperkemaskan blazer yang dipakainya.
Linda mengangguk faham. Dia tahu ‘Abah’ yang dimaksudkan
oleh Eziwan adalah bekas ayah mertua Eziwan.
“You nak ikut ke?” tanya Eziwan.
“Keluarga x-mertua sayang tak kisah ke kalau baby datang?”
jawab Linda dengan soalan jugak. Dia pernah diperkenalkan dengan keluarga arwah
isteri Eziwan. Namun dia tahu mereka agak sukar untuk menerima dirinya sebagai
pengganti anak mereka itu.
“Lyn….apa yang Lyn cakap ni. Mereka okaylah. I tak paksa
kalau you tak nak ikut.”
“Bukan I tak nak ikut you balik kampung sayang. Tapi I
rimaslah bila x-mertua you atau orang kampung pandang I semacam aje. Macamlah I
ni makhluk asing,” rungut Linda.
Eziwan yang mendengar ketawa lucu. Linda mengerutkan
dahinya.
“Kenapa you gelakkan I pulak?. Lucu ke apa yang I
cakapkan tadi?” soal Linda tidak puas hati.
“I gelak bukan apa. Tapi cuba you ingat balik masa I
bawak you balik kampung I dulu. Pakaian yang you pakai tu terlalu daring.
Manalah tak terbeliak mata dia orang tu pandang you. I kan dah cakap pakai
sopan-sopan sikit,” bidas Eziwan yang masih tersenyum-senyum.
Linda menarik muka. “Ala….tu dulu. Sekarang I dah
kurangkan keseksian I ni. Semuanya sebab you tau,” Linda membela dirinya. Dia
akui dulu dia gemar memakai pakaian yang menjolok mata. Siapa saja yang melihat
terutama kaum Adam pasti akan terkeluar bijik mata bila melihat lenggok
tubuhnya yang meliurkan. Tapi sejak dia bertunang dengan Eziwan, dia sudah mula
berjinak-jinak dengan pakaian yang lebih sopan sikit. Namun untuk bertudung
litup rasanya belum sampai seru lagi.
“Jangan buat sesuatu itu kerana I, Lyn. Buat sebab you nak
lakukannya. So you nak ikut tak I balik kampung ni?”
“Mmmm….nantilah Baby bagi jawapan. Sekarang ni jom kita
pergi. Nanti lewat pulak sayang nak pergi meeting
dengan papa,” terus Linda menarik tangan Eziwan agar mengikut langkahnya.
Sebaik mereka melangkah keluar dari bilik Eziwan, mereka
berdua terserempak dengan Hasnan yang kebetulan ingin berjumpa dengan Eziwan.
“You all nak ke
mana ni?.”
“Ke mana lagi bang, kan sekarang ni waktu lunch,” sindir Linda. Geram bila
laluannya dihalang.
Hasnan tersengih dengan kealpaannya. Sibuk benar dengan
kerja sehingga terlupa waktu makan.
“You nak join
ke Nan?” lawa Eziwan.
“Not thing so.
Dia ada date dengan I,” tiba-tiba
Mysara muncul dari belakang Hasnan.
Mereka bertiga serentak memandang Mysara yang terus saja
merangkul lengan Hasnan mesra tanpa ada segan silu.
“Kita ada date?”
soal Hasnan yang keliru. Setahunya dia tak ada lunch appointment dengan Mysara hari ini.
Mysara menarik muka masam. “Dah lupalah tu. Mummy kan
suruh kita cari cincin tunang. Mummy dah buat appointment dengan kawan dia yang ada kedai emas kat KLCC hari ni,”
jelas Mysara geram.
“Sara….kan kita dah bincang soal ni dulu. Biarlah Ez
dengan Lyn lepas dulu. Lepas tu barulah kita bincang soal kita,” ujar Hasnan
perlahan.
“Alah sayang….apa salahnya kalau kita bertunang dulu
macam dia orang berdua ni. Sekurang-kurangnya kita dah ada ikatan. Perempuan gedik
kat luar sana dah tak boleh tackle
you lagi,” sinis Mysara menyindir Hasnan. Sakit hatinya bila ada
perempuan-perempuan miang yang cuba mengoda Hasnan diluar pengetahuannya.
Hasnan mengeleng-geleng. “Kesitu pulak you ni.”
“Stop….stop….stop…..kalau
you berdua nak bertekak silakan. I dengan Ez belah dulu. See you both,” terus saja Linda menarik tangan Eziwan.